Friday, March 27, 2009

PaRt 1 LeDaNg sHoWdOwN – MaRuAh TeMaN dIseMaT HaTi, FiNal yEaR PrOjEcT PeMusNaH MiSi






Setelah bergelut dengan pelbagai soalan provokatif dari pihak atasan ofis aku berhubung kait dengan permohonan cuti untuk mendaki Gunung Ledang, akhirnya aku berjaya jugak sampai ke MMU Cyberjaya, tempat di mana segalanya akan bermula. Tempat berkumpulnya wira – wira tempur yang gagah berani menyahut cabaran mendaki Gunung Ledang tanpa mempedulikan Exam Paper Midterm yang bakal menjelang yang akan menjadi penentu masa depan yang berwarna – warni, diikuti rapat dengan tanpa mengendahkan kad - kad jemputan kahwin musim cuti sekolah berkaler merah jambu dan berbau wangi bersifat sementara yang disyaki datang dari sahabat handai dan saudara mara berdekatan dan juga tanpa mengambil kisah rangsangan bajet yang agak kurang kerana pemberian biasiswa TM yang tidak cukup telus. Ahh! Persetankan itu semua! Mungkin inilah saja detik dan saat yang paling tepat untuk menakluk puncak Gunung Ledang…

Aku terus menuju ke bilik Raja a.k.a Abg Bicep. Bilik inilah yang akan menjadi saksi keberanian Team Circle Of Trust memulakan segalanya. Bilik ini jugalah menjadi saksi aku dibahan dan dicerca Adam a.k.a Abg RXZ Open gara – gara tidak menjejak kaki di Puncak Nuang semasa Misi Nuang Pertama, bilik ini juga yang menjadi saksi Dobong berdiri megah dan bermaruah semasa berjaya menakluk puncak Gunung Nuang dan pada hari ini, bilik ini akan menjadi saksi aku kembali bersatu – padu dengan Adam untuk mendaki Gunung Ledang. Aku dah sampai… Dengan menggunakan sedikit tenaga keupayaan dan kinetik, aku membuka tombol pintu..

Aku : Assalamualaikum! Tak jawap pun aku pedulik apa! Aku masuk jugak! Wahahaha!

Raja : Waalaikumsalam. Woit! Aku ingat ko tak datang. Kahkahkah! Manelah tau kan awek ko tak bagi ikut. Ko kan unpredictable.

Aku : Haha! Ko jangan macam – macam Raja. Lama dah aku plan nak panjat Ledang ni. Nak citer banyak pun tak guna. Pelbagai rintangan aku dah lalui dan aku dah sampai dah pun. Ni ha! Barang azimat kita! Usha sket! Adui.. Penat gila aku bawak balang sisha nih.. Kurang sikit berat dari Adam! Haha!

Raja : Kahkahkah! Balang Sisha Arab Asli milik En. Arif! Kalau ko tak bawak menatang nih memang aku taknak ikut duh! Baik aku duduk buat bodo besarkan perut dalam bilik je. Wahahaha! Mana headlamp berkuasa bateri yang akan menerangkan hari malam dan kelam aku di Ledang yang telah ko janjikan dalam manifesto Pilihanraya Umum ke – 12?

Aku : Kahkahkah! Pilihanraya jadah apenye. Nah! Amik headlamp ko nih! Ni aku nak citer sket pasal produk berkualiti tinggi ni. Headlamp berkuasa bateri ko ni punyelah hebat dan anggun. Aku beli kat Uptown Shah Alam Seksyen 24. Kehebatan suluhan lampu headlamp yang terang ni akan memantaskan perjalanan pendakian sampai ke puncak. Tapi sinaran lampu die jelah yang sampai dulu kat puncak. Ko still ada kat bawah. Wahahaha! Jangan lupa bayar kembali dengan kadar sesegera mungkin. Adam mana weh? Dobong mana?

Raja : Kahkah! Hampeh ko ni. Adam kalau time – time camni mesti tido punya! Beliau kan insan yang paling fit dan berstamina tinggi. Setakat Gunung Ledang tu, takyah susah – susah nak pakai kaki nak naik. Adam akan selambe je pakai tangan buat handstand dari bawah sampai atas puncak! Kahkahkah!

Gelak tawa riang Raja a.k.a Abg Bicep memecah suasana petang di HB2. Tiba – tiba…

Paan : Ni ape kebenda panjat – panjat gunung ni? Baik korang main futsal la weh! Lagi banyak peluh kuar! Takde faedahnya naik – naik gunung ni. Buat sakit badan je. Hoho!

Aku : Wahkahkah! Lancang btul mulut ko Paan! Daripada ko kutuk kitorang, baik ko follow naik Ledang weh. Boleh la menghapuskan lemak – lemak degil di bahagian perut ko yang bermasalah tu. Kurus sikit nanti! Wahkahkah!

Paan : Menghapuskan lemak mendenya! Adam tu dah banyak kali naik gunung tapi makin gemuk plak aku tengok! Baik aku menggunakan cara yang lebih konvensional dan efektif. LIPO 6. Ianya terjamin berkesan! Dengan hanya RM150 di farmasi yang terpilih, ianya berupaya mengurangkan berat badan sebanyak 5kg dalam masa kurang seminggu tanpa bersusah payah pegi ke Gimnasium untuk Cardio Fitness, jogging, pumping dan lain – lain perkara yang menyusahkan! Wahkahkahkah!

