Tuesday, August 2, 2011

Office Shout Out – Syukran ya Ramadhan



Pejam celik pejam celik…

Tau – tau je dah masuk Ramadhan.

Nasib baik tak pejam celik tau – tau dah masuk Syawal. Skip bulan Puasa. Bahye gak tuh~

Hari 1st masa Ramadhan smalam, sure ramai gila yang pasang niat macam – macam. Ada yang nak terawih penuh. Ada yang yang nak puasa penuh. Ada yang nak gemukkan badan ( Ada jugak ke? ). Ada yang nak kurus ( Aku la tu ).  Macam – macam…

Persetankan apa yang korang dah niat untuk Ramadhan yang membawa 1001 rahmat ini tapi bagi aku apa yang paling penting, kita sama – sama jadi insan yang lebih baik semasa Ramadhan ni dan harapnya dapat diteruskan selepas itu. Mana la tau Ramadhan ni jadi Ramadhan yang last untuk kita. Tak ke haru tu? Kahwin pun belum lagi ni.

Roti John, air soya n murtabak ayam… Kinda miss u guys. Nyam – nyam…  Abis keja nanti carik la.

Lailatulqadar… Ill be waiting.

Pardon me before I burst

-          E . i . J . i –

Puasa untuk duit raya? That’s so 20 years ago.

Wednesday, May 18, 2011

Football Shout out – Passions. Love the game. Love yourself.

Wira - wira NEGARA. Kecuali yang memakai mafela. Belum lagi.


Senario bolasepak tanahair kita mungkin telah berubah. Mungkin ramai yang telah sedar bahawa pemain – pemain yang berjuang 90 minit di atas padang memerlukan sokongan kita. Mungkin juga ini memberi nafas baru dalam evolusi sukan di Malaysia. Segalanya mungkin.

Mereka telah melakukannya. Kalian pula bila?

Maruah. Kebanggaan. Keringat.


Namun satu yang pasti, kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita telah kecapi. Masih terlalu banyak yang mampu kita lakukan. Bukan sekadar mengharapkan kemenangan dari pasukan bolasepak negara.

Pemain bolasepak negara juga manusia. Sama seperti kita. Tidak perlu mengharapkan keajaiban sekelip mata seperti berjaya menjulang Piala Dunia atau mengalahkan pasukan Sepanyol dalam aksi perlawanan persahabatan ( Kalau ada ). Cukuplah menjadi lebih realistik dan menerajui evolusi kejayaan perlahan – lahan.

Kejayaan datang dengan pengorbanan semua. PEMAIN dan PENYOKONG.

Bagaimana hendak bermula? Kalian mahu menjadi sebahagian daripada evolusi?

Hadirkanlah diri kalian ke setiap perlawanan yang melibatkan pasukan bolasepak negara. Penuhkan stadium yang selama ini sunyi dan rindukan sorakan kalian. Jika aksi perlawanan itu di luar negara, ajaklah rakan – rakan dan penuhi ruang kedai atau restoran yang menyiarkan perlawanan tersebut dan kongsilah kegembiraan bersorak untuk pasukan bersama saudara – saudara yang berkongsi negara tercinta dengan anda.

See what I see?

Tidak peduli kalian siapa, berharta atau papa, raja atau hamba, dara atau teruna, tapi bila berjuang untuk negara, KITA SAMA SEMUANYA.

Jadi saya teka saya akan berjumpa kalian kelak. Sebagai penyokong. Sebagai nadi semangat. Sebagai PEMAIN ke 12. Sebagai benteng pasukan negara.

Keep the passion burning.


Kita datang dari merata. Satu JIWA sokong MALAYSIA.

-          e . I . j . I –

I see u as me. We are ONE.

Office Shout Out – Rompak?



Umah akak aku dan abang ipar aku kena ligan dengan perompak minggu lepas. Perompak tersebut kenduri kaw – kaw. Semuanya mengucap syukur atas kejayaan merompak walaupun secara realistiknya masing – masing tunggu masa kena laknat Allah. Habis hilang Honda Accord 3.0 sebijik, laptop 3 bijik, DSLR camera 6 bijik dan beberapa bijik lagi barang yang even aku sebut pun takkan mampu nak ubah keadaan. Yang pasti aku memang respek gila kat abang ipar aku. Dia kena rompak ke tak, muka dia memang statik cool. Setakat RM200k estimate loss, apedehal la sangat kan kalau nak compare dengan pahala sabar? :-D.

X tanda mempertahan?

 Bukan kedukaan kena rompak yang aku nak share dengan korang kat sini. Walaupun ada yang niat nak tepuk – tepuk belakang belakang aku suruh sabar. Hahah!

Untuk makluman, ABANG IPAR aku adalah manusia yang SANGAT – SANGAT PERFECTIONIST. Sebagai contoh, kalau kicap Kipas Udang kat rumah nak dekat abis, abang aku akan beli 2 lagi kicap besar sebagai backup. Kalau satu tayar keta botak, abang ipar aku ni akan tukar empat – empat tayar keta termasuk tayar spare sekali. So kalau aku convert info beliau dalam kes rompak ni, ketahuilah kalian yang rumah beliau dipenuhi sekuriti yang kalian tak mampu nak bayangkan. Tapi kalau dah nak kena rompak tu kena rompak gak kan? Main door je ada 6 kunci berbeza. Pengalaman menjadi pegawai kehakiman menjadikan beliau cukup alert terhadap keselamatan dan kesempurnaan satu – satu perkara. Rarely cool? Geek? Up to u guys…

Abang ipar dan akak aku yang dirompak.


