Showing posts with label LeDaNg sHowDoWn. Show all posts
Showing posts with label LeDaNg sHowDoWn. Show all posts

Tuesday, June 2, 2009

FiNaL PaRt LeDaNg sHowDoWn – LaNGiT DijUnJuNg, aZimAt diSaNJuNg






Makin laju dan pantas aku dan Izzat a.k.a Abg Kuat SMS mengatur langkah menuruni Gunung Ledang. Keseronokan membayangkan suasana mandi – manda di dalam kesejukan air sungai bersuhu 20 darjah celcius di kaki gunung menjadi pemacu semangat dan motivasi untuk terus melangkah riang. Dah sampai masanya kitorang semua berpijak di bumi yang nyata setelah 2 hari suntuk kami mendaki dengan cemerlang. Bunyi air sungai yang mengalir tenang semakin kedengaran di gegendang… dan…

Yeahaaa! Setelah penat berlari, akhirnya aku dan Izzat a.k.a Abg Kuat SMS dah sampai di Kem Asahan a.k.a kaki Gunung Ledang, tempat di mana semuanya bermula. Aku dapati Amin a.k.a Kapten tengah bersantai mandi manda bersama Raja a.k.a Abg Bicep, Pijan a.k.a abg Rim Sukan dan Has a.k.a Abg Rambut Tegak (Tak tunggu kitorang pun! Bagus diorang ni!). Amin tak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada aku kerana berjaya turun dalam waktu yang agak cepat. Zul a.k.a Abg Driver VIVA pun baru sampai walaupun beliau turun gunung tadi agak laju. Ini semua gara – gara tapak kasut beliau yang tercabut di pertengahan perjalanan. Adam a.k.a Abg RXZ Open dan Usop masih belum tiba… Mana la diorang pegi ni.

Persetankan tu semua! Aku terus masuk ke dalam air sungai yang sejuk untuk melepaskan penat dan lelah mendaki. Nyamannya air sungai ini. Hilang semua masalah yang bersarang di jiwa… Tapi sekejap je la kan. Yang penting masa – masa camni patut dinikmati secara maksimum. Ntah bila masa – masa camni akan datang lagi… Kalaulah umur tak panjang. Manalah tau. Waallualam… Tiba – tiba.

Adam : Akhirnya… Aku sampai jugak kengkawan. Hukhuk.

Amin : Haha! Apsal lambat sangat weh? Kitorang sume dah siap – siap nak balik dah! Wakakaka! Malulah skit dengan Eiji tu.

Adam : Ala… Turun laju – laju pun bukan dapat hadiah. Aku menikmati pemandangan alam la. Masyukk….

Amin : Iyelah tu… Cepat siap weh. Jap lagi kita gerak. Lambat ko balik sendiri!

Dengan arahan tegas Kapten Amin, kitorang pun bersiap – siap untuk pulang ke MMU. Berat rasanya kaki dan hati nak balik. 1001 macam kenangan kitorang dapat kat sini. Dan skang dah sampai masanya kitorang kembali ke pangkuan kehidupan masing – masing sebagai student, pekerja, boyfriend bapak saudara dan banyak lagi.

Pengembaraan kitorang di Ledang berakhir bila Pijan menghidupkan enjin Kereta Proton Wira Rim Sukan Kaler Biru beliau. Aku taktau apa yang orang lain fikir tapi yang pasti, aku akan datang lagi ke sini… Dobong a.k.a Abg telur Goreng Berempah pasti ternanti – nanti kepulangan kami untuk berkongsi pengalaman di Ledang…


- T h E . e N D -

Wednesday, May 13, 2009

PaRt 11 LeDang ShoWdOwN – PuNCaK LeDaNg, KaMi PuLaNg, JaNgAn SeDih, JaNgAn DiKeNaNg










Setelah puas, klimaks dan jakun melakukan aktiviti Kokurikulum bebas di puncak seperti melompat – lompat tanpa arah tuju, memanjat penanda aras Ledang, masak – masak untuk santapan perut dan bukak baju akibat teruja dengan kesejukan kabus, dah sampai masa dan waktunya kitorang turun dari puncak Ledang. Kalau ikutkan nafsu – nafsi serakah, memang aku nak stay lama sikit kat puncak tapi Amin a.k.a Kapten Boleh a.k.a Abg Cepat Mesra dah suruh turun nak buat camne kan… Kenelah ikut perintah kapten. Takleh derhaka weh… Jom turun!

