Friday, November 19, 2010

Silat Shout Out – Apa yang kau ada?

                                                     Aku dan  Ash Azhim KPTM Bangi


                                                     Kejohanan Silat terakhir aku. Mungkin...

                                            Aku dan Sepexx Syah UITM

Dengan kes – kes jenayah berprofail tinggi yang berlaku tanpa mengira waktu, usia dan tempat pada zaman Facebook dan Twitter ini, adakah kita fikir kita mampu mempertahankan diri dari segala onak dan pancaroba dunia? Tidak kira ada pistol Revolver beratus pucuk, pisau daging berpuluh kotak atau parang Brazil beribu bilah, kalau benda malang nak jadi, jadi la jugak. Tak mampu nak elak… Nak rasa diri tu power sangat kenapa?

Zaman Melayu dahulu kala, keris, pisau ataupun kerambit menjadi senjata wajib untuk dibawa ke mana – mana hatta ke tandas sekalipun. Tanpa mempedulikan muka yang dimiliki tidak sehensem mana, keris menjadi simbol keberanian dan persediaan menghadapi apa jua jenis bahaya. Segala penjahat – penjahat zaman itu juga tidak berani dan tidak mampu bongkak untuk menonjolkan kejahatan jika tidak kena pada tempatnya. Maka aman damailah zaman itu tanpa sebarang curiga. Begitulah adanya…

Pada zaman Samurai di Jepun dahulu juga, golongan Samurai akan membawa pedang ‘Katana’ ke mana – mana untuk keselamatan diri. Golongan petani pula membawa cangkul dan sabit sebagai insuran nyawa yang murni. Sesungguhnya pada zaman ini mempunyai senjata umpama membawa Tuhan di sisi dalam kehidupan sehari – sehari.

Namun zaman kini telah berubah. Penggunaan senjata hanya pada majlis raja sehari atau berkebun sayur kobis segar sahaja. Jika peraturan ini tidak dipatuhi maka melayanglah RM300 masuk ke kocek pihak berkuasa. Dengan larangan ini maka bermaharajalelah bebudak rempit motor pelbagai jenis dengan senjata mudah alih helmet ARC keras yang menjadi teman setia di kala malang menimpa. Sekali hempuk pasti rebah semestinya. Pada yang lebih advance pula akan membawa kayu baseball jenis Maple atau steering lock pelbagai guna.

“Habis tu? Yang skema – skema ubi macam kita ni camne bro? Nak pakai apa?”

Pengalaman sebagai backpackers dan pesilat mengajar aku untuk berpadu ability dengan alam. Segala elemen dunia adalah rakan. Namun setiap peluang harus digunakan dengan sebaiknya. Untuk pengetahuan semua aku sentiasa membawa charger handphone dan skipping rope ke mana – mana. Selain dari penggunaan rasmi, charger handphone dan skipping rope berfungsi sebagai sistem pertahanan diri yang utuh. Dengan libasan dan teknik jerutan yang betul kepada pihak musuh yang mengundang bala, ianya mampu menyelamatkan nyawa di kala malaikat maut di depan muka.

Namun semuanya datang dengan latihan. Pada pendapat aku, semua benda boleh dijadikan senjata. Kena la kreatif setiap masa. Jangan sempitkan fikiran. Jika terjumpa bahaya, selawat la dulu. Tenangkan diri. Insyallah… Everything will be ok.

The debt that all men pay

-         E . i . J . i –

Senjata utuh bagi orang mukmin itu adalah doa.

P/S : Keep training guys, Tournament just around the corner...

Wednesday, November 17, 2010

Life Shout Out – Kasi simbah sama dia? Jangan benak sangat…



                                       Tempat Lepak baru, aku dah muak lepak THE CASTLE

                                                Lorong Damai yang memberi kedamaian

                                                 Bodek hati bakal mak mertua pastu clash?

Aku dah muak! Bosan! Tak ceria! Dinihari kita dikejutberukkan oleh berita – berita hamjadah dan plastik seperti boyfriend mati kene bunuh pastu girlfriend plak hilang, girlfriend kena siram minyak hitam sebab mintak clash, boyfriend kena cepuk sebab takleh terima kenyataan awek dia nak kawin dengan jantan lain yang lebih kaya dan serius berlagak padahal taktau sembahyang, girlfriend kena simbah asid sebab selalu control cun time balik kerja kilang, boyfriend kena labi dengan abang awek dia sebab awek dia queen control dan macam – macam lagi kes gaduh boyfriend/ girlfriend yang tersebar luas di media Malaysia ni. Persoalannya, pehal yang kolot sangat cara pembalasan dendam tersebut? Bukankah ada cara yang lebih mudah dan simple serta memberi kesan yang lebih efektif?

“ PUKUL? TARIK RAMBUT? TIKAM ULU HATI? GELETEK SAMPAI MATI? “

Oh tidak sama sekali. Walaupun aku ada belajar silat serba sedikit namun kekerasan bukanlah penyelesaian mutlak kepada segala masalah berkenaan. Pengalaman menonton Crime Scene Investigation 11 musim tanpa henti sedikit sebanyak membantu. Terima kasih Horatio Caine dan Gil Grissom. Anda telah mengajar saya melakukan jenayah tanpa meninggalkan kesan… Haha! 

Memula sekali kalau korang nak settlekan benda – benda camni ( kalau korang ada la ) adalah korang kena pasrah dulu. Ingat Allah banyak – banyak dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jadi setenang mungkin. Pada phase ni sembahyang 5 waktu amat – amat digalakkan tidak ditinggalkan. Ni penting sebagai makanan rohani. Pastu try carik girlfriend/boyfriend baru dulu dalam masa 2 – 3 minggu selepas clash. Try tengok camne dulu. Kalau tak boleh jugak kita masuk phase 2.

Apa phase 2 pulak? Pegi sejauh mungkin dari bayangan si dia! Kalau dia kerja kat Banting korang try carik kerja kat Ipoh. Kalau si dia kerja kat Melaka korang try carik kerja kat Johor. Dan kalau korang masih study di Universiti aku tak pernah galakkan korang tukar Universiti. Cukuplah dengan jadi low profile dan sikat rambut belah tepi agar tidak menarik perhatian si dia. Yang si dara plak bley try pakai baju – baju yang menutup aurat sepenuhnya untuk cool down low profile. Ngertik??? Bley buat tak?

“ Kalau tak boleh jugak camne Abang Eiji? Sayang pada si dia masih menebal dalam diri ini! Nak tido pun susah... “

Aku cadangkan korang pegi bercuti. Pegi camping lagi bagus. Buat benda – benda yang di luar kebiasaan korang. Jangan pergi bunuh orang sudah la. Lain la kalau korang dah selalu bunuh orang. Rilek – rilek suda... Buang semua perasaan benci pada si dia dengan cara bersatu dengan kehijauan alam sekitar. Time aku clash macam nak gila dulu ada ustaz suruh aku mandi dengan air kolah 7 surau yang berlainan. Korang leh try kalau nak… Takdehal punya! 

Abang Eiji, saya dah putus asa. Saya takkan mampu lupakan si dia… “

Palotak kao! Macam – macam cara dah buat pun tak jalan jugak? Adeh! Kalau dah tak boleh settle sangat jumpa la aku kat Jalan Damai Restoran Al Rawsha. Nanti aku akan bagi briefing phase terakhir. Sambil – sambil tu bley la layan sisha sedap gila kat situ. Jangan nangis – nangis depan aku… Pantang! Nanti orang – orang Arab kat situ fikir bebukan! Damn it!

" Eiji, Ko memandai bagi orang lain tips confront clash, tapi aku tengok time ko clash ko plak paling mental pecah. What's up with dat bro? "

" Err.... No komen... "


Pelamin anganmu akan musnah…

-          E . i . J . I –

Coldblooded. No mercy to you. Burn in hell

Tribute to adik Mashitah, Zamey dan kengkawan yang baru clash. Selamat berclash dengan sempurna.

Football Shout Out – We fight, we shout and we proud. THE ULTRAS beraya @ KLIA



                                                               ULTRAS @ KLIA


                                                     Jangan touching - touching sign


                                                Time masuk TV. Senyum sikit kengkawan

Kegagalan skuad bolasepak negara meneruskan perjuangan murni memartabatkan maruah bola sepak Malaysia di Sukan Asia tidak mematahkan semangat jati Skuad Ultras Malaya untuk terus memberikan sokongan yang tidak berbelah bagi. Kebangangan Ben William pengadil dari Australia yang mempunyai hobi pelik memberi kad pelbagai warna tanpa sebab ketika mengadili perlawanan Malaysia bertemu China amat – amat dikesali. Tidak kira atas sebab apa pun pujian harus diberikan kepada skuad negara yang bermain sepenuh hati. We are proud of you.

