Friday, September 24, 2010

Life Shout Out - Apakah aku satu persinggahan?

                                                                      Ianya Bermula


Dengan Pertandingan Pencak Silat Seni Gayong Malaysia yang tinggal tak sampai seminggu, mungkin tak banyak yang aku mampu lakukan selain dari berpuasa 6 untuk menjaga berat dan berlari - lari anak untuk fitness di balapan depan rumah selepas pulang dari kerja. Panggilan telefon dari Azizur Rafiz yang mengajak aku training silat kat Pusat Latihan Polis ( PULAPOL ) esok hari dan lusa betul - betul memberi aku peluang untuk meletakkan budaya silat di level tertinggi. Insyallah... Tu pun jadi player simpanan je kut.

Sori guys. Lama dah tak update blog. BZ sana sini. Just nak mention sikit je pasal pembunuhan jutawan kosmetik, Sosilawati Lawiya. Tak sampai 2 minggu diorang dah jumpa pembunuh. Hebat polis - polis Malaysia ni. Tepuk skit... Klap. Klap. Klap...

Tapi bila ingat balik kat arwah Nurin Jazlin, sampai skang tak nampak pun kelibat pembunuh. Rakyat Malaysia ni dah lupa dah kut pasal arwah. Nak buat camne. Arwah hanya orang biasa. Arwah tak jual mekap. Bapak dia pun cuma pemandu teksi. Al Fatihah...

Senang cerita, zaman skang ni dah tak selamat. Tak kisahlah korang ada bodyguard beratus pun, kalau nak mati, mati jugak kan. Yang penting, usaha dan ikhtiar la untuk hidup.

- e . I . j . i -

Broke my heart into pieces...

Monday, September 20, 2010

Office Shout Out - Hipokritkah?


                 Kerbaukah member - member saya ini? Sudah tentu tidak. Mereka adalah pesilat...

Dah masuk hari raya ke - 10 dah harini. Sume orang dah kembali ke kehidupan boring masing - masing. Bagi yang bekerja, terus - teruskanlah bergelut dengan report, jumpa client, tengok site dan lain - lain. Bagi yang study, masing - masing tengah study macam nak rabak mata sebab minggu ni minggu exam. Honestly guys, aku rindu betul dengan bulan Ramadhan. Korang pun sama kan? Tapi yang pergi akan tetap pergi kan. Apa yang tinggal? :-p. Tapi syok gak kunyah - kunyah kuih raya time - time camni... Opppss... Puasa 6 mode activated.

So maybe boleh training silat macam biasa pasni. Terajang sana tumbuk sini. Takdelah balik - balik ofis bukak laptop layan youtube training silat dalam rumah. Nak bagi alasan penat memang dah tak boleh... Sori bebanyak cikgu Ariffin.

Teringat plak kat video youtube yang Abang Hanan bagi malam tadi. Pasal ada cikgu Silat Cekak kutuk bebudak silat olahraga. Penyamun la, kerbau berlaga la... Adeh macam - macam. Korang leh usha video tu kat http://www.youtube.com/watch?v=JYYEX5AupEs. Pandai - pandai la korang judge. Mungkin selama ni bebudak silat ni asik tak mengaku je diorang mengamalkan sistem mengutuk silat lain untuk nampak hebat tapi  kali ni siap ada video prove kut. Nasib korang la... Pandai - pandai la korang jawab.

So guys?

Meh la buat puasa 6 sama - sama. Dapat gak pahala

- e . I . j . I -

What's mine will never be yours.




Wednesday, September 15, 2010

Life Shout Out - There is no second chances...

                                                                       If only...

Seronok ke raya korang? Dah makan puas - puas? Mungkin ada pun yang dah start puasa 6 kan? Apa - apa hal pun aku slalu doakan yang hari raya korang cool dan bermakna. Maybe ianya cool sebab ada yang ada boifren atau girlfren baru. Ataupun ada kereta baru yang diniatkan untuk dibuat pameran kat member - member sekampung. Maybe jugak korang ada henfon Samsung Galaxy S untuk menjadi tontonan percuma sedara mara. Kalau itu yang korang nak buat, buatlah. Kita tak pernah tau kan apa jadi esok? Maybe ini raya terakhir kita...