Apabila sume barang – barang dah dikemas, kitorang pun memulakan perjalanan turun ke Campsite. Masa ni jalan turun dari puncak dah pun terang dan cerah so tak payahlah kitorang mempoyo – poyokan diri mengaplikasi headlight, torchlight, lighter, obor api atau apa – apa pun medium penerang jalan. Pada masa ni kitorang baru sedar betapa cerunnya lurah Ledang ni sampaikan pihak berwajib yang berkaitan meletakkan tangga besi Bomba a.k.a Fire Fighter dan tali lembu untuk keselamatan warga pendaki semasa memanjat (Masa kitorang naik awal pagi tadi mane nak nampak pape weh! Gelap! Kelam!). Aku dengan jujur dan seriusnya menasihatkan pada kengkawan yang gayat dan takut tinggi, silalah training sebelum mendaki gunung. Korang leh training dengan cuba memanjat bumbung umah korang dengan alasan membetulkan signal piring ASTRO. Korang jugak leh cuba memanjat pokok kabu – kabu ataupun pokok rambutan. Pokok keladi dan pokok kaktus adalah dilarang sama sekali untuk dijadikan tempat training memanjat. Sendiri mau ingat…

Setelah hampir 1 jam kitorang menuruni lurah yang dalam, cerun yg gayat dan batu batan yang tajam, akhirnya kitorang sampai di GLC 6 a.k.a tempat perkhemahan a.k.a Istana Sangkut kitorang. Menyedari banyak lagi hal yang perlu dilaksanakan, Amin a.k.a Kapten Boleh menitahkan kitorang semua supaya kemas barang – barang dan terus turun ke kaki gunung. Pada sesapa yang nak mandi, bolehlah mandi kat bawah. Akibat mengejar waktu, aku dengan Raja a.k.a Abg Bicep gagal menyempurkan misi melayan Sisha perasa Anggur di Campsite. Walaupun agak kecewa, tapi nak buat camne. Turun jelah. Sapelah kitorang ni…

Tebing batu mula dituruni dengan berhati - hati. Dan kali ini ia mendapat mangsa. Izzat a.k.a Abg Suka SMS Atas Gunung hampir – hampir terjatuh ke bawah (Takkan jatuh ke atas plak!). Pada masa ni kitorang berpendapat bahawa tidak kira kasut apa pun, Solomon ke, Asadi ke, Bata ke, kalau nak jatuh tu jatuh jugak. Namun syukur yang teramat apabila refleks Izzat berjaya menyelamatkan keadaan. Saspen – saspen…

Kitorang memulakan perjalanan turun dengan senyuman dan tawa riang. Ledang telah ditakluk. Cabaran baru bakal bermula. Aku dan Izzat a.k.a Abg Marathon mula berlari turun ke kaki gunung. Bersama – sama menamatkan misi Ledang dengan cemerlang… Air sungai yang sejuk dan segar menanti kitorang di bawah.


Bersambung Final Part Ledang Revenge..

Wednesday, April 22, 2009

PaRt 10 LeDaNg ShOwDoWn – PunCaK lEdAnG MaRuAh dIjUlAnG






Setelah berhempas pulas memanjat tali, meredah belukar yang tebal dan merentas lurah menuju ke puncak Ledang dalam keadaan gelap, samar dan kelam pada subuh yang hening dan dingin, sambil ditemani masalah – masalah kesihatan sekunder seperti mengantuk tak hengat (Ni masalah aku), kaki cramp (Ni masalah aku dengan Adam), henfon takde coverage (Ni masalah untuk Izzat je. Wahkahkahkah! Sibuk nak SMS dinda tercinta kata dah sampai kat puncak!), pancit dan sengal – sengal otot, kitorang dengan suksesnya berjaya memijak tanah puncak Ledang yang berketinggian 1276 meter ataupun 4187 kaki di atas paras laut. Kitorang memanjatkan syukur kepada Allah kerana memelihara pendakian kitorang dengan selamat dan bergaya tanpa sebarang bala bencana (Adam siap sujud syukur kat puncak weh! Syukur maksimum!). Alhamdulillah…

Keadaan di puncak time ni sangatlah sejuk! (Beruang Kutub pun blum tentu bley survive camni! Wahahaha). Dengan angin dan kabus yang kuat melampau dan tak terkawal, kitorang cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan habitat yang serba ekstrim ni. Sape – sape yg rabun pakai spek tu dah start bukak spek yg disaluti kabus sebab memang tak nampak apa – apa. Papehal pun, masing – masing teruja dengan keupayaan diri berjaya memanjat Ledang sampai ke puncak. Satu pencapaian maksimum bagi insan – insan yang terhad masanya untuk melakukan aktiviti semacam ini angkara jadual kerja dan study yang tidak menentu.

Tanpa membuang masa, aku pun menjalankan tugas jurukamera part time tidak bergaji menggunakan Digicam Sony Cybershot 7. 2 MP milik aku yang banyak berjasa untuk mengabadikan gambar - gambar kengkawan yang melakukan pelbagai aksi melampau yang menunjukkan diorang jakun semasa di puncak. Kitorang makin teruja bila matahari mulai terbit di ufuk timur. Subhanallah.. Mana lagi nak tengok view cantik camni ( Slalu bangun lambat time tengahari bila la nak tengok matahari terbit! Hahaha!).

