Thursday, October 28, 2010

Silat Shout Out – Apa Yang Kau Cuba Buktikan?

                                          Signboard menjadi saksi

                 Adik Pijot Lavada yang gagah mendengar tips pasti menang dari Achap

                                                                Sepak kuat - kuat! 

Tak sampai tinggal 2 hari lagi Kejohanan Pencak Silat Pendekar Se’abad 6 Universiti Malaya akan bermula. So untuk sahabat – sahabat yang sangat – sangat macho/cun dan berani masuk bertanding, aku ucapkan good luck. Ingatlah selalu yang tournament silat ni bukan sekadar untuk menunjukkan kemahiran bertempur tetapi jugak untuk merapatkan ukhwah. Musuh dalam gelanggang je tapi kat luar gelanggang kita sume sedara. Takdehal la benda – benda camni! Aku takyah cakap ulang – ulang kan... Haha!

Tapi, dalam sibuk – sibuk kita join tournament sana sini, apa yang kita cuba prove sebenarnya? Bagi jawapan skit...

“ Aku masuk tournament ni sebab ada orang ajak bang! “ – Adik Pijot Lavada
“  Adoi Eiji. Aku masuk ni suka – suka je. Janganla tanya camtu bro... “ – Encik Zizou Rafiz

Honestly ramai yang tanya aku kenapa la aku suka sangat menempel pegang kamera tanpa rasa malu kat mana – mana tournament silat pastu buat muka sombong unta sambil monitor budak silat dalam gelanggang. Padahal aku tak join tournament pun! Aku kenal semua bebudak silat tapi diorang tak knal aku. Haha! Sungguh seronok...

Aku tengah carik pesilat yang boleh apply apa yang dia belajar dalam Silat Seni Gayong bila masuk dalam gelanggang tempur olahraga. Tak guna bengkung tinggi – tinggi tapi takleh apply apa yang korang belajar weh! MALU! Rugi giler babeng! Honestly, aku pun takleh apply lagi... Haha! Tu yang malu nak ngaku aku bengkung apa tu. Silap besar la kalau korang cakap aku simpan ilmu. Padahal takde sangat pun... :-)

Pengalaman training dengan Sepet UITM kat PULAPOL aritu menyedarkan aku yang tournament silat ni adalah untuk improve diri. Kalau dah tau previous tournament korang pancit, kena la up stamina! Kalau dah tau previous tournament kaki kiri tak hidup, pegi la training skipping dengan punching beg. Kalau dah tau previous tournament korang kalah kene labi, takkan nak kena labi lagi kut?

Btul kata Cikgu Ariffin. Kalau setakat masuk tempur olahraga nak kene pukul baik tak payah. Baik training btul – btul dan tanya diri sendiri sama ada dah ready ke tak. Jangan la tunggu sebulan lagi nak tournament baru nak training...

So guys?

Jumpa kat tournament nanti. Jangan tanya Abang Eiji kenapa tak masuk tournament. Abang Eiji tak kuat. Tau ngutuk je... Haha!

- E . i . J . i -

Jangan kutuk orang buta. Orang buta boleh nampak apa yang kita tak mungkin nampak.

P/S : Saya benci alat penimbang...

Wednesday, October 27, 2010

Football Shout – Malaysian Football anyone?

                                          The boys, Wanbai, Afik n unknown pal

                                                 The boys, again...


Tatkala lepak – lepak buang masa lepas tensen rindu kat awek sambil makan Nasi Goreng USA kat Restoran ABC Balakong tengok EPL  weekend aritu, ada la sorang member yang aku baru kenal, Afik a.k.a Abang Bakal Presiden FAM ni yang tak benti – benti cite pasal Liga Malaysia. Pedulik ubi la game pasukan mana, dia akan try datang stadium untuk support Malaysian football scene! Jauh ke dekat stadium tu bukan problem! Yang penting sorak sampai pecah anak tekak n hilang suara kat stadium! Wallet pun kadang – kadang hilang jugak kene seluk sebab sorak tak ingat doonia! Well, he’s another interesting dude added to my friendlist. Haha!

