Bukti Untuk Tatapan
Beli Honda City mampu. Takkan hutang tak mampu nak bayar?
Buat salah pun boleh senyum?
Bukak - bukak blog je, bermacam - macam lagi komen keji dan nista aku terima. Penat dah aku cakap, kalau ada benda personal nak cakap, SMS boleh, call boleh atau email pun boleh. Jangan la benak sangat. Kalau rasa diri tu betul, jangan berselindung di belakang nick anonymous. Bagi nama, no phone dan alamat. Insyallah kita boleh selesaikan... :-)
So masa untuk menjawab persoalan di atas ;-
Peranggan 1 - Jodoh? Aku langsung tak kisah pasal jodoh perempuan tu dengan siapa. Tolong suruh dia pulangkan balik duit yang dia pinjam. Tu bukan hak dia. Tak elok makan benda haram.
Perenggan 2 - Perempuan tu bijak? Haha! Bijak menipu? Sampai saudara pun tertipu dengan perangai dia? Meh sini datang jumpa aku dan aku akan tunjukkan bukti dia menipu. Silakan...
Perenggan 3 - Ada aku kisah channel apa yang saudara tengok kat TV? Kacau bini orang? Aku dah suruh dia pulangkan duit dan harta benda aku 5 tahun yang lepas. Bukan lepas dia kahwin. Perempuan tu yang cari masalah. Untuk apa dia lari - lari kalau dia rasa dia betul?
Perenggan 4 - Aku tak pernah cakap aku baik. Aku cuma lakukan apa yang aku fikirkan perlu. Perempuan camni tak perlu ramai bilangannya. Suami dia lebih baik? Saudara nampak apa yang aku nampak ketika diorang dating di KL Sentral? :-)
Perenggan 5 - Silat tidak ada kena mengena dengan hal ini. Perempuan tu juga pemegang Black Belt Taekwando dan aku tak pernah relate attitude perempuan tu dengan Taekwando. Pesilat juga seorang manusia. Ada masalah dan ada ketika maruah dipijak mengikut suka.
Akhir sekali, terima kasih kerana lebih sopan dalam komen. Bagilah aku email saudara supaya aku boleh forward bukti yang sepatutnya. Insyallah sama - sama kita akan cari kebenaran.
- e . I . j . I -
Tidak kira betapa tinggi kau memandang langit, kaki kau tetap pasti berpijak di bumi
P/S : Minta maaf kepada guru - guru, ibu - bapa ataupun anak - anak kecil yang membaca entry ini. Maaf sekali lagi...
Tuesday, March 30, 2010
Monday, March 29, 2010
OfFiCe ShoUtOuT – Martabat Seni Silat Dalam Silat Olahraga?
Mulai!!!~
Sesi 'Sparring' Tempur Olahraga
Tempur Olahraga
Tapak pendekar disusun rapi. Serang lawan Si Pintal Tali. Si Kelek Anak pintar bertari. Menyerang lawan di dalam sunyi. Lawan mengelak tidak kan henti. Selayang Pa ndang bijak menanti. Pabila lawan senyum berseri, jangan gundah timbul di hati. Di atas ada Si Rajawali. Di bawah ada Si Naga Sakti. Gunakan ia dengan berseni. Kelak terbela maruah diri. Lawan menyanjung dengan teliti. Amanat Mahaguru mulia di sisi. Ilmu keramat kurnia Ill ahi…
Cikgu Amat Kush airi, Cikgu Hairi, Cikgu Saiful, Amir Ikram, Syafiq Riduan dan pendekar – pendekar seterusnya…
Mereka adalah di antara pesilat – pesilat Gayong yang mengharumkan nama negara dalam arena Silat @ Tempur Olahraga. Sedar ataupun tidak, mereka berjaya meletakkan nama Gayong di satu tahap yang tinggi.
Persoalannya?
Hampir 100% pesilat Gayong mengamalkan tapak sisi ketika bertempur Olahraga. Ramai juga yang terikut – ikut cara Seni Beladiri lain seperti tangan tangan di bawah. Kenapa ini berlaku? Seni Ga yong kurang baguskah untuk diaplikasi? J
Tanpa perlu menuding jari pada sesiapa, aku juga menghadapi masalah ini. Dengan dunia Tempur Olahraga yang semakin meningkat mutunya hari ke hari, mungkin tanpa perlu memikirkan tentang menajamkan skill Tempur Olahraga, kita hanya perlu balik ke gelanggang Seni Gayong dan kembali memantapkan basic atau asas Seni Gayong seperti Tebar Jala ataupun Kombat. Tanpa kita sedari, itulah juga bentuk serangan dan jatuhan dalam Tempur Olahraga. Setuju?
Tentang peraturan yang sedia ada dalam tempur OIahraga, kita tak perlu rasa terikat dengannya. Apa yang perlu adalah bertempur secara bijak dan ambil semua peluang yang ada. Gunakan tapak berdepan dan tari perang untuk tapak tempur asas, gunakan Selayang pandang dan setangkai padi untuk serangan pantas, Kelek Anak untuk mengelak, Kunci Pisau dan Elakan untuk jatuhan dan sebagainya.
