Showing posts with label NuAnG reVeNgE. Show all posts
Showing posts with label NuAnG reVeNgE. Show all posts

Thursday, June 4, 2009

OfFiCe ShoUtOuT – MeNcArI rUaNg uNtUk CeMerLaNg, NuAnG






Khamis, hari yang disukai ramai orang. Hari yang membuatkan kita memikirkan rancangan untuk dilakukan pada hari minggu yang mendatang. Hari yang terus – terusan memberi tenang. Hari yang membolehkan aku berpuasa sunat tanpa menimbulkan spekulasi yang aku meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada alasan matang…

Ya kengkawan! Aku puasa sunat hari ni. Aku berpuasa untuk menambahkan pahala yang kurang. Aku berpuasa untuk diet. Aku berpuasa untuk menghilangkan tension. Tension akibat dengan kekalahan MU kepada Barcelona kat Final UCL minggu lepas. Aku rasa cam kehidupan aku kurang beerti. Spoil! Kurang bermaya! Tak kurang juga ada insan – insan yang mengirimkan sms takziah dan ada jugak yang tak henti – henti gelakkan aku padahal diorang bukan sokong Barcelona pun! Apada… Atleast MU masuk final weh! Bukan cam Liverpool…

Kesedihan dan kemandoman aku berterusan. Kerja – kerja aku di ofis mula terganggu. Aku mula memikirkan sesuatu yang boleh dibuat bagi menawarkan rasa tak puas hati aku terhadap Barcelona. Aku pun call la Amran, member aku yang baru menamatkan pengajiannya di MMU setelah berhempas pulas menjawab soalan exam Administration Finance yang berbelit – belit…

Aku : Assalamualaikum… Leh masuk? Haha!

Amran : Masuk mana? Phone? Hahaha! Waalaikumsalam. Oit bro! ko mimpi apa call aku ni? Hahaha! Rindu ke?

Aku : Rindu jadah apa! Aku tengah tensen pasal MU kalah la bro. Tekanan duh! Boleh botak fikir banyak camni!

Amran : Laa… Sama la dengan aku! Teruk gila defend MU weh! Senang – senang Etoo dengan Messi score! Disebabkan faktor MU kalah, sampai skang aku tak tenang bro! Kalau aku mati ni, confirm – confirm je roh aku merayau tak tentu hala weh… Tak tenang punya pasal!

Aku : Kalau tak tenang ko suruh la orang bacakan talkin… Konfem tenang punya!

Amran : Tu la pasal! Ko call ni nak apa? Kalau ko cite pasal ko gaduh dengan ex GF ko aku memang malas nak campur! Nanti aku yang pening! Ex GF ko saiko duh!

Aku : Bukan pasal tu la bro. Disebabkan kita sama – sama tension, apa kata kalau ko follow aku naik Gunung Nuang. Lepas tension yang bersarang di kepala ni.

Amran : Damn! Chill dan bernas jugak cadangan ko tu! Aku pun tengah free tak buat apa ni. Nak main Guitar Hero Metallica asik tak lepas je. Susah duh!

Aku : Ko tak cukup terer lagi tu. Training laa. Usaha tangga kejayaan.

Amran : Haha! Baik bos! Nanti aku training. Ni sapa lagi yang ikut kita naik Nuang ni? Make sure satu kepala weh! Susah nak masuk cerita nanti.

Aku : Jangan risau. Aku akan bawak Mohd Nordin bin Narawi a.k.a Epi a.k.a Abg Sokong Liverpool sebagaiTukang Masak kita. Aku juga turut menyediakan pakej Taufik a.k.a Tukang Masak kedua. Member aku ni mak diorang dua – dua tukang masak catering so secara automatik diorang pun terer masak jugak la… Hahaha!

Amran : Haha! Cool bro! Papehal nanti aku konfem dengan ko balik. Tak sabar ni!

Aku : Ko jangan sampai tak jadi plak! Nanti Raja a.k.a Abg Bicep kutuk ko plak. Beliau kata banyak plan yang beliau nak buat bersama ko tak jadi! Haha!

Amran : Huh? Beliau ada kutuk aku ke? Cis! Ingatkan sahabat sejati sehidup semati. Jangan ingat bicep beliau besar aku takut! Apa nak buat, sebelum ni aku bz la bro… Tu yang tak jadi tu! Skang ni aku dah free. Ok la. Nak buat apa pun takdehal punya!

So, secara matematiknya, Amran a.k.a Abg Nintendo Wii akan mengikuti aku dan kengkawan Circle Of Trust yang lain dalam Gunung Nuang Revisited – The Curse of Barcelona. Satu lagi journey yang akan memberi 1001 persepi berbeza tentang kehidupan manusia. Satu lagi perjalanan yang memberi motivasi dalam pelbagai cara. Satu lagi misi tauladan untuk ditatap para hamba dari Sang Pencipta.

Thursday, May 14, 2009

FiNaL PaRt EpIsOd 2 NuAng ReVeNgE – KeMbALi Ke InTiFaDa DaN dUnIa NyAtA











Tido aku agak nyenyak malam tadi. Mungkin keseronokan dan kepuasan sampai ke puncak Nuang menjadi punca tido yang super nyenyak ini. Yang pasti, keseronokan tido dan kesejukan suasana di Kem Lolo membuatkan aku agak keberatan dan malas untuk membuka mata. Tetapi, tiba – tiba…

Budak Perempuan UITM 1 : Ehek – ehek! Bencilah ko ni! Mana ada aku suka mamat tu! Tak baik tau main serkap jarang je! Masuk neraka nanti! Panas ko tau! Aiyok!

Budak Perempuan UITM 2 : Eleh! Aku tengok tumit ko yang pecah tu aku dah tau ko suka dia! Ngaku jelah!

Budak Perempuan UITM 1 : Mana ada! Mana ko blaja tengok – tengok tumit ni? Ko nak makan tumit aku? Ehek – ehek!

Kebingitan dan kebisingan bebudak pompuan UITM berborak dan bergossip perkara - perkara remeh dan lagha yang mendirikan khemah di sebelah khemah aku mengejutkan aku dari tido yang lena dan panjang. Diorang ni takleh ke borak senyap - senyap sikit?!!! Borak 2 orang je tapi bisingnya macam ayam sereban! Ya Allah! Kalah speaker Altec Lansing yang boleh didapati di Plaza Low Yat dengan 20% Diskaun! Aku mengalah dan tewas dengan situasi tersebut… Aku mula membuka mata dan membuka pintu khemah, untuk memulakan dan menghabiskan hari terakhir di Kem Lolo…

Kelihatan kawan – kawan seperjuangan aku a.k.a Circle Of Trust dah pun bangun sambil duduk di depan unggun api untuk menghangatkan suasana pagi yang dingin manakala rakan – rakan Kelab Kembara UITM masih lagi tido nyenyak di bawah pondok yang disediakan untuk pengunjung Gunung Nuang. Raja a.k.a Abg Bicep yang mula ketagih dengan keenakan sisha perasa anggur jenama Al – Fakeh tidak membuang masa dan meminta aku membuat sisha (Pagi lagi ni weh! Perut pun kosong lagi! Boleh muntah baii..). Disebabkan gerun dan goyang dengan kegagahan dan ketegapan badan Raja a.k.a Abg Bicep yang sasa, Aku terpaksa mengalah kepada kemahuan nafsu serakah Raja untuk melayan sisha special (Korang fikir apa huh?). Amin a.k.a Abg Cepat Mesra a.k.a Chef Sardin mula membuat sarapan pagi dengan bantuan Afik a.k.a SMS Tak Sampai. Segalanya begitu sempurna untuk meninggalkan Nuang… Tempat di mana semuanya bermula.

Abes kitorang melayan sisha perasa anggur yang heaven (Walaupun takde diamond foil. Wahkahkah!), sarapan pagi yang lazat dan berkhasiat dan mandi di sungai yang serba – serbi sejuk, kitorang pun memakai baju dan bersiap – siap untuk pulang ke dunia nyata. Setelah semuanya beres, kitorang pun mengucapkan selamat tinggal kepada Ahli Kembara UITM yang sporting (Yang sporting je! Yang sombong tak terlibat!) dan mula membuka langkah untuk meneruskan perjalanan turun. Pada masa ni masing – masing dah rileks, tenang dan bebas dari sebarang tekanan. Tidak ada apa – apa lagi untuk dibuktikan kepada rakan –rakan MMU dan jiran tetangga. Kitorang pulang membawa maruah yang tertinggal di puncak semasa Misi Nuang Pertama. Misi yang membuatkan kitorang sedar kekayaan yang datang dari biasiswa yang diberi kumpulan TM, kehenseman yang diwarisi dari DNA keturunan Gusti Putri a.k.a Puteri Gunung Ledang, kecemerlangan mencatat 3 pointer dalam midterm yang menjadi penentu masa depan dan pemilikan ke atas kereta Kancil Mivec Turbo DOHC Compressor SE hanyalah sia – sia belaka. Hanya keberanian, semangat dan stamina jua yang perlu dibawa semasa mendaki. Dan akhirnya…

Aku : Weh! Aku dah nampak pintu gerbang! Kita dah sampai! Woohoo!!!