Kalau la korang tau ini hari raya terakhir korang, apa yang korang nak buat?

Mungkin korang patut buat list apa yang korang nak sangat buat, Maybe pegi melancong. Maybe pegi skydiving. Maybe pegi panjat gunung. Maybe pegi pukul polis bantuan kat Sabah. Ataupun jumpa bekas bakal mak mentua dan explain yang dia dah kena tipu dengan anak dia sendiri. Mana - mana la yang patut. Asalkan korang puas... Kan?

Aku?

Maybe pegi skatepark Kuantan. Sarung balik Rollerblade a . k . a Aggressive inline dan sekali lagi mencabar graviti. Takpun join segala tournament silat yang ada dan beraksi pada kemampuan tertinggi. Takpun pegi jumpa insan tersayang dan cakap kita sayang kat dia.... Maybe.

But in the end, kita memang tak pernah tau bila hari raya terakhir kita kan?

Cherish life guys...

 - e . I . j . I -

Being me is not an option

Syawal Shout Out - Dari jauh ku pohon maaf

                                                                                              Im on the loose...


Ampun dan maaf dipinta dari seorang Hamba. Dari seseorang yang berstatus seorang sahabat. Sebagai Anak Murid. Abang. Adik. Kekasih. Classmate. Musuh. Rakan seperjuangan. Teman chat di malam hari. Geng main futsal. Staff. Pendekar ataupun manusia...

Diri ini tidak pernah sempurna. Ampunkanlah segala dosa. 

Mohd Arif @ Eiji


p/s : Sori pada yang request gambar raya. Tahun ni muka aku pucat. Macam mayat pun ada. Dah try edit pun camtu jugak... Nanti - nantilah...

Monday, September 6, 2010

Ramadhan Shout Out – Susah sangat ke nak fikir? Astagfirullah...

video

                                                            Negarakuku by Namewee


Korang kenal Namewee kan? Yang dihebah - hebahkan kononnya menghina melayu dan Islam. Yang dikatakan menghina institusi kerajaan negara Malaysia tercinta ini. beliau juga dikatakan menyemarakkan api perkauman. Tapi betul ke camtu?

Korang fikir camtu jugak?

Guys, daripada kita semua buang masa komen bukan - bukan kat vlog Namewee tu, cuba kita muhasabah diri jap. Boleh kan? Tak rugi apa pun...

Orang kata Namewee hina azan. Tapi dalam masa yang sama ada orang Islam time azan berkumandang ada yang tukar channel TV ( benci sangat ke dengar azan? ). Time tengah azan ada yang still kusyuk main bola kat tengah padang. Time tengah azan ada yang tido melampau tak reti nak bangun dan ada jugak time tengah azan duduk depan laptop sumbat telinga dengan earphone dengar lagu. Tu tak masuk kategori hina ke tu??? Takkan hormat azan time nak berbuka puasa je kut? Dengar lagu Negaraku time skolah pandai lak berdiri tegak cam kayu. Time azan buat kurang hajar plak! Umat Islam sendiri lak tuh! Pehal weh?

Orang kata Namewee hina melayu. Melayu yang sound si Namewee balik tu ' MELAYU ' sangat ke? Dengan melayu zaman skang ni pun tak reti - reti cakap melayu elok - elok. Cakap dengan awek mesti nak speaking. Cikai sangat ke cakap melayu? Rambut dah elok - elok hitam tukar kaler brunette. Anak mata dah elok - elok kaler coklat tukar kaler biru. Ada anak kecik - kecik hantar diorang pegi kelas Taekwando. Cikai sangat ke blajar Silat? Apa lagi identiti melayu yang tinggal zaman skang ni? Nak bangga dengan apa? Baju Melayu Cekak Musang? Baju kurung moden? Jangan jadi sengal la. Awek melayu zaman skang pun menyampah pakai baju kurung. Panas katanya. Awek ofis aku yang amoi tu pakai baju kurung cool je pun...