Mungkin ini akan mengambil masa berbulan - bulan atau bertahun - tahun. Tapi ianya tidak mustahil. Dan tanggungjawab untuk transformasi ini terletak pada bahu kita anak – anak Gayong. Tunjukkan pada guru – guru tua yang kita sebagai generasi pelapis mampu memartabatkan Gayong di tempat yang sempurna. Sebagai pemegang Ilmu Ga yong, adalah perlu untuk untuk kita membuktikan Ilmu Ga yong berkesan di mana – mana sudut pertempuran. Insyallah…
Jumpa korang semua di Tournament Pemilihan Wakil Silat Selangor 2 – 4 April 2010. Insyallah
- e . I . j . I –
Serang di dalam gelita, elak di dalam cahaya.
Labels:
MaRiAl aRtS TeRuLuNg,
ShoUtOuTs
Thursday, March 25, 2010
oFfIce ShoUtoUt – Alangkah bagusnya jika…
Sangat tak bagus pula bila pergi ke masjid hanya berlenggang. Setakat menden gar khutbah yang panjang. Derma masjid sangatlah jarang. Setakat RM1 sangatlah senang. Apa nak jadi umat sekarang?
Sangat tak bagus pula bila sembahyang yang dituntut dibuat sambil lewa. Baru 5 minit rasa berabad lamanya. Menden gar surah macam nak tercabut telinga. Lutut pula dah sengal – sengal rasanya… Manusia – manusia..
Sangat bagusnya jika meluangkan masa bersama insan tersayang. Keluar dating pagi dan petang. Hati terasa sangatlah lapang. Tengok si dia tersenyum riang...
Sangat tak bagus pula habis sembahyang terus blah. Macam rasa diri bermegah. Padahal pada Dia kita berserah. Agar kurnia – Nya senang ditelah. Nak doa pun payah??? Susa h – susa h…
Ya Allah… Jadikanlah aku insan yang lebih baik esok hari…
P/S : Kat mana aku letak wallet aku tadi???
Wednesday, March 24, 2010
oFfIcE sHouToUt – Revenge? Avenge? Redemption?
Tak perlu aku ulang – ulang yang kita semua ni manusia dan sudah tentu tak lari daripada kesilapan. Tapi apa yang membezakan kita dengan manusia lain adalah untuk sedar dan betulkan kesilapan ke arah matlamat yang lebih baik.
Tekanan untuk menguruskan badan makin meninggi. Dengan waktu exercise yang kurang, aku terpaksa menahan lapar pada kadar yang agak ‘inhuman’ untuk mencapai berat 70kg ke bawah. Di kala oran g lain sedang lena dibuai mimpi pada malam hari, aku mengayuh basikal racing untuk latihan kardio. Kalau aku jogging nampa k cam tak siuman plak… Aku cuma ada 9 hari je lagi.
Syafiq kata aku punya blog berterabur. Yeke? Kejap post jiwa lara, kejap post silat, kejap post game. Sori la kalau ramai yang pening. Blog ni bukan spesifik untuk silat je. Nama pun blog kehidupan.
So?
Thanx pada yang memberi consult…
fOoTBaLl ShoUtOuT – Look Who’s Talking? It’s MU Again…
We're the champions!!!
Hujan lebat yang turun umpama tidak ada hari esok tidak dapat menghalang seantero penyokong MU meraikan kemenangan dengan penuh syukur. Kekalahan 3 kali pada pertemuan sebelum ini dengan Liverpool betul – betul memeritkan dan menimbulkan rasa malas untuk pergi bekerja pada hari berikutnya. Dan akhirnya penantian ini berbaloi…
MU 2 – Liverpool 1
Situasi seri Chelsea dengan Blackburn turut membantu MU untuk mengekalkan takhta liga buat kali keempat berturut – turut. Insyallah…
So?
Hujan menjadi saksi…
P/S : Sian gila kat masdor sebab kena tutup kedai sisha sebab hujan… Customer ramai lak tu. Takpelah bro. Rezeki ada di mana – mana…
oFfIcE sHoUtOuT – What About Now…
Definisi sebenar untuk berani?
Insan yang terbabit???
Dalam sebulan kebelakangan ni, banyak betul Allah bagi ujian kat aku. Tensen gak dibuatnya… Sama ada dari kerja ofis yang berlonggok - longgok, insan tersayang yang lama tak jumpa, kawan – kawan yang sesuka hati selongkar laptop ataupun dari family aku sendiri. Nak buat camne kan ? Saba r ajelah… Aku bagi satu hint, kalau aku pergi Kuantan tu maksudnya aku tension la tu. J
Entry ni agak personal sikit…
Untuk anonymous…
Aku tak pernah cakap aku kuat. Dan kalau ko rasa apa yang aku cakap ni fitnah, boleh datang jumpa aku… Boleh aku tunjuk bukti. SMS, gambar atau video. Pilih je mana – mana….