In fact, beliau cerita bahawa apa yang aku dan korang baca kat site sukan suratkhabar tu tak sama dengan realiti bolasepak Malaysia. Sume tipu! Contohnya pasukan Kelantan a.k.a The Red Warriors yang dianaktirikan dan diberikan tekanan oleh segelintir pihak yang sempit dan bangang fahaman politiknya. Macam – macam bala, taik dan masalah dibaling kat pasukan Kelantan semata – semata untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti pasukan Kelantan.  Benda – benda camni jangan harap la korang baca kat suratkhabar weh! Baik korang baca blog aku je! Haha!

Dulu masa tahun 1997, aku agak rajin ke Stadium Shah Alam tapi aku tak berapa nak rajin membeli tiket. Tiket diberikan secara percuma oleh Dato’ Aini Taib, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor  ( FAS ) ketika itu kepada student – student sekolah rendah yang cemerlang keputusan akademiknya. J Aku masih ingat situasi sorak sorai sebagai salah seorang die hard fan yang memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Selangor. It was fun. Kalau tak pegi stadium tengok game Selangor rasa tak cukup sifat dan tak cukup cool.

Well guys, minggu ni final Piala Malaysia between Kelantan n Negeri Sembilan. So give your support guys! Pegi mampos la korang lahir kat negeri mana but do support the game. So, maybe i’ll see u guys at Bukit Jalil. Jangan buat perangai kat stadium tu dahlah. Kang kene pukul dengan hooligan bola aku taknak tanggung. Haha!

- e . I . j . I - 

No matter what course n obstacles, I'm still your enemy.

P/S : Tensen tengok MU main tak konsisten. Layan Liga Malaysia plak ar!

Wednesday, October 20, 2010

Football Shout Out – Rooney Oh Rooney…

                                           Mr Eiji a.k.a Arif yang gila bola?

                                                      MU di hatiku... Hukhuk.

Aku terpaksa mengaku sejak dua menjak ni aku dah jarang dan super malas nak tengok EPL. Antara reason utama sebab aku malas adalah aku dah boleh agak result dia. So aku decide daripada aku tension nak dekat 2 jam tercongok depan skrin besar kat Restoran Ameerali  Bandar baru Bangi atau JS Maju Cyberjaya tengok Manchester United ( MU ) seri dengan team average, aku lebih prefer lepak kat restoran ABC kat Balakong borak – borak atau adhoc PSP game dengan member – member. Papehal pun sisha kat Restoran ABC tu sangat – sangat superb. Thanx doktor Farhan a.k.a Apan for ur info…

Dipendekkan cerita, semua orang tau yang MU ada financial problem. Tak kisahlah team tu ada berlambak star player tapi bila ada financial crisis, surely akan ada player yang kena jual punya. Penjualan Christiano Ronaldo ke Real Madrid masih tidak mampu melangsaikan segala hutang MU.

Tiba – tiba kecoh la plak Wayne Rooney taknak sign kontrak baru. Waddefak? Dikatakan Rooney demand nak gaji mahal – mahal padahal beliau memang tahu MU ada financial prob. Sudahnya Alex Ferguson kata “ kalau ko nak blah sangat, blah la… Takdehal. “

Dengan kemungkinan kehilangan Rooney, maybe Alex Ferguson boleh mengaplikasikan sepenuhnya player baru seperti Javier Hernandez dan Obertan. Nani pun boleh tunjuk bakat tanpa risau akan overshadow player lain. Berbatov pun boleh main sorang - sorang kat dalam D area tanpa kena marah – marah dengan sesiapa. Haha!~

Tak kira apa jua rintangan, aku tetap menyokong MU secara total. Nak cakap apa cakaplah. Dari kecik aku dah sokong MU kot…. So?

Glory – glory MU

-          E  . I . J . I –

Hati – hati melangkah. Maruah bukannya murah. Jangan kejutkan naga yang marah.

Wednesday, October 6, 2010

Life Shout Out – Cinta Selepas Kahwin?

      Muzam, kawan baik dan jiran aku dari kecik. Kenduri kawin dia pun aku tak pegi... Ya Allah.

                                         Rohaidah kawanku

Zaman skang kita dah boleh tengok ramai teruna dan dara yang memilih untuk berkahwin pada usia 25 tahun ke atas. Ataupun lagi kritikal usia 30 tahun ke atas ( Up lagi skit! ). Apsal eh? Muka tak lawa? Duit tak cukup? Nak tumpu pada karier? Nak beli umah dulu? Mak tak bagi kawin? Awek atau balak lama menyumpah bujang sampai ke mati? Macam – macam la korang ni…

Jawapan yang paling glemer yang aku slalu dengar mutakhir ni adalah “ belum ada jodoh “. Err… Honestly aku pun selalu gak bagi jawapan  tu kat makcik – makcik gedik tudung biru kat kenduri kawin ( Perasan flower girl diorang ni ) yang sebok tanya aku soalan ‘ cepuk cemas ‘ tu. Dan bila aku bagi jawapan tu, diorang akan offer ntah mana – mana gadis sunti untuk disunting jadi isteri. Dah macam agen carik jodoh la plak.  Padahal anak diorang sendiri tak kawin – kawin lagi. Adeh! Kain sendiri takmo jaga, gelabah tarik – tarik kain orang lain pulak… Pehal ko makcik?

Korang ada pengalaman kawin dulu baru bercinta ke? Cuba share skit. Aku tengok zaman – zaman dulu tu punyalah senang nak kawin. Takyah pernah jumpa pun tau – tau je dah kene kahwin. Pastu buat muka melopong dan blur apsal nak kena kawin dengan orang kita tak pernah jumpa. Rupanya mak bapak  die dah tolong settingkan jodoh dan tunangkan sejak dari dalam perut. Wattefak? Sungguh sadis.

Personal opinion, aku rasa aku tak boleh la nak cinta – cinta lepas kahwin ni. Maybe betul ada orang kata ada manisnya cinta selepas kawin ni tapi tu diorang kan? Maybe manisnya datang dengan restu mak bapak. Alhamdulillah la kalau camtu. Lain orang lain la efeknya kut… Ntah – ntah aku ni kawin pun tak sempat…

Sempena musim kawin – kawin ni, aku nak ucap tahniah kat Rohaidah, kawan sekolah rendah aku yang suka belai – belai rambut aku time aku buat – buat tido kat kelas Math. Moga berbahagia hendaknya hingga ke anak cucu. Sori takleh nak datang kenduri kawin ko weh. Ada event lain kene pegi. Sori sangat – sangat.

Be good guys.

-        - E . I . j . I -  

Hati – hati berjalan. Pandang kiri kanan. Jangan sampai bangkitkan naga.

Monday, October 4, 2010

Life Shout Out - Perdana Gayong

                                                                  The guilty clickers


Prime Minister Datuk Seri Najib Razak (second from right) and national Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia head Datuk Adiwijaya Abdullah (right) greeting members at the Majlis Silat Gayong Perdana yesterday


Najib: Be united to defend political power


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak urged the people to be united and defend their political power to ensure their continued progress.
In today's era of globalisation, people's success was determined by their intellectual power and adherence to positive values, he said.

"This is very important.

"We need political strength for us to succeed.
"In this new era, one must note that military might is not permanent," the prime minister said at the launching of Majlis Silat Gayong Perdana, which was organised by Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia near here.

At the ceremony attended by about 3,000 teachers and students of the association, Najib said the sharpest weapon was no longer a kris but political power.

"There will be a tomorrow for us as long as we have power.

"So, we must be united and not let anyone ridicule us or destroy the understanding that we have."

Najib said he believed some of the solutions to address social ills could be achieved if youth took up martial arts training because this would instil discipline and other values in them.

"We are proud of this heritage (silat gayong).

"The Malay world and civilisation is rich with values that have been inherited for centuries."

He said the practitioners of silat gayong and members of the association could be made part of the country's defence forces after the police, the armed forces and territorial army.

Present at the ceremony were Negri Sembilan Menteri Besar Datuk Seri Utama Mohamad Hasan, Perak Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Deputy Minister in the Prime Minister's Department Datuk Ahmad Maslan and Deputy Human Resources Minister Datuk Maznah Mazlan.

- Credited to NST -

bloG BudDieS