Thursday, October 28, 2010

Silat Shout Out – Apa Yang Kau Cuba Buktikan?

                                          Signboard menjadi saksi

                 Adik Pijot Lavada yang gagah mendengar tips pasti menang dari Achap

                                                                Sepak kuat - kuat! 

Tak sampai tinggal 2 hari lagi Kejohanan Pencak Silat Pendekar Se’abad 6 Universiti Malaya akan bermula. So untuk sahabat – sahabat yang sangat – sangat macho/cun dan berani masuk bertanding, aku ucapkan good luck. Ingatlah selalu yang tournament silat ni bukan sekadar untuk menunjukkan kemahiran bertempur tetapi jugak untuk merapatkan ukhwah. Musuh dalam gelanggang je tapi kat luar gelanggang kita sume sedara. Takdehal la benda – benda camni! Aku takyah cakap ulang – ulang kan... Haha!

Tapi, dalam sibuk – sibuk kita join tournament sana sini, apa yang kita cuba prove sebenarnya? Bagi jawapan skit...

“ Aku masuk tournament ni sebab ada orang ajak bang! “ – Adik Pijot Lavada
“  Adoi Eiji. Aku masuk ni suka – suka je. Janganla tanya camtu bro... “ – Encik Zizou Rafiz

Honestly ramai yang tanya aku kenapa la aku suka sangat menempel pegang kamera tanpa rasa malu kat mana – mana tournament silat pastu buat muka sombong unta sambil monitor budak silat dalam gelanggang. Padahal aku tak join tournament pun! Aku kenal semua bebudak silat tapi diorang tak knal aku. Haha! Sungguh seronok...

Aku tengah carik pesilat yang boleh apply apa yang dia belajar dalam Silat Seni Gayong bila masuk dalam gelanggang tempur olahraga. Tak guna bengkung tinggi – tinggi tapi takleh apply apa yang korang belajar weh! MALU! Rugi giler babeng! Honestly, aku pun takleh apply lagi... Haha! Tu yang malu nak ngaku aku bengkung apa tu. Silap besar la kalau korang cakap aku simpan ilmu. Padahal takde sangat pun... :-)

Pengalaman training dengan Sepet UITM kat PULAPOL aritu menyedarkan aku yang tournament silat ni adalah untuk improve diri. Kalau dah tau previous tournament korang pancit, kena la up stamina! Kalau dah tau previous tournament kaki kiri tak hidup, pegi la training skipping dengan punching beg. Kalau dah tau previous tournament korang kalah kene labi, takkan nak kena labi lagi kut?

Btul kata Cikgu Ariffin. Kalau setakat masuk tempur olahraga nak kene pukul baik tak payah. Baik training btul – btul dan tanya diri sendiri sama ada dah ready ke tak. Jangan la tunggu sebulan lagi nak tournament baru nak training...

So guys?

Jumpa kat tournament nanti. Jangan tanya Abang Eiji kenapa tak masuk tournament. Abang Eiji tak kuat. Tau ngutuk je... Haha!

- E . i . J . i -

Jangan kutuk orang buta. Orang buta boleh nampak apa yang kita tak mungkin nampak.

P/S : Saya benci alat penimbang...

2 comments:

Le Sage said...

Jom bro, mari kite berentap one fine day nnti. Silat vs Kickboxing. xpe, aku tau aku akan kalah, nk try gak. huhu.

Btw, kim salam ngan adik pijot lavada. :">

3viL X eIjI said...

Salam.

Taknak la rentap dengan ko.konfem2 aku yg kalah... Hukhuk.

Pijot? Ko pegi UM kim salam sendiri la... Its worth it. :-D

bloG BudDieS