Thursday, June 25, 2009

OfFiCe sHoUtOuT - MerEnTaS sIlAm YaNg keLAm



Hari Khamis yang standard dan biasa. Tak ada apa - apa yang berubah dalam ofis ni. Segalanya sama dan serupa. Semua orang sibuk bekerja membanting tulang sambil menunggu duit gaji yang dijanjikan masuk hari ni. Dan aku pun tak terkecuali...

Aku still lagi merenung laptop yang memaparkan kekalahan Sepanyol kepada Amerika Syarikat (US) dalam saingan Piala Konfederasi. Memang tak disangka - sangka US selaku underdog mampu menyerap tekanan dan menang 2 - 0 berhadapan Sepanyol selaku pasukan terhebat dan unggul sewaktu saingan EURO. Tapi berdasarkan prestasi malam tadi, aku rasa US memang layak menang. Tapi agak tensen jugaklah... Kawan aku Jefri pulak tensen sampai takleh sambung tido lepas Subuh. Kritikal jugak tu.

Transformers dah mula ditayangkan dan aku mendapat perkhabaran buruk dari kengkawan aku bahawa tiket dah habis dijual dan ditempah untuk minggu ni. Kalau btul la tiket dah abes, memang kecewa la.

Untuk kengkawan MMU, aku still tengah diet. Tapi aku tengah cedera kat pinggang ni weh. Nak tido pun takleh. Sampai menonggeng - nonggeng tahan sakit pinggang. Mungkin ini la harganya untuk kurus seperti sediakala. Atas apa alasan pun, aku kena kurus jugak untuk mengelakkan diri dari terus dikutuk... Hoho.

Sampai sini dulu... Nanti update lagi. Mood tengah down ni. Adoiii... Sakitnya pinggang aku.

YaNg SaKiT PiNgGaNg..

- e . I . j. I -

Wednesday, June 17, 2009

OfFiCe sHouToUt – PenCurI YaNg SolAt PiNtAr meNJerAt, KeTaWa RaKuS bErToPeNg BaNgsAt






Kuantan, Bandar yang selalu menjanjikan keseronokan dan keterujaan pada sesiapa yang mencari. Tempat berkumpulnya para pendekar zaman dulu kala menyembunyikan ilmu persilatan yang diingini. Tempat di mana wang dan kehormatan menjadi persoalan realiti. Tempat yang menjadi port budak – budak remaja menghabiskan masa hingga ke awal pagi. Tapi bagi aku, inilah tempat yang banyak meninggalkan memori…

Sabtu, 12 Jun 2009, tepat jam pukul 3 pagi, aku tiba di bandar Kuantan. Kedatangan aku kali ni adalah untuk menambah serba sedikit ilmu persilatan Silat Seni Gayong dari Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti. Perjalanan aku kali ni mungkin lebih thrill kerana Cikgu Arifin personally meminta aku untuk membantu beliau menguruskan persiapan makan dan minum untuk kenduri majlis perkahwinan anak jiran depan rumah beliau. Aku dengan senang hati bersetuju tanpa banyak bertanya… Tapi…

Waktu di jam tangan Swatch Sport aku menunjukkan pukul 3.35 pagi. Aku mengambil keputusan nak tido jap kat surau Terminal Bas Kuantan sementara menunggu waktu Subuh. Untuk kengkawan yang tak pernah tido kat surau atau masjid sewaktu travelling, aku cadangkan korang cuba try test la. Memang heaven! Baek Punyaaaa!!! Rasa macam dilindungi Malaikat. Tido korang pun lebih nyenyak dari biasa. Tapi korang jangan bantai tido sampai 2 – 3 hari! (Lemak la tuh!) Kang orang lain naik menyampah plak! Tido sikit – sikit udah lerr..

Aku dikejutkan oleh seorang brader Kelantan yang mengajak aku sembahyang Subuh berjemaah. Aku pun bangun untuk mengambil wudhu’. Suara azan Subuh dilaungkan oleh seorang budak sekolah teknik Muazzam yang menghabiskan sisa – sia cuti sekolah untuk melancong di Kuantan. Sayu betul suaranya… Macam nak menangis pun ada! Setelah memastikan barang – barang aku diletak di tempat yg selamat, aku mengangkat takbiratul ihram, meletak dan menyerah tawaduk di pelukan Rahmat Yg Esa… Allahu Akbar…