Happy sungguh Paan. Ketawa berunsur riak mengejutkan Adam yang lena dibuai mimpi indah berkaraoke dengan mek Kelantan…

Adam : Huh? Kawe mace denga ado suspek kecek kawe gemuk tadi. Siuk bto! Pante bto oghe saun – saun kawe gemuk ni. kawe buke gemuk la weh. kawe cumo tok bapo kughuh ja. Kahkahkah! Eeh? Encik Eiji a.k.a Arif doh sampa doh. Bilo mu sampa lahanak? Baju rasmi Gayong kawe mano? Berjangguk doh kawe tunggu ni! Penak nok cuko banyok kali jangguk ni! Nate sungguh! ( p/s : Pada sesapa yang tak paham, terjemahan ada disediakan di sini  Huh? Aku macam dengar ada suspek cakap aku gemuk tadi. Siut btol! Pantang btol orang sound – sound aku gemuk ni. Aku bukan gemuk la weh. Aku cuma tak berapa kurus je. Kahkahkah! Eeh? Encik Eiji a.k.a Arif dah sampai dah. Bila ko sampai lahanat? Baju rasmi Gayong aku mana? Berjangguk dah aku tunggu ni! Penat nak cukur banyak kali janggut ni! Binatang sungguh! )

( Untuk kemudahan semua, aku akan translatekan dialog Adam ke Bahasa Melayu yang mudah difahami semua. Terima kasih. )


Aku : Kahkah! Bingai jugak perangai ko time – time baru bangun tido eh Dam? Next time aku datang MMU aku bagilah baju ko tu. Ko ni rileks mileks je aku tengok. Baju nak pegi Ledang sume dah packing ke? Memanjang membuta je ko nih! Pegi kemas baju weh! Kene tinggal satgi kang nangis pulak! Amin da bising – bising suruh packing tu!

Adam : Haha! Tido la best! Ni aku baru nak packing barang la ni. Kecoh la Amin! Haha! Apa cita member baik ko Dobong? Dia kata dia takleh nak ikut. Banyak btol alasan kongkrit dia..

Demikianlah alkisahnya, Dobong a.k.a Abg telur Goreng Berempah tak dapat ikut kitorang memanjat Ledang atas sebab kene buat Final Year Project. Aku, Adam dan Amin a.k.a Kapten Boleh dah puas memujuk Dobong tapi semuanya sia – sia. Dobong tetap berpegang teguh dengan pendirian beliau. Hanya menyiapkan Final Year Project menjadi sasaran. Beliau tidak sanggup lagi menghabiskan sisa – sia usia lewat 20 – an di MMU Cyberjaya ini. Tidak lagi..


Kriok… Pintu bilik Raja dibukak..


Dobong : Assalamualaikum.. Ni bilik Raja a.k.a Abg Bicep ke?

Raja : Waalaikumsalam. Eeh? Encik Dobong datang la. Ni ko dari mana ni? Ingatkan ko dah lupa bilik aku kat mana. Wahkahkah! Ko dah tukar fikiran nak naik Ledang ke? Jomlah cukupkan korum layan sisha kat Ledang. Ni Arif datang bawak balang sisha baek punya..

Dobong : Aku pegi jogging keliling MMU la. Usha awek Iran sket! Haha! Superb! Aku memang da lupa pun bilik ni kat mana. Aku siap sesat lagi tadi! Ni pun aku print jalan dari Google Map baru aku boleh sampai sini. Hahaha! Sorilah kengkawan. Aku bukan taknak pegi. Tapi aku kene buat Final Year Project ( FYP ) la weh. Serabut pale otak aku. Lecturer cam hampeh.

Raja : Haaa.. Sebelum ko konfem dengan jawapan ko tu, baik ko usha dulu balang sisha Arif ni. Layan weh. Ko ikut je la kitorang naik Ledang. FYP ko tu ko buat time kita dah balik dari Ledang la. Takdehal punya! Ko jangan la skema sangat bro. Nak skema – skema pegi masuk MRSM la. Kahkahkah!

Adam : Takyah la ko buang masa pujuk Dobong tu Raja. Dah 2 minggu dah aku pujuk. Amin pun dah taktau camne nak racun si Dobong ni. Memang Dobong taknak pegi! Hati da keras. Muka dah tak ensem. Kahkah! Ni aku ajak ko last ni Bong. Jomlah naik weh. Naik Ledang ni lagi senang dari naik Nuang! ( Takleh blah statement ni )

Dobong : Next time korang panjat gunung lagi konfem aku ikut weh! Serius aku cakap! Sekali lagi aku jelaskan, aku memang nak ikut tapi nak buat camne. Ni aku tengah jeles pasal korang pegi Ledang ni. Siut btul la. Korang slalu plan tak ikut jadual hidup aku! Sedih la aku camni… Isk. Isk. Isk.

Kalau ikutkan kitorang, memang kitorang sedih jugak Dobong tak ikut. Dobong adalah insan yang mesti ada dalam setiap XPDC pendakian. Membuat lawak tanpa sedar, setiakawan dan teguh pendirian adalah antara kriteria – kriteria yang ada dalam diri Dobong. Takpelah Dobong… Insyallah, ada masa nanti kita panjat Ledang lagi sekali.

Tanpa mempedulikan esak dan tangisan Dobong, Aku, Raja dan Adam terus mempacking barang untuk persiapan pergi ke Ledang. Masa mempacking menjadi semakin suntuk. Amin a.k.a Chef Sardin mula memberi arahan pergi ke tempat parking. Kitorang menjadi semakin teruja dan jakun. Aku taktau orang lain camne tapi aku ada misi penting untuk dilaksanakan. Untuk menjawab persoalan misteri siapakah aku yang sebenarnya di Ledang… Mampukah kitorang menakluk Ledang? Mampukah Adam sampai ke puncak dan membuktikan Ledang lebih senang didaki dari Gunung Nuang? Siapakah lagi ahli – ahli baru Circle Of Trust? Adakah mereka mampu menggantikan tempat Dobong di hati Amin a.k.a Kapten Boleh?

