Wednesday, August 26, 2009

RaMaDhAn ShOuToUt : PuAsA Oh PuAsA




Hari ni, 26 Ogos 2009 bersamaan dengan 5 Ramadhan dan sekaligus secara matematik rawak dah masuk 5 hari kita Umat Islam menjalani ibadah puasa. Namun di kala insan lain bersemangat berpuasa dan mengembungkan tembolok dengan juadah berbuka yang pelbagai dan beraneka, aku hanya mampu merenung diorang dengan perasaan cemburu yang menggila. Aku hanya mampu berbuka puasa dengan air suam dan buah kurma. Ramadhan ini menjadi medan aku menguji ketahanan fizikal dan mental aku untuk kurus seperti sediakala… Tak kira apa orang lain kata, insyallah niat tulus di hati ini menjadi penguat diri mengharung masa.

Roti John yang menjadi kegemaran aku di bulan Ramadhan terpaksa aku lupakan. Air tebu dan soya yang lemak manis juga terpaksa aku tinggalkan. Harga diri untuk kurus adalah menjadi keutamaan aku ketika ini. Bila mengenangkan baju jersi Werden Bremen fit size Original yang dihadiahkan abang aku, aku terus tambah semangat untuk terus berdiet tanpa mengira risiko. Jersi ketat penunjuk dada bidang itu akan aku pakai dengan penuh rasa bangga bila aku kurus nanti.

Lantak pilah dengan Murtabak Ayam Cik Mail . Pedulilah dengan Ayam Percik Berempah Abang Azmi. Hampuslah dengan Air Soya Acik Enon. Aku kene kuatkan tekad. Kalau aku tak kurus skang bila lagi?

Maafkan saya wahai makcik – makcik dan pakcik - pakcik bazaar Ramadhan. Kita jumpa tahun depan… Insyallah time tu saya dah kurus. Jangan lupakan saya.

Tulus Ikhlas Dari Anak Bulan yang tulen…

- e . I . J . I -

3 comments:

Anonymous said...

perhghggh...semgt nk kurus nmpak. Bgs2

Anonymous said...

Sedap pe roti john. Rugi ko xmkn. Ayam percik berempah abg azmi pon sedap gak. Murtabak Ayam Cik Mail fuhh....delicious 2. Air soya Acik Enon pon marvellous. Suma sedap 2. Kah...kah..kahh...kah.. mkn jerla. ramadhan skali jer. Pastu ko diet aaa. Rugi kalo ko x mkn bnda2 cam2 dalm bln posa ni. Mana nk cari kat bln2 lain. Hhehhehehhehe....

3viL X eIjI said...

uikss...

ni nasihat jenis apa ni?

tak kira la apa pun rintangan..

kene kurus gak..

bloG BudDieS