Thursday, June 11, 2009

OfFiCe ShOuToUt – SiShA, SeSeDaP rAsA sEeNaK MaTa



Pelbagai manusia memenuhi meja. Pelbagai saiz tua dan muda. Suasana bising gegak gempita. Pelbagai kisah pelbagai cerita. Tapi itu bukan soalnya. Ada sesuatu menarik mata. Menjadi kegemaran setiap jejaka. Pelbagai corak pelbagai warna. Pelbagai perisa serta aroma. Asap yang wangi berkepulan di udara... Sisha yang lazat diberi nama.

Sisha, satu lagi senario yang dilihat menjadi satu trend atau ikutan sejak akhir – akhir ni. Pelbagai tanggapan dan perspektif yang kurang elok dan hina dilemparkan kepada penggemar sisha yang jati. Tidak cukup setakat itu, media arus perdana juga tak ketinggalan untuk terus menghentam keras perkhidmatan sisha secara meluas di premis – premis mainstream. Apa kejadahnya semua ni? Takde keje lain dah nak buat ke? Iskhh!

Sebenarnya Sisha bukanlah teruk sepertimana yang digambarkan secara 3D oleh pihak – pihak tertentu. Dalam kesibukan kita sehari – sehari mencari rezeki yang halal, tidak salah rasanya jika kita surf internet mencari sedikit info di Wikipedia tentang Sisha yang kontroversi ni. Secara basic, Sisha adalah satu balang kaca berisi air pelbagai saiz yang mengeluarkan asap yang berbau wangi dan harum hasil pembakaran isi buah – buahan yang dikeringkan dengan arang yang diperbuat dari campuran kayu dan bahan – bahan lain. Boleh ikut setakat ni? Tak faham sila angkat tangan ye…

So, dari mana datangnya mudarat Sisha? Kalau korang tanya aku, memang aku akan terus terang cakap dari asap Sisha yang tebal dan berkepul – kepul tu. Konfem – konfem Karbon Dioksida! Tapi itu jelah bahaya Sisha yang aku boleh nampak dan study. Ramai orang beranggapan Sisha ni sama macam rokok tapi ianya 2 benda yang sangat berbeza! Aku taknak la jadi poster kesihatan yang ditampal kat dinding – dinding klinik atau hospital untuk mendidik korang tentang bahaya rokok (Lu pikirlah sendiri!). Sisha tidak mempunyai Tar, racun tikus ataupun nikotin seperti rokok! Ianya pure buah – buahan. Cuma takde vitamin je…

Bukan niat aku untuk membela komuniti penggemar Sisha, tapi diorang cuma taknak disamatarafkan dengan perokok. 80 persen penggemar Sisha adalah individu yang tidak merokok dan melayan Sisha adalah aktiviti di waktu lapang diorang. Kalau korang tengok kat tepi flavor a.k.a perisa Sisha tu, ada tertulis ‘contain 2% niccotyne’. Nape dia tulis camtu? Pengilang Sisha di Egypt tu kene letakkan perasa Sisha ni di bawah kategori benda – benda bernikotin kalau tidak perisa Sisha ni takleh diekspot ke Malaysia. Begitulah adanya…

Walaubagaimanapun, aku tak menafikan Sisha ni still ada kemudaratan. So kepada penggemar Sisha, aku galakkan korang untuk banyak minum air suam untuk menjaga kesihatan (Badan kita ni nak pakai lama weh!). Kepada kengkawan yang kurang faham tentang Sisha, aku harap dengan artikel ni korang leh memahami sedikit sebanyak tentang Sisha. Insyallah… So apa lagi? Jom lepak Sisha Arab Ampang kengkawan! Haha!


Tribute to Badrul Alfian bin Tajudin . Luqman Al Fared bin Mohd Nor . Mohd Nordin bin Narawi . Brother Faiz .

P/S : Trimas banyak – banyak kat Abg Al – Fakher Uptown 24 Shah Alam.


Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- E . I . J . I -

No comments:

bloG BudDieS