Sunday, February 28, 2010

WeEkEnD sHoUtOuT – It’s Been A While…


                                                                   Skatepark Kuantan





                                                          Ollie Bluntside di Lumut Park



                                                                         Cyberjaya



                                                                           Lisa



                                                            Dah kahwin dah ko Lisa...

Lama dah tak turun Kuantan, Pahang untuk mempelajari ilmu silat dengan Cikgu Ariffin. Sibuk bukanlah alasan yang cukup logik untuk diberi pada beliau yang mempunyai keluarga, kerjaya dan gelanggang - gelanggang silat untuk dijaga. Lagipun aku harus memahamkan ilmu yang telah diajar oleh Ayahanda Amin semasa di Kursus Tempur Tangan Kosong. Dan jawapan ilmu itu hanya boleh diperolehi di Kuantan…

Kuantan memberi terlalu banyak kenangan bermakna. Di sinilah aku training silat sampai muntah – muntah dengan Cikgu Rahim, di sinilah aku dating ( dulu.. ), di sinilah aku main Aggressive Inline sampai pecah tumit kaki kanan dan sinilah jugak aku kenal erti sahabat yang sebenarnya…

Tahun 2002 – 2004 masa aku study di Kuantan, di mana orang lain sibuk menghabiskan masa dating dan overnight kat Pantai Teluk Cempedak ataupun Cherating dengan orang tersayang, aku pulak sibuk menghabiskan masa dengan bermain sukan Extrim. Kalau aku tak balik ke kampung, aku akan overnight kat mana – mana masjid dan isi masa yang ada dengan mengasah skill main Aggressive Inline kat Skatepark dan lepak dengan kengkawan Extrim yang lain... Rasa terlalu bebas…

Kembali ke tahun 2010, semua dah berubah. Aku tak nampak lagi bebudak yang seangkatan dengan aku main sukan Extrim. Semuanya dah ada keluarga dan kerjaya…

Lepas habis training, aku terus mintak izin Cikgu Ariffin untuk keluar. Lama dah tak tengok bandar Kuantan. Aku terus pergi ke Kuantan Parade, tempat aku menghabiskan masa lapang dan tergolek dog akibat dikejar Pak Guard yang bertugas…

Aku terus naik ke tingkat teratas sekali. Ada satu cafĂ© 9 to 5 namanya. Kat sinilah aku, Ery UITM BMX, Azri Inline dengan Wan Skate melepas penat dan lelah setelah seharian menjahanamkan badan yang dianugerahi Illahi dengan melakukan skill – skill mustahil di mata umum. Di sinilah jugak aku mengenali Lisa, Agy dan Ah Leng.

Aku terus duduk atas kerusi. Lisa yang sibuk membuat Teh O Ais tergamam seketika bila tengok muka aku…

Lisa : U ni Eiji kan?

Aku : Yups Lisa. How are u doin’?

Lisa : I’m fine Eiji. Mane U pergi sampai bertahun – tahun tak datang sini? Almost 7 years right? U dah gemuk la... Hehehe.

Aku : Bz la Lisa. Nak buat camne. Sori sangat – sangat… So how’s life? Mana yang lain?

Lisa : Yang lain? Ah Leng dah kahwin dah. Nak masuk 2 dah anak dia. Agy pun dah kahwin. Nak ada anak dah jugak. Sekarang ni dia ada kat Johor…

Aku : Budak – budak skate takde datang sini dah?

Lisa : Ada jugak. Tapi I tak knal dah diorang sapa. U camne Eiji? Dah kahwin?

Aku : Kahwin? Maybe… Hehe. Kalau I nak kahwin I send kad by hand kat U k? U plak camne? Still tunggu I?

Lisa : Tunggu U? Hehe… Sori to disappoint U Eiji. I dah kahwin dah. Baby I pun dah masuk 9 month. Hehe…

Aku : ?????

Lisa : Napa ni Eiji? Terkejut ke? Bukan I taknak jemput U but I taktau nak contact u camne. Lagipun I kan kahwin dalam church… Hehe.

Aku : Yeah right… It’s been a long time…

Aku meninggalkan Kuantan dengan 1001 perasaan bercampur baur. Kawan – kawan yang aku kenali dulu dah ada hidup masing – masing… Rasanya macam baru semalam aku duduk – duduk lepak dengan diorang…. Nice memory. Take care guys… wherever u are..

