Wednesday, April 29, 2009

oFfIcE sHoUtOuT - RaBu YaNg HaRu

Mak aiii.. Nak dekat seminggu aku tak update blog. Rasa macam baru je update blog smalam. Pas member dah sound baru la perasan. Iskh! Sori la kengkawan. Bz skit laa.. Nak onl9 kat ofis pun tak sempat - sempat.

Smalam aku banyak menghabiskan masa dengan berbual menerusi panggilan telefon dengan Amran, member aku yang tengah jakun main game Guitar Hero Metallica kat konsol Nintendo Wii. Nak cakap aku terer sangat pun tak la jugak. Aku cuma mampu berkongsi pengalaman dan skill. Tapi serius weh aku cakap, sekali korang dah main game ni, memang ketagih punya! So nasihat aku, main la game selagi tak ganggu keje korang. Jangan ada yang sampai tak siap assignment pulak...

Malam ni untuk Champions League - Manchester United lawan Arsenal pukul 230 pagi kat ESPN. Aku cam biasa la.. Tengok dari TV rumah je. Kalau zaman muda - muda dulu, rajinlah gak pegi NZ Wangsa Maju tengok bola kat situ sambil usha Fara Fauzana DJ Hot FM. Beliau pun rajin gak lepak situ. Aku juz boleh doa MU menang je la walaupun aku tau ramai kengkawan aku yang sokong Liverpool macam Epi, Pekju dengan Salleh yang sanggup siap boleh bangun tahajud malam sebab nak make sure MU kalah je! Apada.. Dengki ke? Kahkahkah!!!

Hari Rabu... Update yg cukup humble dari aku. Balik keje ni nak joging. Penat weh orang sound aku gemuk. Tensen..

Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar... Insyallah.

- Eiji -
Sebelum Lunch Hour

Thursday, April 23, 2009

FiNaL pArT EpISoD 1 NuAng ReVeNgE – pUnCaK nUaNg JaNgAn DiKeNaNg






Jalan punya jalan, tunggu punya tunggu, letih punya letih dan akhirnya lebih kurang pukul 3 lebih dekat – dekat pukul 4 aku a.k.a Abg Masak Nasi Mentah, Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai, Zack a.k.a Abg Kancil Turbo Mivec Compressor SE dan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah pun sampai di penempatan khemah kitorang kat Kem Lolo’. Aku tengok Amin a.k.a Chef Sardin dan Raja a.k.a Abg Bicep dah siap pakai kain lepak – lepak kat atas kanvas bawah pondok masak air (Dah sampai lama dah diorang ni! Bukan nak tunggu! Hamlau! Jalan pelan – pelan sudah!). Aku terus merebahkan badan atas kanvas untuk melepaskan penat yang teramat. Sampai jugak kitorang akhirnya… Penat jangan cerita. Kalau tak percaya tanya Dobong… Aku rasa Dobong pun penat nak jawab…

Petang menjelang, Amin a.k.a Chef Sardin menjalankan tugas – tugas murni dan suci seperti biasa, memasak sardine sebagai hidangan yang enak, lazat dan berkhasiat untuk disantak rakan seperjuangan. Dobong, aku dengan Afik pulak sibuk menyediakan Sisha berperisa anggur yang super lazat untuk dinikmati gara – gara kekecewaan maksimum akibat gagal membawa bekalan air bersih tahap mustakmal yang cukup untuk dieksploitasikan sebagai penapis sisha di puncak Nuang. Sambil – sambil layan sisha dan minum petang, kitorang menjadikan kecederaan rusuk Afik sebagai topik borak – borak kosong. Sian Afik… Lepas buat sisha beliau terbaring dalam khemah meratapi nasib malang menimpa diri. Memang sakit agaknya.. Apa nak jadi.. (Padan muka… Wahkahkah! Astagfirullah.. Insaf sesaat dua.)

Malam pun tiba, budak – budak Kelab Kembara UITM yang mendaki Nuang tadi dah turun dan mula memenuhi ruang tempat khemah kitorang. Masing – masing membuat hal sendiri tanpa mempedulikan kitorang yang melakukan pemanasan global dan mewangikan alam sekitar dengan asap sisha berperisa anggur dan oren. Namun, gelagat kitorang menggamit beberapa orang ahli lelaki Kelab Kembara UITM tersebut untuk join kitorang melayan sisha di bawah pondok sekaligus merapatkan ukhwah dan hubungan silaturrahim sesama Islam.

Sambil berkongsi cerita tentang kejakunan sampai di puncak Nuang, tetiba kedengaran la hiruk pikuk memecah suasana. Ada budak pompuan Kelab Kembara UITM terseliuh kaki masa turun dari puncak (Padan muka jugak.. Kahkahkah! Astagfirullah..) Keriangan dan kekecohan kitorang berborak diteruskan hingga ke lewat malam… Malam terakhir kitorang di Nuang…

Bersambung Episod 2

Wednesday, April 22, 2009

PaRt 10 LeDaNg ShOwDoWn – PunCaK lEdAnG MaRuAh dIjUlAnG






Setelah berhempas pulas memanjat tali, meredah belukar yang tebal dan merentas lurah menuju ke puncak Ledang dalam keadaan gelap, samar dan kelam pada subuh yang hening dan dingin, sambil ditemani masalah – masalah kesihatan sekunder seperti mengantuk tak hengat (Ni masalah aku), kaki cramp (Ni masalah aku dengan Adam), henfon takde coverage (Ni masalah untuk Izzat je. Wahkahkahkah! Sibuk nak SMS dinda tercinta kata dah sampai kat puncak!), pancit dan sengal – sengal otot, kitorang dengan suksesnya berjaya memijak tanah puncak Ledang yang berketinggian 1276 meter ataupun 4187 kaki di atas paras laut. Kitorang memanjatkan syukur kepada Allah kerana memelihara pendakian kitorang dengan selamat dan bergaya tanpa sebarang bala bencana (Adam siap sujud syukur kat puncak weh! Syukur maksimum!). Alhamdulillah…

Keadaan di puncak time ni sangatlah sejuk! (Beruang Kutub pun blum tentu bley survive camni! Wahahaha). Dengan angin dan kabus yang kuat melampau dan tak terkawal, kitorang cuba untuk menyesuaikan diri dalam keadaan habitat yang serba ekstrim ni. Sape – sape yg rabun pakai spek tu dah start bukak spek yg disaluti kabus sebab memang tak nampak apa – apa. Papehal pun, masing – masing teruja dengan keupayaan diri berjaya memanjat Ledang sampai ke puncak. Satu pencapaian maksimum bagi insan – insan yang terhad masanya untuk melakukan aktiviti semacam ini angkara jadual kerja dan study yang tidak menentu.

Tanpa membuang masa, aku pun menjalankan tugas jurukamera part time tidak bergaji menggunakan Digicam Sony Cybershot 7. 2 MP milik aku yang banyak berjasa untuk mengabadikan gambar - gambar kengkawan yang melakukan pelbagai aksi melampau yang menunjukkan diorang jakun semasa di puncak. Kitorang makin teruja bila matahari mulai terbit di ufuk timur. Subhanallah.. Mana lagi nak tengok view cantik camni ( Slalu bangun lambat time tengahari bila la nak tengok matahari terbit! Hahaha!).