The thing is, walaupun rumah tu memang agak sukar untuk dirompak dan disamun ( Aku nak masuk umah pun payah! Damn! ) Namun perompak – perompak tersebut hanya memerlukan satu jam untuk melakukan segalanya. Pedulik apa keliling umah ada neighbor, abis cair sume mangga Solex yang menjaga keselamatan umah abang ipar aku tu. Diorang pakai asid 4 did the RM200k job! Asid nowadays sungguh multifunction. Bukan setakat nak simbah kat ex GF je. :-D.

So peringatan guys, perompak zaman sekarang sangat nekad. Yang paling penting diorang ni SANGAT – SANGAT BIJAK. Hati pun sangat – sangat kering. Good thing was takde sape pun ada dalam rumah time rompakan. Sume orang pegi keja. Kalau aku ada pun, aku tak sure boleh defend diri pakai silat dalam keadaan injured tangan balut sana sini. Well, Alhamdulillah for that.

So guys? Jaga diri korang elok – elok. Jaga family korang elok – elok dan jaga apa – apa je yang korang sayang elok – elok. Be safe.

See what I see, Feel what I feel.

-          e . I . j . I –

Forgiveness is mine to keep.

Saturday, May 14, 2011

Weekend Shout Out - SABAR?

Muka - muka sabar?

Kadang - kadang kita terlupa hidup sebagai manusia marhaen ni ada macam - macam dugaan. Ada yang kena tipu dengan girlfriend perasan bagus, ada yang pinjam note exam tak pulang past buat harta, ada member pinjam keta tak isi minyak balik dan pelbagai lagi bala bencana tapi bila last - last kita fikir balik, semuanya bergantung pada tahap SABAR kita.

Nampak dari belakang sabar la.  :-D


Takyah cite pasal orang lain, aku sendiri pun mengalami sindrom hilang sabar berperingkat bersistem ni. Bila dah hilang sabar, mula la start buat suma benda tak kena. Waddehell?

Yang penting kat sini, jangan la test limit sabar orang lain. Nak kutuk - kutuk, nak hina - hina, nak maki - maki try test depan - depan tengok. Nak buat apa jadi bacul cite blakang - blakang kan? Masalah tak selesai. Manusia jenis apa pengecut camni?

Good day to rest. Pada yang selalu bersabar, syabas untuk kalian. Pada yang selalu jadi penghilang sabar, good job. Perbuatan anda pasti mengundang sesal esok lusa.

Tak perlu kata apa - apa... Senyum.

 - E . i . J . i . -

Forgiveness is mine to keep

Tuesday, March 22, 2011

Office Shout Out : End of days.



Sebagai seorang lelaki bujang konvensional yang biasa, aku tak dapat lari dari terus memikirkan kemusnahan dunia dan manusia. Semakin pelik dan sangsi bila rata – rata komuniti manusia yang aku jumpa menjalani hidup seperti dunia ini tidak berkesudahan.

                                                .           .           .

Ala Ji, rilek la derr. Nak mati bila – bila boleh kut. Ada masa enjoy selagi boleh. “

“ Nak fikir mati tu boleh Ji. Tapi jangan melampau bro. Dunia dengan akhirat kena stabil beb. “

                                                .           .           .


Aku tak sure bape kali aku repost gambar ni. But gambar ni betul - betul buat aku sedar.

Maybe aku agak paranoid. Mungkin akibat terlalu banyak menonton SAW Series. Mungkin terlalu obses dengan komik Death Note. Mungkin jugak tanda – tanda kiamat sudah terlalu banyak berlaku di sekeliling aku.

Speak no EVIL Mohd Arif!

 Bape ramai antara kalian yang selalu tinggalkan pesanan kat orang tersayang? SMS? Email? Wasiat? Mana la tau tiba – tiba Malaysia tercinta ni kena serang ke? Ada gempa bumi ke? 

Letakkan no kecemasan yang boleh dihubungi dalam reminder phone korang yang canggih amat tu. Tulis dying wish dalam email atau kertas n simpan dalam wallet. Dan carik somebody yang korang percaya untuk simpan rahsia yang sepatutnya. Jangan biarkan masa yang terhad menjadi penghalang untuk kalian meluahkan apa yang sepatutnya. Selebihnya? Tawakal...

                                                .           .           .

Paranoid? Maybe. Strategist? I think so.


My eyes are shut. But no need to open my eyes to see the truth.

-          E . i . J . I –

See what I see

Monday, January 17, 2011

Tahun 2010 meninggalkan kita dengan pelbagai kejadian dan kenangan pahit manis. Semestinya pada aku secara personal dan sahabat – sahabat ULTRAS MALAYA, kejayaan Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki adalah yang terbaik untuk dikenang. Sungguhpun ada yang agak touching sampai meleleh air mata, kejayaan ini sangat – sangat bermakna kerana segala pengorbanan yang kalian lakukan dari tahun 2007 hingga sekarang amat – amat berbaloi. Tahniah untuk kalian dan kredit terus – menerus aku beri kepada tunjang – tunjang ULTRAS seperti Apit Freddie, Lekir, Gozal, Azrul dan lain – lain. Salutz!

