The boys, Wanbai, Afik n unknown pal
The boys, again...
Tatkala lepak – lepak buang masa lepas tensen rindu kat awek sambil makan Nasi Goreng USA kat Restoran ABC Balakong tengok EPL weekend aritu, ada la sorang member yang aku baru kenal, Afik a.k.a Abang Bakal Presiden FAM ni yang tak benti – benti cite pasal Liga Malaysia. Pedulik ubi la game pasukan mana, dia akan try datang stadium untuk support Malaysian football scene! Jauh ke dekat stadium tu bukan problem! Yang penting sorak sampai pecah anak tekak n hilang suara kat stadium! Wallet pun kadang – kadang hilang jugak kene seluk sebab sorak tak ingat doonia! Well, he’s another interesting dude added to my friendlist. Haha!
In fact, beliau cerita bahawa apa yang aku dan korang baca kat site sukan suratkhabar tu tak sama dengan realiti bolasepak Malaysia. Sume tipu! Contohnya pasukan Kelantan a.k.a The Red Warriors yang dianaktirikan dan diberikan tekanan oleh segelintir pihak yang sempit dan bangang fahaman politiknya. Macam – macam bala, taik dan masalah dibaling kat pasukan Kelantan semata – semata untuk menjatuhkan maruah dan kredibiliti pasukan Kelantan. Benda – benda camni jangan harap la korang baca kat suratkhabar weh! Baik korang baca blog aku je! Haha!
Dulu masa tahun 1997, aku agak rajin ke Stadium Shah Alam tapi aku tak berapa nak rajin membeli tiket. Tiket diberikan secara percuma oleh Dato’ Aini Taib, Presiden Persatuan Bolasepak Selangor ( FAS ) ketika itu kepada student – student sekolah rendah yang cemerlang keputusan akademiknya. J Aku masih ingat situasi sorak sorai sebagai salah seorang die hard fan yang memberikan sokongan tanpa berbelah bagi kepada pasukan Selangor. It was fun. Kalau tak pegi stadium tengok game Selangor rasa tak cukup sifat dan tak cukup cool.
Well guys, minggu ni final Piala Malaysia between Kelantan n Negeri Sembilan. So give your support guys! Pegi mampos la korang lahir kat negeri mana but do support the game. So, maybe i’ll see u guys at Bukit Jalil. Jangan buat perangai kat stadium tu dahlah. Kang kene pukul dengan hooligan bola aku taknak tanggung. Haha!
- e . I . j . I -
No matter what course n obstacles, I'm still your enemy.
P/S : Tensen tengok MU main tak konsisten. Layan Liga Malaysia plak ar!
No comments:
Post a Comment