Sunday, February 28, 2010

Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 3


                                                             Persiapan Budak MMU



                                                                 Persiapan Budak UTP    



                                                        Ayahanda berkongsi pengalaman



                                                                Berkongsi suka duka



                                                             Kusyuk nampaknya tu...

Hari pertama Kursus Tempur Tangan Kosong berakhir dengan konfusi memeningkan yang serba - serbi maksimum. Penyelarasan buah – buah dan jurus - jurus yang berbeza dari pelbagai silibus memaksa kitorang untuk membuat perancangan rapi bagaimana untuk menghadapi situasi maha berat ini. Ketegasan Ayahanda Amin tentang praktikaliti buah dan jurus membuatkan kami berfikir bahawa sesuatu ilmu yang ingin dimiliki tidak akan datang dengan senang dan mudah…

Ilmu yang dimiliki oleh Panglima – Panglima Gayong terdahulu memang berbeza - beza. Namun ini bukanlah alasan yang boleh dimaafkan…

Aku mengambil kesempatan untuk berborak – borak dengan rakan – rakan Gayong dari Universiti Teknologi Petronas ( UTP ). Sambil – sambil bertanya tentang penyelarasan buah dan jurus, aku juga sempat bertanyakan tentang situasi yang dihadapi oleh pentadbiran Gayong Malaysia yang sedia ada. Walaupun aku sedar bahawa usia aku terlalu hijau dalam Gayong namun itu bukanlah alasan untuk aku tidak mengambil tahu. Aku berhak dan aku harus…

Hari pertama kursus berakhir dengan begitu pantas. Masing – masing dah penat selepas disergah Harimau Malaya. Hazly dah tido. Adam, Raja, Asri dengan Akmal still borak – borak sambil train ilmu baru yang diperturunkan Ayahanda… Rajin betul diorang ni. Bagus – bagus…

Aku?

Masih lagi tekanan akibat di’sound’ sebab tak pergi kenduri kahwin saudara – mara. Kalau nak diikutkan zaman sekarang ni, kenduri kahwin ni takkan habis. Tiap – tiap minggu ada kenduri kahwin. So?

Matpa dijangka sampai lepas subuh. Mungkin hari esok lebih berbeza sebab beliau ada. Dah pukul 4 da ni. Rehat la jap…

Bersambung…

No comments:

bloG BudDieS