Wanbai, Aku, Wan dan Adel. Maafkan insan yang tidak menutup aurat di belakang. Beliau terlalu gembira. Ada sapa - sapa nak berkenalan? 

Bersama Orang kuat ULTRAS. Aku rasa kalau ada ULTRAMAN kat Malaysia ni, beliaulah orangnya. Haha! respect your guts bro!

Aku dan Bob Azim semasa menjadi part time Bodyguard Safiq Rahim @ NIKE Event One Utama. Kalau korang bukak spek hitam dia, memang nampak dia nangis terharu weh.

Tahun 2011 sudah 17 hari bermula. So macam biasa la, berlumba – lumba semua orang nak buat azam baru padahal azam tahun – tahun lepas ada yang tak buat lagi. Kadang – kadang aku rasa kalau korang ada azam baru, better simpan dalam hati jelah. Takyah la pungpang cerita sana sini. Kalau tak terlaksana azam tu jadi borak la plak. Kalau takut sangat terlupa, buat reminder kat phone atau sticky note kat display Windows 7 korang. Pada yang still setia kat Window XP sebab korang taknak lagging sewaktu bermain game, korang boleh gunakan cara konvensional tulis reminder dalam kertas kosong pastu letak dalam wallet. Apa – apa saja pun boleh asalkan korang boleh terus fokus untuk melaksanakan azam korang tu.

Me and my evil twinsister.


Kembar perempuan aku yang pakai baju merah kanan sekali tu berjaya melaksanakan azam untuk kahwin tahun ni. Aku? Erkkk. Congratz to u sis.

It's been a while aku tak panjat gunung. Moga tahun ni boleh panjat gunung balik. Layan sisha kat puncak macam dulu - dulu.

So? Aku doakan kalian berusaha keras untuk menunaikan azam kalian. Tak kira sesusah mana, pastikan ada sesuatu yang mendorong kalian untuk bergerak. Yang baik tu sentiasa datang dari Allah jua.

How much blood will u spill to stay alive?

-          E . i . J . i –

Sembunyi di dalam cahaya, serang di dalam gelita.

Saturday, January 15, 2011

Football Shout Out – Tribute to the Real Shadow Warrior, Fad a.k.a Cabron del Mundo


Aksi LEGEND mengibarkan Jalur Gemilang di Bung Karno
Sahabat - sahabat ULTRAS MALAYA bersama Rambo.

Beliau tak perlu diperkenalkan lagi. Menjadi bualan seantero Ibu Pertiwi. Saban waktu dijemput menghiasi rancangan – rancangan sukan masakini. Menjadi paparan hampir setiap blog yang mencari populariti. Menjadi pilihan utama anak – anak gadis sunti. Diletak sebagai calon paling atas sebagai bakal menantu mithali. Paling penting, beliau meletak maruah jatidiri negara MALAYSIA di tempat tertinggi. Beliau adalah Fad atau dikenali sebagai Cabron del Mundo a.k.a Rambo. Start your engine guys…

Tanpa perlu aku mumble panjang – panjang, beliau merupakan insan berani mati dan berhati kering yang mengibarkan Jalur Gemilang dengan megah dan penuh bangga di Stadium Gelora Bung Karno Indonesia tatkala Final kedua AFF Piala Suzuki tempoh hari. Kita sedia maklum pelbagai provokasi telah dilakukan oleh media dan penyokong Indonesia seperti ugutan bunuh dengan buluh runcing, bra laser pemusnah fokus, bomoh pasti menang, bakar bendera dan sebagainya sebelum perlawananan berlangsung.

Namun tanpa mempedulikan pelbagai akibat buruk yang bakal diterima, beliau dan seorang rakan yang lain terus mengibarkan Jalur Gemilang untuk meraikan kejayaan Pasukan Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki! Tadehal beb! Stadium Gelora Bung Karno terkesima sekejap! Penyokong Indonesia pun tak tunggu lama la der. Fad a.k.a Rambo terus – terus dihujani dengan balingan botol air pelbagai perisa dari segenap arah dan lantas polis stadium membawa beliau ke tempat yang lebih selamat. Alhamdulillah beliau tidak apa - apa. Namun perbuatan beliau berjaya mencalarkan maruah Indonesia di tanah air diorang sendiri. Cool stuff huh?

Dan pada hari ini, beliau mendapat penghormatan yang superb bukan sekadar dari rakyat Malaysia, tapi juga dari penyokong Indonesia sendiri. Keberanian beliau membuka mata rakyat Malaysia bahawa jatidiri sebagai anak Malaysia tak perlu ditunjuk dengan cara memiliki IC biru ataupun skor A1 paper Bahasa Melayu SPM. Cukup dengan pergi ke stadium dan berbanggalah dengan apa yang kita capai.

So Rambo, ketahuilah dikau jika satu hari nanti negara kita kena serang ke, apa ke, kau la calon top ten aku untuk pegang panji negara beb! Kahkah! Semoga dengan ini, Indonesia lebih selamat untuk dikunjungi bila Sukan SEA berlangsung nanti. Semoga makbul hendaknya…

Stand Up for the Warrior

-          E. i . J . i –

Sembunyi di dalam cahaya, serang di dalam gelita

p/s : Sori lambat update sket kengkawan. Aku collect gambar dulu weh. Kepada Naim dengan Farid, lain kali buat watermark. Kahkah!