Taktau mana nak cari aku?
Disebabkan ko terlalu pengecut untuk bagitau siapa gera ngan diri, aku bagi tempat di mana aku biasa hang out. Carilah aku. Tu pun kalau berani… :-
A ) The Castle, Jalan Damai Ampang.
B ) Mali Wangsa Maju
C ) Cyberjaya
D ) Kuban g Buaya, Kuantan
Mungkin bila ko rasa ko komen kat blog ni, ko rasa superior. Tapi kadang – kadang, fikir dulu sebelum buat apa – apa. Sebab selalunya kesalahan yang kita buat, akibatnya akan kena pada oran g lain. Nauzubillah…
P / S : Mohon maaf pada anak – anak Gayong, guru – guru, anak – anak kecil ataupun ibu bapa yang 'ter'baca blog ni sebab entry ni inappropriate. Maaf sekali lagi…
Friday, March 19, 2010
Silat Journey - Life from Seksyen 17, Shah Alam
Bebudak Gayong Shah Alam
Walaupun aku diperlimau tapak di Pahang oleh Ayahanda Cikgu Rahim, diperturunkan ilmu oleh Cikgu Fadhilah, disambung pula dengan Cikgu Ilyas dan Cikgu Ariffin, mencari ilmu pula di Perak dengan Ayahanda Cikgu Amin, aku tidak pernah lupa asal usul aku dari Selangor. Dengan harapan aku boleh menitip sedikit ilmu, tanpa segan silu aku pergi ke gelanggang Silat Cikgu Hamzah Tajuddin di Seksyen 17.
Adat masuk ke gelanggang orang, kena la ikut cara gelanggang orang. Namun satu benda yang tak pernah berubah, selagi namanya Anak Gayong, selagi tulah bersaudara. Aku tak pernah rasa macam orang asing. Alhamdulillah...
Latihan masih lagi berlangsung. Bebudak Selangor ni main parang sampai patah... Dahsyat. Aku akan update lagi dari masa ke masa... Live dari Shah Alam. :-)
- e . I . j . I -
Jangan kuat untuk diri sendiri
Walaupun aku diperlimau tapak di Pahang oleh Ayahanda Cikgu Rahim, diperturunkan ilmu oleh Cikgu Fadhilah, disambung pula dengan Cikgu Ilyas dan Cikgu Ariffin, mencari ilmu pula di Perak dengan Ayahanda Cikgu Amin, aku tidak pernah lupa asal usul aku dari Selangor. Dengan harapan aku boleh menitip sedikit ilmu, tanpa segan silu aku pergi ke gelanggang Silat Cikgu Hamzah Tajuddin di Seksyen 17.
Adat masuk ke gelanggang orang, kena la ikut cara gelanggang orang. Namun satu benda yang tak pernah berubah, selagi namanya Anak Gayong, selagi tulah bersaudara. Aku tak pernah rasa macam orang asing. Alhamdulillah...
Latihan masih lagi berlangsung. Bebudak Selangor ni main parang sampai patah... Dahsyat. Aku akan update lagi dari masa ke masa... Live dari Shah Alam. :-)
- e . I . j . I -
Jangan kuat untuk diri sendiri
Thursday, March 18, 2010
OfFiCe sHoUtOut – Kekuatan Yang Terkawal
Memiliki kekuatan merupakan salah satu kelebihan yang boleh merubah keputusan satu – satu bentuk pertarungan. Nam un kadang kala memiliki kekuatan merupakan satu kriteria untuk menyumbang tewas. Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah niat mempelajari seni mempertahankan diri bukanlah untuk menjadi kuat tapi adalah untuk memahami sejauh mana badan kita mampu mengadaptasi keadaan bahaya dan bertindak mengikut situasi yang diperlukan.
Tapi bila bertempur, adakah kekuatan memainkan peranan utama?
Apakah yang bermain di minda kita sewaktu kita memukul atau menerajang pihak lawan? Untuk membela diri? Untuk memuaskan hati? Untuk menguji hati?
“ Arif, ada 3 jenis pukul yang kita kena fahami sebagai pengamal Seni Beladiri… “
- Cikgu Ariffin, 2008 –
Yang aku belajar, ada 3 jenis pukul @ beladiri yang kita kena faham dan kuasai. Seorang pengamal Seni Beladiri yang hebat boleh membezakan antara ketiga – tiga jenis beladiri ini. Yang pertama :
Pukul Ajar – Jenis beladiri ini adalah untuk memberi pengajaran tanpa memberi impak yang kekal. Sebagai contoh, ini dapat dilihat ketika seorang guru memberi pelajaran beladiri kepada anak muridnya. Guru itu dapat mengawal kekuatannya ke tahap minima tanpa mencederakan anak muridnya.
Pukul Mati – Beladiri ini adalah tingkat terakhir dalam beladiri. Beladiri ni bertujuan untuk membela diri tanpa mempunyai pilihan yang banyak untuk menyudahkan satu – satu pertarungan. Ancaman pihak musuh yang ramai dan mengancam nyawa. Sama ada kita atau pihak lawan yang menjadi korban. Sebagai contoh dalam satu – satu peperangan.
So, sebelum kita memulakan satu –satu pertarungan, fikirlah mana – mana jenis beladiri yang perlu kita praktikkan. Jangan gunakan kekuatan membuta – tuli tidak kena pada tempatnya. Bersama – sama kita letakkan Seni Beladiri di tempat yang mulia…
Insyallah
- E . I . j . I –
Being weak are not so hard afterall
Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya Part 5 – Ipoh, The Journey
Dalam perjalanan...
Matpa di dewan makan
“Eiji, Kak Il a panggil ko weh! Nak jumpa sat! “
Tiba – tiba Matpa menggelupur lari – lari dari dewan makan sambil memanggil - manggil nama samaran aku seraya mengatakan Kak Il a koordinator program nak jumpa. Belum sampai seminit aku doa supaya aku diselamatkan dari kursus dah makbul dah! Cabut!
Sampai – sampai je kat dewan makan, Aku diberitahu duit kursus short sebab Maybank online transfer aku tak legit. So nak taknak kena la pegi bandar Ipoh untuk ur uskan kalau tak nanti problem. Sian lak tengok Kak Il a pening – pening. Sori la Kak Il a…
So aku dengan Matpa pun keluar ke bandar Ipoh dengan harapan benda – benda tersebut dapat dicari sebelum maghrib datang menjelma. Di dalam kereta, aku masih memikirkan cara untuk mengingati Perm ainan Pentas Hidup agar bila aku balik nanti, Ayahanda Cikgu Amin takde sebab untuk marah – marah dan bad mood…
Pencarian barang – barang bermula…
- E . I .j . I –
Cari dirimu di tempat oran g lain hilang…
Wednesday, March 17, 2010
foOtBaLl ShOuToUt - Chelsea, Out And About!!!~
JS Maju Cyberjaya
Inter Milan mengesahkan tempat ke 8 pasukan terakhir Champions League dengan mengalahkan Chelsea dengan aggregat 3 - 1 awal pagi tadi.
Macam yang selalu aku cakap, aku bukan suka sangat pasukan dari liga lain menang dengan pasukan dari England. Tapi seronok gak bila tengok - tengok muka kecewa dan mandom member - member yang sokong Chelsea... Hahaha!
So? :-)
Pakat - pakat la sokong MU
Tribute to Chelsea fans Zul and Iqbal... Sorry guys.
- e . I . j . I -
U win today doesn't mean u win tomorrow...
Inter Milan mengesahkan tempat ke 8 pasukan terakhir Champions League dengan mengalahkan Chelsea dengan aggregat 3 - 1 awal pagi tadi.
Macam yang selalu aku cakap, aku bukan suka sangat pasukan dari liga lain menang dengan pasukan dari England. Tapi seronok gak bila tengok - tengok muka kecewa dan mandom member - member yang sokong Chelsea... Hahaha!
So? :-)
Pakat - pakat la sokong MU
Tribute to Chelsea fans Zul and Iqbal... Sorry guys.
- e . I . j . I -
U win today doesn't mean u win tomorrow...
Tuesday, March 16, 2010
oFfiCe ShOuTouT – Menang Sebelum Bertarung. Sakit Sebelum Kena..
Cikgu Ariffin
“ Fight is all about taking chances… “
- Cikgu Ariffin, Jun 2007 –
Korang sure pernah bergaduh kan ? Tumbuk dan tendang sana sini sampai salah seorang tumbang tak melawan. Marah dan geram disampuk syaitan. Allah pula jadi sampingan. Bila dah menang rasa bangga sampai ke awan. Yang kalah plak rasa macam sampah majlis perbandaran. Apa yang ada jadi pengajaran? Di mana tauladan? Hairan – hairan…
Silat adalah salah satu aset yang menjadikan bangsa melayu itu betul – betul melayu. Setiap gera k silat punya maksud. Setiap jurus silat punya erti. Setiap nafas silat penuh definisi…
Sebelum satu – satu pertempuran, aku diajar ( Aku taktau la oran g lain camne.. Sama je kut. ) untuk memahami kehendak pertempuran. Apa punca pertempuran? Apa faedahnya? Apa akibatnya?