Sementara itu, Amin a.k.a Chef Sardin memulakan tugas beliau memasak Maggi perisa kari di puncak Ledang untuk santapan kengkawan dengan pertolongan Pijan a.k.a Abg Rim Sukan dan Has. Dengan pemandangan puncak yang memukau kat puncak ni, makan apa – apa pun sedap weh! Aku, Izzat, Raja, Zul dan Adam plak masih dalam sesi bergambar untuk tatapan umum. Kualiti gambar agak tidak memuaskan kerana kabus yang tebal dan tidak nipis. Dengan ini jugak aku memasang tekad untuk mendaki Ledang di masa akan datang untuk memperbaiki kualiti gambar. Insyallah, kalau Allah izinkan…

Kepuasan sampai ke puncak Ledang diteruskan. Bukan selalu dapat daki gunung ni. Masing – masing hanyut dalam keseronokan sampai di puncak. Kan best kalau dapat layan Pro Evolution Soccer 2009 PS2 Edition atas puncak (Mana nak dapat plug weh! Pastu sambil layan sisha… Iskh!! Lagi best kalau…

Bersambung…

Wednesday, April 15, 2009

pArT 9 LeDaNg ShoWdOwN – MeNuJu PunCaK GeMiLaNg CaHaYa MeNgUkir CiTa SeInDaH RaSa





Kabus tebal penuh menghiasi ruang campsite kitorang. Keadaan yang sejuk angkara hujan berterusan memberi dugaan yang maha berat kepada kitorang yang rata – ratanya mempunyai reputasi susah nak bangun kalau dah tido. Tapi misi memanjat puncak Ledang untuk melihat kebesaran Allahu Rabbi menerbitkan mentari di ufuk timur harus diteruskan. Amin a.k.a Chef Sardin menasihatkan kitorang membawa barang seminima mungkin. Pada masa ini juga Raja a.k.a Abg Bicep berpeluang menunjukkan potensi sebenar lampu kepala a.k.a headlamp bernilai rm18 yang aku tolong belikan di Uptown Seksyen 24 Shah Alam untuk menerangi liku – liku pendakian ke puncak yang gelap dan kelam.

Lebih kurang pukul 5 pagi..

Dengan lafaz bismillah dan sedikit doa pelindung pelindung perjalanan, kitorang a.k.a Circle Of Trust membuka langkah meneruskan pendakian ke Puncak Ledang. Memang takleh dinafikan kitorang memang mengantuk tahap maksimum (lagi – lagi aku. Tido pukul bape malam tadi weh!). Tanpa stretching yang cukup sebelum pendakian tadi, aku dah mula mengalami kesukaran mendaki. Lutut dengan pelipat kaki dah start sakit – sakit. Paru – paru plak meronta – ronta mintak oksigen… Aku tengok Adam a.k.a Abg Rxz Open camtu. Ucop pun lebih kurang jugak. Kengkawan lain takde problem aku tengok… Sume gerak laju je.

Kegelapan dan kabus menjadikan pendakian kitorang lebih sukar dan mencabar. Ada time – time tertentu sampai aku terhantuk kepala kat dahan pokok. Pergh!!! Sakitnya jangan cerita! Aku terajang pokok tu sedas dua bagi hati aku puas. Time ni aku dengan Adam berganti – ganti menjadi sweeper part time kat belakang sekali angkara pancit yang tidak menentu. Adam tetap dengan pendirian tegas dan kerek beliau supaya kengkawan lain yang berstamina tinggi jalan dulu. Pendirian kerek Adam menarik perhatian Amin a.k.a Chef Sardin untuk menemani perjalanan beliau kat belakang… Izzat pun turut serta dalam usaha menemani insan – insan yang kurang stamina.

Batu – batu dan curam Gunung Ledang yang berusia ratusan tahun lamanya terus kitorang daki. Abang Mi a.k.a Abg Calf Mantap memberitahu kitorang dah tak jauh dari puncak. Pendakian menjadi lebih sukar apabila kitorang terpaksa memanjat tangga – tangga besi a.k.a tangga bomba dan tali yang licin akibat embun. Memang gayat kalau korang tengok bawah weh! Nasihat aku, takyahlah tengok bawah… Takut korang tak jadi naik je.

Beberapa langkah lagi sebelum sampai ke puncak. Aku dan kengkawan lain dah tak sabar nak memijak lantai Puncak Ledang… Beberapa langkah lagi untuk menyempurnakan misi...

Tuesday, April 14, 2009

PaRt 8 LeDaNg sHowDoWn – MaLaM sEriBu ErTi unTuK iNsAn BeRBuDi






Sang Petir sabung – menyabung di langit yang tujuh. Sang Guruh berdentum di angkasa. Sang Angin bertiup padu dan kencang. Sang Hujan pula turun dengan lebat tanpa sebarang belas kasihan kepada makhluk – makhluk bumi. Hujan yang turun tanpa sebarang amaran dan tanda. Hujan yang memberi seribu satu erti dan maksud pada sesiapa yang mahu berfikir tentang kehebatan sang Pencipta. Hujan yang memberi gusar dan bimbang pada insan yang bersifat tipikal nyata . Hujan yang memberi tenang pada individu yang mencari pengalaman yang penuh makna. Ketika ini suasana di campsite GLC 6 menjadi sangat – sangat sejuk dan kritikal. Team Circle Of Trust sudah lena dibuai mimpi… Bertemankan irama panggilan unggas – unggas rimba seperti cengkerik dan katak puru yang mencari teman meneruskan generasi agar tidak pupus ditelan arus modenisasi.