Thursday, January 13, 2011

Life Shout Out – See what I see

Pompuan yang paling baik dalam dunia.  Kalau tak percaya boleh tanya bebudak BIOTECH UIA. Memang baeeekkk~


Tidak kan timbul rasa bersalah bila senyum. Lagi - lagi bila ada kawan yang tau senyuman itu hanya lakonan semata. Kan? 

“ Ko nampaknya bermain dengan api lagi ni bro. Aku ingatkan ko dah stop fikir pasal diorang. Oi. Sudah2 lah tu. Yang ko nak fikir sangat pasal diorang tu apasal? Nampak sangat ko memang ada "hati yang tak tetap sebab sangat–sangat fragile dengan kebaikan". Sah2 la diorang tu orang baik2. Ko je yang kurang baik sket daripada diorang. Ko sibuk tulis pasal polis Banting. Ko ingat polis Banting takde keje lain drpd melayan report ko yang ntah betol ntah tak tu ke? Ko asyik fikir report ko je. Lepas tu polis tak buat tindakan, mula la blame polis kata tak buat kerja. Tahu tak ofis Patmanaban tu depan balai polis Banting je, tapi takde tindakan sampai la kes Sosilawati? Inikan pula kes sampah ko. Takde masa la diorang nak layan. Benda tak betul buat apa diorang nak layan? Dah2. Pasni ko jangan plak nak buat entri khas konon2 nak balas komen aku ni. Ko di pihak yang salah bro. Ko jangan nak main dengan api. Dan ko jangan nak kaitkan aku dengan diorang. Aku tahu kenapa aku buat semua ni dan diorang tak tahu pun aku siapa. Dan sebelum ko tulis ataupun terfikir tentang ni, baik aku cakap awal2. Ko tak payah nak ugut2 suruh aku tampil diri konon2 nak tunjukkan kejantanan. Tak tentu lagi aku jantan atau betina. Tak payah. Ko yang bagi ruang untuk anonymous macam aku tulis komen, so aku gunakan kemudahan yang ko sendiri ciptakan ni. Hahaha...

                                                                                           - Pengecut bersiri -

Kahkahkah! :-D. LMFAO!

Good trolling BTW. In any chance, maybe I would like to clap my hands and said well done. But you’re on the wrong side here.

Polis Banting? This is some classic melodrama. The good cop said this,

“Encik Arif, saya dah call laki bini ni banyak kali, tapi diorang taknak angkat. Jadi saya rasa baik Encik heret je diorang ni pegi mahkamah. Insyallah”.

They’re good people? On what terms? Lying critically? Being an ass?

Enough said. Wait and see. Only Allah can judge us but for the time being, I prefer being an enemy than being human. By the way anonymous, aku memang suka bermain api. Kawan - kawan aku pun sama. Nak join?

Best kan main api Fiq?
Kahkah! Wrong person to confront. But you're welcome. Anytime you want.

Time will always be on my side

-          E . i . J . i –

Jangan bermain dengan sumpah dan janji. Bila terlafaz sekali, masa dan diri terikat ke bumi. Gerak terfikir dan tercipta kan mati.

Thursday, January 6, 2011

Silat Shout Out - Kejohanan Pencak Silat Taming Sari 3 UKM 2011


The poster that defines all

Pesilat - pesilat



Penyertaan Taming Sari III

Kategori IPT
1.      UiTM Shah Alam
2.      UiTM Johor
3.      UiTM Pahang
4.      UiTM Perlis
5.      PUO
6.      PSA
7.      PKB
8.      UTP
9.      UM
10.  UPSI
11.  UMS
12.  USIM
13.  UPNM
14.  UIA
15.  UNISEL
16.  KPTM Bangi
17.  KUIS
18.  BAITUMAL
19.  MASKOM
20.  UKM A
21.  UKM B
22.  UKM C
23.  Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)
24.  UPM*

Kategori Jemputan
1.      ATM
2.      TLDM
3.      Persatuan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
4.      Persatuan Silat Seni Gayung Fattani Malaysia (PSSGFM)
5.      MSN Labuan
6.      Thailand
7.      Persekutuan Pencak Silat Pakistan (PAKSIF)
8.      Universiti Al-Azhar Indonesia
9.      Persekutuan Silat Singapura (PERSISI)
10.  UM
11.  UPNM
12.  MSN Negeri Sembilan
13.  Team Pelapis Johor*
14.  MSN Johor*


Nama – nama di atas adalah senarai pasukan – pasukan ulung yang akan bertanding dalam Kejohanan Pencak Silat Taming Sari 3 Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) 10 - 15 Januari 2011. Di sinilah di mana laksamana – laksamana gagah perkasa dan srikandi – srikandi pesilat akan menunjukkan kemahiran, kepantasan dan kehebatan masing – masing dalam ilmu persilatan. 

Huh?

Apsal dah peluh – peluh tu? Takkan tengok list team je dah goyang? Heheh!

Sebagai acara silat pembuka tirai tahun ini, sesungguhnya kejohanan ini memainkan peranan penting dalam menentukan hala tuju persilatan negara. Di sinilah bakat – bakat baru akan dapat dikenalpasti. Di sinilah bintang akan terus bersinar. Di sinilah lagenda akan dicipta. Seterusnya generasi inilah yang diharap dapat memartabatkan silat di mata dunia. 

