Wednesday, February 17, 2010
Berdepan Dengan Apit Jinjang Mahaguru, Si Panglima Harimau Malaya – Part 1
“ Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa berada dalam kerugian, kecuali pada insan yg berpesan – pesan dengan kebenaran dan yang beramal soleh “
- Suratul ‘As –
Bergema ngauman Harimau Malaya,
Mencurah ilmu pada anakanda,
Kasih mesra tidak dilupa,
Hormat dan taat penentu bahagia…
Walaupun masing – masing sibuk dan sedikit leka dengan urusan duniawi yang serba mencabar sabar, tidak pernah terniat atau terdetik di hati nurani ini untuk tidak terus menuntut ilmu Seni Gayong peninggalan Arwah Dato’ Meor Abdul Rahman. Ada yang tertekan saban hari dengan pembelajaran silibus megatronik dan kejuruteraan di Universiti. Ada yang dilabi – labi dengan urusan kerja yang tidak tahu bila akan khatamnya dan ada yang terkejar – kejar ke majlis – majlis walimatulurus yang selalunya mengundang rasa iri hati yang menghitamkan jiwa… Ini semua harus ditinggalkan sejenak. Untuk mencari tenang, untuk mengisi ilmu di dada. Untuk menanam tawaduk di hati… Untuk mencari diri.
Tepat pukul 1145 malam, 12 Februari 2010, Aku, Raja Syafiq, Adam Izhar dan Syahir Akmal bertolak ke Perak untuk menambah ilmu yang diketahui umum serba serbi kurang sempurna. Hajat di hati cuma satu, bertemu Ayahanda Mohamed Amin bin Hamzah selaku Apit Jinjang Mahaguru dan memohon belas kasihan untuk berguru dan dicurah restu…
Kami disambut dengan ceria dan gelak tawa dari Hafiz dari Gayong United Kingdom dan Abang Man selaku orang penting dalam Kursus Tempur Tangan Kosong ini walaupun waktu menjangkau pukul 3 pagi. Adam yang tak habis – habis risau dan bimbang mengenai keadaan tempat tidur beliau mula berhenti merungut. Mungkin akibat terkena aura kehebatan Panglima Harimau Malaya agaknya. Kami terus dihantar ke Kompleks Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Batu Gajah dan tidak sabar lagi untuk menunggu fajar subuh tiba. Masing – masing terbayang bagaimanakah corak latihan yang menanti kami pagi nanti…
Dah nak subuh rupanya… Semua anak – anak Gayong MMU dah tidur. Aku masih berjaga. Hati ini tidak tenang kerana charger handphone tertinggal dalam bonet kereta Abang Zack. Ya Allah… Berikanlah aku daya ingatan yang lebih sempurna…
Aku terbayang wajah Ayahanda Cikgu Amin ketika meletak kepala di bantal. Sihatkah dia? Gembirakah dia? Walaupun ini kali kedua aku bertemu Cikgu Amin namun tetap wujud rasa segan yang teramat sangat. Maklumlah, ilmu di dada tidak sebanyak mana. Nak berguru pula dengan insan yang agung… Hanya Allah yang tahu gundah di jiwa.
Aku cuma manusia dan aku perlukan tidur. Gelabah macam mana pun, nak taknak esok yang pasti tetap datang. Bismillah… Selamat malam Ayahanda Cikgu Amin. Selamat malam Kak Ila. Selamat malam anak – anak Gayong… Esok kita bermula….
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Take a good rest bro.
Enjoy yr life!
syahir akmal ilek jer tdo dlm bas. khusyuk lak 2. Adam pon kalah. hahaha
salam
klu ada pertandingan tido,sure akmal menang...hehehe.
jangan lupo apo yang dapek yooo pendekar laut sumoo....
InsyaAllah
part 2 ble mau upload?..
salam
nak upload la ni.hehe...thanx atas komen.hohoho...
Post a Comment