Monday, August 30, 2010

Ramadhan Shout Out - Breaking Benjamin


                                                   Cam muka si bangsat ni betul - betul...
  


Kes MURTAD di Malaysia sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing bagi kita. Sejak tahun 1992 lagi, murtad bagaikan tidak ada penyelesaian. Samada kita tak perasan... Ataupun kita tak pernah peduli.

Selepas Lina Joy, muncul seorang lagi bangsat yang kononnya pernah beragama Islam dan telah murtad. Dan kini aktif menyampaikan dakyah sampah menghina baginda Rasulullah dan agama Islam.

Korang boleh klik kat title kat atas untuk saksikan sendiri apa yang aku maksudkan. Sekali imbas mamat ni macam Alex Raja Lawak. Orang cakap dia ni orang Johor, pastu orang Perak tapi cara dia cakap macam orang Sabah. You'll be the judge...

So guys? Kita nak buat apa kat mamat ni? Bunuh? Pukul? Geletek sampai mati? The choice is in your hands...

- E . i . J .i -

Bulan Purnama, terangilah aku di malam hari...

Ramadhan Shout Out – Merdeka sangat ke?



                                                                          Bebas


Apa erti MERDEKA?

Bebas dari penjajah?

Lepak dengan member – member kat Dataran Shah Alam atau Dataran Putrajaya tengok bunga api?

Tengok Merdeka Endurance Race kat Litar Sepang?

Bullshit la semua tu...

Tak abes laung – laung Merdeka. Padahal nothing.

Aku?

Macam biasa, lepaskan diri dari kebiasaan.

Kebebasan beerti melepaskan diri dari norma. Penjajahan minda. Segalanya.

Sampai bila nak kena tipu dengan sejarah?

TV, EKONOMI dan SOSIAL.

Kita ada minda yang tersendiri...

-          E . i . J . i –

Bulan Purnama, kau tidak bersinar dengan sendiri.

Sunday, August 29, 2010

Ramadhan Shout Out - Masjid tu bukan bapak dia punya kan?

                                                     Masjid di atas air, Masjid Likas. Sabah

                                                               Masjid Likas sekali lagi...

Kecoh sekejap 1 Malaysia ni bila ada orang bukan Islam masuk dalam masjid dan menyampaikan sumbangan serba sedikit. Memula aku macam malas gak nak komen lebih - lebih sebab semua orang boleh fikir logik pasal ni. Rupa - rupanya tak boleh! Nak jugak emo! Tapi maybe aku boleh faham kut kalau ada orang yang cakap orang bukan Islam takleh masuk masjid... Sebab diorang fikir pakai kepala lutut. Ada kemudahan internet taknak pakai.

Mungkin diorang fikir semua orang bukan Islam tu tak suci. Kotor. Jijik. Tapi nape tak bagi penerangan kat orang bukan Islam tu tentang Islam? Tunjukkan yang Islam ni cool dan negotiable. Zaman Rasulullah dulu, masjid dijadikan sebagai tempat gathering antara Baginda dan duta - duta asing. Masjid dijadikan tempat percambahan ilmu, pusat pentadbiran dan lain - lain. Yang penting semua orang ada hak terhadap masjid....

Kita sepatutnya memberi gambaran yang baik tentang Islam kepada bukan Islam. Bukannya nak jauhkan lagi diorang ni. Pintu hati terbuka dalam pelbagai cara. Dalam hal ni, aku respek sangat kat ustazah aku masa aku darjah 5. Sebab apa? Masa period pendidikan Islam masa tu, dia siap cakap, kepada sesiapa yang bukan Islam, takyah keluar dari kelas pun takpe. Duduk je blajar sama - sama. Bukan macam segelintir guru yang halau student bukan Islam suruh masuk kelas pendidikan moral. The efff...

So kita takyah nak emo la pasal benda ni. Saidina Umar dulu pun pernah sembahyang dalam gereja. Takde pulak orang Kristian tu nak marah. Kadang - kadang ada antara kita ni yang tak pernah pergi masjid pun tapi emo lebih - lebih. Dah tu pulak, marah orang lain pegi masjid. Adehhh...

