Wednesday, August 26, 2009

OfFiCe sHoUtOuT – SyAbAs baRiSaN NaSioNaL



Senyap sunyi kejap Malaysia bumi bertuah ni. Gendang kempen pilihanraya berenti dicanang. Pakcik – pakcik yang lepak di kedai kopi di malam hari mula mencari kehidupan yang lain. Anak – anak muda yang belajar di universiti tersenyum puas mengejek. Semuanya berpunca dari satu perkara yang ultimate yang telah dijangka semua insan termasuk makcik – makcik Felda. BN a.k.a Barisan Nasional telah berjaya mengekalkan kekalahan mereka di N11 Permatang Pasir.

Dengan kejayaan BN mengekalkan kekalahan tragis ini, keputusan kecemerlangan BN kini terus meningkat ke 7 – 0. Serentak dengan kejayaan ini, internet seluruh Malaysia ini menjadi lembap semacam. Nak download anime pun susah. Penat gak aku sound budak technician ofis aku pasal masalah ni tapi diorang tetap tak dapat buat apa – apa.

Kepada Parti Pas, jadikan ‘kekalahan’ ini sebagai amanah dari rakyat demi mewujudkan rakyat yang pintar dan jauh dari kemungkaran Insyallah.

Syabas kepada BN sekali lagi. Teruskan kecemerlangan anda…

Imam Leman, jangan baca surah panjang – panjang time terawih nanti.

- E. I . J . I -

No comments:

bloG BudDieS