Habis je aku mengucapkan salam kiri dan kanan, suasana dalam surau menjadi kecoh. Gamat! Orang berlari – lari macam ada sukaneka rakyat. Aku pun taknak ketinggalan untuk join. Setelah disiasat secara pantas, rupanya ada laptop seorang mamat Kolej Shahputra telah dirompak oleh 2 org perompak yang turut serta sembahyang Subuh tadi. Aku menggunakan kepakaran teknik Parkour a.k.a Memanjat – manjat tanpa tali yang aku praktikkan semasa aku slim 2 tahun lepas untuk mengejar mamat – mamat perompak tersebut. Namun usaha aku dan brader – brader baik hati gagal. Perompak – perompak a.k.a Perompaks tersebut terlalu licik dan pantas. Pengalaman merompak mereka yg lepas dijadikan sandaran untuk terus berjaya merompak dan menyusahkan orang lain…

Kasihan budak Shahputra tadi. Dahlah laptop hilang pastu kene sound dengan pakcik – pakcik teksi plak. Kita dengar apa kata mereka.

Pakcik Teksi : Camne boleh kene curik? (Agak bodoh gak soalan ni… Takpe – takpe. Bagi can.)

Budak Shahputra : Saya sembahyang Subuh. Saya letak laptop kat dinding. Tau – tau je dah hilang. Abes semua assignment saya…. (Suara macam nak nangis. Tapi control sebab ramai awek simpati time ni.)

Pakcik Teksi : Mu tu yang bodo! Dah tau surau tu tempat perompak. Janganlah letak barang merata – rata. Padan muka… (Dahlah tak tolong apa – apa. Pastu nak komplen plak! Macam geng dengan perompak tadi je!)

Sian budak tu. Tapi nak buat camne.. Benda dah jadi dah pun. Aku sebelum ni pun memang serba tau yang surau Terminal Bas Kuantan tu jadi port perompak. Semuanya terpulang pada kita camne nak jaga barang. Aku jaga barang aku sampai kasut pun aku letak dalam beg. Apa - apa hal pun, aku memulakan hari Sabtu dengan niat membantu orang yang dalam kesusahan. Pahala free yang dianugerahkan Allah...

Dah pukul 715 pagi. Aku meneruskan perjalanan ke rumah Cikgu Arifin di Kubang Buaya. Moga – moga Allah memberikan aku keseronokan dan cabaran dalam perjalanan ni…

Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- E . I . J . I -

Thursday, June 11, 2009

OfFiCe ShOuToUt – SiShA, SeSeDaP rAsA sEeNaK MaTa



Pelbagai manusia memenuhi meja. Pelbagai saiz tua dan muda. Suasana bising gegak gempita. Pelbagai kisah pelbagai cerita. Tapi itu bukan soalnya. Ada sesuatu menarik mata. Menjadi kegemaran setiap jejaka. Pelbagai corak pelbagai warna. Pelbagai perisa serta aroma. Asap yang wangi berkepulan di udara... Sisha yang lazat diberi nama.

Sisha, satu lagi senario yang dilihat menjadi satu trend atau ikutan sejak akhir – akhir ni. Pelbagai tanggapan dan perspektif yang kurang elok dan hina dilemparkan kepada penggemar sisha yang jati. Tidak cukup setakat itu, media arus perdana juga tak ketinggalan untuk terus menghentam keras perkhidmatan sisha secara meluas di premis – premis mainstream. Apa kejadahnya semua ni? Takde keje lain dah nak buat ke? Iskhh!

Sebenarnya Sisha bukanlah teruk sepertimana yang digambarkan secara 3D oleh pihak – pihak tertentu. Dalam kesibukan kita sehari – sehari mencari rezeki yang halal, tidak salah rasanya jika kita surf internet mencari sedikit info di Wikipedia tentang Sisha yang kontroversi ni. Secara basic, Sisha adalah satu balang kaca berisi air pelbagai saiz yang mengeluarkan asap yang berbau wangi dan harum hasil pembakaran isi buah – buahan yang dikeringkan dengan arang yang diperbuat dari campuran kayu dan bahan – bahan lain. Boleh ikut setakat ni? Tak faham sila angkat tangan ye…