Di atas sebab kebanggaan kepada skuad negara, dengan tidak melayan hati yang hiba ketika takbir malam raya, dengan mengetepikan kesibukan bermanja dengan saudara mara comel yang datang berkunjung dari jauh di rumah, dengan tidak mengendahkan member – member yang mengajak layan sisha kat Restoran ABC Cheras sebab bosan kena bebel dengan mak yang strict mengalahkan pengetua MRSM, sekumpulan ULTRAS MALAYA telah pergi menyambut wira – wira negara di KLIA yang baru pulang dari Guang Zhou.

Dengan tema baju melayu a.k.a baju kebangsaan, Ultras terus menerus memberi sokongan kepada Skuad Kebangsaan. Malam raya tu beb! Apa barang lepak kat rumah tolong abah potong daging burung wak – wak buat rendang pagi raya! ( Err… Aku la tu. ) Rasa bangga hasil masuk slot sukan Buletin Utama malam Ahad tempoh hari menguatkan lagi semangat untuk terus menyokong bolasepak tempatan. Hidup matiku Malaysia

Keep on doin’ superb thing guys.

-          E . i . J . i –

No forgiveness for the mindfuck

Tuesday, November 16, 2010

Life Shout Out – Hidup matiku Malaysia. The Ultras!




                                                                           THE LOGO

 
                                                                           THE SPIRITS

                                                                          THE BANNER

                                                                        HAKIM Seksyen 7

 
                                                                          Aku pun ada???

                          Afik, Wanbai dan aku. Masing - masing dah hilang suara. Tapi dara masih ada...

Di kala pasukan bolasepak negara menghadapi pelbagai asakan ujian getir dan penghinaan yang tidak berkesudahan akibat prestasi yang tidak menentu, di manakah kita sebagai rakyat Malaysia? Adakah kita hanya rakyat yang tau mengutuk sahabat – sahabat Harimau Malaya kita yang berjuang 90++ minit di tengah padang tak pandai main bola padahal kita ni main futsal 2x je seminggu kat Sport Planet Subang pastu berlagak bagus sebab pakai kasut futsal berjenama Nike yang dibeli hasil penjimatan gaji selama sebulan? Adakah kita ni mangkuk yang hanya tahu mencaci maki sahabat – sahabat kita di tengah padang tu makan gaji buta padahal ada di antara kita yang curik – curik lunch time breakfast dan tido time office hour? Adakah kita ni plastik sampah yang tau menghina Skuad Bolasepak Negara pancit dalam game padahal kita ni tau naik eskelator je sampai ofis? Pehal kita ni weh???!!!

Muncul satu kesedaran jatidiri sebagai seorang anak Malaysia pada 2007. Pedulikan semua mangkuk hayun yang memperkudakan negara tercinta sebagai platform kekayaan duniawi. Pegi mampus semua parti – parti politik yang kononnya mempunyai nawaitu agung dan agenda suci tersendiri. Lantakkan semua isu perkauman sempit yang dijunjung hingga ke mati. Sorakan akan menjadi bukti.

Mereka bukan Ultraman. Mereka bukan Ultra Seven. Mereka bukan Ultra Dash. Tentu sekali mereka bukan Ultra Lembayung. Mereka adalah ULTRAS MALAYA.

Ultras Malaya adalah satu suara yang bertindak sebagai benteng pertahanan Skuad Bolasepak Negara. Sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan hatta nyawa bercerai badan sekalipun. Tetap bersorak riang walaupun isteri dan awek tersayang suruh balik tengok TV LCD 42 inci kat rumah. Sanggup memakai jersi Malaysia 4 hari berturut – turut walaupun mesin basuh kat rumah lebih mahal dari Proton Inspira baru. Menjunjung maruah Skuad Bolasepak Negara biarpun rakyat Malaysia yang lain masih bodoh menghina mutu bolasepak Negara berdasarkan laporan media yang tidak telus.

Terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, sorakan Ultras Malaya mampu menggegar dan mengoncang stadium serta memecah lampu – lampu limpah kedai mamak seperti yang terjadi kat Restoran HAKIM Seksyen 7 semasa perlawanan Malaysia VS China dalam Sukan Asia Sabtu lepas. Kalah menang menjadi soal kedua. Yang penting, sorakan semangat untuk negara tidak akan pernah padam.

So, korang bersedia? Sebelum sokong mana – mana pasukan EPL atau La Liga, letakkan sedikit hati korang pada Skuad Negara. Cintakan negara dan cintakan kerajaan adalah 2 benda berbeza. Belajar mengambil tahu tentang perkembangan dan situasi sebenar skuad bolasepak negara. Ianya memang mengambil masa tapi ianya sangat – sangat berbaloi.

Untuk skuad bolasepak negara tercinta…

-          E . i . j . I –

Kau di sana, aku di sini… Kita semua saudara.

Tribute to Wanbai, Afik, Izzat, Lekir, Syed, Iwan dan skuad Ultras Malaya

p/s : Geng – geng Ultras akan dijemput khas memeriahkan suasana time aku ada tournament silat. Haha! Aku lanje korang Air Asam Jawa satu jag. Pandai – pandai la korang kongsi. Kahkahkah!

Office Shout Out - Fall from grace? Anwar Ibrahim

                                                                   Anwar Ibrahim

Dengan memperkenalkan diri sebagai harapan baru untuk Malaysia di kala rakyat marhaen tercari - cari pemimpin yang mampu membawa transformasi pentadbiran, sesungguhnya Dato Seri Anwar Ibrahim berada di landasan yang tepat untuk menjadi ' Messiah ' politik atau penyelamat.

Namun entah di mana silapnya, satu demi satu pemimpin yang kononnya bergelar kawan sehidup semati di sekeliling beliau mula meninggalkan beliau. Musuh pula mula mengatur strategi keji sepak terajang politik untuk melancarkan 'final death combo' terhadap beliau. Segalanya perlu dilakukan sebelum pilihanraya akan datang.

Mungkin Anwar Ibrahim terlalu menginginkan kerusi empuk PM di Putrajaya. Mungkin juga beliau ingin menghapuskan kepincangan sedia ada yang menjadi barah yang busuk dalam pentadbiran negara. Mungkin juga beliau mempunyai agenda sendiri... Segalanya mungkin.

Mahatma Gandhi, Che Guavara, Hang Jebat, Suu Kyi dan beberapa lagi pemimpin agung yang pernah wujud mempunyai pelbagai ujian sepanjangan perjuangan mereka. Ini fakta. Biarlah mati sebagai seorang pejuang. Selebihnya sejarah akan menjadi saksi.

The time is now. mind is set...

- e . I . j . i -

Monday, November 15, 2010

Monday Shout Out - I can smile again... Finally.

                                                Salah satu fon yang menjadi mangsa baling...


" Ko nak update blog ke tak? Lama tunggu ni. Dah update bagitau. " - Cik Zura


" Bosan la baca blog hang mat arep! Takdak aksi silat! Aku mau sesuatu tentang silat! " - Encik Syafik NAVY


" Ko ada blog ke Eiji? Taktau pun... " - Encik Kimi Ustaz.


Haha! Sedang sakan - sakan aku tengok Minah dengan Awang Foreigner yang entah datang dari mana kat Mapley tengah gelabah jakun gosok - gosok skrin Iphone 4 main game, teringat la kejap kat blog sampah penuh tragis ni. Dengan saban waktu aku menggelarkan diri sebagai blogger part time, aku tak patut rasa kesal atau ujub bila lama tak update blog ni. Banyak keja nak buat weh... Sukati la bila aku nak update.

Kelmarin ada la minah kat MINES tu berlagak bagus muka bangga pakai Blackberry BOLD depan aku. Tekan qwerty pad main SMS macam baru tumbuh jari. Tengok skali gaya macam student. Ni mesti beli Blackberry pakai duit PTPTN. Takpun bapak die belikan Blackberry sebab bapak die dapat komisen balak. Takpun minah tu pau Blackberry tu kat BF dia. Pelbagai andaian bermain di minda. Senang cite camni la, kalau ko rasa gempak sangat pakai Blackberry tu, pegi la shopping kat Pavilion ke, Dubai ke. Nak tunjuk - tunjuk muka bagus kat MINES tu pehal plak?

Aku dengki ke?

Sikit pun takde. Hak masing - masing la nak berlagak kan? Tapi kena tengok tempat la kut. Orang lain pun ada gak yang kaya - raya. Pakai handphone pun ala kadar je. Pakai Mazda 3 tapi pakai Nokia yang takde 3g. Anak bekas pengarah JAKIM pun pakai i mobile je.

Aku?

Aku pakai handphone murah - murah je. Senang aku nak baling kat dinding... Haha!

Don't ever teach me how to be you...

- e . I . J . I -

Some things can't be undone.

P/S : Sori kat mane - mane kengkawan yang call tapi aku tak angkat. Papehal SMS je.

bloG BudDieS