Pertama – tamanya…
Kalau boleh elak, elaklah pergaduhan atau pertempuran tersebut. Takde sapa yang nak sakit kan ? Apa yang kita dapat gaduh – gaduh ni? Cuba selesaikan sesuatu dengan memberikan keadilan dan 50 – 50 situation kepada dua – dua belah pihak. Kalau korang perasan, pendekar – pendekar zaman dahulu kala akan berbalas pantun atau ‘ kata – kata berisi ‘ sebelum bertempur. Itu adalah sejenis metafor untuk menguji sejauh mana kehebatan diri masing – masing. Ia juga bertindak sebagai satu cara menyampaikan maksud untuk memperkenalkan diri. Sebagai contoh :
“ Payung dah kusiapkan , sampan juga dah kusiapkan. Hanya menunggu guruh di langit “
- P. Ramlee, Filem Musang Berjanggut –
Ayat tersebut bermaksud ind ividu itu telah bersedia untuk bertempur dengan ilmu yang penuh di dada dan bersedia menerima apa saja cabaran. Korang nak ke carik pasal dengan oran g yang dah siap sedia dari pelbagai segi dan mempunyai segala Kriteria untuk menang dalam pertempuran? Haha! Mesti korang taknak kan ? Aku pun taknak!
Aku takdelah suruh korang pantun – pantun kalau nak korang nak start gaduh. Cuma cari jalan untuk elakkan diri. Itu pun kalau boleh… Kalau tak boleh, balun je la.
So?
Selamat bergaduh… Oppss! Haha!
- E . I . J . I -
Sesedap rasa seenak mata..
OfFiCe ShOuToUt – Akademi Fantasia? What the…
Akademi Fantasia
Rancangan TV realiti no 1 negara kembali lagi! Apa pula ‘kezutan’ yang dihidangkan pada musim ini?
Honestly, aku dah tak bape kisah. Itu pun kalau aku ada masa nak tengok TV. Pada peminat – peminat super setia AF tu, undilah peserta yang btul – berhak. Jangan la undi sebab cantik ke, anak dato’ ke, sepupu korang ke atau apa – apa reason bangang. Dah namanya rancangan nyanyian, mestilah undi yang suara sedap. Takkan itu pun nak kena ajar kut?
So?
Jari menjadi juri…
- E . I . J . I –
Lagi tinggi kita panjat, lagi sakit kalau kita jatuh
P / S : Daripada korang topup untuk undi SMS tu, baik korang sedekah kat mana – mana masjid. Pahala jalan sampai mati…
OfFiCe ShoUtOuT – Raja Lawak Astro? Kechik? Sapa tu?
Raja Lawak anyone?
Cam ne aku boleh tak perasan?
Bukak – bukak je TV time aku balik smalam, barulah aku tau yang rancangan yang pernah menjadi kegilaan aku, ‘Raja Lawak Astro’ telahpun tamat dan kumpulan Kechik telahpun selamat ditabalkan sebagai juara musim ini.
Salah satu sebab yang paling kukuh dan munasabah kenapa aku tak kisah sangat pasal rancangan tu adalah waktu siarannya yang telah dtukar. Untuk musim yang lepas – lepas, Raja Lawak Astro ditayangkan pada hari Jumaat 9 malam. Secara logik waktu itu adalah waktu ‘family peak hours’ so semua orang boleh tengok. Aku rasa takde rancangan lain yang best dah time – time camtu. Ada ke? Aku pun jarang tengok TV sangat…
La ni musim baru, Raja Lawak telah ditayangkan pada hari Ahad pukul 9 malam. Korang pun sure tau time – time tu ada apa. Time – time camtu la golongan sasaran Raja Lawak iaitu golongan belia dan beliawati pegi berkumpul kat Hartamas, The Castle Jalan Damai, NZ Wangsa Maju, JS Maju Cyberjaya dan beberapa tempat topografi strategik untuk tengok English Premier League dengan sahabat handai. Mana boleh miss bola weh! Gila ke? Takkan mamak NZ tu nak bukak Raja Lawak Astro kat skrin besar tu? :-p
Reason kedua?
Aku rasa macam takde peserta yang betul – btul kelakar la. Semua macam sama level je. Setakat nak gela k biasa – biasa takyah tengok Raja Lawak pun takpe. Better lepak dengan member – member takpun amik tau skit pasal politik 1 Malaysia ni. Mesti korang gela k punya! Kejap lompat parti, kejap liwat, kejap sex scandal, kejap rasuah la… Kelakar! Pening! Haru….
Reason ketiga?
Aku rasa aku dah ilang fokus la nak tengok TV. Semua benda kat TV tu skang sume boleh download kat internet. So takde la rasa frust menonggeng kalau miss apa – apa yang bajet best kat TV…
Sori Astro , aku bukan lagi golongan sasaranmu…
- E . I . J . I –
P / S : Terima Kasih Cybertracker MMU kerana memberi aku bahagia…
NiGhT sHouToUt – Hantu??? Dah - dah la tu...
Takut tak? Woooo...
Mata dipejam tapi tak lena. Fikiran melayang merata – rata. Badan dipusing ke sini sana. Namun suasana tidak berbeza. Terbayang wajah si musuh manusia. Ada rupa yang buruk nak gila. Lidahnya panjang tidak tersangka. Mata terkeluar dari soketnya. Bantal busuk ditekup ke muka. Dengan harapan berubah segala. Minta pohon pada yang Esa. Agar lena dilindungi hendaknya…
Hantu?
Pontianak?