So, dari mana datangnya mudarat Sisha? Kalau korang tanya aku, memang aku akan terus terang cakap dari asap Sisha yang tebal dan berkepul – kepul tu. Konfem – konfem Karbon Dioksida! Tapi itu jelah bahaya Sisha yang aku boleh nampak dan study. Ramai orang beranggapan Sisha ni sama macam rokok tapi ianya 2 benda yang sangat berbeza! Aku taknak la jadi poster kesihatan yang ditampal kat dinding – dinding klinik atau hospital untuk mendidik korang tentang bahaya rokok (Lu pikirlah sendiri!). Sisha tidak mempunyai Tar, racun tikus ataupun nikotin seperti rokok! Ianya pure buah – buahan. Cuma takde vitamin je…

Bukan niat aku untuk membela komuniti penggemar Sisha, tapi diorang cuma taknak disamatarafkan dengan perokok. 80 persen penggemar Sisha adalah individu yang tidak merokok dan melayan Sisha adalah aktiviti di waktu lapang diorang. Kalau korang tengok kat tepi flavor a.k.a perisa Sisha tu, ada tertulis ‘contain 2% niccotyne’. Nape dia tulis camtu? Pengilang Sisha di Egypt tu kene letakkan perasa Sisha ni di bawah kategori benda – benda bernikotin kalau tidak perisa Sisha ni takleh diekspot ke Malaysia. Begitulah adanya…

Walaubagaimanapun, aku tak menafikan Sisha ni still ada kemudaratan. So kepada penggemar Sisha, aku galakkan korang untuk banyak minum air suam untuk menjaga kesihatan (Badan kita ni nak pakai lama weh!). Kepada kengkawan yang kurang faham tentang Sisha, aku harap dengan artikel ni korang leh memahami sedikit sebanyak tentang Sisha. Insyallah… So apa lagi? Jom lepak Sisha Arab Ampang kengkawan! Haha!


Tribute to Badrul Alfian bin Tajudin . Luqman Al Fared bin Mohd Nor . Mohd Nordin bin Narawi . Brother Faiz .

P/S : Trimas banyak – banyak kat Abg Al – Fakher Uptown 24 Shah Alam.


Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- E . I . J . I -

Saturday, June 6, 2009

WeEkEnD sHoUtOUt – I JulAi DeTiK CaBaRaN, sEtIaP lAnGkaH PeNeNtU KeBeNaRAn






Sesungguhnya aku agak penat hari ni. Aku baru saja tewas dalam perlawanan Ping – Pong terbuka peringkat daerah pada peringkat suku akhir pada seorang peserta berbangsa Cina yang handal dan pantas. Aku terima kekalahan aku dengan senang hati dan redha dengan ketentuan – Nya. Hampir 3 tahun aku menggantung bat ping - pong dan aku rasa bangga aku masih dapat bersaing secara kompetitif di peringkat tertinggi.

Kala aku sedang berehat – rehat melepaskan penat sambil melayari internet di gerai minuman, aku terbaca artikel tentang mamat yang pernah menggemparkan alam semesta dengan insiden sumpah - sumpah diri beliau diliwat. Hasil survey aku di google, hampir 98 % blog atau website tak percaya mamat ni kene liwat! Semuanya memberi pendapat dan fakta bernas dan selaras dengan situasi terdesak mamat ni untuk meraih simpati.

Menurut blog beliau, 1 Julai 2009 ni mahkamah akan menentukan bahawa yang beliau betul – betul diliwat. Syabas aku ucapkan. Kahkahkah! Aku pun tak ambik port betul ke tak mamat ni kena liwat tapi kalau aku jadi dia, sampai mati pun aku taknak ngaku aku kena liwat! Damn!Bukan aku nak tumpang glemer beliau ke apa tapi kalau ye pun takde maruah sebagai seorang lelaki, simpanlah sikit maruah sebagai seorang manusia. Buat apa la canang satu negara ko kene liwat? Settle table talk sudah! Kalau takleh settle jugak, tangan dengan kaki kan ada? Cepuk je!

Syabas untuk kengkawan bloggers yang terus – terusan mendidik masyarakat agar tidak tertipu dengan dakyah mamat ni. Pesanan aku, kalau ada orang nak liwat korang, lawanlah sedaya upaya. Jangan murahkan maruah anda demi wang ringgit yang tidak laku di padang mahsyar sana...

Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

Friday, June 5, 2009

OfFiCe sHoUtOut – UlTiMaTe SchOoL hOlIdAyS fOr DuMmIeS – PolIs SenTri a.k.a PolicE aNd ThieF




Cuti sekolah tiba lagi setelah sekian lama. Waktu yang paling dinanti – nantikan setiap individu yang memakai seragam sekolah yang formal dan berjenama. Banyak rancangan diatur yang pasti menjanjikan kegembiraan dan kepuasan di jiwa. Namun ada di antaranya yang tidak sedap dipandang mata. Ada yang lepak di The Mines Wonderland meluah kata - kata cinta. Ada yang shuffle – shuffle di Times Square untuk menarik perhatian semua. Ada yang Wheelie – wheelie motor EX5 kononnya hebat sentiasa. Namun ada juga yang membanting tulang untuk membantu keluarga… Syukur pada yang Esa.

Kembali ke tahun 90 –an. Jauh dari hiruk pikuk kota yang yang membebankan. Jauh dari pencemaran bunyi Playstation Portable dan Nintendo DS yang diidam – diidamkan. Jauh dari Decoder Astro warna kelabu yang mempunyai terlalu banyak siaran. Jauh dari umur dewasa yang pasti memberi tekanan. Hanya skill dan semangat yang diperlukan… Di masa kebijaksanaan menjadi keperluan. Maruah diletak sebagai taruhan. Setiakawan dijadikan asas pegangan. Hanya masa menjadi batasan…

Hah!( Penat buat intro weh! Haha!) Korang pernah main Polis Sentri a.k.a Police and Thief? Rata – rata bebudak skang dah lupa dah dengan permainan yang penuh dengan thrill ni! Ianya bermula seawal pukul 730 pagi ( Time aku kecik – kecik dulu, aku bangun awal weh!). Permainan Polis Sentri ni akan dimulakan dengan pembahagian 2 kumpulan iaitu Polis dan Pencuri. Team Polis akan mencari Team Pencuri manakala Team Pencuri plak akan menyorok ataupun lari lintang pukang dengan sedaya upaya dari dijumpai Team Polis. Permainan ini tidak terhad kepada bilangan ahli tertentu kerana kadangkala bilangan ahli permainan ini mampu menjangkau kepada 20 orang dalam satu – satu masa! Permainan ini khas untuk bebudak umur 12 tahun ke bawah je!Pada sesapa yang tak boleh bayangkan macam mana permainan ni berfungsi, sila rujuk permainan Counter Strike ataupun Paintball. Lebih kurang aje…

Permainan pun bermula! Team Pencuri pun lari bagai nak gila ke seluruh arah. Dijumpai Team Polis adalah perkara yang terakhir untuk dilakukan! Team Polis pula merancang strategi ulung menangkap Pencuri durjana!. Aku taktau la korang main game ni camne, tapi kalau kat kampung aku, kawasan permainan a.k.a peperangan kitorang ni menjangkau hampir 5 kilometer melibatkan hampir 120 buah rumah, 4 buah lorong, sebuah padang bolasepak dan 4 buah kebun pelbagai tanaman! ( Sebab tu time kecik aku kurus! Penat weh main game ni! ) Pada tika dan saat ini, Team Pencuri telah berpecah ke tempat - tempat yang random. Ada yang menyorok atas bumbung rumah penduduk kampung. Ada yang menyorok dalam kolong parit berisi ikan – ikan sepat kecil. Ada yang menyorok dalam toilet surau dan ada yang menyorok di tempat yang paling horror, semak samun! Semak samun yang memberikan habitat selesa kepada lebih 30 spesis binatang seperti ular sawa batik, ular senduk berbisa, biawak kaler hijau yang licik dan banyak lagi… Memang thrill!

Team Polis menggunakan segala medium yang ada seperti basikal, informasi dari orang kampung dan intuisi (Time ni mana ada Google Map weh! Semuanya cari manual je!) Apa yang diperlukan hanya sedikit kesabaran. Menjumpai seorang Pencuri kadang – kadang sudah memadai. Permainan ini seringkali mempunyai kejutan (Macam Akademi Fantasi jugak! Kahkah!). Terlalu banyak situasi yang sukar diramal. Dan kadangkala permainan ini menjadi lebih kotor dari rancangan genius General Krantz nak menangkap Micheal Scofield dalam citer Prison Break tu! Apabila seseorang individu dari Team Pencuri berjaya diberkas, Team Polis akan menawarkan makanan ( Aiskrim, Lollipop dan Jajan a.k.a Snek Rangup), Imuniti dan penghormatan jika si Pencuri malang membantu Team Polis mencari Pencuri yang lain. Dan ianya selalu berhasil. Pengkhianatan dan pemanipulasian rancak memenuhi plot permainan budak – budak kampung kuno ni…

Semua yang bermula pasti akan berakhir. Begitu jugak permainan ni. Permainan ini akan berakhir bila semua ahli Team Pencuri berjaya diberkas dan giliran permainan akan bertukar. Permainan ini juga akan berakhir bila azan maghrib dilaungkan atau mak kepada ahli permainan mula menjerit suruh balik dan mandi. Begitulah adanya… Tidak ada yang kekal.

