Thursday, May 21, 2009

OfFiCe ShOuToUt - FoOBall aNyOne? :-)



Bolasepak. Satu permainan yang dipenuhi skill, kepantasan dan kebijaksanaan. Permainan yang mampu mencetuskan kegembiraan, kesedihan dan keterujaan untuk seluruh dunia. Ianya universal dan bercakap dalam satu bahasa yang difahami semua.

Persoalannya, ada faedah ke tengok bola ni? Rata - ratanya girlfriend dan isteri – isteri lelaki di Malaysia memang tak suka suami atau boyfriend diorang tengok bola. Apsal weh? Takde faedah? Buang masa? Kacau family korang tengok Akademi Fantasia?

Fakta benar yang pahit dan payau untuk diterima secara ikhlas. Memang takde faedah langsung pun! Terjerit – jerit depan TV sampai ilang suara! Pastu bagi instruction macam player tu dengar apa yang kita cakap! Ketika itu, para lelaki akan berada dalam keadaan separa statik tanpa mempedulikan apa yang berlaku di persekitaran. Setuju? Tak setuju? Rileks! Tenang! Dan bawak mengucap! Jangan pukul, terajang, tempeleng aku dulu ataupun keluarkan kata – kata berbaur kesat dan provokatif. Aku pun tak setuju sebenarnya dengan fakta tu! Berat untuk aku terima dan akui.. Dan hakikatnya sebenarnya jugak, banyak faedah yang kita boleh dapat dari rancangan yang memaparkan pertarungan 22 orang manusia merebut sebiji bola tu. Hahaha!

Dengan menonton bolasepak, stress a.k.a tekanan yg dihadapi oleh para lelaki boleh dilepaskan contohnya seperti tekanan sebab kena marah dengan bos, moto pancit, girlfriend main SMS dengan suami orang, masalah kewangan ataupun apa – apa masalah yang boleh membuat korang menumbuk cermin toilet sampai pecah ataupun pijak kereta remote control member korang. Adrenaline ataupun keterujaan angkara menonton bolasepak (Ataupun apa – apa aktiviti) dibuktikan boleh menghilangkan tekanan dan menstabilkan peredaran darah. Amacam? :-)

Aku taktau la lelaki lain camne, tapi dengan tengok bolasepak ni jugak boleh merapatkan silaturrahim dan persahabatan yang sedia ada. Lepak – lepak kat NZ Wangsa Maju, Desa Sri Hartamas, CafĂ© Ali UIA ataupun di mana – mana, senario tengok bolasepak beramai – ramai ni mencetuskan perkongsian pendapat dan keseronokan sesama member. Best weh lepak – lepak ni.

So kengkawan, tak salah untuk bagi boyfriend atau suami korang tengok bolasepak tapi jangan sampai lupakan tanggungjawab pada Allah dan untuk manusia jugak. Bukan selalu pun kan? Takdehal punyalah! So, sama – sama la kita tengok Final Champions League di antara Manchester United dengan Barcelona 28 Mei nanti. Tak kisahlah korang sokong pasukan yang mana, bahasa bolasepak cuma satu. Gol!!!!!!!

Khas untuk kengkawan yang sefikiran dan sama – sama susah dan senang menipu awek masing – masing nak tengok bola. Kahkahkah!!!


Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- e I j I -

No comments:

bloG BudDieS