Pelesit?
Jembalang longkang?
Takde niat pun nak jadi Uncle Seekers malam – malam buta ni. Tapi nak betulkan sikit mindset orang melayu kita ni. Al – Quran tak pernah pun mention makhluk – makhluk di atas tu wujud. Yang ada pun Jin, Syaitan dengan Iblis je.
Kalau la tiba – tiba korang nampak makhluk – makhluk tu kat tengah jalan, blaja – blaja la rilek. Tu permainan syaitan la tu. Try baca ayat Qursi skit. Diorang pun makhluk Allah jugak. Setakat ni Alhamdulillah aku tak pernah lagi baca kat paper ada orang mati kena sergah hantu… Blum lagi setakat ni.
- e . I . j . I –
Kau tak perlu menjadi aku untuk menjadi kita…
Monday, March 15, 2010
OfFiCe ShoUtOuT - Alfatihah..
OfFiCe ShoUtOuT - It's MU! Need A Prove? Anyone?
Rooney the Talisman
Manchester United 3 - Fulham 0
Rooney lagi sekali menunjukkan kemampuannya sebagai salah seorang peledak gol profilik di dunia apabila menjaringkan 2 gol sekaligus memberi kemenangan bermakna untuk Manchester United.
Well, aku dapat rasa kalau momentum ni diteruskan, Rooney akan mampu memotong pencapaian Christiano Ronaldo yang menjaringkan 42 gol musim lepas.
Cayalah Rooney... Chelsea hanya berada di depan mata. Sori Zul, impian ko nak tengok MU kalah minggu ni tak berjaya. Haha!
- E . i . J . I -
p/s : Jangan belek henfon time tengok bola, nanti miss gol
Manchester United 3 - Fulham 0
Rooney lagi sekali menunjukkan kemampuannya sebagai salah seorang peledak gol profilik di dunia apabila menjaringkan 2 gol sekaligus memberi kemenangan bermakna untuk Manchester United.
Well, aku dapat rasa kalau momentum ni diteruskan, Rooney akan mampu memotong pencapaian Christiano Ronaldo yang menjaringkan 42 gol musim lepas.
Cayalah Rooney... Chelsea hanya berada di depan mata. Sori Zul, impian ko nak tengok MU kalah minggu ni tak berjaya. Haha!
- E . i . J . I -
p/s : Jangan belek henfon time tengok bola, nanti miss gol
Sunday, March 14, 2010
wEekEnD ShoUtOuT - Bertempur Untuk Apa?
Sesi stretching di Taman Gelora, Kuantan
Sesi training di Pantai Balok, Kuantan
Zaman sekarang ni semuanya dah tak selamat. Anak gadis sunti pegi kedai beli sabun basuh pinggan kene rogol. Budak kecik main - main polis sentri kat taman permainan kena culik pastu kena bunuh. Budak baru balik sekolah kena pukul pasal perempuan. Tentera pun ada kes kena sula dalam kem. Hah! Camne ni?
Kat mana la orang - orang bijak pandai yang pung - pang bersuara zaman skang ni takyah blaja Silat, Taekwando atau apa - apa seni mempertahankan diri? Pakai pistol je? Budak sekolah nak carik pistol kat mana? Bodoh jugak kengkadang...
Sesuatu yang kononnya tak penting tu akan menjadi penting bila berdepan satu - satu situasi. Untuk kawan - kawan atau adik - adik yang tidak mempunyai ilmu mempertahankan diri dan berhadapan dengan situasi hidup mati atau bahaya, gunakan tips - tips berikut :-
a ) Try lari. Lari ke tempat yang ramai orang.
b ) Kalau takleh lari, cari sebarang senjata alam seperti batu atau kayu dan bersedia untuk mempertahankan diri.
c ) Kalau musuh lebih ramai dari seorang, tumpukan serangan pada 'ketua' atau orang yang mengepalai pergaduhan atau situasi.
d ) Kalau dah takleh buat apa - apa, istigfar banyak - banyak dan baca ayat Qursi dan mengucap kalimah syahadah.
Tak salah bersedia sebelum kena. Menuntut ilmu hukumnya wajib. Belajarlah selagi boleh... Insyallah.
- E . i . J . i -
Truth on the surface
WeEkeNd ShoUtOuT – Bonda...
Air sungai yang memberi tenang...
Di kubur Bonda
12 Mac 2001... Lepas subuh.
Abah aku mula membisikkan kalimah syahadah di telinga bonda. Kembar dengan akak aku dah mula menangis. Aku cuma mampu duduk di bahagian kepala bonda dan mencium dahi bonda. Dah takde apa - apa lagi yang mampu aku buat... Even orang cakap aku cool, sekarang bukanlah masanya...
Bonda menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di depan aku. Sekuat mana pun manusia, kehilangan insan tersayang membuatkan diri ini sungguh rapuh. Aku bingkas bangun dan menumbuk pintu kayu sehingga pecah...
Hari ini 12 Mac 2010...