Amin : Rilek - rilek sudahlah Ji. Macam la kitorang ni buta. Takyah la menggelupur tak tentu arah weh! Afik, ko kenal ke mamat Eiji yang menggelupur ni?

Afik : Ntahlah! Tak knal pun! Tapi aku perasan beliau ada join kita masa naik Nuang smalam. Dah korang buat rilek je, aku pun terpaksa la join korang rilek jugak! Wahkahkah!

Aku : Yelah Fik! Ko ikut la Amin tuh! Kalau Amin makan rumput dengan batang penyapu pun ko join sama. Podah! Pegilah sana! Syuh! Syuh!

Afik : Rilek la Ji. Takyah nak sentap – sentap. Ko kenakan orang bley! Orang lain nak kenakan ko takleh plak! Demokrasi Berparlimen la baii…

Aku : Bila masa lak Malaysia jadi Negara Demokrasi ni bro? Iskh! Buta sejarah la ko nih! Dah – dah! Jom balik!!!

Masanya dah tiba, Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai dan Zack a.k.a Abg Banyak Nama Samaran pun pulang membawa haluan ke UNIKL. Manakala Aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah, Dobong a.k.a Abg Telur Berempah, Amin a.k.a Chef Sardin dan Raja a.k.a Abg Bicep ke MMU. Terlalu banyak pengalaman yang kitorang timba kat sini. Pengalaman ni mengajar kitorang supaya mempunyai sifat perikemanusiaan kepada semua makhluk termasuklah kucing kecil comel yang dilanggar sebuah kereta hamlau dan disaksikan secara LIVE oleh mata - mata kitorang dalam perjalanan ke gunung Nuang. Pengalaman kedua mengajar kitorang supaya menjaga mata dan hati kitorang dari melihat gadis cantik yang menaiki Kancil sehingga kitorang terlupa misi murni kitorang memanjat Nuang dan sesat selama 20 minit di highway. Tapi apa yang paling penting dalam misi ini (Bukan kerjasama!), kitorang dapat menilai apa yang baik dan dapat dijadikan keistimewaan dalam diri setiap individu. Kalau bukan sebab Adam a.k.a Abg RXZ Open, mungkin aku dan kengkawan tak naik Gunung Nuang ni. Tak sabar nak kerek – kerek depan Adam. Bagi beliau bengang. Wahkahkahkah! Penat… Nak tido… ZzZzZz.


SADAKALLAHULAZIM

TAMAT

TRIBUTE TO ALL MEMBERS OF CIRCLE OF TRUST

Thursday, April 23, 2009

FiNaL pArT EpISoD 1 NuAng ReVeNgE – pUnCaK nUaNg JaNgAn DiKeNaNg






Jalan punya jalan, tunggu punya tunggu, letih punya letih dan akhirnya lebih kurang pukul 3 lebih dekat – dekat pukul 4 aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah, Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai, Zack a.k.a Abg Kancil Turbo Mivec Compressor SE dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun sampai di penempatan khemah kitorang kat Kem Lolo’. Aku tengok Amin a.k.a Chef Sardin dan Raja a.k.a Abg Bicep dah siap pakai kain lepak – lepak kat atas kanvas bawah pondok masak air (Dah sampai lama dah diorang ni! Bukan nak tunggu! Hamlau! Jalan pelan – pelan sudah!). Aku terus merebahkan badan atas kanvas untuk melepaskan penat yang teramat. Sampai jugak kitorang akhirnya… Penat jangan cerita. Kalau tak percaya tanya Dobong… Aku rasa Dobong pun penat nak jawab…

Petang menjelang, Amin a.k.a Chef Sardin menjalankan tugas – tugas murni dan suci seperti biasa, memasak sardine sebagai hidangan yang enak, lazat dan berkhasiat untuk disantak rakan seperjuangan. Dobong, aku dengan Afik pulak sibuk menyediakan Sisha berperisa anggur yang super lazat untuk dinikmati gara – gara kekecewaan maksimum akibat gagal membawa bekalan air bersih tahap mustakmal yang cukup untuk dieksploitasikan sebagai penapis sisha di puncak Nuang. Sambil – sambil layan sisha dan minum petang, kitorang menjadikan kecederaan rusuk Afik sebagai topik borak – borak kosong. Sian Afik… Lepas buat sisha beliau terbaring dalam khemah meratapi nasib malang menimpa diri. Memang sakit agaknya.. Apa nak jadi.. (Padan muka… Wahkahkah! Astagfirullah.. Insaf sesaat dua.)

Malam pun tiba, budak – budak Kelab Kembara UITM yang mendaki Nuang tadi dah turun dan mula memenuhi ruang tempat khemah kitorang. Masing – masing membuat hal sendiri tanpa mempedulikan kitorang yang melakukan pemanasan global dan mewangikan alam sekitar dengan asap sisha berperisa anggur dan oren. Namun, gelagat kitorang menggamit beberapa orang ahli lelaki Kelab Kembara UITM tersebut untuk join kitorang melayan sisha di bawah pondok sekaligus merapatkan ukhwah dan hubungan silaturrahim sesama Islam.

Sambil berkongsi cerita tentang kejakunan sampai di puncak Nuang, tetiba kedengaran la hiruk pikuk memecah suasana. Ada budak pompuan Kelab Kembara UITM terseliuh kaki masa turun dari puncak (Padan muka jugak.. Kahkahkah! Astagfirullah..) Keriangan dan kekecohan kitorang berborak diteruskan hingga ke lewat malam… Malam terakhir kitorang di Nuang…

Bersambung Episod 2

Friday, March 6, 2009

PaRt 13 NuAnG rEvEnGe + oFfIcE ShOuTSpAcE PaRt 2 – LuKa DI HaTi SiApA yAng TaHU. LuKa Di RuSuK aFik SeMuA TaKnAk aMiK tAhu




Kalau nak ikutkan nafsu nafsi mengantuk aku, memang aku dah tidoq lena dah time – time camni. Dengan kondisi aircond ofis jenama YORK yang sejuk segar ditambah cuaca yang mendung disertai dengan hujan renyai – renyai… Pergh! Superb situation camni weh! Tapi aku sedar aku still berada dalam waktu ofis. Keja pun belambak nak kene buat. Iskh! Takleh jadi ni. Aku menyelongkar harddisk laptop aku untuk mencari hiburan bersifat sementara. Hmm…Nak main game Pokemon, tak bawak cheatcode pulak. Iskh! Camne la bley lupa. Layan cite TV ok gak. Cite apa la yang best ni... Prison Break season 4? Dah abes tengok. Supernatural season 4? Tak thrill pulak tengok siang - siang. Hah! Layan Heroes heaven gak ni! Setelah memastikan line clear dari sebarang anasir - anasir luar dan dalam, aku pun bukak la cite Heroes episod 16 musim ke – 3 untuk ilangkan rasa mamai mengantuk yang semakin menjadi – jadi. Tiba – tiba…

“Assalamualaikum. Ko watpe tu weh? Leh akak masuk?”, sapa Kak Sariah yang terlibat dalam pembikinan episod oFfIcE ShOuTSpAcE PaRt 1 sebelum ni. Main sergah - sergah je minah ni. Time die sekolah dulu tak blaja ketuk pintu ke? “ Saya tengah basuh kain ni kak. Meh la join main sabun”, Aku jawap soalan Kak Sariah dengan sedikit nada provokasi. Pelik... Pantang aku nak rilek sket je mesti minah ni datang nyebok kat bilik aku. Time aku keje die dtg... Time aku tengah belek kalendar die datang... Time aku nak layan Heroes pun die nak datang jugak? Kacau btul la! Bos ade bagi amanat kat die ke suruh spy segala tindak balas kimia aku ke? Iskh! Ni mesti ade pape ni. Ikuti diskusi aku dengan Kak Sariah (KS) selanjutnya di bawah.

KS : Laa…Suara ko macam pompuan tengah marah tahan senggugut je. Akak kacau ko ke weh? Salam akak pun ko tak reply... Ko tak suke kat akak ke? Katakanlah yang benar.. Isk. Isk. Isk

Aku : Huh? Ingatkan bunyi ringtone salam mana tadi. Sori - sori. Waalaikumsalam. Takyah la berlakon buat - buat sedih. Menyampah lak saya tengok. Kalau nak berlakon pegi Istana Budaya. Saya ngantuk sikit ni... Mood pun takde. Malam tadi saya tengok bola kat TV. Tido lambat pastu bila bangun pagi rasa sembap semacam...

KS : Ko tu bukan ari ni je sembap. Tiap - tiap ari pun ko sembap gak. Hehehe... Eh? Malam tadi ada bola ke? Patut la laki akak poyo - poyo basuh pinggan lepas melantak malam tadi. Kalau nak ikutkan laki akak tu basuh tangan lepas makan pun malas... Nak bodek akak rupanya! Hamjadah btul! Pastu kata konon nak bangun solat tahajud dengan hajat nak mintak murah rezeki pukul 3. sembahyang depan TV la tu! Iskh! Tertipu akak! Bengong btul laki akak tu!

Aku : Pulak... Laki akak dah boring sangat tengok akak la tu. Sebab tu la die pegi tengok bola. Kah! Kah! Kah!

