Wednesday, August 26, 2009

OfFiCe sHoUtOuT – SyAbAs baRiSaN NaSioNaL



Senyap sunyi kejap Malaysia bumi bertuah ni. Gendang kempen pilihanraya berenti dicanang. Pakcik – pakcik yang lepak di kedai kopi di malam hari mula mencari kehidupan yang lain. Anak – anak muda yang belajar di universiti tersenyum puas mengejek. Semuanya berpunca dari satu perkara yang ultimate yang telah dijangka semua insan termasuk makcik – makcik Felda. BN a.k.a Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kekalahan mereka di N11 Permatang Pasir.

Dengan kejayaan BN mengekalkan kekalahan tragis ini, keputusan kecemerlangan BN kini terus meningkat ke 7 – 0. Serentak dengan kejayaan ini, internet seluruh Malaysia ini menjadi lembap semacam. Nak download anime pun susah. Penat gak aku sound budak technician ofis aku pasal masalah ni tapi diorang tetap tak dapat buat apa – apa.

Kepada Parti Pas, jadikan ‘kekalahan’ ini sebagai amanah dari rakyat demi mewujudkan rakyat yang pintar dan jauh dari kemungkaran Insyallah.

Syabas kepada BN sekali lagi. Teruskan kecemerlangan anda…

Imam Leman, jangan baca surah panjang – panjang time terawih nanti.

- E. I . J . I -

RaMaDhAn ShOuToUt : PuAsA Oh PuAsA




Hari ni, 26 Ogos 2009 bersamaan dengan 5 Ramadhan dan sekaligus secara matematik rawak dah masuk 5 hari kita Umat Islam menjalani ibadah puasa. Namun di kala insan lain bersemangat berpuasa dan mengembungkan tembolok dengan juadah berbuka yang pelbagai dan beraneka, aku hanya mampu merenung diorang dengan perasaan cemburu yang menggila. Aku hanya mampu berbuka puasa dengan air suam dan buah kurma. Ramadhan ini menjadi medan aku menguji ketahanan fizikal dan mental aku untuk kurus seperti sediakala… Tak kira apa orang lain kata, insyallah niat tulus di hati ini menjadi penguat diri mengharung masa.

Roti John yang menjadi kegemaran aku di bulan Ramadhan terpaksa aku lupakan. Air tebu dan soya yang lemak manis juga terpaksa aku tinggalkan. Harga diri untuk kurus adalah menjadi keutamaan aku ketika ini. Bila mengenangkan baju jersi Werden Bremen fit size Original yang dihadiahkan abang aku, aku terus tambah semangat untuk terus berdiet tanpa mengira risiko. Jersi ketat penunjuk dada bidang itu akan aku pakai dengan penuh rasa bangga bila aku kurus nanti.

Lantak pilah dengan Murtabak Ayam Cik Mail . Pedulilah dengan Ayam Percik Berempah Abang Azmi. Hampuslah dengan Air Soya Acik Enon. Aku kene kuatkan tekad. Kalau aku tak kurus skang bila lagi?

Maafkan saya wahai makcik – makcik dan pakcik - pakcik bazaar Ramadhan. Kita jumpa tahun depan… Insyallah time tu saya dah kurus. Jangan lupakan saya.

Tulus Ikhlas Dari Anak Bulan yang tulen…

- e . I . J . I -

Tuesday, August 18, 2009

oFfIcE sHOuToUT - NoW iTs My tWiN sIs tuRn... H1N1.

Aku tak pernah mention pasal benda ni sebab dah ramai sangat orang mention. Tapi yang pelik even dah terlalu ramai orang mention pun Kementerian Kesihatan still buat bodo je! Skang ni mangsa terbaru H1N1 adalah adik kembar aku sendiri, Siti Arifah.

Adik kembar aku ni pun jenis kuat berjalan. Minggu ni pegi panjat gunung dengan bebudak Unitar. Next week pegi masuk hutan dengan bebudak ofis. 2 minggu sebelum tu pegi mane ntah...

Untuk kawan - kawan, doakan la yang terbaik untuk adik kembar aku tu. Even aku tak suka sangat dengan perangai kuat mengadu die tu, die adik aku gak kan?

Jadikan apa yang berlaku pada hari ni iktibar untuk korang. H1N1 ni leh kena kat sesapa je. Mungkin esok kena kat jiran korang yang selalu curik - curik baca surat korang kan? Manalah tau..