Dengan format pasukan silat jemputan seperti Thailand dan Indonesia, kejohanan ini meneruskan kecemerlangan kejohanan – kejohanan silat Universiti berformat sama seperti Universiti Multimedia Malaysia ( MMU 2008 ) dan Universiti Perguruan Sultan Idris ( UPSI 2010 ) sebelum ini. Ini dilakukan atas objektif yang suci iaitu memberi pendedahan secukupnya kepada pesilat – pesilat di samping merapatkan ukhwah sesama pesilat tidak kira benua, tidak kira asal – usul dan tidak mengira perguruan.

Dengan demikian, diharap pesilat – pesilat dapat memberi fokus yang maksimum dan seterusnya berusaha sehabis baik dalam kejohanan ni. Kalah menang tidak akan menjadi soal. Yang penting diterminasi kalian.

So? Gendang silat telah berkumandang. Kukuhkan tapak di dalam gelanggang, Bismillah dan mulakan langkah… Zatt!

Berjuanglah ~ Pahlawanku ~
Satukanlah tekad semangatmu ~
Kami rela ~ Korban Nyawa ~
Demi daulat negara tercinta ~

-          E . i . J . i –

Been through hell and back with a smile

·         Thanx dan kredit to Niza UKM, Sya UKM dan kru – kru kejohanan for info and else. Pastikan anda semua tersenyum di hari kejohanan.

p/s : ULTRAS MALAYA comrade. Care to share some shouts and chants? Indonesia dengan Thailand pun join ni... :-D

Tuesday, January 4, 2011

Football Shout – Out – The Effect?



Wan Bai, sahabat ULTRAS yang menyambut kepulangan pasukan Harimau Malaya di airport selepas kekecewaan Sukan Asia di Guang Zhou. Aku tertanya - tanya. Manakah penyokong - penyokong lain yang kononnya setia dan sanggup berada dalam susah dan senang? Menteri - menteri mana? Sungguh lalang...


Reza MSU dan Aku semasa di kubu Bukit Jalil. Kalau kami mahu glemer, sudah lama kami membeli tiket VIP dan makan kuaci bersama Presiden FAM. Dah konfem - konfem masuk TV.


Piala AFF Suzuki sudahpun melabuhkan tirainya dan sekaligus menabalkan MALAYSIA Tanah Tumpahnya Darahku sebagai Raja Bolasepak Asia Tenggara. Biarpun sudah hampir seminggu, namun bolasepak masih menjadi berita utama media – media elektronik dan media cetak. Sesungguhnya perkembangan ini amat – amat positif demi kesinambungan bolasepak negara. Aku agak gembira. Namun…. ;

“ Khairul Fahmi a.k.a Apex itu hensem! Saya minat sangat – sangat kat dia! Oh Apex! Tangan keramatmu menjadi idamanku“ à Gadis perasan lawa yang pernah call HOT.FM.

“ Safee Sali tu dulu aku yang ajar dia main bola! Tak sia – sia jasa dan pengorbanan aku. ” à Mangkuk yang bajet dia kelakar. Kemungkinan besar mangkuk ni repeat paper SPM bulan Julai.

“ Muslim Ahmad sangat – sangat cool! Bley ganti Rio Ferdinand! “à Hamlau yang bajet dia superb pasal info bolasepak. Padahal baru lepas kopak info kat Google.

“ Aku memang dah tau lama skuad Harimau Malaya memang boleh menang Piala Suzuki! Aku saje je kutuk – kutuk haritu. Nak bagi bakar semangat. Why so serious? “ à Lalang yang kononnya diehardfan Team Malaysia. Padahal jersi Malaysia pun beli sebab design lawa.

Statement – statement di atas hanyalah sebahagian dari quote mangkuk – mangkuk yang terkena tempias dengan kejayaan bolasepak negara. Time ni la nak mengaku K. Rajagobal tu jiran dia. Safiq Rahim tu lahir satu hospital dengan dia. Awek Apex tu satu kolej dengan dia dan bermacam – bermacam lagi confession loser untuk menampakkan diorang ni ada bau – bau bacang dengan player Malaysia. Waddefak? Zaman – zaman tumpang glemer ni dah abes beb…

Aku hanya mampu tersenyum. Air mata sahabat – sahabat ULTRAS MALAYA sudah lama kering. Dari tahun 2007 sahabat – sahabat ULTRAS ini berjuang sebagai pemain ke 12 negara. Kene caci, kena kutuk, kena baling ais, kena baling gelas... Tau – tau skang ramai je yang mengaku ULTRAS. Heheh! Nak buat camne ni? Siap time aku pergi keja tadi ada budak pakai mafela Malaysia chants lagu ULTRAS. Kinda cool huh?

Sori ayat – ayat di atas agak touchy. Aku agak lama tak update blog. But keep in touch guys. The best is yet to come. Kemenangan milik kita…

Malaysia, kami di sini Malaysia ~
Malaysia, hidup matiku Malaysia ~

-          E . i . j . I –

Mungkin tunang kau itu cantik, namun dia hanyalah sampah di mata aku.

Tuesday, December 21, 2010

Silat Shout Out – Supras Tempur Sedia?! Pesilat! Pasang! Mulai! Sorak!