Kali ini Adam a.k.a Abg RXZ Open bernasib baik kerana beliau turut membawa selimut. Beliau tido lena. Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang yang tido – tido ayam masih menanti SMS dari dinda tercinta. Pijan, Has, Ucop dan Amin tido nyenyak di bawah pondok Guide tanpa mempedulikan tempias air hujan yang mencurah – curah (bukan ke ladang gandum!). Masing – masing dah tido… Tinggallah aku seorang diri bersama imaginasi.

Bukan aku taknak tido, tapi mengikut pesan cikgu silat aku, Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti, inilah waktunya yang sesuai untuk mentafsir diri. Waktu yang sesuai untuk memahami hati. Waktu yang sesuai untuk mencari erti. Untuk mencari ilmu yang tersirat di sebalik malam. Aku mula memikirkan sesuatu yang berada di luar kotak fikiran. Aku mula memberi izin kepada hutan untuk bersuara… Apa yang aku dapat biarlah aku yang tahu.

Hujan terus turun dengan lebat… air hujan mula memasuki khemah yang didiami oleh aku, Raja dan Boy budak Guide. Kaki aku dah basah di dalam takungan air. Aku cuba melelapkan mata di bawah kondisi suasana sejuk yang ekstrim. Aku mula berfikir rancangan pendakian ke puncak pada awal pagi akan gagal akibat hujan… Tapi nak buat apa fikir banyak - banyak. Serahkan saja pada yang Maha Mengetahui… Doa tido dibaca. Bismillah..

Bersambung…

Monday, April 13, 2009

pArT 7 LeDaNg ShoWdOwN – nIkMaT, BerkAt DaN RaHmAt






Alhamdulillah, berkat sabar, tabah, semangat serta iltizam yang tinggi dan tak berbelah bagi, aku dan kengkawan yang lain selamat sampai kat campsite 6 ataupun lebih dikenali sebagai GLC 6 dengan jayanya (Akhirnya!). Time ni Amin.a.k.a Chef Sardin, Ucop a.k.a Pengerusi Gayong dan Pijan a.k.a Abg Rim Sukan yang diamanahkan untuk memasak makan malam dah start masak. Aku, Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang, Raja a.k.a Abg Bicep dan Adam a.k.a Abg Stamina Tiada Penghujung pulak mengambil kesempatan ni untuk bermandi manda merehatkan diri dalam air yang sejuk segar (Bukan dari ladang) tak jauh dari campsite kitorang (Adam siap leh tido dalam air. Satu rekod baru telah dicipta. Kahkahkah!). Hilang semua penat mendaki tadi…

Habis merehat dan merilekskan badan angkara penat mendaki, kitorang pun pegilah usha – usha alam sekeliling yang terhidang ni campsite ni. Apa yang menarik perhatian aku time kat campsite ni adalah pemandangannya yang cukup cantik sayup - sayup mata memandang. Rasa terlalu kerdil diri aku ni di sisi Allah (Aku jelah, bebudak lain aku taktau la diorang fikir apa). Lantas tanpa membuang lebih banyak masa, aku dan kengkawan lain pun mengabadikan beberapa pose panas menggunakan Sony Cybershot 7.2 MP aku yang banyak berjasa untuk tatapan keluarga, saudara mara, jiran sebelah rumah, makcik kantin, pengunjung blog dan yang terpenting… Dobong a.k.a Abg telur Goreng Berempah. Napelah ko tak ikut Dobong… Rugi… Rugi.

Malam menjelma, dan inilah waktunya yang aku tunggu – tunggu. Inilah detiknya yang menjadi objektif utama mengapa Raja a.k.a Abg Bicep bersetuju untuk mendaki Ledang tanpa rasa ragu – ragu dan bimbang. Inilah saatnya yang akan membuatkan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah rasa menyesal tak sudah kerana mengikut arahan lecturer tak bertimbangrasa menyiapkan FYP dan tak ikut serta memanjat Ledang. Inilah minitnya Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang sedar pendakian ini lebih bermakna dari sekadar memandang. Inilah masanya sejarah dicipta di Gunung Ledang… Waktu Sisha telah tiba! Dengan perasa Honeydew dan Anggur jenama Al - Fakeh dicampur bersama di dalam tembikar dan digaul secara manual menggunakan jari – jemari lembut berinai menggunakan tekanan minima dan sekata, dengan menggunakan air sungai yang sejuk semulajadi dari Gunung Ledang sebagai penapis asap membara, dengan arang yang dibakar menggunakan suhu 90 darjah selsius 6 minit lamanya, Sisha yang ulung rasanya telah siap dan sedia untuk dinikmati bersama. Perasaan puas dan best yang tak dapat digambarkan semasa melayan sisha dan makan malam bersama kengkawan sambil berchit – chat tentang cabaran pendakian ke puncak pada esok yang bakal tiba. Kitorang telah sebulat suara dan sepakat membawa berkat untuk mendaki ke puncak awal pagi esok untuk menyaksikan matahari terbit di puncak Ledang. Satu pengalaman baru yang menjanjikan 1001 cabaran. 1001 dugaan yang memberikan kepuasan. 1001 ujian yang menenangkan.