Tak kisahlah. Pada aku sesiapa boleh datang masjid. Tapi make sure la bersih. Kesucian masjid tetap kena jaga. Jangan datang masjid time nak nikah je weh...

- e . I . j . I -

I know it's hurting you, but it's killing me

P/S : Rindu gila nak beratur bersila panjang - panjang time malam raya nak bayar zakat...

Tuesday, August 24, 2010

Ramadhan Shout Out - Untuk apa mendongak langit kalau kaki terpijak duri?

                                             Jemput pakai SMS je? Sungguh jimat ko Badrul...

                                                                      Jom balik!!~

Hari Isnin yang agak mencabar. Jauh aku tinggalkan segala masalah jahanam di Sabah. Datang pulak masalah kat Banting. But boleh handle la kut rasanya. Thanks Aie.

Macam - macam reunion dan majlis berbuka puasa diadakan sempena bulan Ramadhan yang mulia ni. Korang ada pergi tak? Dalam masa yang sama boleh membesarkan perut menelan segala jenis makanan, korang patut amik masa tu untuk merapatkan tali silaturrahim. Udah - udah la men komen - komen kat Facebook. Pegi start enjin keta, call member, ajak berkumpul dan lepak kat kedai mapley mana - mana. Bukankah itu lebih baik? Hidup secara realiti... Bukan asik nak lepak depan laptop je.

Tapi dalam masa yang sama dapat jemputan berbuka tu, hati - hatilah sikit sebab JAKIM dah keluarkan list hotel yang tak halal hidangan berbukanya seperti Hotel Shangri La, Putrajaya dan Hotel Pan Pasifik. Pada pendapat aku la, bukan sebab daging yang disediakan hotel tu tak halal, tapi sebab masakan diorang tu diorang bubuh Wine skali... Patut la sedap semacam je. Thanks Faez for the info.

So by this week, insyallah aku akan buat gath berbuka puasa. Sapa yang nak join boleh la kontek aku. Tapi hanya untuk member - member yang ada dalam Klang Valley atau KL la. So maybe cam besa kita akan berbuka puasa kat Mali's Wangsa Maju. Pastu lepak jalan Damai sampai. Nak tambah berkat insyallah kita boleh Tarawikh sama - sama. Insyallah. :-)

OK guys. That's all for now. Pesan aku, tak kisahlah ada orang buat atau berniat jahat kat kita, ingat selalu yang Allah ada dengan kita. Selalu - selalu la berserah. Baik buruk kita bukan hak manusia untuk menilai...

- e .  I . j . I -

Dambakan sekeping hati.

Sunday, August 22, 2010

Ramadhan Shout Out - It will never be the same as before

                                                                 Laptop yang berjasa

                                                                  I can see u... Always.

Ahad yang biasa di semenanjung Malaysia. Semua insan ada perkara penting untuk dilakukan. Ada yang planning untuk tido seharian setelah berpencak silat 2 per 3 malam di FCM. Ada yang lepak depan laptop layan lagu Super Junior kat Youtube. Ada yang memilih untuk keluar sambil window shopping untuk Hari Raya kat Pavilion. Dan mungkin ada yang lepak kat surau MMU dan terus merungut pasal line broadband Celcom yang makin worse dari hari ke  hari.

Sedar tak sedar dah 2 minggu kita puasa. Amacam puasa? Tarawikh? Ada tinggal? So sementara still ada masa ni, appreciate la sket Ramadhan ni k? Kalau setakat pegi bazar Ramadhan je rajin tapi Tarawikh malas pun tak guna gak kan?

Aku? Aku suka cakap orang tapi aku pun sama? :-)

Aku still berjaya mengekalkan rekod bersih tak pergi dan masuk bazar Ramadhan dari tahun lepas. Kalau pergi bazar pun lepak tepi je. Ada orang yang tolong belikan murtabak... Aku tak cukup kuat menahan godaan bazar Ramadhan. Oh air soya...

Well, sepertimana yang aku janji, blog khas yang memuatkan input silat dan lain - lain telah siap separuh. Korang boley surf http://blackbleacherz.blogspot.com. Walaupun ia still in construction dan tak secantik mana, korang tak perlu nak kutuk dan still boleh dapat input yang sepatutnya. Dengan ini, secara rasminya blog ini HANYA akan memuatkan input selain silat. Kita memang tak mampu tak puaskan hati semua orang kan? Takyah la marah - marah weh...

Selain itu, sesiapa yang demand gambar, korang boleh surf http://www.flickr.com/photos/bleacherz. Kat sana akan memuatkan koleksi gambar aktiviti silat, hiking, gaming dan lain - lain pada sapa - sapa yang terlibat jelah. Aku minta maaf aku tak mampu nak edit semua gambar tu sebab masa yang sangat - sangat terhad. Kapasiti laptop aku pun terhad jugak.

Ok guys. Aku perlukan tido. Kepala pening. Tekak haus. Perut lapar. Hidung darah. Kaki sakit. Internet Celcom macam haram.. Damn kapitalis.

- e . I . j . I -

Aku kau dan dia. Yang pasti mereka bukan kita

Friday, August 20, 2010

Ramadhan Shout Out – My bloody Ramadhan, 20 August.

                                                             Sabah yang aman damai

                                                                         Teman sejati

Sampai – sampai je kat Sabah, aku bercadang untuk terus bergerak ke hotel untuk berehat.  Aku terlalu penat. Tapi sebelum tu aku menelefon Mimi, member yang aku knal 4 bulan lepas dan tak keterlaluan kalau aku kata aku agak percaya kat dia. Susah nak dapat member yang kita boleh percaya kat sini.

Aku : Hello. Mimi ke tu?

Mimi : Eh? Sapa ni?

Aku : Aku la bha. Eiji dari semenanjung.

Mimi : Bha! Ko rupanya. Napa sora ko lain btul? Nombor ko juga ni aku ndak kenal. Orang lain pun posa juga bha tapi ndak la penat sangat macam ko boleh tukar – tukar sora. Nah! Mimpi apa bha ko call aku ni?

Aku : Aku dah sampai di Sabah la sis. Aku call ko pakai public je ni. Fon aku skrin rosak.

Mimi : Hah? Ko ada di sabah sudah? Napa ndak inform aku awal – awal? Ko dengan sapa di Sabah bha ni?

Aku : Buat masa skang ni aku sorang je.

Mimi : Napa dengan ko ni Ji? Ada prob ka? Bha aku tau. Mesti ko ada problem dengan malingkat di Sabah ni kan?

Aku : Iskh! Takdelah sis. Aku saja – saja je datang tengok pantai di Sabah ni. Tenangkan fikiran.

Mimi : Yalah bha ko tu! Temberang btul. Macam ndak ada juga pantai di semenanjung sana. Ko tukar kerja di sini ja la Ji. Jadi rakyat Sabah ja bha. Hehe.

Aku : Kalau ada rezeki ada la kut. Member aku kata disebabkan aku suka tengok pantai, dia suruh aku jadi nelayan kat Sabah ni. Tangkap ikan. Ahaha!

Mimi : Haha! Kili kawan ko tu bha geng. Gilak!

Aku : Oklah Mi. Duit takde sangat ni. Ada masa aku call ko lagi k?

Mimi : Can bha if u. Jap. Kalau aku tanya ko ndak marah juga kan? Napa ko cakap dengan aku guna slang semenanjung?

Aku : Sorry Mi. Aku dah tak pandai cakap Sabah.

-          E . I . j . I –

P/S : Aku ndak pandai lagi cakap Sabah. Jangan ditanya napa aku ndak pandai suda mau cakap Sabah. Peduli la sana. 

Thursday, August 19, 2010

Ramadhan Shout Out – Won’t lose my will to stay, Sabah...


" And if Allah should touch you with adversity, there is no remover of it except Him. And if He touches you with good - then He is over all things competent. "

                                                                                - Surah Al An' Am, 17 -

                                                               Tanjung Aru, the sunset

Apa yang ada kat Sabah negeri di bawah bayu ni? Jujurnya pada aku, selain dari adanya Gunung Kinabalu selaku gunung tertinggi di Asia Tenggara, Sabah ni tak ada apa – apa.