KS : Celupar samseng btul la mulut ko ni tau! Akak ni malas nak bukak cite ni kat orang lain tapi kalau ko nak tau, masa malam kelmarin time laki akak tengok akak, die tak cakap banyak weh! Die terus je ci…

Aku : Oppppp!!! Dah! Dah! Saya tengah puasa sunat Khamis ni! Jangan nak ngada - ngada tambah dosa saya yang sedia maklum bersepah - sepah ni. Kalau nak cita bende 18 SX tunggu saya bukak puasa time Maghrib nanti. Ni akak datang bilik saya ni nak ape? Akak takde keje lain nak buat ke? Ke akak nak kejekan saya? Sori la.. Akak bukan taste saya. Pegi carik orang lain.

KS : Iskh! Akak pun tak hingin la! Ngada - ngada la ko ni. Ko puasa sunat? Ala baiknya boifren tiri akak ni. Patut la ko nampak slim sikit. Untung girlfren ko camni. Nasib baik la akak ni da kawin. Rugi btul akak... Jap. Ko tolong bayarkan puasa akak skali bley? Hehehe. Bley la yang... 4 hari setengah je.

Aku : Dah la tu. Jangan la nak tergedik - gedik buat gangguan seksual kat sini. Tumbuk rusuk tu kang! Iskh! Cepat la cakap akak nak apa.

KS : Ala... Janganlah emo - emo. Tak romantik btul la ko ni. Nak manja - manja sikit pun tak bley. Akak datang ni nak tanya... Ko punye blog tu bile nak update? Next week ko dah nak pegi naik Gunung Ledang tapi cite pasal Gunung Nuang tu tak abes – abes lagi. Lembap btul la ko ni... Tak konsisten sungguh.

Aku : Hamboih! Biadap jugak mulut akak ari ni ye? Mentang - mentang la saya puasa ari ni. Sabar jelah! Jangan la tau komplen je tapi idea bernas nak update blog taknak bagi. Akak ni same je macam member – member saya kat blog tu. Eh? Kejap, akak pun baca blog saya ke? Sebok je! Pegi la bace blog lain. Blog Khir Toyo Tempe Penyapu Sakti kan ada? Akak minat Khir Toyo kan? Bace la blog die! Kah! Kah! Kah!

KS : Sukati akak la! Hehehe! Akak baca blog ko sebab nak ilangkan boring je. Best gak bace kengkadang. Akak dah tak sabar nak tau apa yang bakal terjadi pada ko dan rakan – rakan. Kalau ko nak tau akak paling suka kat character Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tu. Akak suka pada semangat dan karisma beliau. Emm…Ensem jugak orangnya. No phone die ko ada simpan? Forward la kat akak... Akak nak...

Aku : Huiks! Makin upgrade lak gedik minah ni! Ingat sikit kat laki akak tu. Karate halkum akak laju - laju kang! Saya bukan taknak update blog tu kak. Tapi pening nak carik dengan susun idea tau! Sampai cramp anjakan paradigma genius saya kak…

KS : Siannya ko yang. Kalau camtu ko cite je la apa yang jadi masa ko turun Gunung Nuang tu kat akak. Biar akak advance sikit dari orang lain. Takleh tunggu dah ni. Hehehe! Comel kan akak gelak? Ramai yang cakap akak gelak comel...

Aku : Perasan btul la akak ni! Loya saya pasal perasan akak yang kelmarin punya pun tak ilang lagi. Jangan la tambah pulak! Yang cakap akak comel tu rabun platipus kut... Actually masa turun gunung tu tak jadi pape pun kak. Kitorang fikir nak cepat sampai kat campsite Lolo je. Masing – masing da penat. Nak borak – borak pun takde mood. Tapi yang peliknya, Kitorang rasa macam dekat je Kem Pacat tu. Tapi jalan punya jalan tak sampai – sampai gak. Cam siut je...

KS : Yeke? Pastu? Ko jangan cite putus – putus leh tak? Potong stim akak je..

Aku : Iskh! Akak nak stim akak pegi berambus tempat lain. Sambung cite Gunung Nuang balik. Kitorang teruskan perjalanan turun ke Kem Pacat. Masa ni Dobong pujaan hati akak tu injured teruk kat kaki. Nak jalan pun sangkut – sangkut. Keadaan sangat – sangat kritikal time tu. Tiba – tiba..

KS : Tiba – tiba apa? Iskh! Kan akak dah warning jangan cite putus – putus! Kang elok - elok ko makan suap pakai tangan jadi makan sedut pakai tiub plak! Akak dlu ada blaja Muay Thai kat kampung tau! Laki akak da 6 kali da koma rasa penyiku maut akak ni! Ko nak try tak? Akak leh demonstrate.

Aku : Yeke? Iskh... Sori – sori. Takyah demonstrate. Simpan je penyiku akak tu. Saje je nak buat akak saspen. Kah! Kah! Kah! Tiba – tiba Afik a.k.a Abg SMS Tak sampai jatuh tergelincir masa turun mendaki tu. Kalau jatuh cinta takpe kak! Ni jatuh siap kene tunggul tajam kat rusuk kanan! Pergh! Menggelabah gak kitorang time tu. Afik lak buat – buat cool tahan sakit bajet macam King Leonidas cite 300 tu. Tapi kitorang tau die nak nangis da time tu. Muke die selebet abis! So kitorang berenti la lepak kejap. Kitorang bagi Afik can menggelupur puas - puas dulu.

KS : Hah? Yeke? Camne dengan keadaan tunggul tajam tu? Ok ke? Patah ke? Bengkok ke?

Aku : Tongong btul la akak ni! Afik tu yang injured teruk akak sibuk – sibuk nak amik tau pasal tunggul tu buat apa? Sengal ubi btul la akak ni! Patut la laki akak nak kaw...

KS : Kaw apa?!! Kawin lagi satu? Mulut ko jangan busuk sangat eh? Sekali akak libas mulut ko dengan Whiteboard jenama Artline kaler itam ni sampai kuar nanah baru ko tau! Akak ni keturunan Tun Teja tau tak? Panas btul akak kalau ade orang bukak cite pasal poligami ni! Baik ko sambung cite pasal rusuk Afik tu! Cepat!

Aku : Ok – ok. Mak aii..garangnya akak ari ni. Rilek – rilek sudahlah. Bukan dapat 100 SMS bonus Celcom pun kalau garang - garang ni. Kah! Kah! Kah! Pastu perjalanan kitorang pun makin slow sebab kitorang masing – masing dah injured. Pastu kat tengah jalan kitorang ade terjumpa dengan budak student UNISEL tapi diorang tak lawa sangat pun. Kitorang malas nak amik port so kitorang pun jalan terus sampai ke Kem Pacat. Alhamdulillah sampai jugak kitorang akhirnya. Kitorang pun rilek - rilek la kat situ. Abes Part 13. Sadakallahulazim...

KS : Tu je? Laa.. Akak ingat best sangat! Poyo - poyo je akak tradisional tadi. Bajet gempak sangat cite ko. Hampeh gak rupanya..

Aku : Cis! Sebut pun tak btul nak kutuk - kutuk kite plak. Emosional la kak. Bukan tradisional. Sebab tu la saya lambat sikit update blog tu. Bukan saya saje - saje lambat nak update, tapi masa kitorang turun Nuang tu memang takde ape - ape yang menarik nak cite. Pastu member saya komplen saya punya blog tak best. Iskh! Tertekan saya kak.

KS : Ala.. Ko ni sikit - sikit tertekan. Sentap btul! Buat selambe je dah la. Minggu ni ape plan ko? Ko kan banyak program... Kalah MB Selangor punya program.

Aku : Saya ada kat umah je kut. Memula bajet nak pegi Kuantan training silat sat gi pulak abah saya pulak buat kenduri arwah kat kampung. Nak tak nak kene cancel la program. Akak lak watpe minggu ni? Main PS2?

KS : Apa barang main PS2. Budak - budak baru mumaiyiz cam ko bley la. Akak ade plan baek punya! Memula akak nak masak sedap - sedap untuk laki akak. Pastu akak nak tengok mata laki akak. Pastu laki akak tengok mata akak pulak. Pastu akak nak tengok laki akak pun...

Aku : Iskh! Kudis buta huruf btul la akak ni! Saya puasa la kak! Dah! Dah! Pegi dok kat luar! Saya nak sambung buat keje ni. Siut btul habitat part - time akak ni. Syuh! Syuh!

KS : Eleh! Akak tau ko nak sambung main game Pokemon Pearl NDS Emulator kat laptop ko tu kan? Da tua - tua pun main Pokemon. Konon ganas sangat pegi bersilat sana sini.. Akak sebarkan kat forum Facebook baru ko tau! Hehehe..

Aku : Akak.. Memula abah saya plan nak buat kenduri untuk arwah mak saya je hari Sabtu ni, tapi kalau akak da tak sabar sangat saya leh tolong buatkan kenduri arwah untuk akak skali... kira package berkembar la. Mau?

Akak : Huiks? Ok - ok! Jangan la marah. Hehehe. Sampaikan salam sayang akak kat Dobong ye. Pastu ko tolong kirim salam skali kat Adam a.k.a Abg RXZ Open. Akak minat kat die jugak. Eeh? Apsal kosong je ofis kat luar ni? Bebudak ofis buat latihan penggera kebakaran ke?