Keseronokan melayan sisha diteruskan hingga ke awal pagi… Muka kengkawan sume dah layu. Ada yang dah membuta dalam khemah Tinggallah aku, Raja dan Boy budak guide mengharungi kesejukan malam…

Bersambung..

Friday, April 10, 2009

PaRt 6 LedaNg sHoWdOwN – DiTiNgGaL sUsAh, DiTeRaJaNg MusNaH






Di satu tempat beberapa ratus langkah dari Puncak Gunung Ledang nun di sana, matahari memancar cerah dan ceria, unggas – unggas hutan berlagu riang gembira, kelihatan 4 orang anak muda terkedek – kedek meredah belantara. Peluh mengalir tidak terkira. Ada yang bersiul lagu cinta. Ada yang pancit senak di dada. Ada yang nak pitam penuh sengsara. Tiba – tiba…

Adam : Oit! Rehat jap! Skru lutut aku macam nak tercabut dah ni. Rileks dulu! Oksigen! Oksigen!

Aku : Uiks! Kalau camni gayanya, Aidiladha kedua baru kita sampai puncak ni! Asik nak rehat je. Budak – budak lain dah sampai dah ni. Abes la kita kene kutuk… Adus…

Adam : Laa… Aku takde suruh korang tunggu aku pun. Kalau korang nak jalan dulu pun takpe. Nanti aku kejar korang (Huh? Btul ke apa aku dengar ni?).

Amin : Takpe – takpe. Adam kata rehat, kita rehat. Adam kata tido, kita tido. Adam kata makan, kita pun makan. Cakap organizer jangan dilawan.

Ucop : Aku pun macam tak larat dah ni. Rileks je la dulu. Kalau sampai awal bukan dapat hadiah pun.

Aku : Aku pun tak larat sebenarnya ni. Hehehe… Oit Dam! Sampai bila kita nak rileks ni? Lama dah ni kita rileks mileks ni!

Adam : Kroih… Kroih..

Time – time camni, aku mula terfikir, kalaulah Dobong a.k.a Abang Telur Goreng Berempah ada, mesti telinga Adam berdarah punya kene kutuk. Saban waktu aku teringat Adam membuat statement ‘ naik Ledang lagi senang dari naik Nuang ‘. Kahkah! Papehal pun aku kagum dengan semangat Adam a.k.a Abang RXZ Open. Walaupun pancit tapi nak jugak naik ke puncak. Semangat camni la kita nak dalam diri setiap warganegara. Cayalah! (Ada sape – sape nak no phone Adam?)

Setelah puas merehatkan diri, kitorang pun meneruskan perjalanan (Takkan nak tido sampai esok kut!). Perjalanan kitorang ke campsite di checkpoint 6 menjadi semakin mencabar. Ada bahagian – bahagian cerun gunung yang memerlukan tali sebagai medium pendakian. Memang mencabar bagi hikers kelas ke – 3 macam kitorang (Sapelah kitorang ni kan.). Setelah agak lama mendaki, kitorang dah sampai ke bahagian terakhir sebelum sampai ke campsite. Kitorang kena memanjat cerun batu yang lebih kurang 50 kaki tingginya (Memang tinggi weh!) Syukur takde pape yang tak diingini masa kitorang memanjat cerun batu tu. Dan Alhamdulillah kitorang berjaya menjejakkan kaki ke campsite. Kelihatan kengkawan yang lain dah sampai. Khemah pun dah siap pasang. Cerita banyak pun tak guna. Nak carik air dulu! Haus!

Bersambung macam biasa..

PaRt sPeCiAl EnCoRe LedaNg ShOwdOwN - NiCkNaMe yAng MisTeRi






ePisOd 3 - AmiN a.k.a KaPtEn BoLeH a.k.a TuKaNg BaKaR No. 2 a.k.a ChEf SaRdIn

Sepertimana yang korang memang sedia maklum, aku banyak ketinggalan dalam meng'update' karektor - karektor yang terbabit secara langsung dalam siri Nuang Revenge. Akibatnya, ramai la kengkawan yang selambe samseng je kutuk - kutuk aku sambil melemparkan cacian berbaur ancaman atas kelembapan aku meng'update' a.k.a mengemaskini ( kene guna bahasa melayu. Kahkahkah! ) blog aku ni. Papehal pun, thanx kerana mengingatkan aku untuk mengemaskini blog. Skang, tak perlu lagi kita buang masa touching - touching kerana episod kali ni aku akan memapar dan memperkenalkan insan terpenting yang korang paling sayang dalam Circle Of Trust iaitu En. Amin a.k.a Chef Sardin. Tepuk sikit kengkawan...