Sorry guys. Aku bukan nak backup si Namewee tu. Tapi sebelum kita nak sound orang, better kita cermin dan fikir diri kita dulu. Dah konfem - konfem la si Namewee tu Cina. Dia nak kutuk Islam ke, Melayu ke itu cara pemikiran dia. Kita tak perlu nak melenting tak tentu pasal. Yang penting ubah diri kita dulu...

Takyah nak racist - racist dengan kaum lain weh. Buat apa? Manusia ni semua sama. Yang membezakan kita ni akidah je. Takyah la sound - sound kaum cina tu makan babi haram padahal orang melayu kuat makan rasuah. Tak haram ke rasuah tu? Cakap cina sembahyang kat tokong sembah - sembah patung padahal yang sound tu sembahyang yang wajib tak cukup pun 5 waktu sehari semalam. Ada otak fikir la... Allah dah bagi macam - macam petunjuk. Takkan nak jadi bengap sampai kiamat kut?

Tribute to my pals Ryan Wee, Suguna Sugumaran, Lee Kok Loy, Prem Kumar dan Sandra d Silva. We're not so different after all.

- e . I . j . I -

Prove to me unintentionally

p/s : Apsal perut pedih semacam ni?

Ramadhan Shout Out - Mesej subliminal dalam iklan TV3?

video

                                                                  Saksikan sendiri


Aku rasa mungkin dah tak payah cerita kut sebab semua orang dah tau. Tapi kena cerita gak la. Nanti korang kata aku tak peka dan prihatin plak. Iklan TV3 untuk raya kali ini mengundang kontroversi yang maha hebat. Dengan ciri - ciri mesej subliminal yang sangat - sangat jelas seperti pak haji songkok putih a.k.a Santa Klaus naik beca dan bunga teratai Buddha, aku rasa pengarah kreatif iklan ini patut dikenakan tindakan. Tak kisah 1 Malaysia ke, 8 Malaysia ke tapi janganlah campur adukkan perayaan hari raya dengan perasaan agama lain. Tolong sensitif skit...

Honestly dalam iklan ni, aku just nak mention satu benda je. Pasal tulisan jawi terbalik tu. Konfem - konfem aku marah la. Terang - terang hina Islam. Yang lain tu aku consider teruk gak tapi boleh dimaafkan kalau kena caranya.

Dengan kos RM200 ribu, ianya amat berbaloi untuk memesongkan akidah umat Islam. Tindakan TV3 untuk menarik tayangan iklan ini adalah amat tepat. So, be careful next time TV3.

- e . I . j . I -

p/s : Aku pun dah lama tak tengok TV.

Ramadhan Shout Out - Selamat Tinggal Ramadhan...

                                              Sepupuku, adik kembarku dan anak saudaraku

                                        Ketupat yang lazat, tapi tengok jugak la sape yang buat

                                                   Hadiah hari lahir yang sangat sweet.. :-)

                                               Raya tu raya jugak, bayar zakat jangan lupa...

Tinggal beberapa hari lagi je nak raya. Masing - masing dah start sebok membuat persiapan untuk menyambut hari lebaran. Hami dengan Zarul tak benti borong baju raya dengan songkok dekat Jalan TAR. Bebudak student universiti pun ramai yang dah balik kampung. Yang kerja pulak masih berhempas - pulas bekerja dengan tekun dengan harapan boleh  dapat cuti sehari sebelum raya... Tapi cukup ke beraya 3 hari?

