Wednesday, August 12, 2009

PaRt SpeCiAl EpIsOd 5 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg






Amanah Mahaguru Sakti Dijunjung Tinggi

Bunyi ringtone handphone berjenama Sony Ericsson milik Fidzrul mulai bising memecah suasana hening subuh dingin yang mampu memberi lena pada sapa – sapa yang masih kusyuk membuta. Namun bunyi bising itu ternyata tidak mampu memberi efek pada makhluk – makhluk yang tido lena di homestay ini. Semuanya lena diulit mimpi masing – masing. Lena yang disebabkan dari kepenatan dan kerajinan mengemas pejabat Gayong malam hingga ke pagi...

Handphone Fidzrul terus - terusan mengeluarkan berbunyi bising yang nyaring. Memang annoying bunyinya… Tanpa perlu mengambil keizinan tuan empunya handphone aku pun terus jawap panggilan phone tersebut untuk menghilangkan kekalutan yang melanda. Panggilan itu adalah dari Yani, salah sorang dari pesilat UTP yang turut join Majlis Mandi Minyak a.k.a Majlis Ilmu kejap lagi. Beliau bertanyakan tentang informasi Majlis Ilmu dan aku menjawab apa yang perlu dan sepatutnya. Setelah diamati, rupa – rupanya Yani adalah insan yang kukenali setahun lepas di internet tapi belum pernah bersua muka… Dan inilah masanya. Hehehe...

Selaku senior yang paling matang ( Dan paling tua jugak ), aku mengambil keputusan untuk terus mandi dan bersiap – siap untuk ke Majlis Ilmu. Setelah habis mandi dan bersiap aku, Amir dan Fidzrul terus ke Dewan Orang Ramai Simpang Pulai, tempat di mana Majlis Ilmu akan diadakan. Bila sampai je, aku dapati dewan tu dah dipenuhi dengan anak – anak Gayong yang datang dari seluruh pelusuk negara. Dan diri ini amat bangga kerana menjadi salah seorang dari peserta Majlis Ilmu ni.

Dah sampai ni kenalah daftar nama. Takkan nak main gasing plak kan? So time tengah – tengah daftar tu, ada satu aura yang sudah tak asing lagi. Aura yang membuatkan suasana menjadi statik seketika. Rupa - rupanya pendekar Ariffin dari Pahang sudah tiba sambil ditemani isteri tercinta serta pengawal peribadi merangkap anak murid kesayangannya, Ahyad. Dan masa nilah aku memang super konfem yang cikgu Ariffin ni glemer sebenarnya tapi saja – saja je buat tak glemer dan cool… Hmmmpphh!

Selepas tu, tanpa terus membuang masa lagi, Cikgu Amin Hamzah selaku peneraju Silat Seni Gayong Perak terus memberi taklimat untuk para peserta Majlis Ilmu. Ada satu – satu masa, beliau sebak bila mengenangkan Arwah Dato Mahaguru yang telah pergi namun beliau bangga apabila beliau masih diberi peluang dan masa untuk meneruskan amanat Arwah Mahaguru. Aku pun tumpang sebak jugak… Tapi kene cover – cover gak la.

Majlis Ilmu akan bermula sekejap lagi… Aku terus kusyuk memerhatikan alam sekeliling sambil mencari isi untuk disumbat ke dalam blog. Dan ia sudah bermula...

Bersambung

- e . I . j . I -

- Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku -

No comments:

bloG BudDieS