Showing posts with label GaBaI. Show all posts
Showing posts with label GaBaI. Show all posts

Thursday, July 16, 2009

GaBaI FiNaL - aPa YaNg MuNgKiN tEtAp MuNgKiN
















Bau harum dan lazat yang datang dari ayam berempah panggang Usop a.k.a Abg Bekas Pengerusi PSSGM MMu yang menggunakan resipi rahsia turun temurun ibu tercinta mula memenuhi ruang air terjun Gabai. Sesiapa pun pasti tidak dapat menahan diri dari menjamah dan menyantak ayam – ayam panggang tersebut… Sungguh menyelerakan! Aku yang mula rasa tension dengan kerenah pengunjung Gabai yang perasan air terjun Gabai tu bapak diorang punya terus berlagak rajin dengan mengipas – ngipas api supaya ayam berempah panggang itu cepat masak dan cepat jugaklah kitorang dapat menyantak ayam – ayam tersebut.

Adam a.k.a ABg RXZ Open, Bad a.k.a Abg SRM dan Naz a.k.a Abg Buluh Betong terus menunjukkan kepakaran diorang terjun tiruk bebas ke dalam lubuk air di celah batu. Larangan pihak atasan MMU untuk diorang membuat aksi sedemikian di swimming pool MMU membuatkan diorang lebih teruja dan jakun untuk meneruskan aktiviti tersebut kat air terjun Gabai ni. Budak – budak perempuan Silat pun turut join Adam and The Gang untuk membuktikan perempuan juga mampu terjun tiruk dan bukan terjun time gaduh atau break dengan boifren je! Hati aku melonjak – lonjak riang untuk turut serta dalam aktiviti gila tersebut tapi bila mengenangkan aku masih trauma akibat lemas di Sungai Tua 2 tahun lepas, aku membatalkan hasrat dan hanya mampu melihat dari jauh… tapi tak jauh sangat la.

Ayam berempah telah siap dipanggang! Dengan tak membuang lebih masa kitorang pun mula menyantak ayam sambil melakukan icebreaking untuk mengenali junior – junior dengan lebih rapat. Inilah tujuan murni utama kitorang datang ke sini. Aku harap dengan adanya bebudak junior ni akan dapat meneruskan kecemerlangan Silat Seni Gayong kat MMU tu (Cemerlang ke? Ahahaha!). Aktiviti menyantak ayam dan mandi diteruskan secara bergilir – gilir. Aku pulak mengambil keputusan untuk baring dan tido kejap di atas kanvas untuk menghilangkan penat… ZzZzZz.

Setelah beberapa minit terlelap, aku dikejutkan oleh satu suara untuk bangun dan turun ke bawah. Aku dalam keadaan mamai dan sakit pinggang hanya mampu menuruti kata – kata tersebut. Kitorang pun mula turun… Sesampainya di pertengahan jalan, Adam and The Gang berhasrat untuk turut serta dalam acara gelungsur – gelungsur air yang dipelopori oleh pengunjung – pengunjung sebelumnya. Aku, Amran dan Raja yang lebih matang dan cool hanya melihat dari tepi dan mengambil keputusan untuk terus berlagak cool sambil menikmati pemandangan sekeliling yang sangat - sangat indah. Adam and The Gang pula meneruskan aktiviti gila glemer dengan melakukan pelbagai formasi seperti bintang, songsang dan sebagainya… Biarlah. Bukan selalu pun buat benda gila camni.

Setelah puas main – main gelungsur dan menikmati pemandangan yang indah, kitorang pun mula turun ke bawah. Hujan mula turun dengan lebat. Setelah lepak – kejap sambil makan aiskrim, kitorang pun mula beransur pulang. Alhamdulillah, satu lagi pengembaraan mengenali diri telah berakhir dan yang baru akan bermula…

P/s : Sori kalau konfius pasal tarikh gambar. Adam lupa nak setting. Apa punya perangai... Iskhh!!!

Wednesday, July 15, 2009

GaBaI JoUrNeY PaRt 2 - DoBoNg YaNg TiAdA DiLuPa JaNgAn






Tangga yang curam dan tinggi betul – betul menguji ketahanan mental, fizikal dan metabolisma aku serta kawan – kawan seGayong yang lain. Jatuh ke bawah (Takkan la jatuh ke atas plak!) dan mati tanpa sempat score suppliment paper adalah pilihan terakhir muktamad ketika ini. Raja a.k.a Abg Bicep terus menunjukkan hasil pembinaan stamina maksimum yang dijana dari penghabisan masa di gymnasium, makan putih telur ayam selasih kampung 5 bijik sehari dan jogging pusing keliling MMU. Amran a.k.a Abg Nintendo Wii pun terus mara dengan tabah di belakang Raja. Aku hanya mampu mengejar kelibat diorang dengan mata… Kaki aku rasa terlalu berat untuk melangkah akibat terlalu lama tidak bersenam dan hidup secara sihat. Sesalku tiada berkesudahan…

Setelah beberapa minit mendaki tangga dan akar – akar kayu sungai, akhirnya kitorang sampai ke destinasi. Tapi kitorang sedikit kecewa kerana hari ini terlalu ramai orang yang turut serta mandi – manda. Serabut sungguh! Apa yang lebih mengejutkan adalah ayam – ayam berempah yang dijadualkan untuk dipanggang masih belum sampai angkara Usop dan Amin yang sangat – sangat komited dan menepati masa. Untuk menebus kehampaan hati yang luka dan perut yang lapar, aku, Raja dan Amran berhasrat untuk melakukan sedikit jungle tracking.