Bersambung…

Wednesday, March 18, 2009

LeDaNg ShOwDoWn - dEnGaN BiSmIlLaHi, mEnUtUp JaNji MeNaTaP PuTeRi





Dalam 2 minggu kebelakangan ni, aku banyak mimpi pasal Gunung Ledang. Ntahlah, mimpi tu lebih banyak yang baik dari yang buruk dan huduh. Aku mimpi jumpa keris, jumpa orang tua dan jumpa pompuan anak beranak tengah sembahyang dalam gua ( Memang pelik mimpi aku ). Kengkadang tu sampai aku takleh tido. Nak taknak kene la berjaga sampai ke pagi. Nak cakap aku tak basuh kaki secara konsisten, memang bukan la kut. Sampai melambung bil air aku pasal aku rajin basuh kaki je. Mungkin aku terlampau excited bercampur jakun untuk menghabiskan detik - detik indah melayan sisha perasa anggur berjenama Al - Fakeh buatan tangan di puncak Ledang bersama rakan - rakan silat MMU yang lain setelah penat mendaki. Mungkin jugak aku terlampau penat bekerja sampai aku mimpi yang bukan - bukan. Mungkin jugak...

Aku ada menyuarakan dan mengutarakan masalah mimpi misteri aku kepada kengkawan yang lain. Ada yang cakap aku merepek pastu cepuk pale aku 2 - 3 das, ada yang cakap aku terlalu penat dan ada gak yang cakap aku agak cool sebab bley mimpi benda - benda mistik camtu. Sejujurnya aku rimas dengan situasi camni dan aku harus mencari jawapan. Dan jawapan tu aku rasa ada tersembunyi di puncak Ledang.

Terlalu banyak cerita yang aku dengar pasal Gunung Ledang, ada orang yang sesat di hutan Ledang, disorok makhluk halus dan yang terpenting, Gunung Ledang adalah tempat bersemayamnya Puteri Gunung Ledang a.k.a Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumilah, Puteri Raja yang pernah menjadi pujaan hati Sultan Melaka, menjadi Penyulam jiwa Hang Tuah Laksamana Ulung Melaka dan juga mungkin Sang Puteri itulah Nenda aku tercinta...

2 hari lagi, jawapan yang aku cari selama ini mungkin akan terjawap semasa pendakian aku ke puncak Ledang. Aku tak sabar lagi untuk menunggu. Ledang seakan - akan memanggil aku untuk datang. Aku tidak berniat untuk mencabar alam. Aku cuma datang untuk menguji ketahanan diri sambil mencari identiti. Siapakah sebenarnya Puteri Gunung Ledang a.k.a Gusti Putri? Kenapa aku yang dicari? Apakah yang tersirat di balik mimpi? Dari mana asalnya diri ini?

Tuesday, March 17, 2009

LeDaNg ShOwDoWn - PrOlOg, MeNcAri InSaN peMbUkA JaLaN




Gunung Ledang, gunung yang penuh dengan misteri. Gunung yang penuh dengan cerita – cerita dongeng dan mitos tanpa bukti yang saban disogok pada anak – anak kecil sebelum lena pada malam hari. Gunung yang dikatakan menjadi tempat persemayaman sang puteri. Terpulang pada individu lain untuk menilai tapi pada aku, Gunung Ledang adalah tempat untuk mencari identiti yang pasti. Tempat untuk mentafsir ketahanan diri. Tempat untuk mengota janji…

Ahh! Macam poyo la plak tulis prolog bunga – bunga! Kepala tengah serabut. Lagi 4 hari nak gerak Gunung Ledang tapi tak dapat lagi member yang confirm nak ikut. Macam – macam masalah dihadapi oleh kengkawan terdekat. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai ada hal. Zaid a.k.a Abg Perasan Terer Main Game Bola ada seminar (Seminar konon! Macam la aku taktau hang nak pi tengok bola. Pirah!). Ijoy a.k.a Abg Skatefreak plak ade kenduri kahwin untuk ditandang. Adus… Camne aku nak explain kat Adam a.k.a Abg RXZ Open ni. Pegi tanya Epi a.k.a Abg Kuat Dating la tengok camne. Aku pun pegi la umah beliau.

Aku : Oit sampah! Ko buat ape tu?

Epi : Hamboi! Samsengnya bahasa! Tak bagi masuk umah kang baru ko tau! Menonggeng je la ko kat luar tu. Kahkah! Ni ape cerita ko datang ni? Kalau nak pinjam duit memang tak dapat la.

Aku : Kahkah! Nak pinjam duit apanya. Aku datang ni nak paksa ko ikut aku pegi naik Gunung Ledang minggu ni la. Jom la weh. Cukupkan korum yang sedia ada. Kalau ko tak ikut payah aku nak menjawab kat bebudak MMU nanti. Berdarah telinga aku kene kutuk bro.

Epi : Aku bukan taknak ikut weh. Tapi bajet aku short la. Ko bukan taktau bos aku tu cam haram sikit. Keje aku sikit punya bersepah tapi gaji aku die taknak tambah. Memang d**n s**t btol!

Aku : Uiks! Nak mencarut ke merampus ke slow - slow skit. Kang kene palang blog aku ni kang sia – sia je kita masuk ISA. Kahkah! Ko pun satu hal la. Time keje ko bantai main YM. Camne la bos ko nak tambah gaji. Kalau aku jadi bos ko lame aku buang ko dah. Hohoho!

Epi : Mane ada! Aku rajin buat keje weh. Mane la sempat nak YM. Papehal pun memang sori banyak – banyak la. Next time ko pegi Ledang memang aku follow. Manja apa cita? Dia ikut?

Aku : Ntah la. Dia kata dia pegi teman nenek dia pegi follow atok dia bertunang. Konfius aku. Alasan ntah apa – apa. Kalau dia tak follow memang takde transport la. Mau menapak pegi Ledang ni.

Epi : Huh? Kongkrit gile alasan! Kahkah! Ko try la carik member lain bro. Mesti ada punya member lain nak ikut. Bukan tiap – tiap hari dapat pegi Ledang.

Aku : Ramai da aku ajak. Ada yang takut sesat la. Takut kena gigit nyamuk la. Takde Astro atas puncak la. Serabut aku nak fikir masalah sekor – sekor. Banyak sangat alasan. Ko pun sama je! Cite banyak plak!

