Once upon a time, Aku dan bonda...
Now, me and bonda... well, not so much..
Bondaku yang tercinta...
Dengan umur yang menjangkau separuh abad, aku mungkin ada terlalu banyak perkara untuk dilakukan semasa hari lahirku. Aku mungkin sudah agak tua untuk bermandi tepung dan telur oleh rakan – rakan yang tidak tahu kegunaan sebenar telur yang multipurpose. Aku juga mungkin terlampau matured untuk diikat tangan dan kaki seperti penjenayah perang kemudian diculik dan dibawa lari ke Desa Hartamas. Aku juga mungkin tidak terlalu berani untuk membawa anak dara orang yang cantik jelita pada waktu malam dan menunggu detik 12 untuk kucupan selamat hari lahir.
Namun satu yang harus kau tahu wahai bonda...
Aku agak nakal dan jahat pada tahun ini. Aku juga agak marah dan geram pada diri sendiri. Mungkin kerana aku ada mengabaikan beberapa reminder, short notes dan wasiat pentingmu. Dan mungkin aku masih tidak mampu menjadi anakmu sepertimana yang kau inginkan.
Yang penting wahai bonda...
Maafkan aku kerana sampai kini aku masih belum berjaya mendapatkan seorang menantu untukmu. Dan mungkin dengan itu aku berjaya membuktikan pada rakan – rakanku sekolahku yang bedebah itu bahawa aku bukan gila pompuan yang macam diorang selalu fikir. Dan sebagai tambahan, diorang yang dah kahwin dulu. Such SOB’s...
Maafkan aku kerana aku masih selalu berselisih faham dengan abah. Abah masih ego dan bengis seperti dulu. Penggunaan gadjet seperti laptop, PSP dan handphone di tengah malam masih mengundang marah beliau. Dan sebagai tambahan beliau masih berfikiran double standard terhadap wanita yang tidak bertudung.
Maafkan aku kerana aku masih gagal membuang perangai durjana yang menjengkelkan iatu menumbuk dinding ketika sakit hati dan geram. Aku masih tidak cukup sabar sepertimu.
Namun hari ini bukanlah hari untuk aku merungut tentang semua itu...
Terima kasih bonda kerana melahirkanku dengan sempurna.
Terima kasih kerana mendidikku tentang realiti hidup di dunia yang sangat – sangat kejam.
Terima kasih kerana memanjakanku kerana ianya betul – betul membuat aku memahami erti menghargai sesuatu sebelum ianya lenyap.
Aku tak perlu hadiah Aggressive Inline yang berharga RM950 dari Kamil semata – mata untuk aku memecahkan tumit kananku di skatepark Kuantan seperti 6 tahun lepas.
Aku juga tak perlu hadiah belanja makan di Johnny’s oleh Bosku En. Suhaimi sebab aku memang tak pandai makan steamboat.
Aku juga tak perlu hadiah Beg Deuter baru untuk menyimpan laptop.
Sekali lagi, hari ini bukanlah hari untukku. Ianya hari untukmu..
Yang aku perlukan hanyalah doa – doa dan surah Al Fatihah untukmu. Agar tempat pembaringanmu lapang dan disinari cahaya. Agar malaikat berhenti seketika memberi soalan provokasi untukmu. Dan agar dirimu tenang tanpa memikirkan gundah yang tidak sepatutnya.
Sesungguhnya aku amat menyayangimu Bonda.
3 September, selamat hari lahirku bonda, Kamariah binti Abdul Manan a . k . a Bulan Purnama a . k .a Al - Qamar
- E . i . J . i - - A . r . I . f –
Cut myself free, willingly stop just what's killing me
No comments:
Post a Comment