Wednesday, November 25, 2009

NeWs sHoUtOuT - AnAk DaRa AkU DiBawAk LaRi OrAnG!!! HmM??? CoBaAn...


Aku bukannya suka sangat baca paper - paper mainstream ni. Banyak sangat benda - benda yang tak betul dari betul. Tapi aku tau satu je yang betul kat paper dan konfem betul! Keputusan judi... Agree with me on this? Ahaha...

Tapi aku tertarik dengan satu berita kat Harian Metro. Anak - anak gadis Malaysia ni dah suka main kawin - kawin lari je dengan jejaka Lombok! Pedulik apa mak bapak! Pedulik apa kengkawan! Pedulik apa study! Pedulik apa x boifren! Senang cite lantak la sume benda asalkan dapat kawin lari dengan jejaka Lombok! Hampas!

Persoalannya, best sangat ke bebudak Lombok ni sampai nak kawin - kawin lari? Rilek - rilek sudahlah! Cakap je elok - elok dengan family. Bukan susah mane pun! Tapi mengikut statement berita, benda ni menjadi trend dan kebanggaan jejaka - jejaka Lombok ni. Barangsiapa yang berjaya membawa anak gadis dari luar negara juga berjaya menunjukkan keperkasaan dan kelakian diorang! Ni apa punya bangang trend ni??? Takde trend lain ke? Anak orang tu weh!! Agak - agak la...

Nak salahkan bebudak Lombok ni pun takleh gak kengkadang. Bebudak melayu ni pun cam hamjadah gak perangai. Ade awek sia - siakan. Bubuh cukup - cukup pastu tinggalkan. Macam sampah... So ape salahnya kan kalau bebudak Lombok ni bawak gadis - gadis ni lari? At least kawin. Dosa pun lepas... kan?

Kesimpulannya, selalu - selalu bawak berfikir sebelum buat apa - apa keputusan. Untuk gadis - gadis, jangan la makan pujuk rayu laki ni. Tak kemana pun. Untuk guys, jangan sia - siakan apa yang korang ada... Insyallah.

p/s: Aku bawak lari Agnes Monica baru korang tau...

fOoTbAlL sHoUtoUt - FaLl fRoM grAcE... LivErPoOl


So takyah nak cite panjang - panjang lagi. Sume orang dah tau secara rasmi awal pagi tadi yang Liverpool a.k.a The Mighty Reds dah tersingkir dari saingan Champions League, liga bolasepak terkemuka Eropah. Meskipun menang 1 - 0 menentang Debrecen, hakikat tersingkir ini memang takleh diubah.

kejatuhan prestasi Liverpool akhir - akhir ni banyak memeningkan pale fans yang menyokong sepenuh hati separuh gila. Kemenangan ke atas MU beberapa minggu lepas diungkit - ungkit bagi menyedapkan hati yang gundah gulana. Tapi kita kena sedar yang bolasepak adalah sukan yang realistik. Setuju?

So, kebarangkalian untuk mengubah situasi untuk Liverpool amat - amat sukar ditelah. Semuanya terpulang pada Rafa Benitez dan momentum pasukan. Malam ni MU plak... Go!!!

p/s : MU dah memang layak... Takyah tengok pun takpe. Takziah untuk penyokong LIverpool macam Epi dan Abg aku...Ahahaha!

Thursday, November 19, 2009

OfFiCe ShoUtOuT - WhAT DaY iZzIt?






Hari ni 19 November 2009. So secara official dah 1 bulan 12 hari blog aku tak diupdate. Satu jangka masa yang agak lama bagi blogger yang 'kononnya' aktif. Ahaha! Kali ni aku taknak bagi alasan external hard disk aku crash. Aku juz amik masa untuk cool down. Hayati bagaimana alam ciptaan Allah ni berfungsi.

Setiap minggu insyallah aku akan cuba turun ke gelanggang Gayong MMU untuk training. Walaupun yang turun sekerat 2, tu pun dah cukup untuk berkongsi ilmu. Apa yang penting adalah mencari kualiti, bukan kuantiti. Tak perlu tulis shoutout kat YM hafal nama buah la, nak hafal lagu la dan apa2 yg memoyokan diri... World Champ Team konon!

Yang aku pelik, tiap - tiap minggu aku turun MMU pun budak - budak yang kononnya berani dan nak tunjuk hebat tu tak jugak carik - carik aku. Apsal ek? Takut ke? Pegi dating ke? Dah siap tunjuk muka kat JS Maju pun tak berani nak setting? Kahkahkah! U know what people say... Once a coward always a coward.

So, jangan cakap aku tak ingatkan. Esok aku datang MMU. Nak slow talk ke, nak kutuk ke, Sila lakukan dengan cara berani. Kahkahkah!

p/s: Ajak lawan basketball pun ok gak ni...

Wednesday, November 4, 2009

fOoTbAlL sHoUtoUt - LivErFoOl? ApE CeR?


Semua orang telah sedia maklum yang Man U telah melayakkan diri ke pusingan kalah mati UCL awal pagi tadi hasil seri 3 - 3 dengan CSKA Moscow. Keputusan layak ini memang telah dijangka dari awal lagi tidak kira di atas kertas ataupun di atas padang walaupun sejak akhir - akhir ni keberkesanan benteng pertahanan MU dipersoalkan namun hanya keputusan perlawanan menjadi pengukur. Well, takleh cakap apa la kan...

Namun masalahnya bukan Man U kat sini. Masalahnya Liverpool...

Liverpool???

Kegeniusan Rafa Benitez mengeluarkan Fernando Torres di kala momentum harapan Liverpool untuk menang berdepan Fulham sangat - sangat diragui. Terlalu ramai pihak yang mempersoalkan apa yang bermain dalam benak integriti Benitez sampai beliau leh buat keputusan yang tragis seperti itu. Untuk mempersiapkan tenaga Torres berdepan Lyon dalam Champions League? Overkonfiden untuk menang? Player rotation?

Sendiri pk la... kalah 3 - 1 weh! Kahkahkah!

Aku takde pun niat nak jadi Shebby Singh, Andrew Lecy ataupun sesapa tapi dalam keghairahan penyokong Liverpool yang masih meraikan kemenangan berdepan MU, ini adalah sesuatu yg amat - amat tidak munasabah. So?

p/s : Sori lambat upload post nih.

bloG BudDieS