ULTRAS MALAYA

Insan - insan yang selalu terlibat. Korang memang cool.

SUPRAS TEMPUR Beraksi

Bahang kehangatan Final AFF Piala Suzuki di antara musuh tradisi Malaysia dan Indonesia kian dirasai. Barisan Harimau Malaya giat berlatih demi menebus maruah dan martabat yang tercalar ketika perlawanan peringkat kumpulan tempoh hari. Dalam pada itu ULTRAS MALAYA dan penyokong – penyokong yang lain sibuk menjalani persiapan untuk menggempur Gelanggang Keramat Stadium Nasional Bukit Jalil. Ada yang tempah bas persiaran sampai 2 bijik. Ada yang sibuk carik jersi Malaysia kat Uptown. Ada yang kelam kabut jakun nak carik flare. Adoiii… Korang ni macam – macam perangai la. Papehal pun salutz untuk persiapan korang. Sangat – sangat cool. J

Ada sahabat – sahabat ULTRAS MALAYA yang tanya apa itu SUPRAS TEMPUR. J. Terima kasih kepada yang ingin mengambil tahu. Secara ringkasnya, jika dalam dunia bolasepak ada golongan penyokong yang dipanggil ULTRAS, di dalam dunia persilatan juga wujud golongan ini. Mereka digelar SUPRAS TEMPUR.

“ Nama gelaran tu macam ganas dan hebat je Abang Eiji? “

Kalian sedia maklum walaupun seni silat adalah warisan orang MELAYU, jarang ada penonton yang datang untuk memberikan sokongan di tepi gelanggang pertandingan silat dan ini amat – amat mengecewakan. Bukan kena bayar pun tengok tournament weh! Apada rakyat Malaysia! Maka untuk mengatasi masalah ini, pesilat – pesilat a.k.a SUPRAS TEMPUR yang turut bertanding akan bersorak dan memberi sokongan padu kepada rakan – rakan pesilat yang bertempur di dalam gelanggang.

Selain dari sorakan semangat, SUPRAS TEMPUR juga berfungsi untuk memecahkan mental lawan di samping memeriahkan gelanggang. Namun satu keunikan SUPRAS TEMPUR adalah ianya mempunyai sorakan memerli atau Trolling. Dan sorakan ini selalu ditujukan kepada wasit @ pengadil kejohanan yang dilihat berat sebelah ataupun leka ketika mengadili pertandingan. Cool huh?

Dan pada ketika ini, syukur Alhamdulillah SUPRAS TEMPUR dilihat sangat – sangat aktif dalam setiap pertandingan. Contoh – contoh SUPRAS yang agak terkenal masa kini adalah SUPRAS dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia ( UPNM ), Universiti Malaya ( UM ), Kolej Polytech Mara Bangi ( KPTM ), Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ), Universiti Teknologi Mara ( UiTM ), Universiti Kebangsaan Malaysia ( UKM ) dan lain – lain. Lain universiti lain la pula stail soraknya. Versatile beb! Bergantung kepada keadaan. Contohnya jika sorakan SUPRAS UPNM, sorakan mereka lebih kepada sorakan semangat ketenteraan. KPTM pula lebih berunsur kepada sorak puji memuji tapi tak ikhlas. Aku penah kena. Pecah mental beb!

So, kepada SUPRAS – SUPRAS, mungkin ini satu kelainan. Mungkin ini satu revolusi. Namun semua revolusi bermula dengan langkah pertama. Penuhkanlah Bukit Jalil 26 Disember ini dengan semangat silat kalian. Gegarkanlah Bukit Jalil dengan sorak semangat kalian. Tunjukkan kepada Malaysia bahawa pesilat – pesilat juga memiliki jatidiri yang tinggi. Kita bersorak bukan untuk pasukan Harimau Malaya sahaja tapi juga untuk maruah dan martabat Malaysia.

ULTRAS MALAYA, kami sebagai rakyat Malaysia tidak akan membiarkan kalian bersendiri lagi. Dalam perang tidak ada kejayaan yang diperoleh secara sendiri. Biarkanlah rakyat melihat sejauh mana kita mampu mengubah persepsi. ULTRAS MALAYA dan SUPRAS TEMPUR, kalianlah benteng pertahanan Sukan di MALAYSIA.

-          E . i . J . I –

Jangan dongak ke langit kalau takut silau sinaran sang mentari.


P/S : Tribute to rakan - rakan a.k.a SUPRAS, Reza, Hakim Al Khairid, Dega KPTM, Achap KPTM, Zizou Shah Alam, adik Puteri Kajang dan lain – lain. Andalah revolusi. Biarkanlah yang lain berbunyi. Kalian kenal diri sendiri.

Sunday, December 19, 2010

Silat Shout Out – I know I’m stronger by the day.

I'm here




Mesti korang pelik muka budak - budak ni macam baik je kan? Satu aku salute kat diorang, polis Banting carik diorang pun diorang boleh rilek je.


Lama aku tak jumpa mamat hamlau ni. Sihat ke dia?

Dengan pelbagai ujian dan dugaan yang datang menimpa dalam 3 bulan kebelakangan ni, aku sedar bahawa untuk menetapkan diri untuk merealisasikan sesuatu  matlamat adalah satu benda yang sukar. Secara jujur apabila aku berniat untuk kurus dan aktif bersilat seperti 2 – 3 tahun lepas, masa tu la ramai member – member yang berhati tulus nak belanja makan dan hang out. Aku tidak salahkan diorang, mungkin cuma hati aku yang tak tetap. Aku sangat – sangat fragile dengan kebaikan.