- Tribute to all the Kuantan’s BMXers, Skaters and Inliners… Untuk kawan – kawan yang sama – sama jalan kaki dari Benteng, Kuantan Parade, Kuantan Plaza sampai Berjaya Megamall… Miss u guys –

- E . I . j . I –

Sorok di dalam terang , sembunyi di dalam gelap

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 3


                                                             Persiapan Budak MMU



                                                                 Persiapan Budak UTP    



                                                        Ayahanda berkongsi pengalaman



                                                                Berkongsi suka duka



                                                             Kusyuk nampaknya tu...

Hari pertama Kursus Tempur Tangan Kosong berakhir dengan konfusi memeningkan yang serba - serbi maksimum. Penyelarasan buah – buah dan jurus - jurus yang berbeza dari pelbagai silibus memaksa kitorang untuk membuat perancangan rapi bagaimana untuk menghadapi situasi maha berat ini. Ketegasan Ayahanda Amin tentang praktikaliti buah dan jurus membuatkan kami berfikir bahawa sesuatu ilmu yang ingin dimiliki tidak akan datang dengan senang dan mudah…

Ilmu yang dimiliki oleh Panglima – Panglima Gayong terdahulu memang berbeza - beza. Namun ini bukanlah alasan yang boleh dimaafkan…

Aku mengambil kesempatan untuk berborak – borak dengan rakan – rakan Gayong dari Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Sambil – sambil bertanya tentang penyelarasan buah dan jurus, aku juga sempat bertanyakan tentang situasi yang dihadapi oleh pentadbiran Gayong Malaysia yang sedia ada. Walaupun aku sedar bahawa usia aku terlalu hijau dalam Gayong namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak mengambil tahu. Aku berhak dan aku harus…

Hari pertama kursus berakhir dengan begitu pantas. Masing – masing dah penat selepas disergah Harimau Malaya. Hazly dah tido. Adam, Raja, Asri dengan Akmal still borak – borak sambil train ilmu baru yang diperturunkan Ayahanda… Rajin betul diorang ni. Bagus – bagus…

Aku?

Masih lagi tekanan akibat di’sound’ sebab tak pergi kenduri kahwin saudara – mara. Kalau nak diikutkan zaman sekarang ni, kenduri kahwin ni takkan habis. Tiap – tiap minggu ada kenduri kahwin. So?

Matpa dijangka sampai lepas subuh. Mungkin hari esok lebih berbeza sebab beliau ada. Dah pukul 4 da ni. Rehat la jap…

Bersambung…

Saturday, February 27, 2010

WeEkeNd ShoUtOuT – Fitnah Pembunuh…


                                                 Malam nikah. Still buat muka tak bersalah



                                           Pagi kahwin, masih mengekalkan muka tak bersalah


Dalam keadaan zaman masa kini yang serba maju, kadangkala kita terlupa di mana kita bermula. Tidak kira secanggih mana kereta kita, sebesar mana gaji yang kita perolehi, setinggi mana status kita di mata orang lain, kita cuma manusia… Dan tetap manusia.

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari kesilapan. Namun apa yang membezakan kita dengan insan yang lain adalah tahap kesedaran kita terhadap satu – satu kesalahan yang kita pernah lakukan…

Fitnah, adalah salah satu punca kejatuhan moral manusia yang sedia ada rendah dan teruk pada akhir zaman ini. Di mana manusia tidak perlu berfikir panjang untuk mempercayai satu – satu kisah dicanang serata walaupun hakikatnya ia tidak tentu benarnya. Tanpa perlu mengambil tahu pucuk pangkal cerita, manusia yang serba serbi rendah IQnya, tentu – tentu pasti percaya…

Fitnah datang dalam pelbagai cara. Yang pasti niatnya pasti serupa. Untuk menampakkan seseorang yang difitnah kelihatan sampah di mata orang lain. Si pemfitnah pula akan bergelak tawa dengan fitnah yang dilakukan tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa. Balasan tu tetap ada. Dari Allah pun ada… Dari manusia pun ada.

Fitnah ini terlalu merbahaya… Boleh menghancurkan rumahtangga, kedudukan dan pandangan umum. Kelak jika ia tidak dibanteras, nescaya ia akan menjadi sesuatu norma yang sangat – sangat biasa. Akan sampai satu hari, fitnah akan menjadi lumrah manusia. Menjadi barah yang tidak akan boleh sembuh… Dan manusia akan tetap menjadi bodoh tanpa kompromi…

So sedarlah wahai si pelaku fitnah. Hari ini mungkin anda mendapat sanjungan ramai. Kelak esok dipijak sehingga kepala terbenam ke bumi. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Dan balasan sentiasa dijanjikan… Esok atau lusa, ia pasti tiba…

p/s : Jadilah orang yang bijak…

e . I . j . I

- Menyorok di dalam cahaya, sembunyi di dalam gelita -

Thursday, February 25, 2010

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 2


                                                                Sesi pendaftaran peserta



                                                              Budak - budak Silat MMU



                                                              Mohon doa untuk selamat



                                                                        Sesi training



                                                      Ayahanda Amin VS Anakanda Amin

Bangun – bangun je tido bebudak MMU ni still tido lagi. Ngantok sangat agaknya malam tadi sebab masing – masing tak tido nyenyak sebab carik signboard Simpang Pulai takut terlepas simpang. Lantak korang la weh… Tido jelah dulu. Satgi time makan mesti korang bangun dan cergas punya… Ini sangat – sangat mudah dijangka.

Aku terus ke Dewan Pak Lah untuk mendaftarkan diri dan mengorek info tentang kursus. Kak Ila selaku koordinator program serba mesra dan ceria terus je tegur aku macam adik dia sendiri padahal baru 2 kali je jumpa. Walaupun aku still tak mandi, Kak Ila buat tak kisah je sebab nanti time training kuar peluh berliter – liter mesti busuk jugak. So takdehal la sangat… Busuk bersama, wangi pun bersama… Insyallah.

Pendekkan cita, lepas mandi dan semayang Zohor kitorang terus ke Dewan Pak Lah sekali lagi. Kali ni bukan untuk bermanja dengan Kak Ila ataupun membodek Abang Man macam yang Matpa dengan Khair selalu buat, tetapi adalah untuk mempersiapkan diri dan menerima ilmu persilatan ulung dari Apit Jinjang Mahaguru, Ayahanda Mohd Amin bin Hamzah. Time ni semua berlagak cool. Dengan cerita – cerita tentang kehebatan Ayahanda Amin yang tersebar di seluruh pelusuk rantau, bebudak MMU yang tidak pernah bertentang mata dengan Ayahanda tidak dapat menahan rasa sabar untuk menyaksikan sendiri Ayahanda menurunkan ilmu secara secara live dan telus… Bersedia… Lap peluh kat dahi tu dulu… Bunyi tapak kaki Ayahanda menyusul perlahan…

Ayahanda yang dinanti telah tiba di Dewan Pak Lah. Tanpa banyak bersuara Ayahanda terus – terus sahaja bertanya Kak Ila apakah jenis ilmu yang patut dikongsi dengan kitorang yang datang dari jauh dan dari pelbagai latar belakang. Tanpa banyak cerita, Ayahanda terus saja mengarahkan kitorang warm up dan bersedia untuk penerimaan ilmu. Ini menimbulkan rasa kecewa di hati kalangan peserta sebab diorang ingat Ayahanda akan buat sesi suaikenal… Memang salah tanggapan korang tu… Kita datang sini bukan nak buat sesi suaikenal tapi nak training silat… Jangan cakap banyak! Zatt!!~

Bau baja fertilizer asli yang menghiasi pokok – pokok renek serba hijau kat sebelah dewan ni sedikit sebanyak mengganggu fokus dan tumpuan kitorang untuk training yang dijamin 100%. Tapi kesakitan akibat dikunci oleh Ayahanda terus menghilangkan deria bau kitorang dan seterusnya menghilangkan mimpi – mimpi manis segelintir peserta yang ingat kitorang boleh beristirehat di Kompleks GPMS Perak ni…

Ketiadaan anak angkat kesayangan Ayahanda, Wan Ahmad Faiz @ Matpa @ Menantu angkat Kak Ila sedikit sebanyak mencacatkan penerimaan ilmu. Terpaksalah Amin dan Hafiz yang diimport khas dari UTP menjadi punching beg part time Ayahanda. Namun satu berita gembira telah dicanangkan oleh Kak Ila kepada seluruh warga pesilat bahawa Matpa akan datang dengan susah payah ke sini dan seterusnya bakal menggantikan Amin dan Hafiz sebagai punching bag part time. Kelihatan Amin dan Hafiz menghembus nafas lega. Namun kelegaan itu bakal berakhir dalam sekelip mata… Jika Matpa tidak tiba dalam waktu yang sepatutnya…

Cepat Matpa… Amin dengan Hafiz lupa buah…

Bersambung…

OfFicE sHouToUt – The Beginning Of The End…


                                                                 Bad, Aku dan Adam
      

                                                              Rumah si dia nun di sana...    


                                                       Senyum macam takde masalah je...                                                          


                                                                        Happy je kan?


                                                    Camne ko boleh jadi pengapit dia Mary?          

Termetri sudah ikatan janji…
Bergelar sudah raja sehari…
Tidak kan tenang gundah di hati…
Dendam yang sudah tersimpul mati…

Tanggal 20 Februari 2010, sahlah Fatin menjadi milik si Abdul Rahim pengecut. Walaupun hubungan ini disulami dengan penipuan, kepura – puraan, tawa dalam tangisan dan senyuman tanpa keikhlasan, sesungguhnya aku tak mampu menghalang. Mungkin jodoh org yang hampas akan bertemu juga dengan orang yang hampas… Hanya mungkin. Segalanya yang berlaku tak pernah pasti. Kan?

Aku hanya manusia… Diri ini tak pernah sempurna untuk menerima dengan barakah satu – satu ketentuan. Apa yang mampu aku buat, just report polis or datang secara berani dan dedahkan kebenaran yang sekian lama menjadi rahsia yang tidak sepatutnya ada…

Aku hanya mampu melihat dari jauh. Sambil menerima SMS yang tidak putus – putus memberi maklumat terperinci tentang tentatif majlis walimatulurus. Thanx kepada spy – spy yang terus – terusan jujur dan ikhlas dalam erti persahabatan. Korang sentiasa tau aku di pihak yang benar. Insyallah…

So kepada pengantin baru, Allah lebih berhak memberi balasan terhadap satu – satu ujian. Jangan hanya bertopengkan Islamik yang korang tekap dari UIA, korang rasa korang menang. Allah sentiasa bersama orang yang benar dan Allah sentiasa memakbulkan doa insan yang teraniaya.

Ugut? Jauh sama sekali. Ni bukan cita Hindustan kengkawan. Ni cita melayu alaf baru. Bukakkan minda dan terima ini sebagai tauladan. Hargailah insan tersayang yang selalu ada dengan korang dan menerima korang seadanya… Insyallah.

Jangan malu – malu cari aku kat padang mahsyar…

p/s: Thanx untuk sahabat – sahabat UIA yang ikhlas. Thanx jugak Cirost yang selalu kutuk – kutuk sambil gelak untuk buat aku hepi. Thanx untuk Cikgu Ariffin yang sparring dengan aku pagi sabtu sampai lebam bahu.

Tak lupa insan tersayang yang slalu bagi nasihat. Walaupun kasar gak nasihat tu kadang – kadang…

E . I . j . i

- Fallen Angel -

Wednesday, February 17, 2010

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 1







“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali pada insan yg berpesan – pesan dengan kebenaran dan yang beramal soleh “

- Suratul ‘As –

Bergema ngauman Harimau Malaya,
Mencurah ilmu pada anakanda,
Kasih mesra tidak dilupa,
Hormat dan taat penentu bahagia…

Walaupun masing – masing sibuk dan sedikit leka dengan urusan duniawi yang serba mencabar sabar, tidak pernah terniat atau terdetik di hati nurani ini untuk tidak terus menuntut ilmu Seni Gayong peninggalan Arwah Dato’ Meor Abdul Rahman. Ada yang tertekan saban hari dengan pembelajaran silibus megatronik dan kejuruteraan di Universiti. Ada yang dilabi – labi dengan urusan kerja yang tidak tahu bila akan khatamnya dan ada yang terkejar – kejar ke majlis – majlis walimatulurus yang selalunya mengundang rasa iri hati yang menghitamkan jiwa… Ini semua harus ditinggalkan sejenak. Untuk mencari tenang, untuk mengisi ilmu di dada. Untuk menanam tawaduk di hati… Untuk mencari diri.