Epi : Kahkah! Sori la bro. Kalau aku boleh ikut dah lame aku ikut. Ala.. dari ko pening – pening, baik kita main Guitar Hero. Aku da terer da skang. Stakat main level expert tu tutup mata je. Takdehal la nak potong score ko. Kahkahkah! Ada berani?

Aku : Ko dari tahun lepas cakap camtu tapi tak terer – terer gak. Harap jari kelingking je hidup. Kahkahkah!

Secara automatiknya, aku telah mengkonfemkan yang Epi a.k.a Abg Kuat Dating tak dapat follow aku pegi ikut naik Gunung Ledang atas sebab - sebab kekurangan sumber kewangan. Aku agak kecewa jugak sebab Epi adalah calon paling sesuai nak ajak layan sisha perasa Honeydew kat puncak. Tapi nak buat camne, takkan nak paksa - paksa pulak. Yang penting, Ledang dapat didaki dengan cemerlang... 3 hari lagi.

Friday, March 6, 2009

PaRt 13 NuAnG rEvEnGe + oFfIcE ShOuTSpAcE PaRt 2 – LuKa DI HaTi SiApA yAng TaHU. LuKa Di RuSuK aFik SeMuA TaKnAk aMiK tAhu




Kalau nak ikutkan nafsu nafsi mengantuk aku, memang aku dah tidoq lena dah time – time camni. Dengan kondisi aircond ofis jenama YORK yang sejuk segar ditambah cuaca yang mendung disertai dengan hujan renyai – renyai… Pergh! Superb situation camni weh! Tapi aku sedar aku still berada dalam waktu ofis. Keja pun belambak nak kene buat. Iskh! Takleh jadi ni. Aku menyelongkar harddisk laptop aku untuk mencari hiburan bersifat sementara. Hmm…Nak main game Pokemon, tak bawak cheatcode pulak. Iskh! Camne la bley lupa. Layan cite TV ok gak. Cite apa la yang best ni... Prison Break season 4? Dah abes tengok. Supernatural season 4? Tak thrill pulak tengok siang - siang. Hah! Layan Heroes heaven gak ni! Setelah memastikan line clear dari sebarang anasir - anasir luar dan dalam, aku pun bukak la cite Heroes episod 16 musim ke – 3 untuk ilangkan rasa mamai mengantuk yang semakin menjadi – jadi. Tiba – tiba…

“Assalamualaikum. Ko watpe tu weh? Leh akak masuk?”, sapa Kak Sariah yang terlibat dalam pembikinan episod oFfIcE ShOuTSpAcE PaRt 1 sebelum ni. Main sergah - sergah je minah ni. Time die sekolah dulu tak blaja ketuk pintu ke? “ Saya tengah basuh kain ni kak. Meh la join main sabun”, Aku jawap soalan Kak Sariah dengan sedikit nada provokasi. Pelik... Pantang aku nak rilek sket je mesti minah ni datang nyebok kat bilik aku. Time aku keje die dtg... Time aku tengah belek kalendar die datang... Time aku nak layan Heroes pun die nak datang jugak? Kacau btul la! Bos ade bagi amanat kat die ke suruh spy segala tindak balas kimia aku ke? Iskh! Ni mesti ade pape ni. Ikuti diskusi aku dengan Kak Sariah (KS) selanjutnya di bawah.

KS : Laa…Suara ko macam pompuan tengah marah tahan senggugut je. Akak kacau ko ke weh? Salam akak pun ko tak reply... Ko tak suke kat akak ke? Katakanlah yang benar.. Isk. Isk. Isk

Aku : Huh? Ingatkan bunyi ringtone salam mana tadi. Sori - sori. Waalaikumsalam. Takyah la berlakon buat - buat sedih. Menyampah lak saya tengok. Kalau nak berlakon pegi Istana Budaya. Saya ngantuk sikit ni... Mood pun takde. Malam tadi saya tengok bola kat TV. Tido lambat pastu bila bangun pagi rasa sembap semacam...

KS : Ko tu bukan ari ni je sembap. Tiap - tiap ari pun ko sembap gak. Hehehe... Eh? Malam tadi ada bola ke? Patut la laki akak poyo - poyo basuh pinggan lepas melantak malam tadi. Kalau nak ikutkan laki akak tu basuh tangan lepas makan pun malas... Nak bodek akak rupanya! Hamjadah btul! Pastu kata konon nak bangun solat tahajud dengan hajat nak mintak murah rezeki pukul 3. sembahyang depan TV la tu! Iskh! Tertipu akak! Bengong btul laki akak tu!

Aku : Pulak... Laki akak dah boring sangat tengok akak la tu. Sebab tu la die pegi tengok bola. Kah! Kah! Kah!

KS : Celupar samseng btul la mulut ko ni tau! Akak ni malas nak bukak cite ni kat orang lain tapi kalau ko nak tau, masa malam kelmarin time laki akak tengok akak, die tak cakap banyak weh! Die terus je ci…

Aku : Oppppp!!! Dah! Dah! Saya tengah puasa sunat Khamis ni! Jangan nak ngada - ngada tambah dosa saya yang sedia maklum bersepah - sepah ni. Kalau nak cita bende 18 SX tunggu saya bukak puasa time Maghrib nanti. Ni akak datang bilik saya ni nak ape? Akak takde keje lain nak buat ke? Ke akak nak kejekan saya? Sori la.. Akak bukan taste saya. Pegi carik orang lain.

KS : Iskh! Akak pun tak hingin la! Ngada - ngada la ko ni. Ko puasa sunat? Ala baiknya boifren tiri akak ni. Patut la ko nampak slim sikit. Untung girlfren ko camni. Nasib baik la akak ni da kawin. Rugi btul akak... Jap. Ko tolong bayarkan puasa akak skali bley? Hehehe. Bley la yang... 4 hari setengah je.