Sementara itu, Amin a.k.a Chef Sardin memulakan tugas beliau memasak Maggi perisa kari di puncak Ledang untuk santapan kengkawan dengan pertolongan Pijan a.k.a Abg Rim Sukan dan Has. Dengan pemandangan puncak yang memukau kat puncak ni, makan apa – apa pun sedap weh! Aku, Izzat, Raja, Zul dan Adam plak masih dalam sesi bergambar untuk tatapan umum. Kualiti gambar agak tidak memuaskan kerana kabus yang tebal dan tidak nipis. Dengan ini jugak aku memasang tekad untuk mendaki Ledang di masa akan datang untuk memperbaiki kualiti gambar. Insyallah, kalau Allah izinkan…

Kepuasan sampai ke puncak Ledang diteruskan. Bukan selalu dapat daki gunung ni. Masing – masing hanyut dalam keseronokan sampai di puncak. Kan best kalau dapat layan Pro Evolution Soccer 2009 PS2 Edition atas puncak (Mana nak dapat plug weh! Pastu sambil layan sisha… Iskh!! Lagi best kalau…

Bersambung…

Monday, April 20, 2009

oFfIcE sHouToUt - HaRi IsNiN YaNg SeMbAp

Macam biasa, hari Isnin tiba macam biasa. Hari permulaan segalanya. Hari yang membuatkan bebudak sekolah merengek - rengek taknak pegi skolah sebab dah 2 hari cuti. Hari yang membuatkan pekerja - pekerja sektor awam dan swasta menyumpah - menyumpah sebab sangkut dalam jem time pegi keja. Hari yang membuatkan sume orang tensen - tensen. Aku jugak tak terkecuali...

Aku? Korang tanya aku buat apa? Aku baru je balik dari Kursus Pengkhataman Keris kat Pengkalan Balak, Melaka. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Citer banyak tak guna weh... Memang penat maksimum. Tapi kira ok la aku still leh bangun pegi keja. Papehal next time aku akan cuba share dengan korang pengalaman aku time berkhatam keris.

Penat gile hari ni. Otak tak fresh nak buat keja. Next time sambung lagi kengkawan.. Kesempurnaan datang dari Allah jua.

- tRiBute To TeAm GaYonG sElANgOl AdiB n ZiZO -(tHaNx ANtA aKu BaLik)

Thursday, April 16, 2009

fOoTBaLl sHouTouT - MaN U rOcKs!!


FC Porto 0-1 Manchester United

Cristiano Ronaldo's goal left Sir Alex Ferguson to go clash with Arsene Wenger for a place in the Champions League Final.

The emergence of Chelsea and Liverpool may have taken the edge off battles between Manchester United and Arsenal over the past few years.

But the renewal of hostilities promises to be almost as spectacular as the Ronaldo strike that created it.

The sixth-minute effort was his 20th goal of the season and only his second in the Champions League since completing that astonishing haul of 42 in last year's final in Moscow.

There was certainly no doubting it was worthy of winning any game, and earning United the accolade of becoming the first English team to beat Porto on their own ground.

Courtesy from espnstar.com

Wednesday, April 15, 2009

oFfIcE sHouToUt - kEbEnArAn PaTuT DiCaRi, KeBeNaRaN tIDaK mUnCuL SenDiRi


Hari ini tak sama macam semalam.. Hari ni aku kurang sihat sikit. Cuaca yang tak bape nak menentu kejap ujan kejap panas membuatkan aku selsema dan batuk - batuk. Mungkin badan aku tak mendapat rehat yang cukup. Tapi nak buat camne... Sakit - sakit pun kene datang ofis jugak. Kerja itu tanggungjawab.. Kene buat weh! Gaji! Korang plak tengah buat apa? Buat Assignment? Final Year Project? Tengok site? Tido kat surau ofis? Mehlah kita merangsang sel - sel otak kita dengan berfikir sejenak.

Persoalan yg aku nak bangkitkan hari ini adalah : Adakah logik seorang pemuda gagah perkasa berumur 24 tahun diLIWAT oleh seorang warga emas berusia separuh abad?