- e . I . j . I -

Tak Perlu Terbang Untuk Sampai Ke Langit

Monday, August 17, 2009

OfFiCe shOuToUT – SaHaBaT dAn KaWaN, pEnErAng JaLaN






Kelihatan 2 orang kanak – kanak kecil yang comel berlari – lari di atas jambatan. Bergelak ketawa tanpa sebarang kerisauan. Memegang joran berjanji setia untuk memancing ikan untuk dimakan buat santapan. Suka dan duka dikongsi sakan. Masa yang ada jadi sandaran. Detik yang lepas jadi harapan. Agar teman yang ada disia jangan… Kawan.

Apa maksud KAWAN atau SAHABAT bagi korang? Adakah cukup seseorang itu dipanggil kawan bila belanja korang makan Set Lunch Hour Combo kat McD? Ataupun bagi korang pinjam buku sifir untuk membantu menjawab soalan - soalan sukar Add Math SPM sebab buku sifir korang habis reput dimakan air mesin basuh yang bergelora akibat perbuatan khianat adik tercinta yang belum mumaiyiz? ( Time aku amik SPM dulu mane bley pakai kalkulator saintifik weh…) Ataupun bagi korang pinjam keta Savvy yang keras permukaannya untuk dibawak dating bersama orang tercinta dalam waktu yang ditetapkan? Hmmm…

Definisi kawan itu terlalu subjektif. Seseorang kawan atau sahabat itu tidak perlu mengucap “aku sayang ko weh” ataupun “aku akan ada untuk kau” untuk menunjukkan beliau seorang kawan yang baik. Cukuplah sekadar menepuk bahu ataupun usik – usik sikit. Seseorang kawan itu juga tidak perlu bertanya untuk mengetahui status diri kita sihat, ada duit ke tak ataupun baru clash ke apa. Cukuplah dengan mengatakan “ Rilek – rilek je dahlah weh”…

Dengan tidak mengira latar belakang kita ataupun harta yang kita miliki, seseorang kawan yang baik akan tetap menerima kita seadanya dengan tidak mengira keadaan dan situasi. Sebarang perbezaan dan kontra yang wujud tidak penting dalam menilai sebuah persahabatan. Cukuplah dengan memahami faedah dan keseronokan dalam persahabatan. Sebarang konflik atau salah faham tidak akan menjadi soal jika maksud persahabatan itu sendiri dapat dihalusi…

Bape ramai kawan korang yang boleh tau birthday bapak korang? Bape ramai yang sure boleh datang time korang sakit sebab H1N1? Bape ramai yang boleh jemput korang time moto korang abes minyak kat highway MRR2? Bape ramai yang boleh backup korang time nak kene cepuk kat Campbell? Dan bape ramai yang boleh sembahyangkan jenazah korang bila sampai masanya nanti?

Belajarlah menghargai sebuah persahabatan. Syukurilah setiap detik yang korang share dengan kawan – kawan. Namun ingatlah, kita tak mampu puaskan hati semua orang tapi cukuplah asalkan kita tau kita dah buat yang terbaik. Berkawanlah sampai seribu…

Kau Tak Perlu Menjadi Aku Untuk Menjadi Kita

- E . I . j . I –

Tribute to Arwah Ikram (1984 – 2001), Rafik, Akim, Ciwed ( Lukman Al – Fared), Hafiz Chubeng, Epi, sahabat – sahabat segunung dan sesilat MMU dan sahabat – sahabat yang aku pernah ada.

' Circle Of Trust '
Fun, Flexible , Freestyle

Wednesday, August 12, 2009

oFfIcE sHouToUT - haRi YaNg SaMa NaMun BoRiNg YaNg BerLaInAn




Aku senyum sekejap bila baca paper Sinar Harian hari ni. Ada satu kolum yang mengatakan ( Korang carik sendiri la kolum yang mana. Belajar berdikari sikit. Takkan sume nak kena suap!) dengan mendirikan sembahyang boleh menghilangkan masalah mati pucuk! Dan ini telahpun dibuktikan dengan kajian saintifik. So? Ada alasan lagi ke nak tinggalkan sembahyang? Ahahaha! Takkan benda yang wajib pun nak kena tinggal – tinggal kan?

Minggu depan Abah tercinta dan mak tiri aku nak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah sekaligus memberi peratusan peluang yang tinggi untuk aku melenjan kereta Merz C200 beliau secara lebih kerap. Hehehe! Aku harapkan beliau sihat – sihat je semasa menunaikan umrah. Dah 66 tahun dah umur abah aku ni tapi Alhamdulillah beliau still mampu dan cergas untuk melakukan ibadat.