Aku : Da abis ofis hour la kak! Pegi balik!

Bersambung...

Wednesday, March 4, 2009

PaRt 12 NuAnG rEvEnGe – SiShA, SaNdaL dAn sEsAl. JaNgAn Nak CaRi PaSal





Setelah beberapa puluh minit menapak menuruni puncak Nuang dengan kecederaan deltoids dan metasarsal, kaki yang berlumuran darah jenis O angkara akar - akar kayu asli yang berusia ratusan tahun lamanya dan ditambah secukup rasa dengan sebelah kaki bersalut lumpur tidak bersandal, akhirnya aku a.k.a Eiji a.k.a Abg Nasi Mentah, Zack a.k.a Abg Tunangan Orang, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah dan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai pun terserempak dengan puluhan bebudak pompuan ahli Kelab Kembara UITM berbaju biru muda air laut yang hangat dan rancak diperkatakan umum yang ditemani dan diawasi beberapa orang individu pelajar lelaki warga UITM yang mempunyai paras rupa yang agak bengis, ketat dan kontrol macho beberapa ratus meter dari Puncak Pengasih. Kitorang mula menyimpulkan bebudak Kelab Kembara UITM ni sukar didekati tapi ternyata 1st impression kitorang silap. Diorang cukup rileks dan agak friendly. Setelah diberi peluang untuk membela diri, ternyata muka bengis dan ketat diorang bukanlah disengajakan atau dibuat - buat. Ianya terhasil daripada adrenaline penat lelah mendaki ( Tak baik fikir bukan – bukan weh! ). Sori bebanyak…

Disebabkan faktor jalan mendaki yang agak sempit, penuh ranjau, berliku dan sukar, kitorang terpaksa mempraktikalkan sifat terpuji Mahmudah yang ke 8 iaitu bertolak ansur dan bergilir – gilir untuk memberikan laluan kepada bebudak UITM tersebut . Ketulusan hati dan nurani suci kitorang menggamit hati bebudak UITM tersebut untuk mengajukan soalan – soalan lisan berbentuk subjektif berkaitan kondisi pendakian ke Puncak Nuang. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai jugak menggunakan kesempatan tersebut untuk menguji Communication Skill yang dituntut di Kolej PSDC cawangan Kuantan untuk membuat hubungan diplomatik 2 hala dengan ahli - ahli Kelab Kembara UITM tersebut. Niat baik kitorang untuk menolong disambut baik dan mesra. Manalah tahu.. Mungkin hari ni diorang susah kitorang boleh tolong. Esok – esok diorang susah kitorang boleh tolong tambah susahkan lagi…

Tatkala itu, kaki kiri aku yang berlumuran darah dan tidak bersandal menjadi perhatian bebudak pompuan UITM tersebut. Masing - masing berpandangan sesama sendiri dan membuat pelbagai andaian. Kondisi aku yang agak parah membuatkan diorang memikirkan baki pendakian ke puncak agak susah dan ekstrem. Dengan rileks aku menerangkan kepada diorang bahawasanya tak kiralah sesusah mana pun jalan mendaki, selagi ada iltizam yang tinggi dan jitu, insyallah boleh sampai ke puncak. Sejenak aku teringat bagaimana keadaan aku dan Dobong dicabar saban minggu oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open dan Kapten Amin untuk mendaki Puncak Nuang. Kalau bukan disebabkan cercaan dan cabaran diorang, mungkin aku masih menghabiskan cuti hujung minggu dengan menjalani latihan silat intensif dan bermain Guitar Hero : World Tour di konsol permainan PS2 tanpa maruah dan harga diri. Dobong pulak mesti buang masa dengan main game GRID dalam bilik tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar beliau. Dengan menyematkan kata – kata aku di hati masing - masing, bebudak pompuan Kelab kembara UITM tersebut meneruskan pendakian ke Puncak Pengasih. Kitorang membawa hala tuju masing – masing…

Aku dan kengkawan Circle Of Trust meneruskan perjalanan turun ke Kem Lolo. Semangat untuk melayan sisha perasa anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai di Kem Lolo menjadi teras kekuatan kaki untuk melangkah. Raja dan Kapten Amin entah di mana…

Sunday, March 1, 2009

PaRt 11 NuAnG ReVeNgE – sMaLaM hARi eN. AdAm, hArI NI hARi aKu, eSoK pUn hAri Aku JugAk..




“Dah! Dah! Jom turun!” Kapten Amin mula memberi arahan. Arahan yang pendek dan ringkas tapi cukup sarat dengan mesej yang membina. Aku dan Dobong yang tido lena dibuai mimpi indah terus terbangun sebab takut kena tinggal kat puncak. Kitorang pun kemas2 barang dan merenung sejenak panorama indah saujana mata memandang ciptaan Allah yang terhidang kat puncak tu ( Indah ke? ) walaupun hati kitorang menyumpah seranah sebab puncak tu dipenuhi sampah sarap sumbangan ikhlas bebudak sekolah Henry Gurney yang tak bertamadun (Dahlah tak dapat layan sisha! Tensen 2x ganda!) Tapi bagi aku, berjaya naik ke puncak Nuang adalah kepuasan yang agak maksimum. Cabaran Abg RXZ Open telah aku jawap dengan tekun dan sukses. Hati aku yang serabut dan gundah gulana kembali tenang… Misi murni aku dan Dobong untuk menakluk Nuang telah berjaya.

Setelah melambai2 lemah dan melemparkan senyum2 perli kepada brother2 CIMB sebab diorang kehabisan stok makanan ( Kah! Kah! Kah! Makan daun la korang!) , kitorang pun memulakan perjalanan turun ke Kem Lolo. Amin a.k.a Chef Sardin dan Raja a.k.a Abg Bicep terus memecut pantas tanpa memikirkan masa depan yang belum pasti. Tak sampai lagi pertengahan jalan ke Puncak Pengasih aku dah tak nampak diorang dah ( Memang terer diorang ni ). Masa kitorang turun tu, terserempak la dengan kawan2 brother CIMB yang turut naik sambil membawa supply makanan. Setelah merefill tenaga dengan melihat dan meng’usha’ tanpa izin awek kawan brother CIMB tersebut, kitorang terus memecut turun sambil mempertontonkan muka riak dan puas sebab dah sampai ke puncak ( Yang terawal lak tu! ).Tapi riak2 dan takbur pun hanya bersifat sementara. Satu bala bencana menanti aku 200 langkah di hadapan … Jom kita kira sama2…

Prap!!! Bajet2 je dah cukup kira 200 langkah tiba2 sandal sebelah kanan aku putus! Pulak! Aku mula cemas dan kaget. Macam mana aku nak mengaharungi hari mendatang? Dahlah banyak akar2 kayu sepanjang perjalanan turun ni. Tu tak masuk pakej kene harung selut becak campur pacat penghisap darah dengan binatang berbisa a.k.a lipan, siamang dan lain2 ( Siamang pun ada bisa weh!). Tapi nak kecoh2 gelabah pun dah tak guna dah. Benda dah jadi. Bukan ada kedai jual selipar atas ni. Aku terus buang sandal tu. Nak simpan pun buat apa. Dengan mengambil iktibar dan pedoman atas kejadian tersebut, aku dengan rasa rendah diri menasihati pada sesapa yang nak naik gunung tak kisahlah gunung apa, janganlah poyo2 pakai sandal. Memang konfem putus punya! Memanglah nampak hensem sket kalau pakai sandal ni tapi kalau dah putus, ensem tu tak ke mana...

Dengan bala yang jadi bertimpa2, tinggallah aku, Dobong, Zack dan Afik meneruskan perjalanan turun. Masa ni kitorang tak fikir banyak dah. Yang kitorang tau, nak turun cepat pastu baring kat campsite, nak reply SMS ( Part ni Afik dengan Zack je yang terlibat) nak mandi pastu nak layan sisha..Oppss..nak solat Zohor… Kitorang semakin jauh melangkah. Sayup2 kedengaran gurau senda dan suara bebudak pompuan Kelab Kembara UITM yang semakin dekat…

Tuesday, February 24, 2009

PaRt 10 NuAnG ReVeNgE – sEsApA YaNg kEhIlAnGaN MaRuAh dI AtAs PuNcAk, sIlA KuTiP dEnGaN seGeRa