Dengan masa yang terhad untuk training silat, aku cuba sedaya menggunakan masa off hours kerja untuk training. Pada mulanya ianya berjalan agak lancar. Namun sekali lagi Allah menguji aku dengan cedera lutut kanan dan jangkitan Conjunctivitis pada mata sebelah kanan. Aku menjadi OKU part time lebih kurang 3 minggu dan ianya cukup derita. Dan kini aku rasa England Optical akan sangat – sangat gembira kerana mata kanan aku telah rabun sepenuhnya. Itu yang diorang memang harapkan selama ini. Duit gaji aku akan masuk ke poket kapitalis diorang sebab diorang rasa aku nak buat contact lens baru. Diorang silap… Aku akan biasakan diri dengan penyakit rabun ini.

Pada hari ini, aku rasa aku boleh kembali hidup seperti biasa. Mata aku dah bebas dari jangkitan. Kaki aku plak dah boleh sepak punching bag balik. Aku pun dah boleh jogging. Walaupun agak sakit sikit tapi aku still boleh tahan. Aku still boleh join tournament bulan 1 ni kalau Allah izinkan.

Terima kasih pada sahabat – sahabat silat yang gagah perkasa yang selalu mendoakan kesejahteraan aku. Terima kasih untuk kawan – kawan Ultras dan MMU yang cool dan slalu ajak aku lepak kat Jalan Taming dengan Al Rawsha. Terima kasih untuk member – member ofis yang rajin call dan SMS time larut malam. Dan tak ketinggalalan untuk musuh – musuh yang selalu sangat – sangat doakan aku mati, kalian gagal. Not this moment. Try again next time.

-          E . i . J . i –

Keep your friends close, keep your enemies closer and keep your enemy’s friend closest

Tribute untuk orang tersayang dan sahabat - sahabat yang selalu memberi aku kekuatan.

Football Shout Out – Ready guys, we going to paint Bukit Jalil yellow and black. And yes… It’s payback time.





Afiq yang memegang flare, yang bertanggungjawab membawa aku ke dalam dunia Ultras yang serba - serbi cool. Terima kasih sahabat.

Keeper negara Fahmi @ Apek dan Wan Bai. Kedua -duanya banyak berjasa dalam  bolasepak negara dan Serdang.


Aku kehabisan cara untuk memulakan entry. Biarlah aku mulakan dengan Bismillah dan Alhamdulillah, Segala puji bagi Allah, Penakluk sekalian alam. Pada kalian yang beragama Kristian, Hindu atau Buddha, kalian mungkin boleh berterima kasih kepada Jesus, Lord Murugan ataupun Sami Emas Bertujuh. Aku tak kisah sangat sebenarnya. Haha! Tidak kiralah kalian berpegang teguh kepada kepercayaan apapun, ketahuilah wahai rakyat Malaysia, bahawa Harimau Malaya kita telah berjaya ke final Piala AFF Suzuki setelah menanti selama 14 tahun. Kita berjaya mengalahkan juara bertahan Vietnam dengan aggregat 2 – 0.

Pada ketika ini, sahabat – sahabat Ultras Malaya masih bersorak riang dan berarak ( Macam Maal Hijrah dah ni… ) sekitar restoran Hakim Seksyen 7 Shah alam. Penyesalan masih berbekas di dalam hati kertas aku kerana tidak dapat ikut serta dalam komplot kali ni atas faktor cuaca yang tidak menentu dan faktor menunaikan fardu kifayah seperti kenduri kahwin rakan sebaya, khatam Quran dan lain – lain faktor. Aku hanya mampu bersorak di depan kaca LCD TV yang agak mengagumkan resolusinya. Tidak ada yang lebih penting sekarang melainkan menunaikan misi dan niat murni menggegar Stadium Nasional Bukit Jalil minggu depan, 26 Disember 2010.

Yang mana masih ada kertas terakhir peperiksaan SPM seperti adik Puteri Wahida dan Adik Aiman Tak Kisah, buatlah bersungguh – sungguh. Kalau taktau jawapan, korang try pejam mata dan tarik nafas, baca Bismillah dengan ayat Qursi pastu pandai – pandailah usha – usha panas jawapan orang sebelah. Yang mana bekerja keras mencari berpinggan – pinggan nasi seperti Wanbai dan Kimi Ustaz, siapkanlah kerja anda dan mintaklah cuti seawal mungkin supaya kes malang yang terjadi pada aku hari Rabu tempoh hari dapat dielakkan meskipun bos anda adalah Bonda anda sendiri. Tapi jika kalian tak dapat cuti, kalian janganlah mogok sehingga memungkinkan kalian beroleh notis 24jam cuti berterusan. Yang mana masih bercuti semester Universiti seperti Jeff dan Reza, rehatlah secukupnya. Suara kalian pastinya amat – amat diperlukan untuk memecah mental lawan di Bukit Jalil nanti.

Tidak kira siapapun lawan kita di final nanti, diharap Harimau Malaya akan terus berditerminasi dan fokus. Semestinya aku nak tengok Harimau kita melawan Indonesia di final untuk misi menebus maruah kita yang tercalar pada perlawanan kumpulan.