Aku : Dah la tu. Jangan la nak tergedik - gedik buat gangguan seksual kat sini. Tumbuk rusuk tu kang! Iskh! Cepat la cakap akak nak apa.

KS : Ala... Janganlah emo - emo. Tak romantik btul la ko ni. Nak manja - manja sikit pun tak bley. Akak datang ni nak tanya... Ko punye blog tu bile nak update? Next week ko dah nak pegi naik Gunung Ledang tapi cite pasal Gunung Nuang tu tak abes – abes lagi. Lembap btul la ko ni... Tak konsisten sungguh.

Aku : Hamboih! Biadap jugak mulut akak ari ni ye? Mentang - mentang la saya puasa ari ni. Sabar jelah! Jangan la tau komplen je tapi idea bernas nak update blog taknak bagi. Akak ni same je macam member – member saya kat blog tu. Eh? Kejap, akak pun baca blog saya ke? Sebok je! Pegi la bace blog lain. Blog Khir Toyo Tempe Penyapu Sakti kan ada? Akak minat Khir Toyo kan? Bace la blog die! Kah! Kah! Kah!

KS : Sukati akak la! Hehehe! Akak baca blog ko sebab nak ilangkan boring je. Best gak bace kengkadang. Akak dah tak sabar nak tau apa yang bakal terjadi pada ko dan rakan – rakan. Kalau ko nak tau akak paling suka kat character Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tu. Akak suka pada semangat dan karisma beliau. Emm…Ensem jugak orangnya. No phone die ko ada simpan? Forward la kat akak... Akak nak...

Aku : Huiks! Makin upgrade lak gedik minah ni! Ingat sikit kat laki akak tu. Karate halkum akak laju - laju kang! Saya bukan taknak update blog tu kak. Tapi pening nak carik dengan susun idea tau! Sampai cramp anjakan paradigma genius saya kak…

KS : Siannya ko yang. Kalau camtu ko cite je la apa yang jadi masa ko turun Gunung Nuang tu kat akak. Biar akak advance sikit dari orang lain. Takleh tunggu dah ni. Hehehe! Comel kan akak gelak? Ramai yang cakap akak gelak comel...

Aku : Perasan btul la akak ni! Loya saya pasal perasan akak yang kelmarin punya pun tak ilang lagi. Jangan la tambah pulak! Yang cakap akak comel tu rabun platipus kut... Actually masa turun gunung tu tak jadi pape pun kak. Kitorang fikir nak cepat sampai kat campsite Lolo je. Masing – masing da penat. Nak borak – borak pun takde mood. Tapi yang peliknya, Kitorang rasa macam dekat je Kem Pacat tu. Tapi jalan punya jalan tak sampai – sampai gak. Cam siut je...

KS : Yeke? Pastu? Ko jangan cite putus – putus leh tak? Potong stim akak je..

Aku : Iskh! Akak nak stim akak pegi berambus tempat lain. Sambung cite Gunung Nuang balik. Kitorang teruskan perjalanan turun ke Kem Pacat. Masa ni Dobong pujaan hati akak tu injured teruk kat kaki. Nak jalan pun sangkut – sangkut. Keadaan sangat – sangat kritikal time tu. Tiba – tiba..

KS : Tiba – tiba apa? Iskh! Kan akak dah warning jangan cite putus – putus! Kang elok - elok ko makan suap pakai tangan jadi makan sedut pakai tiub plak! Akak dlu ada blaja Muay Thai kat kampung tau! Laki akak da 6 kali da koma rasa penyiku maut akak ni! Ko nak try tak? Akak leh demonstrate.

Aku : Yeke? Iskh... Sori – sori. Takyah demonstrate. Simpan je penyiku akak tu. Saje je nak buat akak saspen. Kah! Kah! Kah! Tiba – tiba Afik a.k.a Abg SMS Tak sampai jatuh tergelincir masa turun mendaki tu. Kalau jatuh cinta takpe kak! Ni jatuh siap kene tunggul tajam kat rusuk kanan! Pergh! Menggelabah gak kitorang time tu. Afik lak buat – buat cool tahan sakit bajet macam King Leonidas cite 300 tu. Tapi kitorang tau die nak nangis da time tu. Muke die selebet abis! So kitorang berenti la lepak kejap. Kitorang bagi Afik can menggelupur puas - puas dulu.

KS : Hah? Yeke? Camne dengan keadaan tunggul tajam tu? Ok ke? Patah ke? Bengkok ke?

Aku : Tongong btul la akak ni! Afik tu yang injured teruk akak sibuk – sibuk nak amik tau pasal tunggul tu buat apa? Sengal ubi btul la akak ni! Patut la laki akak nak kaw...

KS : Kaw apa?!! Kawin lagi satu? Mulut ko jangan busuk sangat eh? Sekali akak libas mulut ko dengan Whiteboard jenama Artline kaler itam ni sampai kuar nanah baru ko tau! Akak ni keturunan Tun Teja tau tak? Panas btul akak kalau ade orang bukak cite pasal poligami ni! Baik ko sambung cite pasal rusuk Afik tu! Cepat!

Aku : Ok – ok. Mak aii..garangnya akak ari ni. Rilek – rilek sudahlah. Bukan dapat 100 SMS bonus Celcom pun kalau garang - garang ni. Kah! Kah! Kah! Pastu perjalanan kitorang pun makin slow sebab kitorang masing – masing dah injured. Pastu kat tengah jalan kitorang ade terjumpa dengan budak student UNISEL tapi diorang tak lawa sangat pun. Kitorang malas nak amik port so kitorang pun jalan terus sampai ke Kem Pacat. Alhamdulillah sampai jugak kitorang akhirnya. Kitorang pun rilek - rilek la kat situ. Abes Part 13. Sadakallahulazim...

KS : Tu je? Laa.. Akak ingat best sangat! Poyo - poyo je akak tradisional tadi. Bajet gempak sangat cite ko. Hampeh gak rupanya..

