Wednesday, October 7, 2009

Episod 1 : Maruah Yang Hilang

Cerita ini hanya rekaan semata – mata. Kesamaan nama watak, tempat dan situasi hanya kebetulan. Ianya tidak berkaitan dengan hidup ataupun yang mati. Yang pengsan pun tidak ada kena mengena jugak. Harap maklum.

Di satu petang yang hening, mendung, dansedikit gerimis. Angin bertiup kencang. Seolah – olah memahami keadaan insan - insan yang sedih, pedih, kecewa dan putus harapan. Ia juga turut memberi kesyukuran dan kegembiraan kepada insan - insan yang tahu menerima dan redha pada setiap ujian dari - Nya. Namun tidak semua insan mempunyai fikiran yang serupa… Namun…


“ Hoit! Udah - udah le tu! Mati pulak budak tu kang! Cepuk pun budjet – budget la… ”, tegah Adi. Timbul pula sedikit rasa kasihan di hati Adi melihat badan kecil Amer dipukul, dibelasah dan dipijak – dipijak seperti lantai mozek oleh Reza dan Aswad, kawan – kawannya yang berikrar mahu sehidup, semati dan sekubur. Sahabat yang kononnya sudah berjanji untuk menempuh segala rintangan dan halangan bersama. Curi Pelam Wak Sakor pun sama - sama, curi selipar kat surau pun sama – sama hatta kena rotan akibat meniru semasa peperiksaan percubaan SPM dengan cikgu disiplin Maa’rof pun sama – sama… Entahlah, Kahwin pun sama – sama agaknya.

“ Aku tak klimaks lagi cepuk budak ni! Makin aku tengok muka kerek perasan bagus dia, makin menyerlah lak semangat perjuangan mencepuk ini! Semangatku terus membara bak api! Jangan tak cepuk! Kahkahkah!”, Aswad meneruskan penyeksaan ke atas Amer dengan gelak tawa riang. Memukul Amer sudah menjadi rutin hariannya. Pantang ada peluang, habis badan Amer menjadi punching – bag percuma.

“ Sudahlah Di! Nak sound – sound gua dan Aswad pesal? Konon baik sangat la lu tu! Lu nak jadi budak baik dan sopan lu pegi pusat pemulihan akhlak! Banyak lagi katil kosong! Kahkah! Tadi masa lu pukul budak Amer ni, lu siap pijak – pijak kepala dia! Time turn gua pukul, lu nak suruh gua kesian plak! Di manakah keadilan? Panas btul gua! Tapi takpe, nasib baik gua memiliki budak Amer ni. Bley gua lepaskan rindu dendam dan geram gua! Hulur sikit muka kiut miut lu tu Amer. Ok, posture muka dah btul, pastu tolong senyum sikit ye, pastu… Hambik!!!”, sedas lagi tumbukan padu maut Reza hinggap tepat di muka Amer yang pucat. Darah mula membuak – buak keluar dari hidung Amer. Tumbukan yang dianggap Reza menjadi kelebihannya selama ini. Tumbukan yang membolehkan Reza diangkat sebagai samseng sekolah secara rasmi. Gelaran yang kononnya begitu bermakna dan bereputasi untuk dimiliki.

“ Aku bukan taknak join korang pukul si mangkuk ni dan tambahkan penderitaan beliau. Tapi kalau korang pukul si Amer mangkuk ni sampai mati hari ni, esok kita nak pukul siapa plak? Cuba korang fikir dan renungkan - renungkan...”, kembang kempis hidung pesek Adi menahan bangga mengeluarkan statement yang kononnya bernas dan sesuai mengikut situasi.

“ Btul gak cakap si Adi gagap ni. Dahlah geng. Kita gerak ar. Dah nak pukul 3 dah ni. Lunch hour! Gua dah sangap lapar plak ni. On the way balik kita singgah kedai Karim makan nasi goreng. Penat siut badan gua! Berpeluh – peluh! Kira exercise sihat la untuk kita. Macam study subjek pendidikan jasmani jugak bila kita tibai si Amer mangkuk ni! Kena buat tiap – tiap hari kalau camni! Baru stamina fit! Kahkah! Jom gerak geng! Biarkan si mangkuk tu!”, Kata Reza selamba. Ketiga – tiga mereka berlalu pergi dengan berkongsi kegembiraan dengan menceritakan keseronokan memukul Amer. Kegembiraan yang membuat mereka lalai dan lupa dengan balasan karma dan takdir. Kegembiraan yang bersifat sementara…

Amer hanya mampu tertiarap merenung tanah. Pasir, rumput dan batu - batu di belakang sekolah seolah – olah sudah menjadi teman sejatinya. Inilah tempat yang saban hari menjadi saksi dirinya menjadi mangsa belasahan Reza, Aswad dan Adi. Dirinya sudah lali dipukul. Sakit dan lebam akibat dipukul tidaklah seberapa jika dibanding dengan pedih maruah yang dilanggar dan tercalar. Maruah yang sepatutnya dijunjung tinggi dengan megah. Tapi dengan situasi dirinya yang begini, apalah mampu dilakukannya. Bukan kehendak dirinya untuk tidak membalas setiap penumbuk dan sepak terajang Reza dan kawan – kawannya tetapi jika dia membalas, pasti lebih teruk lagi balasannya dari Reza and Co. Biarlah, kalau ini ujian untuknya, Amer redha.

Darah yang membasahi muka dikesat dengan uniform sekolah yang kusam dan kotor. Amer bangun dan melangkah longlai. Fikirannya kabur. Kosong. Kelam…

1 comment:

Anonymous said...

apa lg wat movie la. hahahhaha

bloG BudDieS