Sungguhpun begitu, permainan ini sudah mula dilupakan. Budak – budak zaman skang lebih memilih cyber cafĂ© untuk menghabiskan masa. Kawan – kawan sekampung tidak penting lagi kerana mereka menjumpai kawan – kawan yang menarik di Facebook dan Myspace. Permainan ini akan pupus dimakan zaman... yang tinggal hanya kenangan.


- Tribute to my nephews Faris and Ieman. Jangan main PSP selalu sangat.. -


Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- E . I . J . I -

Thursday, June 4, 2009

OfFiCe ShoUtOuT – MeNcArI rUaNg uNtUk CeMerLaNg, NuAnG






Khamis, hari yang disukai ramai orang. Hari yang membuatkan kita memikirkan rancangan untuk dilakukan pada hari minggu yang mendatang. Hari yang terus – terusan memberi tenang. Hari yang membolehkan aku berpuasa sunat tanpa menimbulkan spekulasi yang aku meninggalkan puasa Ramadhan tanpa ada alasan matang…

Ya kengkawan! Aku puasa sunat hari ni. Aku berpuasa untuk menambahkan pahala yang kurang. Aku berpuasa untuk diet. Aku berpuasa untuk menghilangkan tension. Tension akibat dengan kekalahan MU kepada Barcelona kat Final UCL minggu lepas. Aku rasa cam kehidupan aku kurang beerti. Spoil! Kurang bermaya! Tak kurang juga ada insan – insan yang mengirimkan sms takziah dan ada jugak yang tak henti – henti gelakkan aku padahal diorang bukan sokong Barcelona pun! Apada… Atleast MU masuk final weh! Bukan cam Liverpool…

Kesedihan dan kemandoman aku berterusan. Kerja – kerja aku di ofis mula terganggu. Aku mula memikirkan sesuatu yang boleh dibuat bagi menawarkan rasa tak puas hati aku terhadap Barcelona. Aku pun call la Amran, member aku yang baru menamatkan pengajiannya di MMU setelah berhempas pulas menjawab soalan exam Administration Finance yang berbelit – belit…

Aku : Assalamualaikum… Leh masuk? Haha!

Amran : Masuk mana? Phone? Hahaha! Waalaikumsalam. Oit bro! ko mimpi apa call aku ni? Hahaha! Rindu ke?

Aku : Rindu jadah apa! Aku tengah tensen pasal MU kalah la bro. Tekanan duh! Boleh botak fikir banyak camni!

Amran : Laa… Sama la dengan aku! Teruk gila defend MU weh! Senang – senang Etoo dengan Messi score! Disebabkan faktor MU kalah, sampai skang aku tak tenang bro! Kalau aku mati ni, confirm – confirm je roh aku merayau tak tentu hala weh… Tak tenang punya pasal!

Aku : Kalau tak tenang ko suruh la orang bacakan talkin… Konfem tenang punya!

Amran : Tu la pasal! Ko call ni nak apa? Kalau ko cite pasal ko gaduh dengan ex GF ko aku memang malas nak campur! Nanti aku yang pening! Ex GF ko saiko duh!

Aku : Bukan pasal tu la bro. Disebabkan kita sama – sama tension, apa kata kalau ko follow aku naik Gunung Nuang. Lepas tension yang bersarang di kepala ni.

Amran : Damn! Chill dan bernas jugak cadangan ko tu! Aku pun tengah free tak buat apa ni. Nak main Guitar Hero Metallica asik tak lepas je. Susah duh!

Aku : Ko tak cukup terer lagi tu. Training laa. Usaha tangga kejayaan.

Amran : Haha! Baik bos! Nanti aku training. Ni sapa lagi yang ikut kita naik Nuang ni? Make sure satu kepala weh! Susah nak masuk cerita nanti.

