Tenangkah hati?
Mungkin semua orang boleh senyum. Mungkin semua orang boleh ketawa. Tapi apakah semua orang mampu menangis? Mampu mengundang sebak bila melihat seorang ibu tua mengendong anak meminta sedekah di jejantas Klang. Melihat pakcik tua bermain gitar sambil menjual tisu di susur gajah Puduraya? Melihat seorang pakcik berbangsa India tidur di depan kedai perabot dengan lalat menghurung badannya?
Dengan jujur, aku pernah cuba memahami situasi di atas. Aku pernah tidur merempat di lantai marmar di luar KL Sentral semata – mata taknak Kak Ngah aku tau aku nak pegi dating esoknya. Aku boleh fahami pandangan jijik semua orang di sekeliling... Dengan cuma berbantal Beg Deuter aku, aku cuba lelapkan mata dan menguji sejauh mana minda aku boleh berfikir...
“Owh... Macam ni rupanya rasa merempat..”
Pesan aku, janganlah korang senang memandang hina atau prejudis pada individu yang korang tak kenal. Setiap peristiwa ada cerita di sebaliknya. Ringankan mulut untuk bertanya. Tak rugi apa pun kan? Pahala pun dapat... Konfem – konfem la pahala kita ni bukan banyak sangat...
Allah, segala puji hanya untukmu. Terima kasih kerana mengurniakan aku sifat belas kasihan ini...
P/S : Being heartless maybe takes so much out of me...