Wednesday, October 7, 2009

Episod 1 : Maruah Yang Hilang

Cerita ini hanya rekaan semata – mata. Kesamaan nama watak, tempat dan situasi hanya kebetulan. Ianya tidak berkaitan dengan hidup ataupun yang mati. Yang pengsan pun tidak ada kena mengena jugak. Harap maklum.

Di satu petang yang hening, mendung, dansedikit gerimis. Angin bertiup kencang. Seolah – olah memahami keadaan insan - insan yang sedih, pedih, kecewa dan putus harapan. Ia juga turut memberi kesyukuran dan kegembiraan kepada insan - insan yang tahu menerima dan redha pada setiap ujian dari - Nya. Namun tidak semua insan mempunyai fikiran yang serupa… Namun…


“ Hoit! Udah - udah le tu! Mati pulak budak tu kang! Cepuk pun budjet – budget la… ”, tegah Adi. Timbul pula sedikit rasa kasihan di hati Adi melihat badan kecil Amer dipukul, dibelasah dan dipijak – dipijak seperti lantai mozek oleh Reza dan Aswad, kawan – kawannya yang berikrar mahu sehidup, semati dan sekubur. Sahabat yang kononnya sudah berjanji untuk menempuh segala rintangan dan halangan bersama. Curi Pelam Wak Sakor pun sama - sama, curi selipar kat surau pun sama – sama hatta kena rotan akibat meniru semasa peperiksaan percubaan SPM dengan cikgu disiplin Maa’rof pun sama – sama… Entahlah, Kahwin pun sama – sama agaknya.

“ Aku tak klimaks lagi cepuk budak ni! Makin aku tengok muka kerek perasan bagus dia, makin menyerlah lak semangat perjuangan mencepuk ini! Semangatku terus membara bak api! Jangan tak cepuk! Kahkahkah!”, Aswad meneruskan penyeksaan ke atas Amer dengan gelak tawa riang. Memukul Amer sudah menjadi rutin hariannya. Pantang ada peluang, habis badan Amer menjadi punching – bag percuma.

“ Sudahlah Di! Nak sound – sound gua dan Aswad pesal? Konon baik sangat la lu tu! Lu nak jadi budak baik dan sopan lu pegi pusat pemulihan akhlak! Banyak lagi katil kosong! Kahkah! Tadi masa lu pukul budak Amer ni, lu siap pijak – pijak kepala dia! Time turn gua pukul, lu nak suruh gua kesian plak! Di manakah keadilan? Panas btul gua! Tapi takpe, nasib baik gua memiliki budak Amer ni. Bley gua lepaskan rindu dendam dan geram gua! Hulur sikit muka kiut miut lu tu Amer. Ok, posture muka dah btul, pastu tolong senyum sikit ye, pastu… Hambik!!!”, sedas lagi tumbukan padu maut Reza hinggap tepat di muka Amer yang pucat. Darah mula membuak – buak keluar dari hidung Amer. Tumbukan yang dianggap Reza menjadi kelebihannya selama ini. Tumbukan yang membolehkan Reza diangkat sebagai samseng sekolah secara rasmi. Gelaran yang kononnya begitu bermakna dan bereputasi untuk dimiliki.

“ Aku bukan taknak join korang pukul si mangkuk ni dan tambahkan penderitaan beliau. Tapi kalau korang pukul si Amer mangkuk ni sampai mati hari ni, esok kita nak pukul siapa plak? Cuba korang fikir dan renungkan - renungkan...”, kembang kempis hidung pesek Adi menahan bangga mengeluarkan statement yang kononnya bernas dan sesuai mengikut situasi.

“ Btul gak cakap si Adi gagap ni. Dahlah geng. Kita gerak ar. Dah nak pukul 3 dah ni. Lunch hour! Gua dah sangap lapar plak ni. On the way balik kita singgah kedai Karim makan nasi goreng. Penat siut badan gua! Berpeluh – peluh! Kira exercise sihat la untuk kita. Macam study subjek pendidikan jasmani jugak bila kita tibai si Amer mangkuk ni! Kena buat tiap – tiap hari kalau camni! Baru stamina fit! Kahkah! Jom gerak geng! Biarkan si mangkuk tu!”, Kata Reza selamba. Ketiga – tiga mereka berlalu pergi dengan berkongsi kegembiraan dengan menceritakan keseronokan memukul Amer. Kegembiraan yang membuat mereka lalai dan lupa dengan balasan karma dan takdir. Kegembiraan yang bersifat sementara…