Tepat pukul 1145 malam, 12 Februari 2010, Aku, Raja Syafiq, Adam Izhar dan Syahir Akmal bertolak ke Perak untuk menambah ilmu yang diketahui umum serba serbi kurang sempurna. Hajat di hati cuma satu, bertemu Ayahanda Mohamed Amin bin Hamzah selaku Apit Jinjang Mahaguru dan memohon belas kasihan untuk berguru dan dicurah restu…

Kami disambut dengan ceria dan gelak tawa dari Hafiz dari Gayong United Kingdom dan Abang Man selaku orang penting dalam Kursus Tempur Tangan Kosong ini walaupun waktu menjangkau pukul 3 pagi. Adam yang tak habis – habis risau dan bimbang mengenai keadaan tempat tidur beliau mula berhenti merungut. Mungkin akibat terkena aura kehebatan Panglima Harimau Malaya agaknya. Kami terus dihantar ke Kompleks Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Batu Gajah dan tidak sabar lagi untuk menunggu fajar subuh tiba. Masing – masing terbayang bagaimanakah corak latihan yang menanti kami pagi nanti…

Dah nak subuh rupanya… Semua anak – anak Gayong MMU dah tidur. Aku masih berjaga. Hati ini tidak tenang kerana charger handphone tertinggal dalam bonet kereta Abang Zack. Ya Allah… Berikanlah aku daya ingatan yang lebih sempurna…

Aku terbayang wajah Ayahanda Cikgu Amin ketika meletak kepala di bantal. Sihatkah dia? Gembirakah dia? Walaupun ini kali kedua aku bertemu Cikgu Amin namun tetap wujud rasa segan yang teramat sangat. Maklumlah, ilmu di dada tidak sebanyak mana. Nak berguru pula dengan insan yang agung… Hanya Allah yang tahu gundah di jiwa.

Aku cuma manusia dan aku perlukan tidur. Gelabah macam mana pun, nak taknak esok yang pasti tetap datang. Bismillah… Selamat malam Ayahanda Cikgu Amin. Selamat malam Kak Ila. Selamat malam anak – anak Gayong… Esok kita bermula….

Wednesday, February 10, 2010

OfFiCe sHoUtOuT - LaZaRuS rIsIng


Assalamualaikum

Kepada kengkawan dan sahabat - sahabatku, jika korang nampak lelaki seperti gambar di atas, sila bawak dia minum - minum dan tanya soalan - soalan berikut :-

1 ) Berapa lama dah jadi pengecut ni?

2 ) Dapat duit ke jadi pengecut?

3 ) Tunang ko tau tak ko jadi pengecut ni?

4 ) Ko warisi perangai pengecut ni dari sapa?

5 ) Kalau ko pengecut, kawan - kawan ko pun pengecut jugak ke?

6 ) Hutang ko dah abes bayar?

7 ) Bakal bapak mertua ko tau perangai ko camni?

8 ) Ko rasa ko best?

9 ) Sampai bila ko nak jadi pengecut ni?

10 ) Agak - agak bakal anak - anak ko tau tak bapak diorang pengecut?

Korang leh nampak lelaki pengecut ni kat beberapa lokasi berikut, Kota Damansara , Shah Alam, Kuala Kangsar etc.

P/S : Thanx Zura 4 da info. God bless..

Monday, February 1, 2010

oFfICe sHoUtOuT – wHaT a LiFe…



Assalamualaikum…

Tiada kata dapat mengungkapkan rasa syukur dengan setiap hela nafas yang diberi. Tiada satu titik tinta dapat meluahkan rasa nikmat dengan setiap anugerah yang ada dalam diri. Tidak ada satu bentuk ekpresi yang boleh dilakar untuk bermegah dengan kelebihan diri penambah seri. Susah sangat ke Hijab Illahi untuk dimengerti? Apa yang terjadi kejap lagi? Apa yang ada untuk kita esok hari? Tidak ada satu pun yang pasti. Kan?

Sori lambat update blog. Banyak benda yang memeningkan untuk difikir dan dihalusi. Setiap tindakan kalau tak ditelah lebih banyak buruk dari baiknya. Tak kisah apa pun penghujungnya, kita tetap manusia…

Siapa kita untuk menghakimi susuk santun makhluk bernama manusia? Hanya Allah yang bisa tahu isi hati kita. Cita manusia terlalu terbatas. Hujung dan akhir itu sudah pasti ada. Tugas kita? Hargai masa yang mana ada… Insyallah.

p/s: Nalique, Adam, Raja… Thanx banyak – banyak bagi nasihat kat aku.
Adik Jue, Abg tulis blog ni suka – suka. Bukan nak jadikan kerjaya. Banyak lagi benda aku nak buat weh.
Cik Yam, Apsal broadband ko asik – asik putus je?


- E . I . J . I –

- Now I know I can’t make u stay… -

bloG BudDieS