Aku : Cis! Sebut pun tak btul nak kutuk - kutuk kite plak. Emosional la kak. Bukan tradisional. Sebab tu la saya lambat sikit update blog tu. Bukan saya saje - saje lambat nak update, tapi masa kitorang turun Nuang tu memang takde ape - ape yang menarik nak cite. Pastu member saya komplen saya punya blog tak best. Iskh! Tertekan saya kak.

KS : Ala.. Ko ni sikit - sikit tertekan. Sentap btul! Buat selambe je dah la. Minggu ni ape plan ko? Ko kan banyak program... Kalah MB Selangor punya program.

Aku : Saya ada kat umah je kut. Memula bajet nak pegi Kuantan training silat sat gi pulak abah saya pulak buat kenduri arwah kat kampung. Nak tak nak kene cancel la program. Akak lak watpe minggu ni? Main PS2?

KS : Apa barang main PS2. Budak - budak baru mumaiyiz cam ko bley la. Akak ade plan baek punya! Memula akak nak masak sedap - sedap untuk laki akak. Pastu akak nak tengok mata laki akak. Pastu laki akak tengok mata akak pulak. Pastu akak nak tengok laki akak pun...

Aku : Iskh! Kudis buta huruf btul la akak ni! Saya puasa la kak! Dah! Dah! Pegi dok kat luar! Saya nak sambung buat keje ni. Siut btul habitat part - time akak ni. Syuh! Syuh!

KS : Eleh! Akak tau ko nak sambung main game Pokemon Pearl NDS Emulator kat laptop ko tu kan? Da tua - tua pun main Pokemon. Konon ganas sangat pegi bersilat sana sini.. Akak sebarkan kat forum Facebook baru ko tau! Hehehe..

Aku : Akak.. Memula abah saya plan nak buat kenduri untuk arwah mak saya je hari Sabtu ni, tapi kalau akak da tak sabar sangat saya leh tolong buatkan kenduri arwah untuk akak skali... kira package berkembar la. Mau?

Akak : Huiks? Ok - ok! Jangan la marah. Hehehe. Sampaikan salam sayang akak kat Dobong ye. Pastu ko tolong kirim salam skali kat Adam a.k.a Abg RXZ Open. Akak minat kat die jugak. Eeh? Apsal kosong je ofis kat luar ni? Bebudak ofis buat latihan penggera kebakaran ke?

Aku : Da abis ofis hour la kak! Pegi balik!

Bersambung...

Wednesday, March 4, 2009

oFfIcE ShOuTSpAcE pArT 1 – 8 dAys tO Go


Aku baru perasan… Dalam 2 3 menjak kebelakangan ni aku banyak usha kalendar. Bila free sikit je aku tgk kalendar. Macam dah jadi hobi la plak! Kalau nak ikutkan aku ni bukan la spesis individu yang menjadikan aktiviti tengok kalendar ni sebagai pengisi masa lapang atau hiburan di waktu senggang. Aku perasan aku terlalu banyak perancangan untuk bulan Mac ni. Memula nak naik Gunung Ledang, pastu nak pegi training silat kat Kuantan pastu nak dat.. “Tok! Tok”!, Pintu ofis aku diketuk tiba - tiba . Sape la pulak ni.. Kacau betul la. Nak tengok kalendar pun tak senang…

“Boleh akak masuk?”, Tanya Kak Sariah, salah seorang staf bahagian Admin kat ofis aku. “Alaa.. Kalau saya tak bagi akak masuk pun, akak mesti masuk punyalah!”, Aku jawap dengan selamba dan rilek walaupun aku sedar jawapan aku berunsur perli. Ikuti diskusi lanjut aku dengan Kak Sariah ( KS )

KS : Ko sebok ke rif? Akak tengok ko ni rajen btol la keje skang ni. Time lunch pun ko tak kuar makan. Ko kumpul duit nak kawin ke weh?

Aku : Iskhh! Apa la akak ni. Saya malas nak turun lunch la kak. Saya tengah diet ni pasal 13 Mac ni saya nak naik Gunung ledang. Takkan nak naik gunung badan gemuk – gemuk. Berat siut! Tapi memang btul la pasal saya kumpul duit tu tapi saya kumpul duit tu sebab nak hantar abah saya pegi haji la kak. Anak Mithali la katakan.

KS : Yeke? Ko ni janganlah memainkan akak. Abah ko kan da banyak kali naik haji? Baik ko hantar akak je. Buat pahala sikit. Ko kan banyak dosa dengan akak.

Aku : Akak nak saya hantar? Boleh sangat – sangat kak! Memang jadi impian murni saya tu. Tapi saya hantar akak sampai KLIA je la. Tu pun kalau akak support duit minyak. Kah! kah! kah!

KS : Iskh! Selambe je ko tambah koleksi dosa ko dengan akak. Nasib baik pangkat ko lagi tinggi sikit je dari akak. Kalau tak dah lame akak report pasal ko kat suami akak.. isk… isk… isk..

Aku : Alaaa. Pebenda akak touching - touching ni. Gelabah btul la! Usik sikit je amik hati. Pastu nangis.Sori la kak. Nah! Amik tisu ni lap hingus tu. Jijik saya tengok.

KS : Hehehe! Akak baru buat – buat nangis je ko da risaukan akak. Ko ni sweet jugak kengkadang. Nasib baik la akak da kawin.

Aku : Saya tau akak buat – buat nangis. Tisu yang saya bagi tadi tu saya dah buat lap monitor laptop pagi tadi. Kah! kah! Kah!

KS : Hmphh!!! Kalau ko tengok tayar keta belakang belah kanan ko pancit time balik nanti, ko jangan la tanya akak. Memang bukan akak yang buat. Dasar penyangkut baju aluminium btul ko ni! Geram btul aku!

Aku : Ala. Bukan selalu. Ni pesal akak menyebok kat ofis saya ni? Ada pape yang saya leh tolong? Suami akak ada pompuan lain ke? Yang tu sorilah saya takleh tolong.