Amer hanya mampu tertiarap merenung tanah. Pasir, rumput dan batu - batu di belakang sekolah seolah – olah sudah menjadi teman sejatinya. Inilah tempat yang saban hari menjadi saksi dirinya menjadi mangsa belasahan Reza, Aswad dan Adi. Dirinya sudah lali dipukul. Sakit dan lebam akibat dipukul tidaklah seberapa jika dibanding dengan pedih maruah yang dilanggar dan tercalar. Maruah yang sepatutnya dijunjung tinggi dengan megah. Tapi dengan situasi dirinya yang begini, apalah mampu dilakukannya. Bukan kehendak dirinya untuk tidak membalas setiap penumbuk dan sepak terajang Reza dan kawan – kawannya tetapi jika dia membalas, pasti lebih teruk lagi balasannya dari Reza and Co. Biarlah, kalau ini ujian untuknya, Amer redha.

Darah yang membasahi muka dikesat dengan uniform sekolah yang kusam dan kotor. Amer bangun dan melangkah longlai. Fikirannya kabur. Kosong. Kelam…

Monday, October 5, 2009

ShOuToUtS - U CaNt sToP HiM Now


CESC FABREGAS
Club: Arsenal
Country: Spain
Age: 22
Role: Midfielder
Achievement: Inspiring his side to a Champions League win over Olympiacos and a Premier League triumph against Blackburn Rovers.

Goal.com's 20th World Player of the Week was prominent during a successful seven days for his club, a period which marked Arsene Wenger's 13th anniversary at the helm.

The Gunners controlled the tempo against Olympiacos in the Champions League, with Cesc, in particular, catching the eye.

The Spaniard dominated the centre of the field and managed to carve out clear chances for his front-men.

At the weekend, Fabregas notched a memorable volley against Rovers and was also involved in most aspects of the Emirates side's positive play, chipping in with an incredible four assists.

Arsenal hit six past Sam Allardyce's team and their emphatic victory was thanks in no small part to the interventions of their badge-kissing captain.


Courtesy from goal.com

So? Amacam Arsenal Fans? Dah jumpa pengganti Henry? Dah Yakin Arsenal bukan pasukan budak bawah umo? Dah ada sebab nape Arsenal boleh menang liga tahun ni?

Kalau dah bagus tu bagus jugak kan? Nak buat camne. Even aku sokong MU aku tak perlu ego dengan tidak memberikan kredit kepada individu yang sepatutnya.

So Fabregas, u're the best for this week. The rest is history...

Tribute to Die Hard Arsenal Fan, Ciwed and Pekjo.

- e . I . J . i -

Grab The Future and Hold

ShOuToUtS - AkU BuKaN MalaIkAt...




Sedar tak sedar, dah nak masuk 100 post dalam blog aku. Alhamdulillah... Thanx banyak - banyak kat kengkawan ofis, rakan taulan ataupun sahabat dan musuh dari UIA, MMU, MSU, KLMU dan sapa - sapa yang selalu membazir masa sampai tak siap buat quatation untuk pejabat ataupun markah assignment final year project kena potong disebabkan baca blog aku. Tulus ikhlas dari hati aku, terima kasih banyak - banyak.

Tak banyak yang aku harapkan dari blog aku selain berkongsi keseronokan dan mencari tinta positif dalam setiap tragedi yang berlaku. Setiap benda yang korang buat atau yang berlaku for sure ada hikmah ataupun mesej yang tersirat. Terpulang pada korang bagaimana korang nak menilai situasi...

Banyak komen ataupun email yang aku dapat. Thanx banyak - banyak... Tak kiralah yang mengutuk ke puji ke sebab yang paling penting kita sebagai manusia memang kena sedar yang kita tak mampu nak puaskan hati semua orang. Kudrat kita sebagai hamba cukup terbatas... Kita hanya mampu usaha. Kan?

Ramai gak yang sound aku macam dah takde idea nak tulis apa. Yeke? Takdelah... Kadang - kadang penulisan kreatif datang dari emosi. Besa la tu... Nak baca blog aku, bacalah. Tak baca takpe...

So, hope blog aku akan lebih bermanfaat kat korang pasni. Maafkan jika ada apa - apa kekurangan. Insyallah... Yang baik datang dari Allah yang Esa jua.