Sebelum aku kupas lebih lanjut, aku nak bawak korang mengembara masa balik ke tahun 2001. Masa tu aku menghabiskan pembelajaran tahun akhir aku di sekolah menengah harian biasa di Slim River, Perak. Ada kes berlaku di situ di mana seorang remaja lelaki berumur 19 tahun putus jari kelingking akibat digigit oleh seorang budak perempuan berusia 11 tahun (tak mumaiyiz pun lagi!) Ini terjadi akibat tindakbalas budak perempuan itu apabila diperas ugut oleh remaja lelaki tersebut... Haaa! Apa cerita?

So, aku dapat simpulkan di sini adalah, tak kira korang selemah mana, sebesar mana, semuda mana.. Kalau korang dalam bahaya mesti korang akan bertindakbalas terhadap setiap bala bencana yang korang hadapi dalam hidup. So kita berbalik kepada kes liwat tadi. Kalau orang nak datang pegang badan pastu nak liwat, takkan la nak biar je kan? Lainlah kalau rela. Paling minima pun yg boleh dibuat adalah jerit... Tu pun dah kira abis ikhtiar la tu. Kira paling keji la.. Paling bodoh la tu.

So, kepada yang kononnya diliwat, benti la cuba membuktikan anda diliwat. Sekali dengar macam logik. 2 kali dengar dah macam kurang percaya. 3 kali dengar macam orang bingai pun ada. Seolah - olah anda merayu "Wahai rakyat Malaysia, tolonglah percaya aku kene liwat weh!".. Apada..

Aku tidak bias kepada sesape... Aku jugak tak berniat menjadi Detektif Conan membongkar misteri bagaimana kejadian liwat itu terjadi.. Jauh sekali menjadi CSI. Cuma mahu mencari logik akal supaya manusia lebih bijak berfikir... Insyallah..

FoOtBaLl ShoUToUt : LiVeRpOoL oH LiVeRpOoL PaRt 2


Chelsea FC 4-4 Liverpool FC

Chelsea denied Liverpool the glory of another European comeback to reach the semi-finals of the Champions League.

pArT 9 LeDaNg ShoWdOwN – MeNuJu PunCaK GeMiLaNg CaHaYa MeNgUkir CiTa SeInDaH RaSa





Kabus tebal penuh menghiasi ruang campsite kitorang. Keadaan yang sejuk angkara hujan berterusan memberi dugaan yang maha berat kepada kitorang yang rata – ratanya mempunyai reputasi susah nak bangun kalau dah tido. Tapi misi memanjat puncak Ledang untuk melihat kebesaran Allahu Rabbi menerbitkan mentari di ufuk timur harus diteruskan. Amin a.k.a Chef Sardin menasihatkan kitorang membawa barang seminima mungkin. Pada masa ini juga Raja a.k.a Abg Bicep berpeluang menunjukkan potensi sebenar lampu kepala a.k.a headlamp bernilai rm18 yang aku tolong belikan di Uptown Seksyen 24 Shah Alam untuk menerangi liku – liku pendakian ke puncak yang gelap dan kelam.

Lebih kurang pukul 5 pagi..

Dengan lafaz bismillah dan sedikit doa pelindung pelindung perjalanan, kitorang a.k.a Circle Of Trust membuka langkah meneruskan pendakian ke Puncak Ledang. Memang takleh dinafikan kitorang memang mengantuk tahap maksimum (lagi – lagi aku. Tido pukul bape malam tadi weh!). Tanpa stretching yang cukup sebelum pendakian tadi, aku dah mula mengalami kesukaran mendaki. Lutut dengan pelipat kaki dah start sakit – sakit. Paru – paru plak meronta – ronta mintak oksigen… Aku tengok Adam a.k.a Abg Rxz Open camtu. Ucop pun lebih kurang jugak. Kengkawan lain takde problem aku tengok… Sume gerak laju je.