So guys, yang mana memandu dan merempit untuk pulang ke kampung halaman, bawak la leklok sket. Takyah la nak kerek bawak laju - laju even korang pakai enjin half cut RB20 ke apa. Aku just taknak la bila aku on TV ke, baca paper ke tetiba satgi ada nama korang join skali. Hari raya bukan hari berduka weh. Ingat - ingat la orang yang korang sayang. Takpun orang yang korang bakal sayang...:-p.

Apa harapan korang di hari raya? Nak mintak maaf dengan ayah bonda? Jumpa member - member lama dan bertukar - tukar cerita? Atau menyantak juadah raya tanpa mengira masa? Tengok TV riang gembira?

Have a blessing hari raya guys. Sapa - sapa nak datang rumah aku dan makan ketupat palas yang aku buat sendiri inform la dulu eh. Rumahku sentiasa terbuka...

- e . I . j . I -

Raya's not for everyone

p/s : Jangan datang rumah aku kalau ada niat nak sparring. Badan aku tak fit.

Thursday, September 2, 2010

Life Shout Out - Selamat Hari Lahir Mohd Arif

                                                    Once upon a time, Aku dan bonda...

                                               Now, me and bonda... well, not so much..

Bondaku yang tercinta...

Dengan umur yang menjangkau separuh abad, aku mungkin ada terlalu banyak perkara untuk dilakukan semasa hari lahirku. Aku mungkin sudah agak tua untuk bermandi tepung dan telur oleh rakan – rakan yang tidak tahu kegunaan sebenar telur yang multipurpose. Aku juga mungkin terlampau matured untuk diikat tangan dan kaki seperti penjenayah perang kemudian diculik dan dibawa lari ke Desa Hartamas. Aku juga mungkin tidak terlalu berani untuk membawa anak dara orang yang cantik jelita pada waktu malam dan menunggu detik 12 untuk kucupan selamat hari lahir.

Namun satu yang harus kau tahu wahai bonda...

Aku agak nakal dan jahat pada tahun ini. Aku juga agak marah dan geram pada diri sendiri. Mungkin kerana aku ada mengabaikan beberapa reminder, short notes  dan wasiat pentingmu. Dan mungkin aku masih tidak mampu menjadi anakmu sepertimana yang kau inginkan.

Yang penting wahai bonda...

Maafkan aku kerana sampai kini aku masih belum berjaya mendapatkan seorang menantu untukmu. Dan mungkin dengan itu aku berjaya membuktikan pada rakan – rakanku sekolahku yang bedebah itu bahawa aku bukan gila pompuan yang macam diorang selalu fikir. Dan sebagai tambahan, diorang yang dah kahwin dulu. Such SOB’s...

Maafkan aku kerana aku masih selalu berselisih faham dengan abah. Abah masih ego dan bengis seperti dulu. Penggunaan gadjet seperti laptop, PSP dan handphone di tengah malam masih mengundang marah beliau. Dan sebagai tambahan beliau masih berfikiran double standard terhadap wanita yang tidak bertudung.

Maafkan aku kerana aku masih gagal membuang perangai durjana yang menjengkelkan iatu menumbuk dinding ketika sakit hati dan geram. Aku masih tidak cukup sabar sepertimu.
Namun hari ini bukanlah hari untuk aku merungut tentang semua itu...

Terima kasih bonda kerana melahirkanku dengan sempurna.

Terima kasih kerana mendidikku tentang realiti hidup di dunia yang sangat – sangat kejam.
Terima kasih kerana memanjakanku kerana ianya betul – betul membuat aku memahami erti menghargai sesuatu sebelum ianya lenyap.

Aku tak perlu hadiah Aggressive Inline yang berharga RM950 dari Kamil semata – mata untuk aku memecahkan tumit kananku di skatepark Kuantan seperti 6 tahun lepas.

Aku juga tak perlu hadiah belanja makan di Johnny’s oleh Bosku En. Suhaimi sebab aku memang tak pandai makan steamboat.

Aku juga tak perlu  hadiah Beg Deuter baru untuk menyimpan laptop.

Sekali lagi, hari ini bukanlah hari untukku. Ianya hari untukmu..

