Tuesday, September 1, 2009

DIArI RaMaDhAN EiJi – UlAr YaNg JahAt PeMuSnAh NiAt



Tengahari merdeka yang suam – suam kuku sinaran mataharinya. Tapi cukup untuk memberi perasaan rimas dan tak selesa. Lagi- lagi dalam keadaan berpuasa menahan nafsu dan lapar dahaga… Terbayang – bayang air tebu sejuk berais dan soya lemak manis bermain dalam kotak minda yang geliga. Iskhh! Ya Allah, berilah aku kekuatan mengharung Ramadan peningkat amalan…

Hari – hari berpuasa mesti ada bagi 1001 kenangan kat korang kan? (Ada sapa – sapa berani cakap takda? Ok? Takda? Kita teruskan) Ada budak – budak kecik separa mumaiyiz yang busy mengira hari - hari puasa mendatang untuk ditrade – inkan dengan wang ringgit pelbagai warna dan guna. Ada orang dewasa yang mengeluh untuk mencari duit untuk persiapan raya dan memenuhi permintaan gila insan tercinta seperti langsir baru dan sofa. Ada Tok imam yang menangis syukur teresak - esak time terawih (Sampai aku pun tak sure dia baca apa!) sebab Allah panjangkan usia beliau untuk terus menikmati bulan Ramadan penuh hikmah ni… Aku?

Hari pertama puasa tahun 2004 ( kalau tak salah aku la..) memberi aku satu pengajaran besar dalam hidup. Di kala orang lain lena dibuai mimpi, aku masih lagi bergayut di handphone dengan buah hati tercinta (Time tu punya cerita la..). Menceritakan perihal diri yang tak akan habis sampai bila – bila. Habis bergayut aku pun baring la atas katil sambil menunggu waktu sahur bagi kawasan – kawasan yang sewaktu dengannya. Tanpa aku sedari ada mara bahaya yang bakal tiba…sSsSsSs…

Tiba – tiba dengan aku tak jangka dan sangka, seekor ular senduk a.k.a Naja Naja Kaouthia ( Dalam bahasa saintifiknya) kaler hitam bersaiz matang terus mematuk kemas bahagian abdomen aku (Adoi!!! Hamjadah punya ular! ). Dalam keadaan konfius dan kaget memikirkan dari mana punca ular itu datang tanpa diundang dan kenapa aku yang menjadi mangsa beliau, aku terus rentap ular tu dari perut aku dan campakkan ke arah TV yang masih terpasang dan mengharapkan ular itu mati dan TV LG 32’ aku pulak akan berada dalam keadaan ok ( Mahal tu!).

Dalam keadaan cemas, aku terus ambik kunci keta Wira Persona 1.8 Abah aku dan terus sesegera mungkin menekan pedal minyak kereta menuju hospital. Sesampainya aku kat hospital, seorang doktor muda lelaki perasan hensem dan kerek suruh aku baring rilek - rilek atas katil bercadar putih dan tunggu. Tapi hakikatnya beliau lupa suruh aku tunggu dengan rileks sampai aku mati cuz beliau sibuk membuang masa mengaplikasikan taktik ‘Aku ni doktor dan banyak duit dan rugi kalau ko tak ikut sahur jap lagi dengan aku’ kepada seorang nurse perempuan yang agak jelita parasnya bernama Zahra. Perangai hamlau doktor tersebut mengundang rasa marah dan bengang aku dan aku terus sound “Doktor nak ngorat ke, sapu sampah ke, tanam bunga ke papehal pun buat keje dulu.. boleh??!! Saya macam dah nak mati ni! Kang ada yang join saya mati kang...” . Terkesima dan malu dengan kata – kata kesat aku, doktor muda kerek perasan hensem itu terus mula menjalankan tugas sebagai doktor… Akhirnya.

Sambil menyuntik 7 anti venom dalam badan aku, doktor muda kerek perasan hensem tu perli – perli aku nape aku tak patuk ular tu balik ( Mangkok! Macam tak puas hati je bunyinya... ). Namun, kehadiran nurse bernama Zahra yang menjadi kegilaan doktor muka kerek perasan hensem itu sedikit sebanyak membantu mempercepatkan recovery aku. Beliau kagum dengan semangat kental aku yang still boleh drive sendiri ke hospital walaupun separuh badan aku dah kebas, muka pun dah pucat biru - biru dan mulut pun dah berbuih sikit. Beliau juga menerangkan yang doktor muda kerek perasan hensem tu telah berulang kali mengorat beliau tapi beliau tolak. Bukan taste dia katanya. Haha!

Aku dinasihatkan supaya lepak kejap kat wad untuk pemeriksaan lanjut. Walaupun doktor menasihatkan aku untuk tidak berpuasa namun aku tetap keras hati dan berdegil untuk terus berpuasa. Dan atas kedegilan tu aku membuat keputusan untuk lari dari wad tersebut tepat pada pukul 730 pagi pada hari itu juga. Takkan hari 1st puasa nak puasa dalam hospital??? Korang nak?

So tu la pengalaman yang aku takleh lupa time bulan puasa. Pengalaman tu mengajar aku yang bukan semua doktor tu nak jadi doktor sebab nak tolong orang. Pengalaman tu juga mengajar aku berhati – hati kalau nak landing atas katil. Tau – tau je ada ular… Adus.

TaK sEmuA MatA iTu BiSa MeLiHaT

- e . I . J .i –

SaKit iTu pEnyeMbUh HaTi

4 comments:

Anonymous said...

camner leh ada ular 2. giler aaa. bdk baju biru ke antar kat ko?

3viL X eIjI said...

hehe..
aku pun taktau la..
time2 aku landing je dah kene patuk..
tak sempat nak patuk ular tu balik..
hangin...

narapatinantaboga said...

hehehehehe, hamba pon pnah bersua juga dgn senduk betina, tgh 'mengamuk' dok serang jiran sebelah. jiran pompuan tuu pkai penyapu jer xnk ular tu pg dkat dgn anak2 dia. nasib baik hamba bawa simbat gayong sekali...;)

3viL X eIjI said...

hehe..

ganas tu cikgu saiful..

pki simbat..

jgn pki sundang sudah..

ahahaha..

bloG BudDieS