Friday, June 5, 2009
OfFiCe sHoUtOut – UlTiMaTe SchOoL hOlIdAyS fOr DuMmIeS – PolIs SenTri a.k.a PolicE aNd ThieF
Cuti sekolah tiba lagi setelah sekian lama. Waktu yang paling dinanti – nantikan setiap individu yang memakai seragam sekolah yang formal dan berjenama. Banyak rancangan diatur yang pasti menjanjikan kegembiraan dan kepuasan di jiwa. Namun ada di antaranya yang tidak sedap dipandang mata. Ada yang lepak di The Mines Wonderland meluah kata - kata cinta. Ada yang shuffle – shuffle di Times Square untuk menarik perhatian semua. Ada yang Wheelie – wheelie motor EX5 kononnya hebat sentiasa. Namun ada juga yang membanting tulang untuk membantu keluarga… Syukur pada yang Esa.
Kembali ke tahun 90 –an. Jauh dari hiruk pikuk kota yang yang membebankan. Jauh dari pencemaran bunyi Playstation Portable dan Nintendo DS yang diidam – diidamkan. Jauh dari Decoder Astro warna kelabu yang mempunyai terlalu banyak siaran. Jauh dari umur dewasa yang pasti memberi tekanan. Hanya skill dan semangat yang diperlukan… Di masa kebijaksanaan menjadi keperluan. Maruah diletak sebagai taruhan. Setiakawan dijadikan asas pegangan. Hanya masa menjadi batasan…
Hah!( Penat buat intro weh! Haha!) Korang pernah main Polis Sentri a.k.a Police and Thief? Rata – rata bebudak skang dah lupa dah dengan permainan yang penuh dengan thrill ni! Ianya bermula seawal pukul 730 pagi ( Time aku kecik – kecik dulu, aku bangun awal weh!). Permainan Polis Sentri ni akan dimulakan dengan pembahagian 2 kumpulan iaitu Polis dan Pencuri. Team Polis akan mencari Team Pencuri manakala Team Pencuri plak akan menyorok ataupun lari lintang pukang dengan sedaya upaya dari dijumpai Team Polis. Permainan ini tidak terhad kepada bilangan ahli tertentu kerana kadangkala bilangan ahli permainan ini mampu menjangkau kepada 20 orang dalam satu – satu masa! Permainan ini khas untuk bebudak umur 12 tahun ke bawah je!Pada sesapa yang tak boleh bayangkan macam mana permainan ni berfungsi, sila rujuk permainan Counter Strike ataupun Paintball. Lebih kurang aje…
Permainan pun bermula! Team Pencuri pun lari bagai nak gila ke seluruh arah. Dijumpai Team Polis adalah perkara yang terakhir untuk dilakukan! Team Polis pula merancang strategi ulung menangkap Pencuri durjana!. Aku taktau la korang main game ni camne, tapi kalau kat kampung aku, kawasan permainan a.k.a peperangan kitorang ni menjangkau hampir 5 kilometer melibatkan hampir 120 buah rumah, 4 buah lorong, sebuah padang bolasepak dan 4 buah kebun pelbagai tanaman! ( Sebab tu time kecik aku kurus! Penat weh main game ni! ) Pada tika dan saat ini, Team Pencuri telah berpecah ke tempat - tempat yang random. Ada yang menyorok atas bumbung rumah penduduk kampung. Ada yang menyorok dalam kolong parit berisi ikan – ikan sepat kecil. Ada yang menyorok dalam toilet surau dan ada yang menyorok di tempat yang paling horror, semak samun! Semak samun yang memberikan habitat selesa kepada lebih 30 spesis binatang seperti ular sawa batik, ular senduk berbisa, biawak kaler hijau yang licik dan banyak lagi… Memang thrill!
Team Polis menggunakan segala medium yang ada seperti basikal, informasi dari orang kampung dan intuisi (Time ni mana ada Google Map weh! Semuanya cari manual je!) Apa yang diperlukan hanya sedikit kesabaran. Menjumpai seorang Pencuri kadang – kadang sudah memadai. Permainan ini seringkali mempunyai kejutan (Macam Akademi Fantasi jugak! Kahkah!). Terlalu banyak situasi yang sukar diramal. Dan kadangkala permainan ini menjadi lebih kotor dari rancangan genius General Krantz nak menangkap Micheal Scofield dalam citer Prison Break tu! Apabila seseorang individu dari Team Pencuri berjaya diberkas, Team Polis akan menawarkan makanan ( Aiskrim, Lollipop dan Jajan a.k.a Snek Rangup), Imuniti dan penghormatan jika si Pencuri malang membantu Team Polis mencari Pencuri yang lain. Dan ianya selalu berhasil. Pengkhianatan dan pemanipulasian rancak memenuhi plot permainan budak – budak kampung kuno ni…
Semua yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugak permainan ni. Permainan ini akan berakhir bila semua ahli Team Pencuri berjaya diberkas dan giliran permainan akan bertukar. Permainan ini juga akan berakhir bila azan maghrib dilaungkan atau mak kepada ahli permainan mula menjerit suruh balik dan mandi. Begitulah adanya… Tidak ada yang kekal.
Sungguhpun begitu, permainan ini sudah mula dilupakan. Budak – budak zaman skang lebih memilih cyber café untuk menghabiskan masa. Kawan – kawan sekampung tidak penting lagi kerana mereka menjumpai kawan – kawan yang menarik di Facebook dan Myspace. Permainan ini akan pupus dimakan zaman... yang tinggal hanya kenangan.
- Tribute to my nephews Faris and Ieman. Jangan main PSP selalu sangat.. -
Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…
- E . I . J . I -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment