Bukti Untuk Tatapan
Beli Honda City mampu. Takkan hutang tak mampu nak bayar?
Buat salah pun boleh senyum?
Bukak - bukak blog je, bermacam - macam lagi komen keji dan nista aku terima. Penat dah aku cakap, kalau ada benda personal nak cakap, SMS boleh, call boleh atau email pun boleh. Jangan la benak sangat. Kalau rasa diri tu betul, jangan berselindung di belakang nick anonymous. Bagi nama, no phone dan alamat. Insyallah kita boleh selesaikan... :-)
So masa untuk menjawab persoalan di atas ;-
Peranggan 1 - Jodoh? Aku langsung tak kisah pasal jodoh perempuan tu dengan siapa. Tolong suruh dia pulangkan balik duit yang dia pinjam. Tu bukan hak dia. Tak elok makan benda haram.
Perenggan 2 - Perempuan tu bijak? Haha! Bijak menipu? Sampai saudara pun tertipu dengan perangai dia? Meh sini datang jumpa aku dan aku akan tunjukkan bukti dia menipu. Silakan...
Perenggan 3 - Ada aku kisah channel apa yang saudara tengok kat TV? Kacau bini orang? Aku dah suruh dia pulangkan duit dan harta benda aku 5 tahun yang lepas. Bukan lepas dia kahwin. Perempuan tu yang cari masalah. Untuk apa dia lari - lari kalau dia rasa dia betul?
Perenggan 4 - Aku tak pernah cakap aku baik. Aku cuma lakukan apa yang aku fikirkan perlu. Perempuan camni tak perlu ramai bilangannya. Suami dia lebih baik? Saudara nampak apa yang aku nampak ketika diorang dating di KL Sentral? :-)
Perenggan 5 - Silat tidak ada kena mengena dengan hal ini. Perempuan tu juga pemegang Black Belt Taekwando dan aku tak pernah relate attitude perempuan tu dengan Taekwando. Pesilat juga seorang manusia. Ada masalah dan ada ketika maruah dipijak mengikut suka.
Akhir sekali, terima kasih kerana lebih sopan dalam komen. Bagilah aku email saudara supaya aku boleh forward bukti yang sepatutnya. Insyallah sama - sama kita akan cari kebenaran.
- e . I . j . I -
Tidak kira betapa tinggi kau memandang langit, kaki kau tetap pasti berpijak di bumi
P/S : Minta maaf kepada guru - guru, ibu - bapa ataupun anak - anak kecil yang membaca entry ini. Maaf sekali lagi...
Tuesday, March 30, 2010
Monday, March 29, 2010
OfFiCe ShoUtOuT – Martabat Seni Silat Dalam Silat Olahraga?
Mulai!!!~
Sesi 'Sparring' Tempur Olahraga
Tempur Olahraga
Tapak pendekar disusun rapi. Serang lawan Si Pintal Tali. Si Kelek Anak pintar bertari. Menyerang lawan di dalam sunyi. Lawan mengelak tidak kan henti. Selayang Pa ndang bijak menanti. Pabila lawan senyum berseri, jangan gundah timbul di hati. Di atas ada Si Rajawali. Di bawah ada Si Naga Sakti. Gunakan ia dengan berseni. Kelak terbela maruah diri. Lawan menyanjung dengan teliti. Amanat Mahaguru mulia di sisi. Ilmu keramat kurnia Ill ahi…
Cikgu Amat Kush airi, Cikgu Hairi, Cikgu Saiful, Amir Ikram, Syafiq Riduan dan pendekar – pendekar seterusnya…
Mereka adalah di antara pesilat – pesilat Gayong yang mengharumkan nama negara dalam arena Silat @ Tempur Olahraga. Sedar ataupun tidak, mereka berjaya meletakkan nama Gayong di satu tahap yang tinggi.
Persoalannya?
Hampir 100% pesilat Gayong mengamalkan tapak sisi ketika bertempur Olahraga. Ramai juga yang terikut – ikut cara Seni Beladiri lain seperti tangan tangan di bawah. Kenapa ini berlaku? Seni Ga yong kurang baguskah untuk diaplikasi? J
Tanpa perlu menuding jari pada sesiapa, aku juga menghadapi masalah ini. Dengan dunia Tempur Olahraga yang semakin meningkat mutunya hari ke hari, mungkin tanpa perlu memikirkan tentang menajamkan skill Tempur Olahraga, kita hanya perlu balik ke gelanggang Seni Gayong dan kembali memantapkan basic atau asas Seni Gayong seperti Tebar Jala ataupun Kombat. Tanpa kita sedari, itulah juga bentuk serangan dan jatuhan dalam Tempur Olahraga. Setuju?