Laa. Takyah la marah. Kalau tak caya korang boleh datang sendiri. Pada sapa – sapa yang nak shopping, better korang shopping kat KLCC, Times Square ataupun paling cikai AEON Jusco Cheras Selatan. Sebab harga barang lebih mahal 15% - 20% kat sini. Pastu kat sini barang – barangnya semua lambat update sebulan. Sebagai contoh, game Guitar Hero 6 a.k.a Warriors of Rock. Kat sini diorang baru je dapat stok. Handbag Gucci pun stok lama. Gear Deuter baru pun diorang tak update.

Sabah ada pantai? Kalau korang nak pergi pantai aku suggest better korang pegi Teluk Cempedak or Pantai Cherating. Walaupun Pantai Beringgis, Tanjung Aru ataupun Karambunai  kat Sabah ni sangat – sangat cool, ianya datang dengan perbelanjaan yang agak tinggi. Korang nak affordable beach getaway kan?

Sabah ada laut yang damn cool untuk snorkling? Kalau korang nak pegi snorkling, better korang pegi Pulau Perhentian ataupun Tioman. Kat sini agak pricey. Sapa – sapa yang bawak bajet kurang dari RM1000, it’s not worth it.

                                                           Nice view, Karambunai Beach

KALAU DAH TAU SABAH TU TAKDA APA  - APA, BARANG PRICEY, BARANG LAMBAT UPDATE DAN ETC, NAPA AKU MENGADA – NGADA DATANG SINI JUGAK?

Kalau korang tanya aku camtu, aku akan jawab sebab Sabah ni ada something yang aku perlukan. TENANG. Dengan suasana yang relaks untuk joging macam Taman Tun Fuad Stephen, tempat yang tak memerlukan sebarang status macam Suria Sabah atau 1 Borneo, kawasan Likas yang merealisasikan aku untuk drive di tepi pantai tanpa ada rasa macam sampah bila stuck dalam jammed dan yang paling penting, regain some lost memories...

                                                   Route joging, Taman Tun Fuad Stephen

We’ve come this far, so hold on

-        -  E . i . J . i –

My life lies in yours

Wednesday, August 18, 2010

Life Shout Out - Day that i stool still...



Apa yang korang kejar eh?

                                                                          LCCT

                                      Air Asia, Penerbangan tambang murah... murah ke?

                                                        Selamat tinggal Malaysia...

                                                            Been here, done that...

" And if it had not been for the favor of Allah upon you and His mercy in this world and the Hereafter, you would have been touched for that [lie] in which you were involved by a great punishment "

                                                                                                          - Surah An Nur, 14 -

Pernah pegi KL Sentral? Puduraya? Terminal LCCT? Apa yang korang nampak? Orang pegang 2 – 3 beg besar dan tiket sambil berlari – lari anak tengok dan kejar waktu pelepasan? Tido kat kerusi? Baca komik? Tengah online Facebook? 

Dalam hidup kita sentiasa mengejar sesuatu. Samada kita sedar atau tidak, tak semua orang mampu dapat apa yang mereka kejar. Benda ni takkan pernah berhenti. Manusia tak pernah bersyukur dengan apa yang diorang ada. 

Aku teringat apa yang aku baca dalam blog Cikgu Nasir. 2 benda yang paling seronok adalah membuli tanpa orang melawan dan mengata atau mengumpat ketika si dia tidak berkata apa – apa. Korang pernah berada dalam keadaan ni? Apa yg korang nak buat kalau ada orang mengumpat belakang korang? 

I need some get away guys. But i’ll be back. I need some closure on my own. Korang jaga diri baik – baik. Like always... Watch your back.

-         -  E . i . J . I –

Something better left unsaid

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan Shout Out - Sappy Sunday? Sleepy Sunday?


" Indeed, Allah loves those who fight in His cause in a row as though they are a [single] structure joined firmly. "

                                                                                                              - Surah As Saf, 4 -

                                                     Darah yang gugur di subuh hari...

                                                      Nak pegi mana ni? Hmmm...

                                                              Hangs wif besties?