Genap 9 tahun bonda tiada. Hanya Al - Fatihah dan doa untukmu bonda. Damailah dikau selalu. Satu hari nanti aku juga akan ke sana...
- e . I . J . i -
By your side...
Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 4
Eeh?
Dah pagi rupanya… Alhamdulillah…
Latihan semalam betul – betul menguji ketahanan dan minda. Dengan diri yang tak berapa fit dan fikiran yang agak bersepah dan serabut memikirkan masalah duniawi, adalah mustahil untuk aku terus fokus 100% dalan latihan. Tapi mungkin hari ini akan menjanjikan sesuatu yang berbeza. InsyaAllah… Mandi la dulu apa – apa hal pun…
Pergi – pergi je dewan makan ( Dewan makan ke kantin? Ahh! Apa – apa sajalah! Asalkan tempat makan! ), individu yang senantiasa dinanti- nantikan Ayahanda Cikgu Amin dan Kak Ila, wan Ahmad Faiz a.k.a Matpa a.k.a Menantu Angkat Kak Ila telahpun sampai dan mencekik dulu tanpa menunggu peserta – peserta kursus yang lain. Apsal beliau berani betul makan dulu? Apa istimewanya beliau?
Ohh… Patutlah.
Kak Ila kesayangan beliau pun ada sama makan. No wonder la…
So macam biasa, abes je sarapan, semua peserta kursus tanpa perlu disuruh terus saja ke Dewan Pak Lah untuk meneruskan latihan ( Takkan nak sambung tido lak kan.. ). Latihan hari ini bertumpu pada Tapak Kunci Mati dan Permainan Pentas Hidup.
Kehadiran Matpa sedikit sebanyak membantu kursus sama ada sebagai buku rujukan buah rasmi Ayahanda Cikgu Amin ataupun sebagai puncing bag separuh masa. Training hari ini jugak agak santai kerana ilmu – ilmu yang Ayahanda Cikgu Amin turunkan tidak banyak berbeza dengan apa yang aku belajar di gelanggang. So update dengan refresh ilmu jelah…
Aku macam takleh percaya aku boleh terlupa Buah Permainan Pentas bila Ayahanda Cikgu Amin panggil aku dengan Adam a.k.a Abang RXZ Open ke tengah dewan. Aku mengambil langkah selamat berdiam diri sebab risau kalau aku keluar dan aku buat buah yang salah, Ayahanda Cikgu Amin akan murka dan bad mood… Trauma kena sergah malam tadi still tak hilang lagi weh… So langkah pintar sekarang ni adalah berlagak cool dan berdoa Ayahanda boleh lupa kejap pasal aku…
Tolong saya Cikgu Ariffin…
Bersambung…
- E . I . J . I –
Sembunyi di dalam cahaya, Sorok di dalam gelita
WeEkeNd ShOuToUt – Mata Yang Bengkak
Bangun – bangun je pagi kelmarin aku dapati sesuatu yang agak aneh. Penglihatan aku agak kabur dan samar lebih dari biasa. Try – try gosok mata banyak kali pun tak hilang. Aduh…
Bila tengok kat cermin toilet, mata kiri aku bengkak. Camne la bley bengkak ni?
Zarith cakap aku kata kena gigit penyengat. Atul cakap aku kantoi mengendap... ( agak bangang jugak ) Banyak gila spekulasi kenapa mata aku bengkak.
Klinik adalah jalan logik terakhir yang taknak aku pilih. Aku trauma klinik. Aku lagi sanggup tekup muka aku kat bantal dan mengeluh sepanjang hari.
P / s : Jangan ajak aku main ping – pong weekend ni. Aku takleh bajet jarak bola pingpong…
Thursday, March 11, 2010
FoOtBaLl ShoUtOuT – Rooney Terunggul… Ronaldo? Ahaha..
Nak cerita banyak pun tak guna, semua orang dah tau yang awal pagi tadi Manchester United ( MU ) telah mengalahkan AC Milan 7 – 2 secara aggregat dalam saingan Champions League.
Jujurnya, aku tak bajet la AC Milan bley bolos sampai 4 gol malam tadi. Lagi sekali Rooney membuktikan ketiadaan Christiano Ronaldo tidak memberi apa – apa impak pada pasukan. Bahkan dengan pemergian Ronaldo, Rooney berjaya menunjukkan bahawa beliau mampu menjadi nadi penggerak pasukan.
Real Madrid? Ahahaha…
Dengan ini sukacita diberitahu, Real Madrid telahpun tersingkir dari saingan. Pedulik la Real Madrid ada star player beratus pun, kalau main bola tak pandai nak sepakat payah jugak weh…
So?
Meh gelak ramai – ramai… Hehehe.
Thursday, March 4, 2010
NiGhT sHoUtOuT - Malam 1001 erti...
Jam dah menunjukkan pukul 443 pagi. Aku still lagi berjaga n siap - siap pasang niat untuk sahur puasa sunat Khamis. Banyak benda yang aku fikirkan dan memang dah jadi kebiasaan, selagi satu - satu benda tu tak siap atau settle, aku takleh dok diam...