Tentang peraturan yang sedia ada dalam tempur OIahraga, kita tak perlu rasa terikat dengannya. Apa yang perlu adalah bertempur secara bijak dan ambil semua peluang yang ada. Gunakan tapak berdepan dan tari perang untuk tapak tempur asas, gunakan Selayang pandang dan setangkai padi untuk serangan pantas, Kelek Anak untuk mengelak, Kunci Pisau dan Elakan untuk jatuhan dan sebagainya.
Mungkin ini akan mengambil masa berbulan - bulan atau bertahun - tahun. Tapi ianya tidak mustahil. Dan tanggungjawab untuk transformasi ini terletak pada bahu kita anak – anak Gayong. Tunjukkan pada guru – guru tua yang kita sebagai generasi pelapis mampu memartabatkan Gayong di tempat yang sempurna. Sebagai pemegang Ilmu Ga yong, adalah perlu untuk untuk kita membuktikan Ilmu Ga yong berkesan di mana – mana sudut pertempuran. Insyallah…
Jumpa korang semua di Tournament Pemilihan Wakil Silat Selangor 2 – 4 April 2010. Insyallah
- e . I . j . I –
Serang di dalam gelita, elak di dalam cahaya.
Labels:
MaRiAl aRtS TeRuLuNg,
ShoUtOuTs
Thursday, March 25, 2010
oFfIce ShoUtoUt – Alangkah bagusnya jika…
Sangat tak bagus pula bila pergi ke masjid hanya berlenggang. Setakat menden gar khutbah yang panjang. Derma masjid sangatlah jarang. Setakat RM1 sangatlah senang. Apa nak jadi umat sekarang?
Sangat tak bagus pula bila sembahyang yang dituntut dibuat sambil lewa. Baru 5 minit rasa berabad lamanya. Menden gar surah macam nak tercabut telinga. Lutut pula dah sengal – sengal rasanya… Manusia – manusia..
Sangat bagusnya jika meluangkan masa bersama insan tersayang. Keluar dating pagi dan petang. Hati terasa sangatlah lapang. Tengok si dia tersenyum riang...
Sangat tak bagus pula habis sembahyang terus blah. Macam rasa diri bermegah. Padahal pada Dia kita berserah. Agar kurnia – Nya senang ditelah. Nak doa pun payah??? Susa h – susa h…
Ya Allah… Jadikanlah aku insan yang lebih baik esok hari…
P/S : Kat mana aku letak wallet aku tadi???
Wednesday, March 24, 2010
oFfIcE sHouToUt – Revenge? Avenge? Redemption?
Tak perlu aku ulang – ulang yang kita semua ni manusia dan sudah tentu tak lari daripada kesilapan. Tapi apa yang membezakan kita dengan manusia lain adalah untuk sedar dan betulkan kesilapan ke arah matlamat yang lebih baik.
Tekanan untuk menguruskan badan makin meninggi. Dengan waktu exercise yang kurang, aku terpaksa menahan lapar pada kadar yang agak ‘inhuman’ untuk mencapai berat 70kg ke bawah. Di kala oran g lain sedang lena dibuai mimpi pada malam hari, aku mengayuh basikal racing untuk latihan kardio. Kalau aku jogging nampa k cam tak siuman plak… Aku cuma ada 9 hari je lagi.
Syafiq kata aku punya blog berterabur. Yeke? Kejap post jiwa lara, kejap post silat, kejap post game. Sori la kalau ramai yang pening. Blog ni bukan spesifik untuk silat je. Nama pun blog kehidupan.
So?
Thanx pada yang memberi consult…
fOoTBaLl ShoUtOuT – Look Who’s Talking? It’s MU Again…
We're the champions!!!
Hujan lebat yang turun umpama tidak ada hari esok tidak dapat menghalang seantero penyokong MU meraikan kemenangan dengan penuh syukur. Kekalahan 3 kali pada pertemuan sebelum ini dengan Liverpool betul – betul memeritkan dan menimbulkan rasa malas untuk pergi bekerja pada hari berikutnya. Dan akhirnya penantian ini berbaloi…
MU 2 – Liverpool 1
Situasi seri Chelsea dengan Blackburn turut membantu MU untuk mengekalkan takhta liga buat kali keempat berturut – turut. Insyallah…
So?
Hujan menjadi saksi…
P/S : Sian gila kat masdor sebab kena tutup kedai sisha sebab hujan… Customer ramai lak tu. Takpelah bro. Rezeki ada di mana – mana…
oFfIcE sHoUtOuT – What About Now…
Definisi sebenar untuk berani?
Insan yang terbabit???
Dalam sebulan kebelakangan ni, banyak betul Allah bagi ujian kat aku. Tensen gak dibuatnya… Sama ada dari kerja ofis yang berlonggok - longgok, insan tersayang yang lama tak jumpa, kawan – kawan yang sesuka hati selongkar laptop ataupun dari family aku sendiri. Nak buat camne kan ? Saba r ajelah… Aku bagi satu hint, kalau aku pergi Kuantan tu maksudnya aku tension la tu. J
Entry ni agak personal sikit…
Untuk anonymous…
Aku tak pernah cakap aku kuat. Dan kalau ko rasa apa yang aku cakap ni fitnah, boleh datang jumpa aku… Boleh aku tunjuk bukti. SMS, gambar atau video. Pilih je mana – mana….
Taktau mana nak cari aku?
Disebabkan ko terlalu pengecut untuk bagitau siapa gera ngan diri, aku bagi tempat di mana aku biasa hang out. Carilah aku. Tu pun kalau berani… :-
A ) The Castle, Jalan Damai Ampang.
B ) Mali Wangsa Maju
C ) Cyberjaya
D ) Kuban g Buaya, Kuantan
Mungkin bila ko rasa ko komen kat blog ni, ko rasa superior. Tapi kadang – kadang, fikir dulu sebelum buat apa – apa. Sebab selalunya kesalahan yang kita buat, akibatnya akan kena pada oran g lain. Nauzubillah…
P / S : Mohon maaf pada anak – anak Gayong, guru – guru, anak – anak kecil ataupun ibu bapa yang 'ter'baca blog ni sebab entry ni inappropriate. Maaf sekali lagi…
Friday, March 19, 2010
Silat Journey - Life from Seksyen 17, Shah Alam
Bebudak Gayong Shah Alam
Walaupun aku diperlimau tapak di Pahang oleh Ayahanda Cikgu Rahim, diperturunkan ilmu oleh Cikgu Fadhilah, disambung pula dengan Cikgu Ilyas dan Cikgu Ariffin, mencari ilmu pula di Perak dengan Ayahanda Cikgu Amin, aku tidak pernah lupa asal usul aku dari Selangor. Dengan harapan aku boleh menitip sedikit ilmu, tanpa segan silu aku pergi ke gelanggang Silat Cikgu Hamzah Tajuddin di Seksyen 17.
Adat masuk ke gelanggang orang, kena la ikut cara gelanggang orang. Namun satu benda yang tak pernah berubah, selagi namanya Anak Gayong, selagi tulah bersaudara. Aku tak pernah rasa macam orang asing. Alhamdulillah...
Latihan masih lagi berlangsung. Bebudak Selangor ni main parang sampai patah... Dahsyat. Aku akan update lagi dari masa ke masa... Live dari Shah Alam. :-)
- e . I . j . I -
Jangan kuat untuk diri sendiri
Walaupun aku diperlimau tapak di Pahang oleh Ayahanda Cikgu Rahim, diperturunkan ilmu oleh Cikgu Fadhilah, disambung pula dengan Cikgu Ilyas dan Cikgu Ariffin, mencari ilmu pula di Perak dengan Ayahanda Cikgu Amin, aku tidak pernah lupa asal usul aku dari Selangor. Dengan harapan aku boleh menitip sedikit ilmu, tanpa segan silu aku pergi ke gelanggang Silat Cikgu Hamzah Tajuddin di Seksyen 17.
Adat masuk ke gelanggang orang, kena la ikut cara gelanggang orang. Namun satu benda yang tak pernah berubah, selagi namanya Anak Gayong, selagi tulah bersaudara. Aku tak pernah rasa macam orang asing. Alhamdulillah...
Latihan masih lagi berlangsung. Bebudak Selangor ni main parang sampai patah... Dahsyat. Aku akan update lagi dari masa ke masa... Live dari Shah Alam. :-)
- e . I . j . I -
Jangan kuat untuk diri sendiri
Thursday, March 18, 2010
OfFiCe sHoUtOut – Kekuatan Yang Terkawal
Memiliki kekuatan merupakan salah satu kelebihan yang boleh merubah keputusan satu – satu bentuk pertarungan. Nam un kadang kala memiliki kekuatan merupakan satu kriteria untuk menyumbang tewas. Apa yang aku nak kongsi kat sini adalah niat mempelajari seni mempertahankan diri bukanlah untuk menjadi kuat tapi adalah untuk memahami sejauh mana badan kita mampu mengadaptasi keadaan bahaya dan bertindak mengikut situasi yang diperlukan.