Pada permulaan kisah, Karektor En. Amin a.k.a Chef Sardin ni takdelah penting sangat dalam hidup aku, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah atau sesapa pun yang hidup kat Kampung MMU Cyberjaya, MMU Melaka ataupun di mana - mana tandas awam mahupun Pusat Zakat. Aku hanya mengenali suspek tertuduh bernama Amin ni sebagai seorang individu pendiam yang menghabiskan sisa - sisa usia akhir 20 - an sebagai seorang student senior dan ahli kelab silat Gayong kat MMU tu. Perwatakan Amin yang ala - ala tegas dan mempunyai rupa bengis seakan - akan Polis Simpanan Persekutuan a.k.a FRU membuatkan aku kurang berminat nak bersosial dengan beliau. Hatta hakikatnya demikian, aku tau hati beliau baik ( Huh? Btul ke apa aku taip ni? Baik ke? Fikir positif suda... )

Pada Misi Nuang Revenge, Amin a.k.a Tukang Bakar No. 2 adalah individu berwajib yang bertanggungjawab memastikan aku dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah berjaya naik ke puncak Nuang. Kerjasama Wonderpets yang erat dan padu bersama Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Tukang Bakar Ulung mengkritik aku dan Dobong saban detik dan minggu dengan kata - kata nista angkara tidak naik ke puncak Nuang pada Misi Nuang Pertama memberi impak maksima kepada kehidupan aku dan Dobong (Tak tahan tiap - tiap hari kene kutuk weh!).

Di dalam Misi Ledang Showdown, Amin sekali lagi dilantik secara tidak rasmi sebagai Kapten dan Chef. Sifat setiakawan beliau juga menjadi pemangkin untuk Adam a.k.a Abang RXZ Open meneruskan pendakian hingga ke Puncak Ledang. Atas sebab - sebab kukuh ini, sekaligus Amin membuktikan beliau adalah individu yang patut atau wajib mengikuti setiap XPDC Team Circle Of Trust sebagai Kapten. Sapa - sapa yang berminat dengan Amin ataupun kagum dengan sifat cekal beliau, bolehlah follow kitorang naik gunung pasni. Amin akan menyediakan pakej - pakej berikut :-

1) Menu makanan yang lazat seperti Nasi Goreng Sardin, Spagheti dan Maggi Kari Telur. (Memang superb! Nyesal tak makan)

2) Pakej Rangsangan Semangat. Amin akan memberikan korang kata - kata motivasi semasa korang mendaki untuk merangsang stamina. Rangsang nafsu tak boleh! (Boleh tanya Adam untuk maklumat).

3) Pakej Ceria. Korang boleh bergelak ketawa dengan Amin. Beliau sangat - sangat sempoi dan terbuka (Boleh tanya Dobong).

4) Pakej Rohani. Amin juga akan mengingatkan korang waktu sembahyang.

Itulah saja sedikit sebanyak maklumat untuk korang mengenali idola kesayangan korang ni iaitu Amin a.k.a Kapten Boleh a.k.a Chef Sardin. Insyallah selepas ini giliran Raja a.k.a Abang Bicep akan menyusul.

Bersambung lagi.. :-)

Thursday, April 9, 2009

tO wHoM iT maY ConCeRn - LeDaNg ReVeNge


BORING????????

TAKDE KAWAN - KAWAN??????

NAK UJI STAMINA?????

Atas beberapa sebab kritikal seperti gambar di puncak tak clear, tak dapat layan sisha atas batu dan kekurangan member sekepala melayan sisha, maka dengan ini sukacita dan bangganya aku membuka peluang untuk kengkawan sekalian untuk merasai dan menikmati alam sekitar di Gunung Ledang.

Tarikh : sekitar bulan 5 dan 6 ( Tunggu Dobong abes buat FYP)

Bayaran : rm100 ke bawah

Kenderaan : digalakkan ada

Syarat - syarat adalah seperti berikut :

a) Sihat ( kalau sakit camne nak naik gunung )

b) Perwatakan Menarik a.k.a tak skema ( Boleh borak - borak )

c) Kelakar atau separa kelakar ( Laughter is the best medicine )

d) Semangat setiakawan yang tinggi ( Ini paling penting, senang nak tolong - menolong )

e) Pandai masak ( skit - skit pun bolehlah, kalau tak pandai masak kitorang leh ajar)

Itu adalah antara syarat - syarat minima untuk ikut. Sesapa yang ada boifren atau girlfren, sila dapatkan keizinan terlebih dulu. Penyertaan terhad kepada 25 orang terawal. Semuanya tertakluk pada terma dan syarat. Untuk sebarang pertanyaan leh hubungi aku terus di blog ni. Terima kasih.

