Wednesday, June 17, 2009
OfFiCe sHouToUt – PenCurI YaNg SolAt PiNtAr meNJerAt, KeTaWa RaKuS bErToPeNg BaNgsAt
Kuantan, Bandar yang selalu menjanjikan keseronokan dan keterujaan pada sesiapa yang mencari. Tempat berkumpulnya para pendekar zaman dulu kala menyembunyikan ilmu persilatan yang diingini. Tempat di mana wang dan kehormatan menjadi persoalan realiti. Tempat yang menjadi port budak – budak remaja menghabiskan masa hingga ke awal pagi. Tapi bagi aku, inilah tempat yang banyak meninggalkan memori…
Sabtu, 12 Jun 2009, tepat jam pukul 3 pagi, aku tiba di bandar Kuantan. Kedatangan aku kali ni adalah untuk menambah serba sedikit ilmu persilatan Silat Seni Gayong dari Cikgu Arifin a.k.a Penumbuk Kiri Sakti. Perjalanan aku kali ni mungkin lebih thrill kerana Cikgu Arifin personally meminta aku untuk membantu beliau menguruskan persiapan makan dan minum untuk kenduri majlis perkahwinan anak jiran depan rumah beliau. Aku dengan senang hati bersetuju tanpa banyak bertanya… Tapi…
Waktu di jam tangan Swatch Sport aku menunjukkan pukul 3.35 pagi. Aku mengambil keputusan nak tido jap kat surau Terminal Bas Kuantan sementara menunggu waktu Subuh. Untuk kengkawan yang tak pernah tido kat surau atau masjid sewaktu travelling, aku cadangkan korang cuba try test la. Memang heaven! Baek Punyaaaa!!! Rasa macam dilindungi Malaikat. Tido korang pun lebih nyenyak dari biasa. Tapi korang jangan bantai tido sampai 2 – 3 hari! (Lemak la tuh!) Kang orang lain naik menyampah plak! Tido sikit – sikit udah lerr..
Aku dikejutkan oleh seorang brader Kelantan yang mengajak aku sembahyang Subuh berjemaah. Aku pun bangun untuk mengambil wudhu’. Suara azan Subuh dilaungkan oleh seorang budak sekolah teknik Muazzam yang menghabiskan sisa – sia cuti sekolah untuk melancong di Kuantan. Sayu betul suaranya… Macam nak menangis pun ada! Setelah memastikan barang – barang aku diletak di tempat yg selamat, aku mengangkat takbiratul ihram, meletak dan menyerah tawaduk di pelukan Rahmat Yg Esa… Allahu Akbar…
Habis je aku mengucapkan salam kiri dan kanan, suasana dalam surau menjadi kecoh. Gamat! Orang berlari – lari macam ada sukaneka rakyat. Aku pun taknak ketinggalan untuk join. Setelah disiasat secara pantas, rupanya ada laptop seorang mamat Kolej Shahputra telah dirompak oleh 2 org perompak yang turut serta sembahyang Subuh tadi. Aku menggunakan kepakaran teknik Parkour a.k.a Memanjat – manjat tanpa tali yang aku praktikkan semasa aku slim 2 tahun lepas untuk mengejar mamat – mamat perompak tersebut. Namun usaha aku dan brader – brader baik hati gagal. Perompak – perompak a.k.a Perompaks tersebut terlalu licik dan pantas. Pengalaman merompak mereka yg lepas dijadikan sandaran untuk terus berjaya merompak dan menyusahkan orang lain…
Kasihan budak Shahputra tadi. Dahlah laptop hilang pastu kene sound dengan pakcik – pakcik teksi plak. Kita dengar apa kata mereka.
Pakcik Teksi : Camne boleh kene curik? (Agak bodoh gak soalan ni… Takpe – takpe. Bagi can.)
Budak Shahputra : Saya sembahyang Subuh. Saya letak laptop kat dinding. Tau – tau je dah hilang. Abes semua assignment saya…. (Suara macam nak nangis. Tapi control sebab ramai awek simpati time ni.)
Pakcik Teksi : Mu tu yang bodo! Dah tau surau tu tempat perompak. Janganlah letak barang merata – rata. Padan muka… (Dahlah tak tolong apa – apa. Pastu nak komplen plak! Macam geng dengan perompak tadi je!)
Sian budak tu. Tapi nak buat camne.. Benda dah jadi dah pun. Aku sebelum ni pun memang serba tau yang surau Terminal Bas Kuantan tu jadi port perompak. Semuanya terpulang pada kita camne nak jaga barang. Aku jaga barang aku sampai kasut pun aku letak dalam beg. Apa - apa hal pun, aku memulakan hari Sabtu dengan niat membantu orang yang dalam kesusahan. Pahala free yang dianugerahkan Allah...
Dah pukul 715 pagi. Aku meneruskan perjalanan ke rumah Cikgu Arifin di Kubang Buaya. Moga – moga Allah memberikan aku keseronokan dan cabaran dalam perjalanan ni…
Selalunya Jujur, Kengkadangnya Ikhlas, Jarang - jarangnya Tawaduk tapi Semestinya Benar…
- E . I . J . I -
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Ngok lah pakcik teksi tuh.. Bukan nak kasi ayat2 motivasi..
mmg ngok pun..esok lusa teksi pakcik tu plak kene curik..tgkla..
Post a Comment