Tapi bila bertempur, adakah kekuatan memainkan peranan utama?
Apakah yang bermain di minda kita sewaktu kita memukul atau menerajang pihak lawan? Untuk membela diri? Untuk memuaskan hati? Untuk menguji hati?
“ Arif, ada 3 jenis pukul yang kita kena fahami sebagai pengamal Seni Beladiri… “
- Cikgu Ariffin, 2008 –
Yang aku belajar, ada 3 jenis pukul @ beladiri yang kita kena faham dan kuasai. Seorang pengamal Seni Beladiri yang hebat boleh membezakan antara ketiga – tiga jenis beladiri ini. Yang pertama :
Pukul Ajar – Jenis beladiri ini adalah untuk memberi pengajaran tanpa memberi impak yang kekal. Sebagai contoh, ini dapat dilihat ketika seorang guru memberi pelajaran beladiri kepada anak muridnya. Guru itu dapat mengawal kekuatannya ke tahap minima tanpa mencederakan anak muridnya.
Pukul Mati – Beladiri ini adalah tingkat terakhir dalam beladiri. Beladiri ni bertujuan untuk membela diri tanpa mempunyai pilihan yang banyak untuk menyudahkan satu – satu pertarungan. Ancaman pihak musuh yang ramai dan mengancam nyawa. Sama ada kita atau pihak lawan yang menjadi korban. Sebagai contoh dalam satu – satu peperangan.
So, sebelum kita memulakan satu –satu pertarungan, fikirlah mana – mana jenis beladiri yang perlu kita praktikkan. Jangan gunakan kekuatan membuta – tuli tidak kena pada tempatnya. Bersama – sama kita letakkan Seni Beladiri di tempat yang mulia…
Insyallah
- E . I . j . I –
Being weak are not so hard afterall
Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya Part 5 – Ipoh, The Journey
Dalam perjalanan...
Matpa di dewan makan
“Eiji, Kak Il a panggil ko weh! Nak jumpa sat! “
Tiba – tiba Matpa menggelupur lari – lari dari dewan makan sambil memanggil - manggil nama samaran aku seraya mengatakan Kak Il a koordinator program nak jumpa. Belum sampai seminit aku doa supaya aku diselamatkan dari kursus dah makbul dah! Cabut!
Sampai – sampai je kat dewan makan, Aku diberitahu duit kursus short sebab Maybank online transfer aku tak legit. So nak taknak kena la pegi bandar Ipoh untuk ur uskan kalau tak nanti problem. Sian lak tengok Kak Il a pening – pening. Sori la Kak Il a…
So aku dengan Matpa pun keluar ke bandar Ipoh dengan harapan benda – benda tersebut dapat dicari sebelum maghrib datang menjelma. Di dalam kereta, aku masih memikirkan cara untuk mengingati Perm ainan Pentas Hidup agar bila aku balik nanti, Ayahanda Cikgu Amin takde sebab untuk marah – marah dan bad mood…
Pencarian barang – barang bermula…
- E . I .j . I –
Cari dirimu di tempat oran g lain hilang…
Wednesday, March 17, 2010
foOtBaLl ShOuToUt - Chelsea, Out And About!!!~
JS Maju Cyberjaya
Inter Milan mengesahkan tempat ke 8 pasukan terakhir Champions League dengan mengalahkan Chelsea dengan aggregat 3 - 1 awal pagi tadi.
Macam yang selalu aku cakap, aku bukan suka sangat pasukan dari liga lain menang dengan pasukan dari England. Tapi seronok gak bila tengok - tengok muka kecewa dan mandom member - member yang sokong Chelsea... Hahaha!
So? :-)
Pakat - pakat la sokong MU
Tribute to Chelsea fans Zul and Iqbal... Sorry guys.
- e . I . j . I -
U win today doesn't mean u win tomorrow...
Inter Milan mengesahkan tempat ke 8 pasukan terakhir Champions League dengan mengalahkan Chelsea dengan aggregat 3 - 1 awal pagi tadi.
Macam yang selalu aku cakap, aku bukan suka sangat pasukan dari liga lain menang dengan pasukan dari England. Tapi seronok gak bila tengok - tengok muka kecewa dan mandom member - member yang sokong Chelsea... Hahaha!
So? :-)
Pakat - pakat la sokong MU
Tribute to Chelsea fans Zul and Iqbal... Sorry guys.
- e . I . j . I -
U win today doesn't mean u win tomorrow...
Subscribe to:
Posts (Atom)