Yang aku perlukan hanyalah doa – doa dan surah Al Fatihah untukmu. Agar tempat pembaringanmu lapang dan disinari cahaya. Agar malaikat berhenti seketika memberi soalan provokasi untukmu. Dan agar dirimu tenang tanpa memikirkan gundah yang tidak sepatutnya.

Sesungguhnya aku amat menyayangimu Bonda.

3 September, selamat hari lahirku bonda, Kamariah binti Abdul Manan a . k . a Bulan Purnama a . k .a Al - Qamar

-          E  .  i . J . i  -       -  A . r . I . f –

Cut myself free, willingly stop just what's killing me

Wednesday, September 1, 2010

Ramadhan Shout Out - Time is on my side


                                                                   Bloody September




                                                                 Nice timing i guess...


1 September 2010, Before Subuh prayers.

I look into the mirror. And It happened again... In my slumber.

And again I decided not to go the doctor. For me doctors are just tools. They're being paid to speak things you wanna hear. And in my case, I don't wanna hear anything...

It's not about I'm totally screwed or anything but it's just if it's really my time to go, I'm going honest.

I'm sorry guys.

- e . I . j . I -

Against my will I stand beside my own reflection















Ramadhan Shout Out – Kemarahan yang terkawal


Nak try buat camni?

                                                 Balut tangan sentiasa..

                                                  Di mana - mana jua...


                                     Tangan sakit pun boleh update blog kan?

Sakit hati? Tension? Merajuk? Marah? Geram?

Apa korang buat kalau korang menghadapi situasi di atas?

Lain orang lain la caranya. Ada yang hempas pintu kereta kuat – kuat. Ada yang makan tak hengat dunia. Ada yang tumbuk cermin toilet kat HB1 MMU. Ada yang campak handphone dalam Laut Cina Selatan. Ada yang mogok lapar taknak makan. Ada yang pegi melancong jauh – jauh.  Ada yang berkurung macam orang gila dalam bilik. Ada yang bawak keta laju – laju 180km sejam kat Puchong. Ada yang abeskan duit pegi shopping dan ada yang tido sepanjang hari...

Aku?

Aku bukan alim macam Azizi yang boleh pegi amik air sembahyang time marah. Aku jugak bukan Raja yang boleh lepak main game sepanjang hari time tension bila coding FYP sangkut. Aku bukan  macam Afif yang boleh tiba – tiba mengaji Quran time geram sebab tak dapat dating sebab awek dia buat assignment. Aku jugak bukan Ijul yang boleh abeskan duit beli komik sebab gaji lambat masuk.

Abis tu aku buat apa?

Prinsip aku simple. Dari hati aku sakit sebab tahan marah, aku lagi prefer sakit dekat part badan yang lain seperti kaki ataupun tangan. Hati adalah organ penting yang perlu dijaga. Bila terlalu banyak tekanan atau marah tidak dilepaskan, boleh jadi penyakit. Aku taknak mati muda... Banyak lagi benda nak kena buat.

So, aku akan tumbuk dinding rumah atau cermin tingkap sebagai solution. Ataupun kalau dah marah sangat aku akan tumbuk batu bata. Tak pecah pun takpe. Asalkan hati dah tak sakit. Sebab sakit hati dah transfer kat tangan.

Soalannya, adakah method aku berkesan?

Aku dah pakai method ni almost 11 tahun. Dan jujur aku cakap yang aku rasa method ni 70% berkesan bagi aku. Hilang sakit sakit hati aku. Pedulik la orang nak cakap apa. Aku tak tumbuk perut diorang pun..

-          E  . i . J . I –
\
Bulan Purnama, Aku tidak tahu sinaranmu seterang mana... Sebab aku tak mampu membuka mata.

P / S : Jangan banyak tanya kalau tangan aku sentiasa berbalut. Aku memang camni. Maafkan aku tangan kanan dan kiri.

bloG BudDieS