Dalam saki baki pendakian berbekalkan nawaitu dan misi mengutip Maruah dan Kehormatan kitorang kat Puncak Nuang, aku telah memantau, mentelaah dan dengan sukses mentakrif kesimpulan yang kukuh bahawasanya kengkawan aku suma dah takde problem mendaki untuk naik terus ke puncak. Setiap suspek terbabit kelihatan laju, pantas dan fokus memanjat batu, pokok2 renek dan denai yang menjadi dalang penghalang niat memecahkan Egois cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open. 2 – 3 ekor pacat penghisap darah melekat kat buku lali pun kitorang tak kisah! Kitorang masih utuh, yakin, tawadu’ dan istiqamah untuk mendaki. Mungkin sebab kitorang dah terlalu dekat dengan puncak so malas la pulak nak bzbody fikir benda2 remeh temeh dan sampah ni ( Dah jauh dah kitorang jalan. Takkan nak patah balik pulak? Gila ke!!) Time ni kitorang langsung dah tak nampak Raja a.k.a Abg Bicep. Bicep beliau pun kitorang tak nampak. Apakan pulak Tricep beliau. Bagaimanakah nasibnya? Sesatkah En. Raja? Amin a.k.a GPS Bergerak ada bagitau kalau tersalah jalan semasa pendakian ke puncak, boleh terus tembus hutan ke Janda Baik. Kalau nasib baik lagi boleh terus tembus dan berambus pegi main Roller Coaster dengan Solero Shot kat Genting Kota Keriangan. Damn! Jauh minda aku yang cerdas menerawang memikirkan situasi negatif yang berkaitan . Tapi buat apa nak fikir bukan2. Aku rasa beliau dah sampai dan baring2 rileks kat puncak tu sambil bermuhasabah dan fikir apsal la kitorang ni lembap level maksimum sangat nak sampai ke puncak. Laptop berjenama Compaq Presario 3000 kepunyaan Adam a.k.a Abg RXZ Open pun tak lembap camni! Amin a.k.a Chef Sardin tak putus2 memberikan motivasi berbentuk khutbah dan Moral Boost ikhlas yang tak berbelah bagi untuk kitorang terus mendaki. Dan ternyata usaha Amin tak sia2. Akhirnya, beberapa detik sebelum pukul 12 tengahari mengikut zon GMT +8.00 Kuala Lumpur dan Malay Peninsula Standard Time, tapak kaki kitorang telah berjaya memijak lantai Puncak Gunung Nuang. Alhamdulillah. Di sinilah semuanya bermula… dan di sinilah jugak Egois, kata2 nista dan cabaran menawan Gunung Nuang En. Adam telah tamat.. Hahaha! Akhirnya…

Sesampainya di puncak, aku tak melengahkan masa untuk poyo2 menjerit macam baru 1st time naik gunung dan terus mendokumentasikan segala memori di puncak menggunakan Cybershot 7.2 MP. Setiap individu termasuk Amin dan Dobong yang anti kamera melakukan pose panas secara begilir2 ketika bergambar untuk ditunjukkan dengan bangga kepada kaum keluarga,rakan taulan dan sahabat handai. Malangnya, keadaan puncak Gunung Nuang pada ketika itu agak menyedihkan kerana dipenuhi sampah sarap. Tanpa perlu siasatan susulan, kitorang mendapati sampah sarap itu berpunca daripada budak2 Sekolah Henry Gurney yang kurang kesedaran sivik tentang alam sekitar ( Memang patut masuk Henry Gurney pun!) Mulut Raja terkumat kamit mengutuk habitat budak2 sekolah Henry Gurney tersebut. Hatinya sedikit kecewa.. Masih adakah ruang untuk mereka insaf?

Tanpa banyak masa ruang mempedulikan hamjadah tu suma, kitorang pun melantak nasi goreng sardin yang dimasak Amin a.k.a Chef Sardin ketika di Kem Lolo. Tapi dengan dukacita diumumkan misi aku dan Dobong menjadi Muslim pertama melayan sisha perasa anggur berjenama Al Fakeh di puncak Nuang telah gagal kerana kitorang kehabisan sumber air mutlak. Dobong terus mengisi kekecewaan beliau dengan tido di atas daun2 kering di sekitar puncak. Zack a.k.a Abg Tunangan Orang pulak bajet romantik dengan melakukan vandalisme kepada alam sekitar dengan cara mengukir nama beliau dan tuning beliau di kulit pokok. Seterusnya, Amin memberi arahan supaya kitorang rilek cukup2 dan pukul 1 nanti kitorang akan turun balik ke Kem Lolo. Meskipun sedikit tension dengan isu2 berkaitan, kitorang tetap puas dapat naik ke puncak. Misi kitorang menawan puncak tercapai. Pandangan Adam terhadap stamina Aku dan Dobong pada Misi Nuang Pertama ternyata hanya spekulasi untuk menutup mata pihak2 berwajib semata - mata.. Cabaran Nuang telah berakhir dan kitorang dapat rasakan cabaran lain pulak menanti kitorang pasni.. Tupai2 comel dan manja di puncak menjadi saksi. Tanpa kitorang sedari, Kelab Kembara UITM semakin hampir ke puncak..

Sunday, February 22, 2009

PaRt 9 NuAnG ReVeNgE – PuNcAk peNgAsIh, BuKaN tEmPaT MeMaDu KaSiH. sEkIaN TeRImA KaSih



ePisOd 2 : PuNcAk PaLsu, PuNcAk pEnGaSIh.. LeTih..

“ Assalamualaikum”. Kedengaran suara dari sesuatu memberi salam di depan kami. Apakah? Siapakah? Dari mana datangnya salam tersebut? Adakah dari siamang2 yang bersahut - sahutan sebentar tadi? Ada spesis siamang advance upgrade installed with voice ke dalam hutan ni? Masing2 mengeluarkan teori hepotesisi untuk menghilangkan curiga dan sangsi. Setelah disiasat dan dikenalpasti oleh Amin a.k.a Detektif Conan di Astro Ceria saluran 611 ( Untuk Kita2 Aje!) , rupa - rupanya salam itu datangnya dari brother2 CIMB Islamic yang turut sama mendaki. Masing2 mengurut dada tanda lega dan bersyukur ke hadrat Ilahi seraya membuktikan tiada spesis siamang hutan yang boleh berkata - kata. Tanpa membuang masa, Amin yang juga dikenali Abang Cepat Mesra memperkenalkan diri kepada brother2 CIMB tersebut. Setelah latar belakang diorang disiasat, jelaslah bahawa brother2 tersebut juga mengalami masalah mendaki seperti pancit dan sebagainya. Salah seorang dari brother tersebut mengalami masalah Obesiti a.k.a Berat Badan Berlebihan tapi kitorang kagum melihat kesungguhan beliau mendaki. Respek! Tanpa segan dan silu, beliau menasihati kitorang supaya terus naik ke Puncak Pengasih tanpa menunggu diorang ( Sapa nak tunggu? Kitorang nak cepat ni!). Beliau juga berpesan supaya kitorang menjaga rupa,tatasusila dan stamina kerana Kelab Kembara UITM yang dipenuhi peserta pompuan juga mendaki ke puncak. Tanpa sempat brother CIMB yang aku malas nak tanya namanya tu menghabiskan kata2 terakhir, kitorang terus memecut ke Puncak Pengasih yang berbaki 300 meter. Kitorang takkan kalah dengan budak2 pompuan Kelab Kembara UITM. Cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open dilupakan sejenak.. Ada misi lain yang lebih penting.

Setelah mendaki dengan had laju yg berpatutan, Akhirnya aku a.k.a Abg Nasik Mentah, Amin a.k.a Kapten Mesra Alam, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah dan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai telah sampai ke Puncak Pengasih. Alhamdulillah.. seperti biasa, Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Kancil dah sampai dulu. Ntah vitamin apa diorang pakai. Pastu buat muka rilek je! Dengan tak membuang masa, Dobong terus baring di rumput2 kering untuk melepaskan penat. Penat weh!!! Aku pulak mengeluarkan CyberShot 7.2 MP aku untuk mengambil gambar2 menarik untuk dijadikan kenangan. Amin selaku Kapten mengucap syabas dan tahniah kerana kitorang semua berjaya sampai ke sini sambil menerangkan perjalanan ke Puncak Nuang hanya mengambil masa 1 jam maksimum dan perjalanan ke puncak tidaklah sesukar mana. So kitorang amik masa ni untuk kembalikan stamina sambil mencekik makanan yang mengembalikan tenaga. Hanya tinggal 1 jam sebagai pemisah untuk memecahkan Ego Adam a.k.a Abg RXZ Open dan melakar nama di Puncak Nuang. Hahaha.. Tunggu kitorang di puncak.

Wednesday, February 18, 2009

PaRt 8 NuAnG ReVeNgE – PuNcAk peNgAsIh, BuKaN tEmPaT MeMaDu KaSiH. sEkIaN TeRImA KaSih



ePisOd 1 : KeBaNgKitAn dI HaRi pEmBaLaSaN

Perjalanan ke Checkpoint seterusnya, Puncak Pengasih betul2 menguji ketahanan mental dan fizikal kitorang. Dengan jalan yang penuh selut dan berbatu, pacat yang merayap tanpa mengira waktu dan individu, serta cerunan gunung yang tinggi tak berpenghujung seperti tak memberi keizinan untuk kitorang mendaki naik ke puncak yang satu ( Macam syair la plak! ). Pada tika dan saat ini aku seakan akan telah mengaku kalah. Paru2 menjadi sesak. Kondisi kaki kiri aku yang berdarah tanpa henti akibat tersepak akar kayu asli tanpa sebarang pewarna tiruan di tengah perjalanan sebentar tadi menjadi penghalang terunggul. Astagfirullah… Aku beristigfar panjang. Aku tak mampu lagi mengangkat kaki untuk mendaki. Setiap kesakitan menjalar ke seluruh tubuh aku yang bidang. Pada detik ini jugak aku merasakan cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open bagaikan soalan kimia no 2 bahagian subjektif dalam peperiksaan percubaan SPM tahun 2001 yang terlalu sukar untuk dijawab! Gelak hilai tawa Adam dan kengkawan lain membakar, memperkecilkan dan mempertikaikan kredibiliti aku sebagai pemanjat gunung separuh masa ketika misi Nuang pertama dulu mula terngiang2 memenuhi halwa telinga. Hati aku mula pedih dan bisa. Lahanat! Aku bukan selemah yang diorang sangka. Diorang silap..

Situasi yang sama jugak terjadi pada Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah. Faktor kesihatan yang tak menentu menjadi duri dalam daging. Melayan sisha di puncak bukan lagi satu keutamaan ketika ini. Aku rasa Dobong pun dah lupa beliau ada membawa balang sisha di dalam beg mendaki yang dibeli di Langkawi dan dihadiahkan dari ibu tercinta. Amin selaku Kapten mula mempersoalkan kesungguhan dan integriti Dobong dalam misi mendaki. Dobong mula melakukan tindakan drastik untuk mengubah keadaan genting tersebut. Painkiller mula ditelan untuk melegakan kesakitan yang menimpa. Biarlah nyawa menjadi galang gantinya, asalkan maruah yang tercicir di puncak dapat dikutip balik. Api keazaman mula terpancar kembali di mata Dobong. Prestasi sebagai Racer game racing terkemuka yang dipertaruhkan harus dijaga.. Tak kira apa pun..

Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai pun tak mahu ketinggalan dalam bab2 sakit dan cedera ni. Kesakitan hamstring kaki kiri membuatkan beliau menjadi lebih redha dan tabah. Mungkin reputasi beliau sebagai pendaki gunung berpengalaman sebelum ini menjadi dorongan. Air mula diteguk untuk mengelakkan dihidrasi. Beliau harus membuktikan kepada Amin bahawasanya rekod2 pendakian beliau sebelum ini adalah valid. Itu menjadi tekad untuk terus maju ke depan.

Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Tunangan orang terus meninggalkan kami jauh di depan.(Ntah2 dah sampai) Aku dah tak nampak diorang dah.Terlalu jauh untuk dikenang. Bunyi2 siamang mula menemani perjalanan kitorang seakan2 siamang2 tu dah lama kenal kitorang. Amin menasihatkan kitorang jangan sekali2 menyahut panggilan2 tersebut.. Jangan..

Bersambung

Monday, February 16, 2009

PaRt 7 NuAnG rEvEnGE – DeStInAsI YaNg PaSti, KeM PaCaT



ePisOd 2

PrApP!!KapiSh!! Bunyi tali beg sebelah kanan Afik a.k.a Chef Sardin yang kurang berjenama dan kurang berkualiti yang kusandang putus. Tidak!!! Bala pertama dah jadik! “Ahh Sudah”, aku mengeluh panjang. Hati kecilku berfikir dengan bala sebegini rupa bolehkah aku sampai ke puncak Nuang? Belum lagi sampai suku perjalanan ke puncak aku sudah diuji. Aku menenangkan hati dengan mengingati pesan arwah bondaku bahawasanya hanya Insan yang Beriman akan selalu diuji Allah. Aku kembali tenang dan rilek. Amin selaku Kapten meminta kitorang berhenti seketika untuk mengambil oksigen tambahan. Beliau jugak menitahkan sesiapa yang rasanya perasan kuat dan mampu bolehlah blah dulu ke Kem Pacat. Raja a.k.a Abg Bicep tanpa berfikir panjang dan waras terus memecut hasil tenaga yang dipacu dari Air Isotonik 100 Plus 1.25 Liter yang dibawa di dalam Beg Deuter Merah Edisi Pro diluar pengetahuan kitorang (Cisss!!! Tergamak kau!). Zack a.k.a Abg Tunangan Orang mengikuti rapat di belakang Raja dengan catatan bersih kurang 5 minit 3 perpuluhan 442 saat. Memang laju diorang ni..


10 minit sebelum sampai di Kem Pacat, Afik a.k.a Chef Sardin pula menghadapi bala kedua iaitu masalah hamstring kaki kiri. Amin a.k.a Chef Sardin Terulung berasa pelik dengan gelagat Afik. Dalam perjalanan tadi, Afik ada memberi statement sensasi bahawa beliau berpengalaman luas dalam selok belok mendaki gunung ni. Antara gunung yang dikatakan pernah ditawan Afik termasuklah Gunung Stong dan Gunung Ledang (Yeke ni?). Takkanlah naik Gunung Nuang yang agak rendah ni menjadi masalah buat Afik? Kami tertanya2 dan menggelengkan kepala. Sambil menyedapkan hati yang agak tawar dan was2 dengan statement Afik a.k.a Abg Sms Tak Sampai, Amin berkata Kem Pacat hanya beberapa ratus meter di depan kitorang (Yeke? Macam jauh lagi je). Dengan semangat yang sedikit luntur bagaikan terkena Clorox haruman Lemon baru, Aku, Dobong, Afik dan Amin terus menggagahi baki2 perjalanan ke Kem Pacat. Alhamdulillah, aku nampak beberapa kangkang kera tanah lapang di depan aku. Aku jugak nampak signboard kertas berwarna kuning pucat bertulis ‘Kem Pacat’. Aku lihat Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Tunangan Orang sedang berehat2 dan dengan lantang memberitahu kitorang beliau telah tiba setengah jam lebih awal (Elleh!!). Ahh tak kisahlah tu semua! Dengan catatan 1 jam 48 minit, aku a.k.a Eiji a.k.a Abg Nasi Mentah, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah, Afik a.k.a Abg Selalu Naik Gunung, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh, Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Kancil Turbo Mivec DOHC Twin Engine Compressor SE dengan rasminya telah sampai ke Kem Pacat. Syabas!!!


Tatkala di Kem Pacat, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh memberi arahan supaya aku mengurut kaki kiri Afik supaya perjalanan kitorang ke puncak Nuang berjalan lancar. Dengan ilmu mengurut zahir dan batin yang dikurniakan guru silat Gayong aku, cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti dengan menggunakan minyak Ibu Gamat Asli Langkawi Cap Kuda Putih berkapasiti 60 ML, aku dapat mengenalpasti sakit hamstring yang dialami kaki kiri Afik berpunca daripada sifat mazmumah keji yang ke 3 iaitu malas dan kurangnya penglibatan Afik dalam aktiviti Ko - kurikulum seperti senaman, silat, Pengakap Malaysia, Puteri Islam dan lain2 ( Mengorat pompuan rajin pulak). Aku hanya mampu mengurut tapi sembuhnya sakit datang dari Allah jua. Kita hanya insan insani yang mampu berdoa dan mengharap.


Selepas berehat beberapa ketika, Amin a.k.a Chef Sardin Terulung memberitahu yang kitorang harus bersiap sedia untuk sampai di Checkpoint kedua iaitu Puncak Pengasih dalam tempoh lebih kurang 2 jam (huh? rilek la dlu weh! Penat nih!). Beliau jugak menasihatkan kitorang semua untuk tidak banyak berhenti dalam misi ke puncak kerana itu akan melembapkan dan membasahkan perjalanan sekaligus merisikokan harapan untuk tiba di puncak Nuang sebelum tengahari. Setelah bergambar di depan signboard Kem Pacat dengan muka bangga dan bongkak dengan niat sahaja kitorang amik gambar untuk menjeleskan Adam a.k.a Abg RXZ Open secara beramai - ramai 4 rakaat hanya kerana Allah Taala, kitorang pun membuka langkah seterusnya menuju ke Checkpoint kedua, Puncak Pengasih. Separuh lagi perjalanan untuk menjawab dan menghentikan segala tohmahan yg dilemparkan kepada aku dan Dobong… Misi diteruskan.

PaRt sPeCial eNcOrE NuAnG ReVenGe – NiCkNaMe YaNg MisTeRi 2



EpIsOD 2 En. Adam Izhar a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Spark a.k.a Abg Tukang Tambah Panas no. 1


Dalam episod pertama siri Encore, aku telah menerangkan siapakah Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah kepada korang. Kali ni dalam episode 2 pulak aku akan jelaskan siapakah Adam a.k.a Abg RXZ Open. Check it out!


Karektor Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Suka Karaoke Lagu Hindustan bermula pada misi Nuang pertama. Beberapa hari sebelum misi Nuang pertama dilaksanakan, aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah sibuk menjalankan aktiviti joging dan senaman untuk mengelakkan diri ini dari dicerca angkara pancit ketika pendakian misi Nuang pertama nanti. Aku sedar kesibukan dan kerajinan aku bekerja di sebuah firma insurans swasta ternama di Ibu Kota menyebabkan aku kurang mengambil perhatian terhadap kualiti stamina. Jadi aku mengambil kesempatan pada beberapa hari yang tinggal untuk menaiktaraf stamina dengan cara berjoging secara konsisten. Aku juga memutuskan untuk tidak memakan nasi atau sumber karbohidrat yang lain demi mengelakkan risiko berat badan yang berlebihan.