KS : Iskh! Lancang dan biadap btul la ko ni! Mulut takde insuran. Akak datang ni sebab nak tanya ko pasal hari ko naik gunung tu. Ko da tulis surat amik cuti ke blum?

Aku : Dah la kak. Da lulus da pun. Kalau tak lulus pun saya peduli apa. Saya redah je. Kah! Kah! Kah!

KS : Baguslah kalau camtu. Kalau ko kene pecat akak leh ganti ko. Jap... 13 Mac tu ko nak naik Gunung Ledang ye? Elok – elok sikit weh. Tempat tu keras sikit. Mulut ko tu dah la biadap semacam je. Akak risau la..

Aku : Dari akak risaukan saya, baik akak risaukan suami akak tu. Awek saya pun tak risaukan saya macam akak. Kang suami akak tuduh akak curang plak. Saya tak suka jadi perosak rumah tangga orang ni. Kah! Kah! Kah!

KS : Iskh! Ko tu macam adik akak je. Nak curang ape plak! Jap… Muka macam ko ni ade awek ke rif? Ko bukan ensem pun. Hehehe… comel tak akak gelak?

Aku : Amboi mulut! Busuk btol statement akak tu. Ensem tak penting kak. Yang penting hati. Pastu akaun bank…

KS : Akak gurau je la. Ko naik Gunung Ledang tu baik – baik. Nak biadap pun bajet – bajet je. Ko tu kawin pun blum. Ingat – ingat sikit dekat orang tersayang.

Aku : Insyallah kak. Akak doakan je la saya ok. Eh? Da pukul bape da ni? Suami akak tak amik akak ke? Da abes time keje da ni… Tapi baik akak balik jalan kaki je la. Badan akak tu bukan kurus sangat pun.

KS : Badan akak camni punya menggiurkan ko kata tak kurus? Hmpphh! Akak tempeleng ko ngan perut akak ni baru ko tau! Jap lagi suami akak sampai la! Kecoh btul!

Aku : Kah! Kah! Jangan la marah. Bila akak marah nampak gemuk la. Cube rilek – rilek sikit.

KS : Akak tengah rilek la ni. Jap… Ko pakai keta apa arini?

Aku : Keta Perdana V6 convert Skyline kaler hitam tu la. Apsal tanya? Nak beli ke?

KS : Saje je tanya. Takut tersalah pancitkan keta orang lain pulak. Akak balik dulu ye. Ko jangan balik lambat sangat. takut bengkel keta tutup nanti. Hehehe...

Aku : Huh?

Bersambung...

PaRt 12 NuAnG rEvEnGe – SiShA, SaNdaL dAn sEsAl. JaNgAn Nak CaRi PaSal





Setelah beberapa puluh minit menapak menuruni puncak Nuang dengan kecederaan deltoids dan metasarsal, kaki yang berlumuran darah jenis O angkara akar - akar kayu asli yang berusia ratusan tahun lamanya dan ditambah secukup rasa dengan sebelah kaki bersalut lumpur tidak bersandal, akhirnya aku a.k.a Eiji a.k.a Abg Nasi Mentah, Zack a.k.a Abg Tunangan Orang, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah dan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai pun terserempak dengan puluhan bebudak pompuan ahli Kelab Kembara UITM berbaju biru muda air laut yang hangat dan rancak diperkatakan umum yang ditemani dan diawasi beberapa orang individu pelajar lelaki warga UITM yang mempunyai paras rupa yang agak bengis, ketat dan kontrol macho beberapa ratus meter dari Puncak Pengasih. Kitorang mula menyimpulkan bebudak Kelab Kembara UITM ni sukar didekati tapi ternyata 1st impression kitorang silap. Diorang cukup rileks dan agak friendly. Setelah diberi peluang untuk membela diri, ternyata muka bengis dan ketat diorang bukanlah disengajakan atau dibuat - buat. Ianya terhasil daripada adrenaline penat lelah mendaki ( Tak baik fikir bukan – bukan weh! ). Sori bebanyak…

Disebabkan faktor jalan mendaki yang agak sempit, penuh ranjau, berliku dan sukar, kitorang terpaksa mempraktikalkan sifat terpuji Mahmudah yang ke 8 iaitu bertolak ansur dan bergilir – gilir untuk memberikan laluan kepada bebudak UITM tersebut . Ketulusan hati dan nurani suci kitorang menggamit hati bebudak UITM tersebut untuk mengajukan soalan – soalan lisan berbentuk subjektif berkaitan kondisi pendakian ke Puncak Nuang. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai jugak menggunakan kesempatan tersebut untuk menguji Communication Skill yang dituntut di Kolej PSDC cawangan Kuantan untuk membuat hubungan diplomatik 2 hala dengan ahli - ahli Kelab Kembara UITM tersebut. Niat baik kitorang untuk menolong disambut baik dan mesra. Manalah tahu.. Mungkin hari ni diorang susah kitorang boleh tolong. Esok – esok diorang susah kitorang boleh tolong tambah susahkan lagi…

Tatkala itu, kaki kiri aku yang berlumuran darah dan tidak bersandal menjadi perhatian bebudak pompuan UITM tersebut. Masing - masing berpandangan sesama sendiri dan membuat pelbagai andaian. Kondisi aku yang agak parah membuatkan diorang memikirkan baki pendakian ke puncak agak susah dan ekstrem. Dengan rileks aku menerangkan kepada diorang bahawasanya tak kiralah sesusah mana pun jalan mendaki, selagi ada iltizam yang tinggi dan jitu, insyallah boleh sampai ke puncak. Sejenak aku teringat bagaimana keadaan aku dan Dobong dicabar saban minggu oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open dan Kapten Amin untuk mendaki Puncak Nuang. Kalau bukan disebabkan cercaan dan cabaran diorang, mungkin aku masih menghabiskan cuti hujung minggu dengan menjalani latihan silat intensif dan bermain Guitar Hero : World Tour di konsol permainan PS2 tanpa maruah dan harga diri. Dobong pulak mesti buang masa dengan main game GRID dalam bilik tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar beliau. Dengan menyematkan kata – kata aku di hati masing - masing, bebudak pompuan Kelab kembara UITM tersebut meneruskan pendakian ke Puncak Pengasih. Kitorang membawa hala tuju masing – masing…