"CiRcLe Of TruSt"

PaRt 5 LeDaNg ShoWdOwN – SemAnGaT HuTaN dICabAr JaNgAn






Pendakian kitorang bermula dengan riang dan gelak ketawa. Izzat a.k.a Abang Pecah Lobang masih boleh mereply SMS dinda tercinta. Aku dengan Raja masih boleh borak – borak pasal rancangan melayan sisha perasa Honeydew Al - Fakeh di Puncak Ledang nun di sana. Yang lain plak pulak masih boleh membebel pasal kene bawak beg besar untuk mendaki penuh karisma (Berat weh! Bawak beg takde dalam rancangan asal!). Masa ni semuanya masih bertenaga, masih gagah dan masih perkasa mendaki. Mungkin ini hasil dari tenaga yang dipacu oleh spaghetti dan Teh O yang kitorang jamah kat campsite tadi. Pendakian kitorang jugak ditemani oleh 2 orang Guide a.k.a Penunjuk Jalan Yang Benar a.k.a Budak Baru Abes Skolah. Sedikit info, disebabkan Gunung Ledang ni agak mistik dan banyak kejadian seperti sesat dan hilang terjadi kat sini, setiap kumpulan pendaki wajib mengupah Guide untuk mengelakkan kejadian – kejadian yang tak diingini dari berlaku.(p/s: Jangan poyo - poyo nak naik Gunung Ledang sorang - sorang)

Jujur aku katakan, Gunung Ledang adalah gunung yang agak santai untuk didaki. Ia agak landai dan tidak terlalu curam. Ia mempunyai 6 checkpoint atau perhentian untuk para pendaki melepaskan lelah dan penat (Melepas nafsu dilarang sama sekali!). Untuk checkpoint pertama, Team Circle Of Trust berjaya sampai tanpa halangan. Disebabkan agak jakun dan sedikit teruja (Baru 1st time naik Ledang ni!), kitorang pun mengabadikan kenangan terindah dengan kamera Sony Cybershot 7.2 MP milik aku yang pernah menjadi saksi aku, Raja dan Dobong menakluk Gunung Nuang dalam siri Nuang Revenge (Wahahaha! Berjasa Digicam aku ni!)

Pendakian pun diteruskan. Time ni Adam a.k.a Abang RXZ Open dah mula menunjukkan tanda – tanda pancit (Bukan pancut. Sebut kene betul! Kahkahkah!). Nafas beliau dah mula kurang stabil.Beliau juga dah start pegang – pegang lutut (Btul la cakap ko Dam. Naik Ledang memang lagi senang dari naik Nuang. Wahkahkahkah!). Sementara itu, Pijan a.k.a Abang Rim Sukan dan Has selaku suspek yang pernah mendaki Ledang sebelum ni langsung tidak menunjukkan tanda – tanda penat. Begitu jugak dengan yang lain. Semuanya masih rilek dan tenang. Apa yang paling menarik perhatian aku adalah anak – anak Abang Mi a.k.a Abang Calf Mantap mendaki gunung macam naik bukit je! Diorang boleh selambe je lari – lari melompat je naik atas (Tercabar sungguh! Mesti diorang makan Scott Emulsion nih!). Untuk menyedapkan hati masing – masing, kitorang selaku insan yang lebih dewasa hanya mampu berkata, “Ala, diorang budak – budak. Memanglah stamina lebih sikit. Beg pun diorang tak bawak. Try la bawak beg aku tengok camne…”

Selepas checkpoint 2,3 dan 4 berjaya diatasi, cabaran sebenar Ledang bermula. Perbezaan stamina dan fitness mula memainkan peranan. Salah seorang Guide a.k.a Penunjuk Jalan Yang Benar a.k.a Adik Stamina Ulung telah pun mengaku kalah. Beliau telah tewas di checkpoint ke 3 (Aku pun tak ingat sangat kat checkpoint mana. Tau – tau je dah hilang. Apa punya Guide la nih!). Apa yang mampu beliau lakukan adalah membawa sisa – sisa maruah yang tercalar dan balik ke kaki gunung. Pada masa ini, Raja a.k.a Abang Bicep, Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang dan Zul a.k.a Abg Driver VIVA telah jauh mendahului kitorang di depan. Raja a.k.a Abang Bicep telah menunjukkan dan membuktikan hobi beliau mengangkat besi Dumbell di waktu senggang dan menziarah Gym MMU di waktu petang bukanlah sesuatu yang sia – sia dan membuang masa. Izzat a.k.a Abang Pecah Lobang jugak berjaya mempertahankan reputasi beliau selaku wakil MMU dalam acara marathon 10KM manakala Zul mengekori rapat. Takleh blah stamina diorang ni… Makan apa ntah agaknya..