Aku : Jangan risau. Aku akan bawak Mohd Nordin bin Narawi a.k.a Epi a.k.a Abg Sokong Liverpool sebagaiTukang Masak kita. Aku juga turut menyediakan pakej Taufik a.k.a Tukang Masak kedua. Member aku ni mak diorang dua – dua tukang masak catering so secara automatik diorang pun terer masak jugak la… Hahaha!

Amran : Haha! Cool bro! Papehal nanti aku konfem dengan ko balik. Tak sabar ni!

Aku : Ko jangan sampai tak jadi plak! Nanti Raja a.k.a Abg Bicep kutuk ko plak. Beliau kata banyak plan yang beliau nak buat bersama ko tak jadi! Haha!

Amran : Huh? Beliau ada kutuk aku ke? Cis! Ingatkan sahabat sejati sehidup semati. Jangan ingat bicep beliau besar aku takut! Apa nak buat, sebelum ni aku bz la bro… Tu yang tak jadi tu! Skang ni aku dah free. Ok la. Nak buat apa pun takdehal punya!

So, secara matematiknya, Amran a.k.a Abg Nintendo Wii akan mengikuti aku dan kengkawan Circle Of Trust yang lain dalam Gunung Nuang Revisited – The Curse of Barcelona. Satu lagi journey yang akan memberi 1001 persepi berbeza tentang kehidupan manusia. Satu lagi perjalanan yang memberi motivasi dalam pelbagai cara. Satu lagi misi tauladan untuk ditatap para hamba dari Sang Pencipta.

oFfIcE sHouTouT – uLtImAte sChOoL HolIdAyS foR dUmMieS - SUNAT




Si anak kecil yang aku tak ketahui namanya menangis dan melalak lantang. Hasratnya untuk melihat rancangan suci serba sempurna si ayah terhalang. Si anak tidak lagi mempedulikan insan – insan di sekeliling yang memandang. Si ayah mula rasa geram bercampur bengang. Nak dilempang si anak timbul pula rasa sayang. Nak tak nak si anak terpaksa dibawa pulang. Si ayah pula benak memikirkan rancangan yang lain untuk esok mendatang. Kerbau dan lembu untuk kenduri dah mula tumbang. Rancangan Sunat – sunat untuk si anak berakhir malang…

Itulah dia antara gelagat – gelagat budak – budak sekolah yang dapat kita lihat masa alam ria cuti sekolah ni. Nak kene sunat pun takut! Siap kena heret pegi klinik weh! Budak tu plak meraung tak hengat! Masa nak kena sunat tu pulak, sampai 5 orang dewasa diperlukan untuk memegang budak tu dari terus meronta – ronta. Macam kena rasuk pun ada! Daripada cerita lain yang aku dengar dari sumber yang boleh dipercayai, ada sampai satu tahap, ubat bius dan pelali terpaksa digunakan oleh si bapak untuk membuat si anak hilang upaya dan seterusnya Doktor a.k.a Tukang Sunat mengambil kesempatan itu untuk menyunatkan a.k.a mengkhatankan si anak. Fuh! Settle sudah… Susah gak nak sunatkan budak – budak zaman skang ni eh? Macam pergi perang… Tapi hanya seorang insan harus menjadi korban.

Masa aku kecik dulu, sunat menjadi salah satu pengukur keberanian yang jati. Menang bergaduh pun tak guna kalau tak sunat a.k.a Kulup! Time aku sekolah rendah dulu, ada member aku yang siap cas harga kepada kengkawan yang tengok ‘Anu’ beliau yang kena sunat! Yang tak sunat plak hanya mampu menipu kengkawan lain untuk mendapat penghormatan sebegitu rupa… Jangan terkejut kalau aku kata zaman dulu siap ada penubuhan puak a.k.a clan untuk budak – budak yang dah sunat a.k.aPertubuhan Budak Berani Sunat Se – Malaysia (PBBSSM). Hanya yang dah sunat boleh join! Yang tak sunat a.k.a Kulup tengok dari jauh jelah. Kahkahkah!

Sunat a.k.a Khatan ni jugak menjadi sumber penjanaan wang ketika cuti sekolah (Kalau tak sunat tak dapat duit weh!). Mak bapak akan buat sedikit kenduri lepas si anak bersunat. Saudara mara yang datang melawat akan memberi imbuhan berupa wang ringgit yang kadang kala boleh menjangkau ribuan ringgit! Pada si anak yang berwawasan, duit tersebut akan digunakan untuk membayar yuran sekolah, membeli baju sekolah dan membeli basikal yang lebih pantas untuk ke sekolah. Untuk anak – anak yang lebih maju a.k.a advance seperti aku, duit tersebut akan digunakan untuk membeli alat permainan video Brick Game dan Micro Genius a.k.a Atok Playstation 3. Memang masyuk!