Aku dan kengkawan Circle Of Trust meneruskan perjalanan turun ke Kem Lolo. Semangat untuk melayan sisha perasa anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai di Kem Lolo menjadi teras kekuatan kaki untuk melangkah. Raja dan Kapten Amin entah di mana…

Tuesday, March 3, 2009

OpPoRtUnItieS fOr FiGhTeRs

Astro Entertainment Sdn Bhd has appointed V Did It Productions Sdn Bhd to produce the above pilot shooting for the coming reality show and would like to seek for suitable candidates from Malaysia martial arts community.

For further reference, please find below the talent requirement and shoot details;

No of candidates: 8

Type of Martial Arts:
Silat, Wushu, Capoeira, Silambam, Kalari Payat, Taekwondo, Karate, Muay Thai (kick boxing), Judo, Jiujitsu.

sex: Male

age: 25 & below

weight: 70 & below

No of shooting days: 2+1

Shooting location: Klang Valley

Shooting date: 11th, 12th & 15th of March 2009

Talent fees: RM200.00 per shoot day.

------------------------------------------

** Interview date: 4th March (Wednesday)

Time: 10.30am

Venue: Zully Putra Martial Arts Supplies / Daedo Malaysia

Address: 33, Jalan Cerapu 1, Off Jalan Cheras, Bt 3 1/2 Cheras, 56100 Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +6 03.9200.7091

Fax: +6 03.9281.6138

Website: http://putra.martialarts.com.my



Interested candidates are welcome for inquiries at 03-92007091 or contact Mr.Su at 016-2612461.

Sunday, March 1, 2009

PaRt 11 NuAnG ReVeNgE – sMaLaM hARi eN. AdAm, hArI NI hARi aKu, eSoK pUn hAri Aku JugAk..




“Dah! Dah! Jom turun!” Kapten Amin mula memberi arahan. Arahan yang pendek dan ringkas tapi cukup sarat dengan mesej yang membina. Aku dan Dobong yang tido lena dibuai mimpi indah terus terbangun sebab takut kena tinggal kat puncak. Kitorang pun kemas2 barang dan merenung sejenak panorama indah saujana mata memandang ciptaan Allah yang terhidang kat puncak tu ( Indah ke? ) walaupun hati kitorang menyumpah seranah sebab puncak tu dipenuhi sampah sarap sumbangan ikhlas bebudak sekolah Henry Gurney yang tak bertamadun (Dahlah tak dapat layan sisha! Tensen 2x ganda!) Tapi bagi aku, berjaya naik ke puncak Nuang adalah kepuasan yang agak maksimum. Cabaran Abg RXZ Open telah aku jawap dengan tekun dan sukses. Hati aku yang serabut dan gundah gulana kembali tenang… Misi murni aku dan Dobong untuk menakluk Nuang telah berjaya.

Setelah melambai2 lemah dan melemparkan senyum2 perli kepada brother2 CIMB sebab diorang kehabisan stok makanan ( Kah! Kah! Kah! Makan daun la korang!) , kitorang pun memulakan perjalanan turun ke Kem Lolo. Amin a.k.a Chef Sardin dan Raja a.k.a Abg Bicep terus memecut pantas tanpa memikirkan masa depan yang belum pasti. Tak sampai lagi pertengahan jalan ke Puncak Pengasih aku dah tak nampak diorang dah ( Memang terer diorang ni ). Masa kitorang turun tu, terserempak la dengan kawan2 brother CIMB yang turut naik sambil membawa supply makanan. Setelah merefill tenaga dengan melihat dan meng’usha’ tanpa izin awek kawan brother CIMB tersebut, kitorang terus memecut turun sambil mempertontonkan muka riak dan puas sebab dah sampai ke puncak ( Yang terawal lak tu! ).Tapi riak2 dan takbur pun hanya bersifat sementara. Satu bala bencana menanti aku 200 langkah di hadapan … Jom kita kira sama2…

Prap!!! Bajet2 je dah cukup kira 200 langkah tiba2 sandal sebelah kanan aku putus! Pulak! Aku mula cemas dan kaget. Macam mana aku nak mengaharungi hari mendatang? Dahlah banyak akar2 kayu sepanjang perjalanan turun ni. Tu tak masuk pakej kene harung selut becak campur pacat penghisap darah dengan binatang berbisa a.k.a lipan, siamang dan lain2 ( Siamang pun ada bisa weh!). Tapi nak kecoh2 gelabah pun dah tak guna dah. Benda dah jadi. Bukan ada kedai jual selipar atas ni. Aku terus buang sandal tu. Nak simpan pun buat apa. Dengan mengambil iktibar dan pedoman atas kejadian tersebut, aku dengan rasa rendah diri menasihati pada sesapa yang nak naik gunung tak kisahlah gunung apa, janganlah poyo2 pakai sandal. Memang konfem putus punya! Memanglah nampak hensem sket kalau pakai sandal ni tapi kalau dah putus, ensem tu tak ke mana...

Dengan bala yang jadi bertimpa2, tinggallah aku, Dobong, Zack dan Afik meneruskan perjalanan turun. Masa ni kitorang tak fikir banyak dah. Yang kitorang tau, nak turun cepat pastu baring kat campsite, nak reply SMS ( Part ni Afik dengan Zack je yang terlibat) nak mandi pastu nak layan sisha..Oppss..nak solat Zohor… Kitorang semakin jauh melangkah. Sayup2 kedengaran gurau senda dan suara bebudak pompuan Kelab Kembara UITM yang semakin dekat…

bloG BudDieS