Saturday, February 27, 2010

WeEkeNd ShoUtOuT – Fitnah Pembunuh…


                                                 Malam nikah. Still buat muka tak bersalah



                                           Pagi kahwin, masih mengekalkan muka tak bersalah


Dalam keadaan zaman masa kini yang serba maju, kadangkala kita terlupa di mana kita bermula. Tidak kira secanggih mana kereta kita, sebesar mana gaji yang kita perolehi, setinggi mana status kita di mata orang lain, kita cuma manusia… Dan tetap manusia.

Kita sebagai manusia tak pernah lari dari kesilapan. Namun apa yang membezakan kita dengan insan yang lain adalah tahap kesedaran kita terhadap satu – satu kesalahan yang kita pernah lakukan…

Fitnah, adalah salah satu punca kejatuhan moral manusia yang sedia ada rendah dan teruk pada akhir zaman ini. Di mana manusia tidak perlu berfikir panjang untuk mempercayai satu – satu kisah dicanang serata walaupun hakikatnya ia tidak tentu benarnya. Tanpa perlu mengambil tahu pucuk pangkal cerita, manusia yang serba serbi rendah IQnya, tentu – tentu pasti percaya…

Fitnah datang dalam pelbagai cara. Yang pasti niatnya pasti serupa. Untuk menampakkan seseorang yang difitnah kelihatan sampah di mata orang lain. Si pemfitnah pula akan bergelak tawa dengan fitnah yang dilakukan tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa. Balasan tu tetap ada. Dari Allah pun ada… Dari manusia pun ada.

Fitnah ini terlalu merbahaya… Boleh menghancurkan rumahtangga, kedudukan dan pandangan umum. Kelak jika ia tidak dibanteras, nescaya ia akan menjadi sesuatu norma yang sangat – sangat biasa. Akan sampai satu hari, fitnah akan menjadi lumrah manusia. Menjadi barah yang tidak akan boleh sembuh… Dan manusia akan tetap menjadi bodoh tanpa kompromi…

So sedarlah wahai si pelaku fitnah. Hari ini mungkin anda mendapat sanjungan ramai. Kelak esok dipijak sehingga kepala terbenam ke bumi. Allah sentiasa melihat apa yang kita lakukan. Dan balasan sentiasa dijanjikan… Esok atau lusa, ia pasti tiba…

p/s : Jadilah orang yang bijak…

e . I . j . I

- Menyorok di dalam cahaya, sembunyi di dalam gelita -

No comments:

bloG BudDieS