Kalau korang perasan, aku jarang sikit update blog skang. Bukan taknak update tapi external harddisk aku yang memuatkan gambar – gambar aktiviti aku crash lagi. Tensen gak la kengkadang. Tapi skang dah ok dah. So boleh la update blog macam biasa dan kongsi dengan korang apa – apa yang patut.

Minggu ni jugak aku diajak secara ekslusif oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open untuk join mendaki Gunung Datuk. Memula tu fikir 2 – 3 kali jugak tapi bila tau je Raja a.k.a Abg Bicep pun ikut, aku rasa aku patut join. Bukan apa, bila dah kerja ni, aku memang kurang aktiviti – aktiviti outdoor. Nak turun Kuantan training silat pun tak menyempat – nyempat. So, peluang camni aku memang tak patut lepaskan. Dobong a.k.a Abg Telur Goreng berempah pun macam dah konfem nak ikut sama.

Aku masih tension dengan kekalahan MU kepada Chelsea dalam Community Shield hari Ahad lepas. Aku masih ragu – ragu dengan prestasi MU untuk kekalkan title liga. Hmmm… Tapi yang syoknya, EPL season ni start bulan puasa so harap – harapnya aku taklah tertinggal solat tarawikh tahun ni. Insyallah..

- e . I . j . I –

Tak Perlu Pantas Untuk Sampai Dulu -

PaRt SpeCiAl EpIsOd 5 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg






Amanah Mahaguru Sakti Dijunjung Tinggi

Bunyi ringtone handphone berjenama Sony Ericsson milik Fidzrul mulai bising memecah suasana hening subuh dingin yang mampu memberi lena pada sapa – sapa yang masih kusyuk membuta. Namun bunyi bising itu ternyata tidak mampu memberi efek pada makhluk – makhluk yang tido lena di homestay ini. Semuanya lena diulit mimpi masing – masing. Lena yang disebabkan dari kepenatan dan kerajinan mengemas pejabat Gayong malam hingga ke pagi...

Handphone Fidzrul terus - terusan mengeluarkan berbunyi bising yang nyaring. Memang annoying bunyinya… Tanpa perlu mengambil keizinan tuan empunya handphone aku pun terus jawap panggilan phone tersebut untuk menghilangkan kekalutan yang melanda. Panggilan itu adalah dari Yani, salah sorang dari pesilat UTP yang turut join Majlis Mandi Minyak a.k.a Majlis Ilmu kejap lagi. Beliau bertanyakan tentang informasi Majlis Ilmu dan aku menjawab apa yang perlu dan sepatutnya. Setelah diamati, rupa – rupanya Yani adalah insan yang kukenali setahun lepas di internet tapi belum pernah bersua muka… Dan inilah masanya. Hehehe...

Selaku senior yang paling matang ( Dan paling tua jugak ), aku mengambil keputusan untuk terus mandi dan bersiap – siap untuk ke Majlis Ilmu. Setelah habis mandi dan bersiap aku, Amir dan Fidzrul terus ke Dewan Orang Ramai Simpang Pulai, tempat di mana Majlis Ilmu akan diadakan. Bila sampai je, aku dapati dewan tu dah dipenuhi dengan anak – anak Gayong yang datang dari seluruh pelusuk negara. Dan diri ini amat bangga kerana menjadi salah seorang dari peserta Majlis Ilmu ni.

Dah sampai ni kenalah daftar nama. Takkan nak main gasing plak kan? So time tengah – tengah daftar tu, ada satu aura yang sudah tak asing lagi. Aura yang membuatkan suasana menjadi statik seketika. Rupa - rupanya pendekar Ariffin dari Pahang sudah tiba sambil ditemani isteri tercinta serta pengawal peribadi merangkap anak murid kesayangannya, Ahyad. Dan masa nilah aku memang super konfem yang cikgu Ariffin ni glemer sebenarnya tapi saja – saja je buat tak glemer dan cool… Hmmmpphh!

Selepas tu, tanpa terus membuang masa lagi, Cikgu Amin Hamzah selaku peneraju Silat Seni Gayong Perak terus memberi taklimat untuk para peserta Majlis Ilmu. Ada satu – satu masa, beliau sebak bila mengenangkan Arwah Dato Mahaguru yang telah pergi namun beliau bangga apabila beliau masih diberi peluang dan masa untuk meneruskan amanat Arwah Mahaguru. Aku pun tumpang sebak jugak… Tapi kene cover – cover gak la.

Majlis Ilmu akan bermula sekejap lagi… Aku terus kusyuk memerhatikan alam sekeliling sambil mencari isi untuk disumbat ke dalam blog. Dan ia sudah bermula...