Untuk yang bertanya dan kritik macam Zul, Kak Moon, Alam dan lain - lain individu ( Tak payah la sebut semua... ) pasal blog aku yang kebelakangan ni macam tempat luahan perasaan ( Haha.. ), sori la sangat - sangat. Blog aku nih bukan spesifik untuk aktiviti Silat, Hiking atau Hang Out je tapi tentang realiti kehidupan. Hidup manusia ni ada macam - macam ujian. Ada masanya sedih, ada masanya happy dan ada masanya tertekan...
Aku memang dah cakap awal - awal aku tak mampu puaskan hati semua pihak. Pada certain - certain sahabat yang rasa blog aku ni sekadar hiburan, baguslah. Kalau ada yang rasa blog aku macam soap drama pun aku tak kisah... Pedulik hapa aku...
Pada sahabat - sahabat, aku ucapkan terima kasih banyak sebab banyak sokong aku. Thanx beranikan diri untuk bertanya tentang keadaan sebenar satu - satu entry blog yang aku post. Secara tak langsung korang korang bukan jenis individu yang mengambil remeh sesuatu benda...
Untuk yang rasa dah declare sebagai musuh, beranikan diri macam yang korang cakap dan declare sapa nama korang sapa supaya benda yang korang benak nak faham senang korang faham. Kita boleh berjumpa tidak ada masalah... Itupun kalau korang berani. Kalau takut, bawak la mak atau bapak korang skali.
Lastly, tidak ada sapa - sapa yang bagus kat sini. Hitam dan putih sangat - sangat jelas. Kan?
- e . I . j . I -
Pilih mana - mana arah dan pandang... Nampak Tuhan?
Untuk yang bertanya dan kritik macam Zul, Kak Moon, Alam dan lain - lain individu ( Tak payah la sebut semua... ) pasal blog aku yang kebelakangan ni macam tempat luahan perasaan ( Haha.. ), sori la sangat - sangat. Blog aku nih bukan spesifik untuk aktiviti Silat, Hiking atau Hang Out je tapi tentang realiti kehidupan. Hidup manusia ni ada macam - macam ujian. Ada masanya sedih, ada masanya happy dan ada masanya tertekan...
Aku memang dah cakap awal - awal aku tak mampu puaskan hati semua pihak. Pada certain - certain sahabat yang rasa blog aku ni sekadar hiburan, baguslah. Kalau ada yang rasa blog aku macam soap drama pun aku tak kisah... Pedulik hapa aku...
Pada sahabat - sahabat, aku ucapkan terima kasih banyak sebab banyak sokong aku. Thanx beranikan diri untuk bertanya tentang keadaan sebenar satu - satu entry blog yang aku post. Secara tak langsung korang korang bukan jenis individu yang mengambil remeh sesuatu benda...
Untuk yang rasa dah declare sebagai musuh, beranikan diri macam yang korang cakap dan declare sapa nama korang sapa supaya benda yang korang benak nak faham senang korang faham. Kita boleh berjumpa tidak ada masalah... Itupun kalau korang berani. Kalau takut, bawak la mak atau bapak korang skali.
Lastly, tidak ada sapa - sapa yang bagus kat sini. Hitam dan putih sangat - sangat jelas. Kan?
- e . I . j . I -
Pilih mana - mana arah dan pandang... Nampak Tuhan?
Wednesday, March 3, 2010
OfFiCe ShoUtOuT - Brave coward...
Jom Onl9!
Bukak - bukak je inbox blog aku hari ni, ada 4 komen yang cukup - cukup 'panas' aku terima. Semuanya feedback dari post aku sejak kebelakangan ni. Panas ke entry aku? Aku rasa besa je...
Untuk anonymous, aku bukan taknak approve komen ko tapi aku rasa situation akan jadi lebih teruk. But don't worry, aku dah save komen ko untuk prove...
Kalau ko rasa ko berani sangat, tolong email aku nama penuh dan no phone ko so senang kita nak jumpa. Jangan jadi pengecut bawah nama anonymous... Gelanggang dah dibuka so sila masuk...
- e . I . j . I -
Fight with your head, then fight with your heart...
Bukak - bukak je inbox blog aku hari ni, ada 4 komen yang cukup - cukup 'panas' aku terima. Semuanya feedback dari post aku sejak kebelakangan ni. Panas ke entry aku? Aku rasa besa je...
Untuk anonymous, aku bukan taknak approve komen ko tapi aku rasa situation akan jadi lebih teruk. But don't worry, aku dah save komen ko untuk prove...
Kalau ko rasa ko berani sangat, tolong email aku nama penuh dan no phone ko so senang kita nak jumpa. Jangan jadi pengecut bawah nama anonymous... Gelanggang dah dibuka so sila masuk...
- e . I . j . I -
Fight with your head, then fight with your heart...
Subscribe to:
Posts (Atom)