Wednesday, August 12, 2009
oFfIcE sHouToUT - haRi YaNg SaMa NaMun BoRiNg YaNg BerLaInAn
Aku senyum sekejap bila baca paper Sinar Harian hari ni. Ada satu kolum yang mengatakan ( Korang carik sendiri la kolum yang mana. Belajar berdikari sikit. Takkan sume nak kena suap!) dengan mendirikan sembahyang boleh menghilangkan masalah mati pucuk! Dan ini telahpun dibuktikan dengan kajian saintifik. So? Ada alasan lagi ke nak tinggalkan sembahyang? Ahahaha! Takkan benda yang wajib pun nak kena tinggal – tinggal kan?
Minggu depan Abah tercinta dan mak tiri aku nak berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan Umrah sekaligus memberi peratusan peluang yang tinggi untuk aku melenjan kereta Merz C200 beliau secara lebih kerap. Hehehe! Aku harapkan beliau sihat – sihat je semasa menunaikan umrah. Dah 66 tahun dah umur abah aku ni tapi Alhamdulillah beliau still mampu dan cergas untuk melakukan ibadat.
Kalau korang perasan, aku jarang sikit update blog skang. Bukan taknak update tapi external harddisk aku yang memuatkan gambar – gambar aktiviti aku crash lagi. Tensen gak la kengkadang. Tapi skang dah ok dah. So boleh la update blog macam biasa dan kongsi dengan korang apa – apa yang patut.
Minggu ni jugak aku diajak secara ekslusif oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open untuk join mendaki Gunung Datuk. Memula tu fikir 2 – 3 kali jugak tapi bila tau je Raja a.k.a Abg Bicep pun ikut, aku rasa aku patut join. Bukan apa, bila dah kerja ni, aku memang kurang aktiviti – aktiviti outdoor. Nak turun Kuantan training silat pun tak menyempat – nyempat. So, peluang camni aku memang tak patut lepaskan. Dobong a.k.a Abg Telur Goreng berempah pun macam dah konfem nak ikut sama.
Aku masih tension dengan kekalahan MU kepada Chelsea dalam Community Shield hari Ahad lepas. Aku masih ragu – ragu dengan prestasi MU untuk kekalkan title liga. Hmmm… Tapi yang syoknya, EPL season ni start bulan puasa so harap – harapnya aku taklah tertinggal solat tarawikh tahun ni. Insyallah..
- e . I . j . I –
Tak Perlu Pantas Untuk Sampai Dulu -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment