Reza MSU dan Aku semasa di kubu Bukit Jalil. Kalau kami mahu glemer, sudah lama kami membeli tiket VIP dan makan kuaci bersama Presiden FAM. Dah konfem - konfem masuk TV. |
Piala AFF Suzuki sudahpun melabuhkan tirainya dan sekaligus menabalkan MALAYSIA Tanah Tumpahnya Darahku sebagai Raja Bolasepak Asia Tenggara. Biarpun sudah hampir seminggu, namun bolasepak masih menjadi berita utama media – media elektronik dan media cetak. Sesungguhnya perkembangan ini amat – amat positif demi kesinambungan bolasepak negara. Aku agak gembira. Nam un…. ;
“ Khairul Fahmi a.k.a Apex itu hensem! Saya minat sangat – sangat kat dia! Oh Apex! Tangan keramatmu menjadi idamanku“ à Gadis perasan lawa yang pernah call HOT.FM.
“ Safee Sali tu dulu aku yang ajar dia main bola! Tak sia – sia jasa dan pengorbanan aku. ” à Mangkuk yang bajet dia kelakar. Kemungkinan besar mangkuk ni repeat paper SPM bulan Julai.
“ Muslim Ahmad sangat – sangat cool! Bley ganti Rio Ferdinand! “à Hamlau yang bajet dia superb pasal info bolasepak. Padahal baru lepas kopak info kat Google.
“ Aku memang dah tau lama skuad Harimau Malaya memang boleh menang Piala Suzuki! Aku saje je kutuk – kutuk haritu. Nak bagi bakar semangat. Why so serious? “ à Lalang yang kononnya diehardfan Team Malaysia . Padahal jersi Malaysia pun beli sebab design lawa.
Statement – statement di atas hanyalah sebahagian dari quote mangkuk – mangkuk yang terkena tempias dengan kejayaan bolasepak negara. Time ni la nak mengaku K. Rajagobal tu jiran dia. Safi q Rahim tu lahir satu hospital dengan dia. Awek Apex tu satu kolej dengan dia dan bermacam – bermacam lagi confession loser untuk menampakkan diorang ni ada bau – bau bacang dengan player Malaysia . Waddefak? Zama n – zaman tumpang glemer ni dah abes beb…
Aku hanya mampu tersenyum. Air mata sahabat – sahabat ULTRAS MALAYA sudah lama kering. Dari tahun 2007 sahabat – sahabat ULTRAS ini berjuang sebagai pemain ke 12 negara. Kene caci, kena kutuk, kena baling ais, kena baling gela s... Tau – tau skang ramai je yang mengaku ULTRAS. Heheh! Nak buat camne ni? Siap time aku pergi keja tadi ada budak pakai mafela Malaysia chants lagu ULTRAS. Kinda cool huh?
Sori ayat – ayat di atas agak touchy. Aku agak lama tak update blog. But keep in touch guys. The best is yet to come. Kemenangan milik kita…
- E . i . j . I –
Mungkin tunang kau itu cantik, namun dia hanyalah sampah di mata aku.
No comments:
Post a Comment