Yang paling penting, sunat ni adalah pengukur kematangan seseorang. Sunat a.k.a berkhatan ni adalah tuntutan Islam kepada individu lelaki. Ia adalah transformasi kehidupan dari seorang budak kepada seorang lelaki matang. Dengan bersunat, kebersihan diri terjaga dan Insyallah sebarang penyakit kelamin dapat dihindarkan. Apa – apa pun yang paling best pasal sunat adalah mendapat greenlight dari ibu tercinta untuk bawak anak dara orang dating! Kahkahkah! Macam yang arwah mak aku pernah cakap, “ kalau tak sunat takleh kawin tau “…

Selamat bersunat semua….


Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- E . I . J . I -

Tuesday, June 2, 2009

FiNaL PaRt LeDaNg sHowDoWn – LaNGiT DijUnJuNg, aZimAt diSaNJuNg






Makin laju dan pantas aku dan Izzat a.k.a Abg Kuat SMS mengatur langkah menuruni Gunung Ledang. Keseronokan membayangkan suasana mandi – manda di dalam kesejukan air sungai bersuhu 20 darjah celcius di kaki gunung menjadi pemacu semangat dan motivasi untuk terus melangkah riang. Dah sampai masanya kitorang semua berpijak di bumi yang nyata setelah 2 hari suntuk kami mendaki dengan cemerlang. Bunyi air sungai yang mengalir tenang semakin kedengaran di gegendang… dan…

Yeahaaa! Setelah penat berlari, akhirnya aku dan Izzat a.k.a Abg Kuat SMS dah sampai di Kem Asahan a.k.a kaki Gunung Ledang, tempat di mana semuanya bermula. Aku dapati Amin a.k.a Kapten tengah bersantai mandi manda bersama Raja a.k.a Abg Bicep, Pijan a.k.a abg Rim Sukan dan Has a.k.a Abg Rambut Tegak (Tak tunggu kitorang pun! Bagus diorang ni!). Amin tak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada aku kerana berjaya turun dalam waktu yang agak cepat. Zul a.k.a Abg Driver VIVA pun baru sampai walaupun beliau turun gunung tadi agak laju. Ini semua gara – gara tapak kasut beliau yang tercabut di pertengahan perjalanan. Adam a.k.a Abg RXZ Open dan Usop masih belum tiba… Mana la diorang pegi ni.

Persetankan tu semua! Aku terus masuk ke dalam air sungai yang sejuk untuk melepaskan penat dan lelah mendaki. Nyamannya air sungai ini. Hilang semua masalah yang bersarang di jiwa… Tapi sekejap je la kan. Yang penting masa – masa camni patut dinikmati secara maksimum. Ntah bila masa – masa camni akan datang lagi… Kalaulah umur tak panjang. Manalah tau. Waallualam… Tiba – tiba.

Adam : Akhirnya… Aku sampai jugak kengkawan. Hukhuk.

Amin : Haha! Apsal lambat sangat weh? Kitorang sume dah siap – siap nak balik dah! Wakakaka! Malulah skit dengan Eiji tu.

Adam : Ala… Turun laju – laju pun bukan dapat hadiah. Aku menikmati pemandangan alam la. Masyukk….

Amin : Iyelah tu… Cepat siap weh. Jap lagi kita gerak. Lambat ko balik sendiri!

Dengan arahan tegas Kapten Amin, kitorang pun bersiap – siap untuk pulang ke MMU. Berat rasanya kaki dan hati nak balik. 1001 macam kenangan kitorang dapat kat sini. Dan skang dah sampai masanya kitorang kembali ke pangkuan kehidupan masing – masing sebagai student, pekerja, boyfriend bapak saudara dan banyak lagi.

Pengembaraan kitorang di Ledang berakhir bila Pijan menghidupkan enjin Kereta Proton Wira Rim Sukan Kaler Biru beliau. Aku taktau apa yang orang lain fikir tapi yang pasti, aku akan datang lagi ke sini… Dobong a.k.a Abg telur Goreng Berempah pasti ternanti – nanti kepulangan kami untuk berkongsi pengalaman di Ledang…


- T h E . e N D -

bloG BudDieS