Kegelapan dan kabus menjadikan pendakian kitorang lebih sukar dan mencabar. Ada time – time tertentu sampai aku terhantuk kepala kat dahan pokok. Pergh!!! Sakitnya jangan cerita! Aku terajang pokok tu sedas dua bagi hati aku puas. Time ni aku dengan Adam berganti – ganti menjadi sweeper part time kat belakang sekali angkara pancit yang tidak menentu. Adam tetap dengan pendirian tegas dan kerek beliau supaya kengkawan lain yang berstamina tinggi jalan dulu. Pendirian kerek Adam menarik perhatian Amin a.k.a Chef Sardin untuk menemani perjalanan beliau kat belakang… Izzat pun turut serta dalam usaha menemani insan – insan yang kurang stamina.

Batu – batu dan curam Gunung Ledang yang berusia ratusan tahun lamanya terus kitorang daki. Abang Mi a.k.a Abg Calf Mantap memberitahu kitorang dah tak jauh dari puncak. Pendakian menjadi lebih sukar apabila kitorang terpaksa memanjat tangga – tangga besi a.k.a tangga bomba dan tali yang licin akibat embun. Memang gayat kalau korang tengok bawah weh! Nasihat aku, takyahlah tengok bawah… Takut korang tak jadi naik je.

Beberapa langkah lagi sebelum sampai ke puncak. Aku dan kengkawan lain dah tak sabar nak memijak lantai Puncak Ledang… Beberapa langkah lagi untuk menyempurnakan misi...

Tuesday, April 14, 2009

PaRt 8 LeDaNg sHowDoWn – MaLaM sEriBu ErTi unTuK iNsAn BeRBuDi






Sang Petir sabung – menyabung di langit yang tujuh. Sang Guruh berdentum di angkasa. Sang Angin bertiup padu dan kencang. Sang Hujan pula turun dengan lebat tanpa sebarang belas kasihan kepada makhluk – makhluk bumi. Hujan yang turun tanpa sebarang amaran dan tanda. Hujan yang memberi seribu satu erti dan maksud pada sesiapa yang mahu berfikir tentang kehebatan sang Pencipta. Hujan yang memberi gusar dan bimbang pada insan yang bersifat tipikal nyata . Hujan yang memberi tenang pada individu yang mencari pengalaman yang penuh makna. Ketika ini suasana di campsite GLC 6 menjadi sangat – sangat sejuk dan kritikal. Team Circle Of Trust sudah lena dibuai mimpi… Bertemankan irama panggilan unggas – unggas rimba seperti cengkerik dan katak puru yang mencari teman meneruskan generasi agar tidak pupus ditelan arus modenisasi.

Kali ini Adam a.k.a Abg RXZ Open bernasib baik kerana beliau turut membawa selimut. Beliau tido lena. Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang yang tido – tido ayam masih menanti SMS dari dinda tercinta. Pijan, Has, Ucop dan Amin tido nyenyak di bawah pondok Guide tanpa mempedulikan tempias air hujan yang mencurah – curah (bukan ke ladang gandum!). Masing – masing dah tido… Tinggallah aku seorang diri bersama imaginasi.

Bukan aku taknak tido, tapi mengikut pesan cikgu silat aku, Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti, inilah waktunya yang sesuai untuk mentafsir diri. Waktu yang sesuai untuk memahami hati. Waktu yang sesuai untuk mencari erti. Untuk mencari ilmu yang tersirat di sebalik malam. Aku mula memikirkan sesuatu yang berada di luar kotak fikiran. Aku mula memberi izin kepada hutan untuk bersuara… Apa yang aku dapat biarlah aku yang tahu.

Hujan terus turun dengan lebat… air hujan mula memasuki khemah yang didiami oleh aku, Raja dan Boy budak Guide. Kaki aku dah basah di dalam takungan air. Aku cuba melelapkan mata di bawah kondisi suasana sejuk yang ekstrim. Aku mula berfikir rancangan pendakian ke puncak pada awal pagi akan gagal akibat hujan… Tapi nak buat apa fikir banyak - banyak. Serahkan saja pada yang Maha Mengetahui… Doa tido dibaca. Bismillah..