Tau - tau bukak mata je rasa macam takleh nafas. Pesal ni? Lubang hidung aku hilang ke? Check - check balik hidung aku penuh darah beku rupanya. Ya Allah... Macam kena pegi check klinik je. Tapi aku rasa tak payahlah kut. Kang macam - macam result aku dapat. Aku taknak puasa kat health centre dengan tiub tercucuk kat badan aku sana sini...

Chelsea memulakan kempen EPL dengan penuh bergaya apabila mencatatkan kemenangan 6 - 0 ke atas West Brom. Mesti happy sakan member - member yang sokong Chelsea ni. Tapi EPL baru start kan. Rileks la. Malam nanti turn MU plak main.

Hari Ahad yang biasa... Takde apa - apa yang menarik untuk dilakukan selain layan movie yang telah didownload dengan dedikasi sepanjang malam. Kalau baca paper harini pun tak abes - abes kes bunuh, rogol, mati, buang baby dan lain - lain. Takyah baca pun takpe. Sama je...

Korang nak pegi mana hari ni? Dating dengan businessman? Servis keta? Window shopping?

Tak kisahlah apa korang buat. Yang penting ingat jalan balik. Kan?

- E . i . J . i -

I still can feel your presence here...

Saturday, August 14, 2010

Life Shout Out - The sounds that make me go...




                                                                     LINKIN PARK

                                                              MICHAEL KENJI SHINODA

                                                                 EIJI A.K.A MOHD ARIF

                                                                   SHINODA... AGAIN

 
                                                                          EIJI AGAIN


Muzik adalah salah satu elemen yang mampu mengubah kehidupan seseorang atau satu - satu komuniti. Tak kiralah apa bentuk muzik ataupun lagu, yang penting maksud atau mesej lagu dapat disampaikan dengan sempurna.

Linkin Park. Salah satu band ' Nu Metal ' yang mampu memberikan mesej yang jelas dalam lagu - lagunya. Dengan kemampuan Mike Shinoda sebagai MC dan frontman, beliau telah mengubah maksud hidup bahawa dalam kehidupan kita di bumi Allah ini penuh dengan cabaran dan jangan sesekali kalah dengan ujian. Tak caya? Amik satu contoh lagu Linkin Park kat bawah ni. Yang mana tak faham tu boleh la amik dictionary... Ready to get pump up guys!


A Place For My Head

I watch how the moon sits in the sky
In a dark night shining with the light from the sun
The sun doesn't give light to the moon
Assuming the moon's going to owe it one
It makes me think of how you act to me
You do favors and then rapidly
You just turn around and start asking me about
Things you want back from me

Pre chorus:
I'm sick of the tension, sick of the hunger
Sick of you acting like I owe you this
Find another place to feed your greed
While I find a place to rest

I wanna be in another place
I hate when you say you don't understand
(You'll see it's not meant to be)
I wanna be in the energy, not with the enemy
A place for my head

Maybe someday I'll be just like you, and
Step on people like you do and
Run away the people I thought I knew
I remember back then who you were
You used to be calm, used to be strong
Used to be generous, but you should've known
That you'd wear out your welcome
Now you see how quiet it is, all alone

I'm sick of the tension, sick of the hunger
Sick of you acting like I owe you this
Find another place to feed your greed
While I find a place to rest

I wanna be in another place
I hate when you say you don't understand
(You'll see it's not meant to be)
I wanna be in the energy, not with the enemy
A place for my head

I wanna be in another place
I hate when you say you don't understand
(You'll see it's not meant to be)
I wanna be in the energy, not with the enemy
A place for my head

You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away
You try to take the best of me
Go away

I wanna be in another place
I hate when you say you don't understand
(You'll see it's not meant to be)
I wanna be in the energy, not with the enemy
A place for my head

Shut Up, Why?

I'm sick of the tension, sick of the hunger
Sick of you acting like I owe you this
Find another place to feed your greed
While I find a place to rest.

I'm so sick of the tension, sick of the hunger
Sick of you acting like I owe you this
Find another place to feed your greed
While I find a place to rest. 

- e . I . j . I -

Prove my point

P/S : To adik Ila, Subi dengan Ira, tolong jangan tanya lagi nape abang pakai Cap. Tengok gambar kat atas tu. Pastu paham - paham sendiri sudah...

bloG BudDieS