Bersambung

- e . I . j . I -

- Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku -

oFfIcE sHOuToUT - KecAnTiKaN SeBaGaI PaNdUAn PeNeNtU KeBaHaGiAaN?

Kecantikan merupakan satu anugerah Allah kepada makhluknya yang tak ternilai. Kecantikan akan membawa kemusnahan kepada sesiapa yang lalai. Kecantikan terus –terusan memberi ujian hingga si mangsa jatuh rebah terkulai. Terpulang pada kita untuk berfikir secara pintar dan pandai… Andai…

Sape – sape pun akan riak dan bangga kalau dapat kekasih hati yang cantik dan indah paras rupa. Yang punya bentuk badan sempurna. Yang mampu melempar senyuman semanis gula hingga diri terbang ke syurga? Tapi, mampu ke beri bahagia?

Pada sape – sape yang rasa diri itu cantik ataupun kacak, bersyukurlah dengan pemberian yang Allah beri pinjaman. Pada aku, kecantikan itu sangat – sangat subjektif. Kecantikan datang dari pelbagai sumber. Ada yang datang dari tingkah laku. Ada yang datang dari sifat. Dan ada juga kecantikan yang datang dari faktor X yang kita sendiri pun tak pasti dari mana datangnya cantik itu. Setiap orang ada pandangan sendiri kan? Sukati koranglah nak fikir macam mana… Takde sape pun nak halang.

Untuk sape – sape yang rasa diri itu tidak cantik atau hodoh, tak perlulah gusar nak terus meneka apa penerimaan orang lain terhadap apa yang kita mampu tunjukkan. Sesungguhnya ciptaan Allah itu sentiasa mempunyai keistimewaan pada sesiapa yang mahu berfikir.

Tidak ada manusia yang sempurna serba serbi. Kesempurnaan tu hanya datang pada empunya diri yang redha dan pintar untuk bersyukur. Insyallah…

- Tribute to my x Kusess junior Norafidah Arsat yang akan mendirikan rumahtangga minggu ni (Sori sis, Abg takleh datang. Ada misi mengenali diri). This post also goes to Siti Hafizah Zaini wherever you are… -

There’s a hole in my heart that I can’t patch

- E . I . J . I –

NiAtKu SenTiaSa MeNdAhUlUi GeRakKu

Friday, August 7, 2009

PaRt SpeCiAl EpIsOd 4 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg






Indah Syurga Membuka Mata

Abes je borak – borak kosong dan minum – minum untuk menghilangkan penat lelah durjana kitorang pun terus naik ke pejabat Gayong untuk menghabiskan saki baki sesi menghias pejabat untuk mentransformasikan pejabat supaya kelihatan menarik dan ceria. Pengalaman aku sebagai Ketua Kebersihan bersampin khas semasa di sekolah rendah agama menjadikan kerja menghias ni mudah dan efisien.

Hari sudah menjelang subuh. Kitorang a.k.a Pasukan Penghias Pejabat dah tak larat meneruskan kerja – kerja menghias. Kak Ila a.k.a Akak Pengurusan dengan murah hati memberikan kitorang kebenaran untuk tidur di homestay sebab gusar dan bimbang kitorang akan menyepahkan pejabat yang telah dikemas. Abes je packing – packing barang untuk ke homestay, aku sempat memandang ke arah cikgu Amin Hamzah yang masih tidak kelihatan mengantuk berborak dengan cikgu Azizan dan bro Saiful Hakim… Ralit sangat nampaknya.

Perjalanan kitorang ke homestay mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menggunakan Kancil Turbo Fidzrul (Dia kata dengan aku dia pinjam keta ni kat senior dia… Ntahlah). Sesampainya kitorang kat homestay, masing – masing menunjukkan rasa kagum sebab rumah homestay ni memiliki serba - serbi kelengkapan dan gadget. Tanpa terus membuang masa, aku, Amir a.k.a Abg Kuarantin dan Fidzrul a.k.a Abg Jurus Wajib terus me’reserve’ bilik yang terbaik untuk diduduki. Selaku insan yang lebih senior, kitorang mampu dan berhak menggunakan kuasa veto untuk mengawal keadaan.

Akibat boring, aku pun bukak la laptop untuk menonton movie. Aku jugak ditemani oleh bebudak junior UTP yang boring akibat saluran TV yang bercelaru kat homestay tu (Harap TV je besar gedabak!) Masing – masing pun kusyuk la tengok citer SAW 4 yang aku pasang. Kegilaan menengok movie diteruskan hingga ke awal pagi sehinggalah…

Bersambung lagi…

Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku

bloG BudDieS