Wednesday, May 6, 2009

oFFiCe sHoUToUt - HaSaD dEnGkI PeROsAk dIrI

Hari Rabu yang biasa dan pasti. Di luar jendela cuaca cerah tak berapa nak cerah dan gelap tak berapa nak gelap seakan - akan sukar untuk difahami. Cuaca yang membolehkan semua insan menjalankan tugas dan tanggungjawab masing - masing untuk kesenangan diri. Di dalam ofis kedengaran sayup - sayup bunyi kesibukan jari - jemari manis Cik Lina Sang Secretary menaip dokumen - dokumen yang dikejar dateline yang menanti... Kusyuk sungguh nampaknya beliau menaip. Macam tengah chatting YM pun ada (Hmmm... harus disiasat ni). Kak Sariah plak still tak menyibuk dalam bilik aku macam biasa. Aman sikit aku nak buat kerja. Huh? Kerja? Aku? Aku terlalu bz dengan kerja - kerja manual tanpa menggunakan PC atau Laptop. Dah masuk 5 hari aku tak onl9. Dan 5 hari jugaklah aku miss sebarang benda yang berlaku dalam dunia internet penuh mencabar ni (Jap... 5 hari ke? Cam lebih je!). Blog pun dah seminggu lamanya tak update. :-(Sori sangat kengkawan.) Untuk Nuang Revenge dan Ledang Showdown, bukan aku taknak update tapi pendrive aku yang mengandungi gambar - gambar yang berkaitan dengan XPDC tersebut telah patah, pecah dan musnah. Aku masih dalam proses meng'recover' data - data tersebut. So harap maklum. Segala kesulitan amat - amatlah dikesali.

Berkaitan dengan tajuk di atas, apakah yang dimaksudkan dengan 'DENGKI' kengkawan? Dengki ini secara umumnya bermaksud cemburu ataupun kurang senang dengan sesuatu. Untuk lebih memahami 'dengki' ini, aku nak bawak korang ke minggu lepas di mana kejadian dengki ini terjadi. Pada masa itu aku berada di salah sebuah perhentian bas dan teksi untuk untuk menunggu kepulangan anak sedara aku. Sambil - sambil menunggu, kedengaranlah perbualan 2 orang pakcik yang agak berumur yang 'kononnya' pemandu teksi ataupun 'Prebet Sapu'. Untuk teladan dan sempadan, aku akan sensor mana - mana perkataan yang tidak sesuai.

Pakcik 1 : Woit sial! Lama dah ko sampai? (Salam pun tak bagi! Islam la konon! Buat Malu je! )

Pakcik 2 : Baru je sampai dari Klang. Hantar Budak Bangla balik... Lepas la duit minyak aku...

Pakcik 1 : Aku blum dapat apa lagi ni. Ni sume pasal si sial tu la! ( Sambil memuncungkan mulut ke arah seorang pakcik pemandu teksi yang sebenar)

Pakcik 2 : Laa.. Apa yang si tua tu buat? Ko cerita sikit.

Pakcik 1 : Ada satu malam tu, ada budak indon nak balik umah dia, aku offer la dia harga rm25 pastu si sial tu offer rm18. Melepas duit free aku! Kalau aku tipu indon tu pun dia bukannya tau! Memang celaka!

Pakcik 2 : Kahkah! Ko tau menipu je! Mana rezeki nak lekat.

Pakcik 1 : Aku dengar si celaka tua tu tak puas hati dengan aku. Aku ni memanglah nampak biasa camni. Tapi kalau tak puas hati bolehlah datang pecah umah aku. Bawak Abg Ngah, Abg Long pe sume! Kita tengok sapa yang masuk kubur dulu.

Pakcik 2 : Eleh ko ni! Cakap macam bagus. Dulu punya kes apesal ko tak pecahkan pale die?

Pakcik 1 : Masa tu aku kesian kat die lagi. Anak bini ramai. Skang ni aku ilang sabar dah! Abes duit penumpang sume die sapu! Aku nak makan apa?

Pakcik 2 : Kesian ke ko takut? Kahkah!

Pakcik 1 : Setakat si tua tu, aku jentik je! Aritu aku dapat telefon baru ko tau!

Pakcik 2 : Mana ko dapat?

Pakcik 1 : Ada penumpang tu tertinggal. Dah rezeki aku kut. Aku kebas je la!

So, that's it folks. Korang mampu menilai. 2 orang pakcik tua yang bekerja sebagai prebet sapu tu berjaya membuktikan kat aku umur yg lebih tua bukanlah lesen untuk rasa diri itu lebih bagus. Kalau kita bukak sikit minda kita untuk memikirkan benda - benda yang remeh, insyallah kita akan dapat sedikit manfaat untuk petunjuk kehidupan. Nasihat aku, kalau nak cemburu, biarlah cemburu tu menjadikan diri kita lebih baik. Tak baik dengki - dengki orang. Buat apa? Kumpul kawan lagi bagus...Sampai sini dulu.

Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar... Insyallah.

-EiJi-

MoOd BeRgEmBiRa dI AtAs KeMeNaNgAn MaNchEsTeR UnItEd

2 comments:

Anonymous said...

melayu memang selalu begitu...cina sesangatlah selfish... melayu semua bagai ader... bukan prejudis tapi pernah mengalaminya sendiri... cemburu pada yang tak patut untuk dicemburui... berlagak bila tak layak nak berlagak, perasan bagus biler tak bagus langsung, tunjuk pandai tetapi sebenarnya membodohkan diri... orang yang macam ni adalah orang yang sangat2 low self-esteem n rasa insecure terhadap orang lain... well muhasabah diri tu ek... terima jer aper yang mampu kiter buat n ader... rezeki masing bukan Allah bagi rezeki berebut... usaha yang penting...

3viL X eIjI said...

btul tu sgt2..

takkan bile kita nak dipaksa berubah baru nak sedar..

apa ada dengan melayu?klu melayu perangai busuk?

pk la sendiri..

bloG BudDieS