Bersambung…

Monday, April 13, 2009

pArT 7 LeDaNg ShoWdOwN – nIkMaT, BerkAt DaN RaHmAt






Alhamdulillah, berkat sabar, tabah, semangat serta iltizam yang tinggi dan tak berbelah bagi, aku dan kengkawan yang lain selamat sampai kat campsite 6 ataupun lebih dikenali sebagai GLC 6 dengan jayanya (Akhirnya!). Time ni Amin.a.k.a Chef Sardin, Ucop a.k.a Pengerusi Gayong dan Pijan a.k.a Abg Rim Sukan yang diamanahkan untuk memasak makan malam dah start masak. Aku, Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang, Raja a.k.a Abg Bicep dan Adam a.k.a Abg Stamina Tiada Penghujung pulak mengambil kesempatan ni untuk bermandi manda merehatkan diri dalam air yang sejuk segar (Bukan dari ladang) tak jauh dari campsite kitorang (Adam siap leh tido dalam air. Satu rekod baru telah dicipta. Kahkahkah!). Hilang semua penat mendaki tadi…

Habis merehat dan merilekskan badan angkara penat mendaki, kitorang pun pegilah usha – usha alam sekeliling yang terhidang ni campsite ni. Apa yang menarik perhatian aku time kat campsite ni adalah pemandangannya yang cukup cantik sayup - sayup mata memandang. Rasa terlalu kerdil diri aku ni di sisi Allah (Aku jelah, bebudak lain aku taktau la diorang fikir apa). Lantas tanpa membuang lebih banyak masa, aku dan kengkawan lain pun mengabadikan beberapa pose panas menggunakan Sony Cybershot 7.2 MP aku yang banyak berjasa untuk tatapan keluarga, saudara mara, jiran sebelah rumah, makcik kantin, pengunjung blog dan yang terpenting… Dobong a.k.a Abg telur Goreng Berempah. Napelah ko tak ikut Dobong… Rugi… Rugi.

Malam menjelma, dan inilah waktunya yang aku tunggu – tunggu. Inilah detiknya yang menjadi objektif utama mengapa Raja a.k.a Abg Bicep bersetuju untuk mendaki Ledang tanpa rasa ragu – ragu dan bimbang. Inilah saatnya yang akan membuatkan Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah rasa menyesal tak sudah kerana mengikut arahan lecturer tak bertimbangrasa menyiapkan FYP dan tak ikut serta memanjat Ledang. Inilah minitnya Izzat a.k.a Abg Pecah Lobang sedar pendakian ini lebih bermakna dari sekadar memandang. Inilah masanya sejarah dicipta di Gunung Ledang… Waktu Sisha telah tiba! Dengan perasa Honeydew dan Anggur jenama Al - Fakeh dicampur bersama di dalam tembikar dan digaul secara manual menggunakan jari – jemari lembut berinai menggunakan tekanan minima dan sekata, dengan menggunakan air sungai yang sejuk semulajadi dari Gunung Ledang sebagai penapis asap membara, dengan arang yang dibakar menggunakan suhu 90 darjah selsius 6 minit lamanya, Sisha yang ulung rasanya telah siap dan sedia untuk dinikmati bersama. Perasaan puas dan best yang tak dapat digambarkan semasa melayan sisha dan makan malam bersama kengkawan sambil berchit – chat tentang cabaran pendakian ke puncak pada esok yang bakal tiba. Kitorang telah sebulat suara dan sepakat membawa berkat untuk mendaki ke puncak awal pagi esok untuk menyaksikan matahari terbit di puncak Ledang. Satu pengalaman baru yang menjanjikan 1001 cabaran. 1001 dugaan yang memberikan kepuasan. 1001 ujian yang menenangkan.

Keseronokan melayan sisha diteruskan hingga ke awal pagi… Muka kengkawan sume dah layu. Ada yang dah membuta dalam khemah Tinggallah aku, Raja dan Boy budak guide mengharungi kesejukan malam…

Bersambung..

bloG BudDieS