Namun, lain pula halnya dengan Adam a.k.a Abg RXZ Open. Di kala individu lain berhempas pulas membina stamina dan menghadkan pengambilan sumber makanan, beliau menjalankan aktiviti hariannya seperti biasa dan normal. Yang lebih mengejutkan aku, pada hari kami bertolak ke Gunung Nuang, beliau boleh melahap sepinggan nasi berkapasiti penuh berlauk ayam dan sedikit kentang sebagai side dishes bernilai rm4.50 di HB1 dengan penuh berselera tanpa rasa segan silu dan bimbang! Pada ketika itu aku menyuarakan kekhuatiran aku kepada Adam bahawa dengan cara pemakanan yang sebegitu dan stamina beliau yang kurang boleh menyebabkan beliau tidak dapat sampai ke puncak Nuang. Adam hanya tertawa kecil.. Riak wajahnya mempunyai muslihat yang sukar diramal.. Apakah?


Pada hari pendakian ke Kem Lolo, aku dapat lihat Adam menghadapi sedikit kesukaran mendaki. Paha beliau mengalami kekejangan hamstring dan nafas beliau kurang konsisten dan stabil. Aku merumuskan situasi Adam dengan tahap stamina sebegini, Adam mungkin tidak dapat sampai ke puncak. Jika perjalanan ke Kem Lolo pun sudah mencabar, apa lagi perjalanan naik ke puncak? “Jangan mimpi la weh!!” kata hati kecilku. Hanya keajaiban boleh membawa makhluk bernama Adam ke Puncak.


Ketika di Kem Lolo pada pagi pendakian, aku dan Dobong sependapat untuk tidak naik ke puncak Nuang. Ini disebabkan beberapa faktor utama seperti malas (Hujan weh time tu!tido lagi best!), air sungai yang sejuk dan segar, kumpulan mendaki yang terlalu crowded dan desakan bau sisha perasa strawberry berjenama Al - Fakeh yang harum kepunyaan VG a.k.a Raja Sisha Sebenar. Adam pula begitu bersemangat untuk naik ke puncak Nuang dan membuktikan diri beliau bernilai dan berbaloi untuk dimiliki gadis2 Kelab Rakan Muda yang turut serta dalam Misi Nuang Pertama tersebut. Dan hasilnya, Adam cemerlang membuktikan tanggapan aku silap! Beliau berjaya mendaki ke puncak Nuang hasil dorongan dan sokongan yang tidak berbelah bagi dari bebudak pompuan Kelab Rakan Muda dan kengkawan silat yang lain seperti Ucop a.k.a Pengerusi PSSGM MMU dan Naz a.k.a Anak Buluh Betong. Dalam perjalanan pulang, terdengarlah suara Adam yang agak jakun menceritakan cabaran dan keseronokan tiba di puncak serentak menimbulkan bibit2 kesal aku dan Dobong kerana tidak turut serta naik ke puncak ( Takleh blah!). Adam juga berpendapat aku dan Dobong tidak mempunyai stamina a.k.a pancit dan kualiti untuk mendaki ke puncak. Cis!!! Terlalu sukar semua ini untuk aku hadapi. Telah beratus kali aku menerangkan kepada Adam bahawa aku jugak boleh sampai ke puncak. Tapi Adam hanya ketawa mengejek. “Semua orang boleh cakap dia boleh sampai ke puncak tapi hanya bergambar di Puncak Nuang akan menjadi bukti yang sah dan agung!”, kata Adam dengan angkuh. Cis!!! Aku tak boleh menerima semua kata2 nista ini. Kata2 Adam itu bagaikan racun rumpai Halexone Paraquat 130 jenis pekatan larut air yang selalu diaplikasikan pekebun2 kelapa sawit cawangan Felda Bukit Sagu di Kuantan untuk membunuh rumput dan lalang. Kitorang mula merasakan maruah dan kehormatan kitorang tercicir di Kem Lolo. Kitorang kena kutip balik maruah tu. Tak kira apa pun halangan.Tunggulah… Aku dan Dobong memasang tekad…


Akibat terlalu kerap dibakar oleh kata2 pedas a.k.a Hot n Spicy Adam, aku berpendapat perangai Adam yang suka membakar dan mencabar kemampuan insan lain untuk membukak game lebih kurang sama dengan Spark a.k.a Zul Huzaimy dalam filem Rem – pit arahan Ahmad Idham tu. Dengan rancangan yang rapi, aku dan Dobong berikrar janji setia untuk menawan puncak Nuang dalam misi Nuang’s Revenge. Hanya itu sahaja boleh membalas dan menyahut cabaran Adam a.k.a Abg Spark a.k.a Abg RXZ Open sekaligus menafikan tanggapan buruk penduduk kampung MMU Cyberjaya terhadap aku dan Dobong. Dan masanya telah tiba…

Friday, February 13, 2009

PaRt 6 NuAng RevEnGe – DeStInaSi YaNg PaSti, KeM pAcAt



EpIsOd 1

Sepertimana yang diterangkan Amin a.k.a Kapten Serba Boleh dalam Part 5 Nuang’s Revenge, perjalanan kitorang ke Checkpoint pertama Kem Pacat akan mengambil masa 1 jam setengah minimum dan 2 jam maksimum. Itupun kalau tidak mengambil kira faktor paru2 kekurangan oksigen, urat kaki kejang, sesat di tengah jalan ataupun sesat di tepi jalan. Saatnya telah tiba untuk kitorang untuk meletakkan harga diri masing2 di puncak Nuang. Cabaran Adam a.k.a Abg RXZ Open untuk melayan sisha perisa anggur di puncak harus disahut dengan cemerlang. Langkah mula diatur..

30 minit pertama perjalanan, semuanya berjalan lancar. Masing2 boleh berchit – chat, bergelak ketawa, main Snake di henfon Nokia 3310 dan membetulkan tali kasut tanpa kehilangan stamina yang berlebihan. Pada ketika ini jugak, Raja a.k.a Abg Bicep mula menunjukkan bukti penghabisan masanya di dalam gimnasium MMU untuk mengangkat besi dan mendagu di pintu bilik tidak sia2. Beliau terus memecut laju meninggalkan kitorang jauh di belakang. Amin a.k.a Peta Bergerak juga terkejut dengan perkembangan tersebut. Beliau selaku Kapten tidak menyangka peningkatan stamina Raja yang begitu maksimum dan mendadak. Kami selaku rakan2 mula menyangka peningkatan stamina Raja adalah disebabkan penggunaan dadah terlarang yang diharamkan penggunaannya di peringkat kebangsaan. Ahh!! Raja adalah seorang individu yang berprinsip! Tidak mungkin beliau melakukan perkara busuk dan keji sebegitu. Paling tidak pun Raja akan minum Tongkat Ali perasa vanila di HB2 sebagai suppliment a.k.a tenaga tambahan.. Kami cuba menenangkan dan menghilangkan perasaan jeles kitorang terhadap Raja dengan membaca surah Al – Ikhlas ayat 1 hingga 4..seraya kitorang menjadi ikhlas memuji stamina Raja a.k.a Abg Bicep secara spontan… Nafas diatur kembali.

1 jam pertama, keadaan menjadi agak kritikal. Aku, Afik dan Dobong mula menunjukkan keletihan dan kepancitan. Nafas kami menjadi tidak menentu. Peluh mula memenuhi ruang tubuh kami yang sasa. Setiap inci langkah menjadi ujian terbesar dalam hidup. Aku mula memikirkan tindakan membawa balang sisha ke puncak adalah satu tindakan nekad yang tidak berapa cerdik. Bahu aku mula berasa sengal2 akibat menyandang berat beg hiking RMEC. Daun2 pohon2 renek di sepanjang cenuram perjalanan seperti mentertawakan aku, Dobong dan Afik. Memanjat busut dan bukit2 kecil rasanya seperti memanjat tingkap kaca bangunan KLCC yang menjadi mercu kebanggaan negara. Raja a.k.a Abg Bicep dan Zack a.k.a Abg Sudah Berpunya pulak sudah agak jauh meninggalkan kami beberapa batu nautika di depan. Amin a.k.a Kapten mula mengeluarkan kata2 perangsang yang agak panas dan berbaur hasutan bertahap ISA terhadap kami. Tiba – tiba…

Thursday, February 12, 2009

PaRt 5 NuAng ReVeNge – LukA dI HaTi siApA yAnG TaHu



Dalam perjalanan menuju ke puncak Nuang, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh telah menerangkan yang Gunung Nuang mempunyai checkpoint atau dalam bahasa Jawa RnR (Rehat dan Rawat). Kat tempat tu nanti kitorang boleh decide sama ada kitorang mampu naik ke puncak atau tak. Tambah Amin, kita patut sedar kemampuan diri kita ada di mana. Kalau tak larat mendaki, renunglah diri di depan cermin toilet MMU kat fakulti FCM hingga ke hari tua dan terimalah hakikat diri ini sebagai manusia dayus (mentang2 Amin dah naik banyak kali). Aku mengambil kata2 Kapten Amin a.k.a Peta Bergerak itu sebagai pembakar semangat yang jitu dan aku mengingatkan diri sendiri dan Jamaah solat Jumaat yang lain untuk tidak menjadi insan dayus tersebut..tidak sama sekali! Klu budak2 pompuan budak usrah MMU bertudung labuh kaler hitam berjilbab boleh sampai ke puncak, nape bukan aku dan Dobong yang gagah? Nape?