Tahniah sekali lagi Harimau Malaya. Dan terima kasih sekali lagi kerana memberi peluang kepada kami rakyat Malaysia untuk berkubu di Bukit Jalil minggu depan. Sesungguhnya kami akan sentiasa menjadi benteng kalian. Janganlah gentar dengan siapa pun lawan, kami kan ada sebagai peneman.

-          E . i . J . i –

Biarpun kaki kita diikat bumi, pastikan suara kita menggegar langit

P/S; Terima kasih pada Jeff Ultras yang bagi aku online updates perihal perilaku sahabat - sahabat LIVE dari restoran Hakim. Anda sangat- sangat cool.

Friday, December 17, 2010

Football Shout Out – Ultras Malaya, The Untold Story

Determinasi dari tulang - tulang belakang Ultras. Di mana semuanya bermula


Aku dan Kimi. Aku memang tidak suka diambil gambar. Tapi aku suka snap gambar orang lain. Haha!


Oh! Malaysia Engkau tetap dihati
Oh! Malaysia gunung sanggup didaki
Oh! Malaysia lautan kurenangi
Berjuang dan berbakti
Untuk Ibu Pertiwi

Oh! Malaysia tanah tumpah darahku
Kan ku korbankan nyawaku
Hidup mati untukmu

Malaysia!

Kegembiraan dan selebrasi masih berterusan. Ada yang terus – terusan chants sorakan semangat semasa kesibukan maksimas menyiapkan End Year Report pada waktu ofis. Ada yang jakun dan ligat meng ‘ add ‘ sahabat – sahabat Ultras kat Facebook. Ada yang macam nak gila dan kecewa akibat stok Jersi Pasukan Kebangsaan yang disurf secara online telah kehabisan dan SadakAllahulazim. Tidak kiralah bagaimanapun pelik dan hamjadah cara kalian untuk bergembira, kalian semua memang berhak meraikannya.

Pasukan bolasepak negara a.k.a Harimau Malaya telahpun berlepas ke Hanoi untuk perlawanan timbal balik Semi Final Piala AFF Suzuki hari Sabtu ini. Dan pada ketika artikel ini ditulis, aku sedang menasihati sahabat – sahabat Ultras yang hilang suara dan sakit pedih mata akibat chants dan terkena asap flare di Stadium Nasional Bukit Jalil tempoh hari untuk berehat secukupnya agar kesinambungan chants akan dapat diteruskan di gelanggang keramat stadium tertutup Restoran Hakim Seksyen 7 Shah Alam.nanti. Heheh! Jangan ada yang patah kerusi macam haritu dahlah. Sorang – sorang muka Ultras kene wanted nanti.

Namun, dari cerita yang aku dengar sendiri sahabat Ultras, untuk membina Ultras dari bawah sememangnya bukan kerja yang mudah. Namun hasilnya pada hari ini aku rasa ianya sangat – sangat berbaloi. Aku berharap dan berdoa keadaan ini akan berterusan sampai bila - bila. Jatuh bangun Harimau Malaya berada dalam tangan kalian semua, rakyat Malaysia. Dalam masa korang membelanjakan RM100++ untuk belanja awek korang makan Kenny Rogers, apelah salahnya korang bawak awek korang makan + saving untuk kawin kat Hakim Seksyen 7 sambil sorak untuk Malaysia sekali Sabtu ni. Dalam masa korang beratur panjang dan berbelanja RM50++ nak tengok wayang kat GSC MidValley dengan skandal tercinta, apelah salahnya korang beratur nak beli tiket final Piala AFF Suzuki kat Bukit Jalil nanti.  Apelah salahnya kalau korang guna duit yang korang dah save untuk beli Full Band Set Guitar Hero PS3 Version yang bernilai RM700++ ( Macam aku je… ) untuk membeli jersi original pasukan negara? Dan apelah salahnya korang guna RM100 yang korang selalu guna untuk bayarkan Broadband Celcom awek tak guna yang tak konfem – konfem jadi bini korang untuk beli mafela atau Tshirt Ultras. Kan ke bagus tu? Semuanya demi negara. BUKAN untuk Ultras.

APA??? Post aku kali ni tak kelakar? Ayat touching lebih? Guna frasa simpati? Haha! Sori la kengkawan. Aku touching tengok gambar kat bawah ni. Korang pandai – pandai la nilai. Hahaha! Lagi – lagi hari ni hari Jumaat. Semoga kalian beroleh keberkatan darinya. Dan berdoalah Harimau Malaya dapat meneruskan kecemerlangan esok sekaligus melangkah ke final. Tunggu kami Bukit Jalil. Kami tidak akan biarkan kau sepi lagi...

Kebangkitan ini tidak mampu disorok lagi.

Adik - adik. Kalian memang cool.

-          E. i . J . i –

Kau tidak perlu meniru aku untuk menjadi kita. Kita sama semuanya

Tribute to insan – insan yang menjadi tulang belakang Ultras. Anda tahu diri anda siapa. Terima kasih bukan ukuran untuk hasil seni kalian.

P/S : Kepada sesapa yang email @Gmail aku tentang Ultras, Aku bukanlah orang yang sepatutnya untuk menerangkannya pada kalian. Tapi boleh add YM aku heijivash00@yahoo.com. 

bloG BudDieS