Monday, July 19, 2010

Life Shout Out - Shattered pieces, My heart and some familiar face on the mirror...



Assalamualaikum

" It is  those who believe and confuse not their beliefs with wrong - that are ( truly ) in security, for they are on ( right ) guidance. "

                              - Surah Al An'am, ayat 82 -

Alhamdulillah, Allah yang Maha Esa masih memberi belas meminjamkan aku beberapa hela nafas memberi ruang untuk aku sedar yang tidak ada satu benda pun di dalam dunia yang kekal untuk dimiliki. Biarpun kawan, teman wanita ataupun kesihatan, semuanya hanya pinjaman belaka. Apa yang tinggal? Tanyalah hati. Boleh kan?

Setiap kesilapan yang kita buat dalam hidup adalah untuk membuatkan lebih bijak untuk menempuh kehidupan dalam masa mendatang. Kadang - kadang kita sebagai manusia akan sentiasa menyalahkan takdir dalam pelbagai perkara sedangkan kita tak pernah berusaha sebaik mungkin ataupun berdoa kepada - Nya supaya memberikan kita kemudahan dalam kehidupan.

Kita sebagai manusia perlu sedar yang kita takkan mampu nak memuaskan hati semua orang. Dengan menjadikan nafsu fana dunia sebagai petunjuk, adakah kita sedar kita terpesong dari jalan yang sepatutnya?

Dah pukul 4 pagi, dah boleh sahur dah ni kut. Tangan kanan aku sangat - sangat sakit. Bisa rasanya. Sori la kalau nampak macam aku ni kuat merungut tapi tangan kanan aku betul - betul sakit. Try tuam dengan ais nanti ok la kut.

Cubalah untuk tersenyum dalam setiap dugaan yang Allah bagi wahai Mohd Arif...

- E . i . J . I -

Hanya mati yang tiada ubat...

p / s : Aku tak pernah malu untuk pakai jersi Belanda.

No comments:

bloG BudDieS