Anak – anak sungai diredah dengan berhati – hati. Biarpun sudah berjuta kali diterokai, hutan masih satu tempat yang sukar untuk diramal dan difahami. Aku, Amran dan Raja terus melangkah ke satu penamat yang tak pasti. Daun – daun renek, akar kayu dan kicauan unggas pantas menggamit memori. Setiap satu detik dan masa yang indah harus dihargai. Cabaran dan dugaan dijadikan azimat pemecah situasi. Kesakitan dan kepayahan jadi medium pencuci rohani.

Setelah hampir 30 minit jungle tracking, kitorang mengambil keputusan sebulat suara 1 Malaysia untuk berpatah balik ke tempat BBQ. Terubat sikit rindu kitorang pada alam sekitar. Langkah pulang disusun ringkas dan rapi bagi mengelakkan kejadian kaki cedera akibat ditusuk buluh betong seperti yang menimpa Naz pada episod Nuang Legacy. Aduiii.. Pedih tu. Sesampainya kitorang di tempat BBQ, Adam a.k.a Abg RXZ Open, Naz a.k.a Abg Buluh Betong, Fuad a.k.a Abg Kembar Seiras dan Bad a.k.a Abg SRM telahpun mandi sambil menunjukkan aksi – aksi terjun tanpa ragu untuk tontonan pada pengunjung – pengunjung air terjun Gabai. Namun yang lebih malang, aksi yang tidak berapa matang ini telah dicontohi oleh srikandi – srikandi Gayong yang turut serta dalam XPDC ini. Adoii… Rosak budak – budak ni.

Aku mengambil kesempatan untuk merehatkan diri sambil meninjau alam sekitar… Usop dan Amin pun dah sampai. Detik – detik untuk BBQ dah tiba!

Sambung lagi… Bajet saspen la.

Tuesday, July 14, 2009

GaBaI JoUrNeY PaRt 1 – gAyOnG BeRcAnTuM BeRsAtU PaDu








Setelah sekian lama mencari waktu senggang dan lapang untuk dihabiskan bersama rakan taulan Gayong MMU, akhirnya masanya sudah tiba. Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Pengerusi Baru Gayong MMU membuat rancangan rapi durjana untuk mencemarkan alam sekitar dengan asap BBQ ayam bersalut rendaman rempah rahsia terulung ciptaan Usop a.k.a Abg Bekas Pengerusi Gayong MMU yang akan dilakukan di Air Terjun Gabai di Hulu Langat, Selangor.

Setelah bergelumang dengan masalah kekurangan transport, aku dengan genius dan sukacitanya mengajak Amran a.k.a Abg Nintendo Wii untuk turut memeriahkan majlis BBQ tersebut. Pada mulanya Amran agak keberatan kerana mempunyai plan lain seperti karaoke dan menuruti perintah ibu untuk menjaga kebajikan adik – adik tercinta namun atas pujukan dan tawaran lumayan untuk dilantik menjadi Bendahari Circle Of Trust yang baru, Amran mengalah… Hati manusia memang fragile.

Dipendekkan cerita, aku, Raja a.k.a Abg Bicep, Amran a.k.a Abg Driver Kelisa Campro dan Adam a.k.a Abg RXZ Open memulakan perjalanan bersama 7 lagi rakan – rakan Gayong MMU. Tujuan utama kembara ini diadakan adalah untuk saling mengenali antara senior dan junior dalam Gayong MMU dan secara automatik merapatkan hubungan yang sedia terjalin. Kembara ini juga turut mendapat penyertaan Amin a.k.a Chef Sardin dan Naz a.k.a Abg Buluh Betong.

Sesampainya kitorang di air terjun Gabai, tempat ni dah dipenuhi orang ramai yang jakun dengan air terjun. Adam a.k.a Abg RXZ Open memerintahkan supaya kereta – kereta diparking di tempat yang jauh dari ancaman buah durian yang boleh gugur bila – bila masa di atas cermin depan kereta sekaligus merabakkan duit dalam dompet yang tidak seberapa ada. Kitorang terus menaiki tangga yang tinggi untuk ke destinasi… Hati mula melonjak – lonjak riang untuk masuk ke dalam air terjun yang sejuk dan segar…

Bersambung la pulak...

bloG BudDieS