Wednesday, May 13, 2009

oFfIcE sHoUtOuT – KeBeNaRan SuDaH TeRaNg, ApSal Nak beNgaNg?









Kecoh 2 -3 hari ni pasal kemelut politik di Perak. Alhamdulillah MB sebenar Perak, Dato Nizar telah disahkan sebagai MB Perak oleh perlembagaan melalui sistem kehakiman. Syukur kita ke hadrat Illahi kerana sekali lagi metunjukkan kebenaran untuk kita semua sedar. Tapi malang ada lagi insan – insan yang degil dan gilakan kuasa masih teruja mendapatkan kuasa di Perak. Setelah sidang dewan dicemari dengan ayat – ayat mencarut yang tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang tua kutuk yang bergelar ADUN yang kononnya memperjuangkan ketuanan melayu tapi mencarut dalam bahasa Cina, pihak yang degil ini merayu – rayu agar keputusan mahkamah ditangguhkan. Bebal jugak eh?

Takyah la kita susah – susah nak fikir. Bubarkan je la DUN. Takyah la selfish fikirkan kekuasaan untuk diri sendiri. Rakyat Perak perlukan perhatian yg maksimum. Itu pun kalau berani la, kalau takut duduk je dalam tanah. Kepada MB Nizar, kami semua menyokong perjuangan anda. Insyallah… Allah bersama orang yang benar.

Selamat Hari Ibu jugak aku ucapkan kepada sesapa yang bergelar ibu, mak, mummy, mama, mami, ummi dan apa – apa jua panggilan yang diberikan kepada sesapa yang kahwin dengan bapak korang. Lebih – lebih lagi pada sahabat sekolah aku (Taktau la sekarang camne) Siti Tettie Hidayati Binti Mohyi yang bakal menimang cahayamata pertama. Aku yakin ko akan jadi ibu yang superb. Insyallah… Tapi pada aku, hari ibu adalah sesuatu yang menyedihkan. Sebagai anak bongsu yang tak beribu, aku tidak ada sapa – sapa untuk diberi hadiah ataupun ucapan hari ibu yang ringkas. Moga – moga ibu aku diletakkan di kalangan orang – orang yang beriman. Ada hikmah di sebalik semua ni. Mungkin Allah nak jadikan aku seorang insan yang kuat tanpa seorang seorang ibu. Dan hasilnya amat memberansangkan… Alhamdullillah.

Aku agak tensen arini. Komen yang aku letak di blog seorang pemuda yang pondan yg kononnya tak dapat mempertahankan diri dari diliwat tidak diapprove. Aku rasa komen yang aku letak kat situ agak bersopan dan ikhlas tanpa memprovoke sapa – sapa. Mungkin beliau tak sanggup menerima kebenaran. Biarlah, hati dah gelap agaknya. Biarlah beliau terus menjual maruah dengan mengatakan beliau diliwat.

Nukilan yang humble dari aku. Untuk kita semua terus berfikir dan berpijak di bumi nyata. Pastikan diri kita lebih baik esok hari… Insyallah. Aku balik dulu. Nak jogging.



Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…

- eIjI-

Sebelum abes office hour

2 comments:

Anonymous said...

lorrrrrr... makan fat burner. x achi aaa. main cheat. Aku x pakai cheat pon leh turun. Tp lambat aa. Padan aaa ko turun 6 kg. ko dah jadi geng paan aa ni

3viL X eIjI said...

aku mkn fat burner tapi aku tak miss gym dgn jogging bai.. mkn honey star je tetiap ari dgn air suam!!seksa weh!!

bloG BudDieS