Thursday, June 3, 2010

Mind Shoutout – Cuti Sekolah?


                            Me?

Cuti sekolah datang kembali. Anak merengek tak henti – henti. Minta dibawa ke sana sini. Pening mak bapak nak mintak cuti. Gaji pun tak clear lagi. Pastu anak – anak nak itu dan ini. Tensen sungguh mengharung hari. Ikutkan hati mau je lari. Berlagak bujang dalam LRT. Tanpa berfikir gundah di hati... Boleh buat suka hati. Hahaha...

Kita?

Kad jemputan kahwin datang tanpa bicara. Tau – tau je dah bersepah atas meja. Tidak mengira aktiviti dan hari apa. Terus – terusan memberi duka. Sebab jemputan dah tak terkira. Sampai taktau patut pegi yang mana. Sudahnya duduk di rumah saja. Tengok World Cup penenang jiwa...

Tadi aku baru terbaca paper pasal seorang budak sekolah darjah 3 mati tertelan gam sebab member dia prank dia. Bajet nak gurau la konon. Member budak tu tipu dia cakap benda tu chewing gum. Sudahnya? Innalillah... Murahnya la nyawa skang ni.

Korang ada tengok iklan World Cup kat Astro? Ala... Yang ada mamak jual roti poyo – poyo timbang bola tapi bola takde tu! Dah ingat? Ada rasa annoying tak tengok iklan tu? Haha! Aku dah sampai tahap pening kepala tengok iklan tu. Adoi... Korang ingat tak iklan Adidas yang ada 2 orang budak main petik je nama player – player gempak main bola time petang – petang? Tau – tau je Franz Backenbauer dengan Michael Platini pun join skali! Memang cool! Tengok banyak kali pun tak boring...

Ibu jari tangan kiri aku masih tak sembuh lagi. Doktor cakap 2 minggu la masa paling kurang jari aku ni boleh baik dan boleh pumping seperti sediakala ( Yeke pumping? ). Tapi nak merungut pun tak guna kan? Allah baru bagi sakit sikit je ni. Belum lagi Allah bagi kanser otak ke apa... Belajar bersyukur dengan apa yang ada. Kesakitan tu kan penghapus dosa. Tapi janganlah korang pegi terajang dan memberi kesakitan kat mana – mana jantan yang ngorat awek korang dengan alasan menghapus dosa... Hampas namanya tu.

By then, be good guys...

P/S : Aie, Cipon dengan Pijie... Bila kita nak jamming ni weh?

No comments:

bloG BudDieS