Tinggallah aku, Amin a.k.a Chef Sardin, Ucop, Has, Pijan dan Adam kat belakang. Kalau nak ikutkan Pijan dengan Has dah gerak jauh kat depan tapi disebabkan diorang dah pernah sampai kat puncak Ledang sebelum ni maka diorang tak perlu nak rushing – rushing naik atas. Time ni aku pun dah pancit (Kene la jujur. Memang penat weh!). Lutut aku dah start sakit – sakit. Kesibukan aku sebagai pekerja kolar biru kelas atasan membataskan masa aku untuk bersenam dan mengemaskini stamina. Tapi sesal pun tak guna. Pendakian yang mencabar harus diteruskan…

Bersambung..

Wednesday, April 8, 2009

PaRt 4 leDaNg ShoWdOwN – PaGi YaNg GelAp KiNi SuDaH tERaNg






Huarghhhhh… Kruk! Krak! Bestnya dapat menggeliat lepas bangun – bangun tido camni. Walaupun aku sedar yang tido aku tak berapa nak cukup tapi ke’excited’an aku untuk mendaki Ledang dapat menghilangkan kepenatan fizikal dan mental aku akibat layan sisha sampai ke pagi. Inilah saatnya yang dinanti – nantikan oleh kitorang, memanjat. Eh? Jap.. Baru aku perasan.. Mana Raja dengan Adam yang menjadi rakan sekhemah aku? Kene culik hantu hutan ke? Aku dah kata jangan tido menonggeng.. Hantu hutan suka.. Aku pun kuar khemah untuk memastikan teori penculikan hantu hutan..

Aku : Laa.. Korang sume dah bangun rupenya. Aku baru nak kejutkan korang tadi. Hehehe.. Mak aii. Sejuknya pagi ni! Macam masuk dalam peti ais!

Adam : Yelah ko tu. Kitorang sume dah bangun awal la. Bukan cam ko! Smyg Subuh pun miss.. Hamjadah.

Aku : Uikss!! Slow la skit part miss tu! Malu!! Aku bukan sengaja duh! Dah penat nak buat macam mana. Hah! Mana breakfast? Lapar neh!

Raja : Ko tau makan je! Bukan malam tadi ko da melantak nasi putih 2 pinggan dengan daging merah ke kat MMU Melaka? Tak cukup ke? Kata nak diet? Tipu btul la!

Aku : Huh? Mane ko tau? Hampeh btul! Busuk btol mulut insan yang membocorkan maklumat tu! Baik ngaku skang! Sebelum aku makan lagi banyak!

Izzat : Laa.. Sori la weh! Mana aku tau ko taknak Raja tau ko makan banyak malam tadi. Hahaha! Bukan ada efek mende pun.

Raja : Mamat Arif ni banyak kali kata nak diet tapi makan tak hengat punya! Kahkah! Jadi Adam la ko pasni Rif.

Adam : Aku tak kata aku nak diet pun! Ko jangan samakan aku dengan Arif tu. Aku akan makan bila – bila aku suka!

Aku : Hampeh ko Zat. Dasar pecah lobang btul la ko nih. Abes punah reputasi aku! Sia – sia aku diet. Hukhuk! Dasar !@#$%%^&*(*&^*&*&^%^!!~

Setelah mengucapkan kata – kata separuh kesat kepada Izzat a.ka. Abg Pecah Lobang gara – gara menghebahkan perihal pemakanan tidak seimbang aku, tumpuan aku beralih pada Team Penyediaan Sarapan yang terdiri daripada Amin, Ucop dan Has. Pagi itu agak special menu sarapan kitorang. Amin a.k.a Chef Sardin dan Ucop a.k.a Pengerusi Gayong MMU telah menyediakan spaghetti untuk santapan nafsu makan kitorang. Memang sedap weh! Untung sapa – sapa dapat beristerikan Amin. Untung Dobong.. Wahahaha..

Setelah puas makan dan membuncitkan perut hasil dari karbohidrat tinggi spaghetti, kitorang pun siap – siap nak gerak nak Ledang. Adam lak time – time camni takut nak mandi sebab sejuk ( Nampak sangat selalu pegi kelas pagi tak mandi! ). Aku pun memberikan cadangan sengal - sengal bernas supaya Adam memakai sweater tebal sambil mandi untuk mengurangkan sejuk ( Wahkahkah! ).

Pada rancangan asal, kitorang bajet naik one shot terus turun, tapi rancangan kitorang berubah angkara kehadiran Abg Mi dan anak – anak beliau. Nak buat one shot karang takut ada yang tak larat. Budak – budak kecik kan… Setelah puas bergambar, kitorang pun memulakan langkah mendaki Ledang. Dengan lafaz doa ikhlas dari sanubari Adam a.k.a Abg RXZ Open, Aku, Raja, Pijan, Has, Ucop, Amin, Izzat, Zul serta Abg Mi dan anak – anak menyusun langkah..

Bersambung..

bloG BudDieS