Aku taktau la orang lain camne tapi aku mempunyai misi yang penting untuk dilaksanakan. Selain mencabar diri ke tahap maksima, Aku juga tak mampu lagi membiarkan telinga aku berdarah dan bernanah mendengar cacian dan cabaran en. Adam a.k.a Abg RXZ Open a.k.a Abg Spark untuk aku sampai ke puncak. Sampai takleh tido malam dibuatnya! Nak tido siang pun tak nyenyak! Nak buat ape2 pun serba serbi tak kena (kene gelak adalah!). Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun tentu dan konfem mempunyai impian yang serupa. Beliau pun harus membuktikan kepada Amin a.k.a Abg Tukang Tambah Panas No. 2 bahawa latihan kardiologi dan gymnasium fitness yang dilakukan beliau sebelum ini membuahkan hasil yang sepatutnya. Apa guna maruah diri ini dijulang tubuh tetapi diinjak sesuka hati oleh rakan seperjuangan yang tido sebantal tapi mimpi lain2? Ape guna main Drift menggunakan stering USB Momo Logitech secara multiplayer online sampai markah berjuta dalam game GRID Patch 1.3 tapi hati tak tenang? Hanya berposing di depan kamera Sony Cybershot 7.2 MP di atas puncak Nuang boleh menjadi bukti atau Hard Evidence dalam bahasa CSI Miami untuk menutup mulut dan menafikan kritikan pedas insan2 yang telah mendahului kitorang untuk sampai di puncak Nuang di samping menenangkan hati kitorang yang gundah gulana angkara cabaran insan2 itu.. Hanya itu saja impian kitorang.. Tiada yang lain..


Iltizam dan semangat untuk tidak mahu dijadikan bahan cerca dan tawa orang kampung MMU Cyberjaya mengiringi pendakian kami ke Kem Pacat, Checkpoint kitorang yang pertama. Jalan penuh berliku seperti akar kayu yg berusia ratusan tahun lamanya, lumpur akibat rintik2 hujan dan pacat hutan yang dahagakan darah jenis O dan AB ada di depan kitorang dan 1001 ujian yang tidak diramal akan kitorang tempuhi dengan sabar dan jantan…perjalanan diteruskan..

PaRt sPeCial eNcOrE NuAnG ReVenGe – NiCkNaMe YaNg MisTeRi



EpIsOd 1 : DoBonG a.k.a AbG TeLuR GoReNg BeReMpAh a.k.a AbG SteRiNg MoMo LoGiTecH


Ramai jugak yang tanya kat aku kenapa la aku gelarkan Dobong sebagai Abg Telur Goreng Berempah a.ka Abg Terer Main Game Racing. Ramai juga yang mengatakan aku begitu kejam hingga tidak memberi peluang langsung kepada kengkawan dalam misi Dendam Nuang untuk glamor mengikut norma manusia biasa. Ada jugak yang mengatakan aku agak pendek berfikir untuk memberi nama samaran yang pelik (telur contohnya) untuk ditonjolkan kepada umum. Kepada insan yang memberi kritikan aku ucapkan terima kasih. Segala kritikan dan kutukan korang akan aku jadikan azimat pemangkin untuk terus maju dan maju.. dan lagi.. dan lagi..

Nama Dobong sebagai Abg Telur Goreng Berempah berpunca dari satu kejadian di satu malam di mana TEAM CIRCLE OF TRUST @ TEAM HATI PANAS sedang memasak makan malam pada hari pertama camping di Kem Lolo. Situasi pada ketika itu agak genting, ketat, kucar kacir dan sibuk kerana setiap individu mempunyai misi penting antara hidup dan mati masing2. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai diberi misi memasak, Zack a.k.a Abg Sudah Berpunya diberi tugas mengambil ayaq di sungai, Raja a.k.a Abg Bicep tengah solat Isya’, Amin a.k.a Kapten Serba Boleh a.k.a Peta Bergerak tengah mengemas barang supply dan aku a.k.a Abg Cameraman a.k.a Abg Masak Nasi Lembik a.k.a Abg Torlight Hijau diberi tugas untuk menghalakan lampu suluh Eveready rm18 yang dibeli kat Jusco Alamanda ke arah makanan yang sedang dimasak untuk memastikan harapan dan masa depan kitorang semua untuk melantak makan malam yang lazat, bernutrisi dan berkolesterol rendah dapat menjadi kenyataan. Di kala itu Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah baru sahaja mengemas khemah dan kedua2 belah tangan Dobong kelihatan ceria dan agak free dari sebarang misi dan kerja.

Lantas, melihatkan keadaan Dobong yang agak free dari sebarang misi , Afik a.k.a Chef Sardin mengarahkan Dobong supaya mencari pinggan plastik kosong untuk diaplikasikan sebagai tempat meletak telur goreng versi Omega 3 rendah lemak yang sudah masak. Akibat tamak, Dobong menggunakan kedua2 belah tangannya untuk memegang pinggan plastik tahan lasak yang berisi telur2 goreng tersebut. Aku a.k.a Cameraman a.k.a Abg Masak Nasi Mentah pun tidak membuang masa dan terus mengambil gambar situasi mangsa bernama Dobong ketika itu menggunakan Sony Cybershot 7.2 MP dan terhasillah gambar yang agak clear + pelik dan serentak terciptalah jugak nama samaran Abg Telur Goreng Berempah untuk Dobong. Dobong pun dgn agak sporting berkata "nak rasa telur saya"? Gambar itu menceritakan segala2nya dan gambar itu aku lampirkan khas dan special di atas untuk tatapan korang untuk menjauhkan segala fitnah, cerca dan tohmahan orang kampung. Tak baik woo fitnah2 ni…

Dengan penjelasan ini, aku harap korang faham dan tidak marah aku lagi seraya tidak lagi memandang serong kepada Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah a.k.a Abg Stering Momo Logitech. Kita semua hanya hamba yang tidak dapat lari dari melakukan kesilapan dan kesalahan.Hanya kemaafan yang ikhlas dapat aku minta. Yang terbaik dari ladang atau dari mana2 pun hanya milik Allah jua..renung2kan dan selamat beramal

Wednesday, February 11, 2009

pArt 4 NuAng ReVeNge - MeNuJu PunCaK



Selepas itu, Amin selaku Kapten Last Minit telah memerintahkan supaya kitorang masak sarapan awal so kitorang leh gerak awal sket naik ke puncak. Setelah aku merasakan Afik a.k.a Abg Rebonding boleh memikul tanggungjawab selaku Chef Segera merangkap Pembantu Chef Amin, aku ngan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun menyiapkan sisha perisa anggur beserta mint yang dingin. Perghhhh!! Layan sisha dlm hutan time subuh yang hening memang heaven weh!! Sukar nak digambarkan dengan kata2 (sbb tu aku taip blog ni. Wahahaha!). Raja a.k.a Abg Gym pun tak ketinggalan melayan sisha. Walaupun pada mulanya Raja agak keberatan untuk melayan sisha berlebihan kerana takut pancit tetapi atas desakan kengkawan dan bau sisha anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg Sms tak Sampai yang harum semerbak memenuhi ruang hutan, Raja pun mengalah. Beliau pun mencekik sisha abes2an mcm nothing to lose anymore. Zack a.k.a Abg Tunangan Orang pun tak ketinggalan melayan sisha walaupun sebelum itu beliau menegaskan beliau tak layan sisha. Namun prinsip itu hanya sia2 dalam hutan Nuang ni..Tidak ada satu pun yang pasti. Hampeh semuanya…

Sambil berborak2 kosong menanti pagi yang menjanjikan seribu cabaran, Amin memberi briefing supaya kitorang tak makan nasi banyak sangat sebab bagi sesape yang first time naik gunung, tenaga tu penting (berat badan weh makan nasi banyak. Pancit!!!). Dengan sepakat membawa berkat kitorang bersetuju untuk mencekik nasi goreng sardin yg dimasak Chef Amin di puncak nanti(walaupun sebelum tu dah curik2 makan tapi memang sedap nasi goreng yang Amin masak. Superb!!). Aku a.k.a Abg Jiwa Luka dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah tak sabar2 nak membuktikan kepada Adam a.k.a Abg RXZ Open yang kitorang pun boleh smp ke puncak dan menjadi insan insani muslim pertama melayan sisha di puncak Nuang. Selepas solat Subuh (nakal2 pun kene solat jugak weh.Wajib tu!) kitorang pun menyiapkan diri untuk naik ke puncak. Setelah bergambar dan berposing sakan dengan kamera Sony Cybershot 7.2 MP, aku mengetuai team Circle of Trust membaca doa untuk keselamatan diri dan meminta supaya dijauhkan dari sebarang kecederaan dan sifat riak takbur. Amin Ya Rabbal Alamin. Dengan langkah kanan dan azam yang membara akibat dibakar Adam a.k.a Abg Rajen Swimming, kitorang pun melangkah kaki membuka perjalanan ke puncak..Bismillahirrahmanirrahim..

bloG BudDieS