Kita Tidak Sendiri, Ada Bayang Yang Ikut Berlari.

- e . I . j . I -

ShOuToUtS - rAsuAh? uPaH? aMaNaH?




Banyak giler kerja kat ofis. Kalau ikutkan sampai kiamat pun tak abis tapi dah namanya tanggungjawab kan? Kenelah buat... Aku sebenarnya nak sambung tengok Supernatural Season 5 ( Korang minat jugak? Yeke ni? Kalau rasa - rasa tak bape nak kuat akidah tu atau ada anak bini tersayang yang saban hari menagih kasih mesra dan nak dibagi makan, aku nasihatkan dengan penuh rasa rendah diri janganlah tengok... Bahaye! Leh terpesong @ addicted!!! ) yang Amran a.k.a Abg Nintendo bagi kat aku tapi disebabkan still lagi waktu bekerja, aku membatalkan niat murniku itu... Macam la takleh tengok malam ni... ( Dah waktu kerja tu kerja je la! Nak bising - bising apa lagi???)

Kempen pilihanraya Bagan Pinang telah bermula . Bukan kempen pilihanraya je yang start tapi caci mencaci, fitnah - fitnah dengan hina - mengina pun jalan sekali. Pedulik apa kan buat fitnah asalkan menang! Pedulik apa calon rasuah asalkan menang! Pedulik apa masuk neraka asalkan menang! Mentaliti kelas ke - 3 sungguh...

Seperti besa aku akan cakap yang aku tak bias, bla dan bla dan bla tapi kepada penduduk di Bagan Pinang, pilihla calon yang tak rasuah. Pilih la calon yang leh bawak ke jalan kebenaran. Jangan pilih calon yang memberi kebahagiaan duniawi... Sendiri mau ingat k? Hidup kat dunia ni sementara je pun...

Raya still tak abis lagi so amik - amiklah peluang ni untuk minta - minta maaf. Tak susah pun kan? Cuma yang jadi susah bila orang taknak maafkan je... Ahaha!

p/s : Amran, kalau ada masa, training la Guitar Hero btul - btul weh. Papehal pun mak ko memang cool...

EsOk sElaLu AdA, kiTa Je KadAnG - kadang Takda.

- e . I . J . i -

Jangan Halang Aku Membuka Mata Melihat Masa

Saturday, October 3, 2009

ShOuToUtS - PeMusnaH eGo epi



Korang penah main Guitar Hero atau Rock Band kat mana - mana game konsol?

If tak, tidak ada masalah kalau korang nak cuba game yang mencabar minda dan jari - jemari korang ni. Tapi yang menjadi masalah, game ni akan buat korang addicted.

Tanda - tanda addicted : -

a) Jari korang dah melecet pun korang buat bangang je.

b) Sanggup pergi ke rumah member saban minggu tanpa mengira malu semata - mata nak main game ni.

c) Memusnahkan harapan awek - awek korang untuk membelikan korang perfume di hari lahir tapi mintak diorang belikan set percussion untuk game.

d) Bangun lewat malam untuk download game gitar yang baru kuar.

So, ada berani nak cuba?

p/s: Epi, rekod ko akan aku pecahkan... Tunggulah.

ShOuToUtS - AmPunKaN DoSa DiIrIng MaSa






Assalamualaikum

Tidak ada kata - kata yang indah untuk memulakan bicara selain dari mengucapkan salam dan sapa. Doa sejahtera untuk sekalian insan agar mulia. Agar diri terhindar noda. Semoga terus dilimpahi kurnia. Berterusan di dalam peliharaan - Nya...

Camne dengan hari raya korang? Best? Fun? Cool?

Aku harap matlamat korang dah tercapai di hari raya ni. Mintak ampun pada ayah dan bonda, abiskan masa dengan sanak saudara dan menginsafi setiap kejadian dari - Nya.

Aku?

Aku ambik kesempatan ni untuk meminta ampun zahir dan batin jikalau aku ada melakukan kesilapan samada sengaja ataupun tidak sengaja. Almaklumlah manusia tidak pernah sempurna...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Dan Batin

p/s: Jika kau baik, 1000x aku akan baik. Jika kau jahat, 1000x aku lebih jahat.

Eiji

I StilL HaVe sOme SpaCe FoR Hate

bloG BudDieS