Lokasi Kejadian via Nokia
Lokasi Kejadian 2 via Nokia
Lokasi Kejadian 3 via Nokia
Tajuk : Tolong Susah Tak Tolong Pun Susa h …
Lokasi – Terminal 2, Kota Kinabalu
Pada mulanya, dia menceritakan yang dia dan isterinya datang dari Brunei . Diorang datang ke sini untuk melancong. Dia juga mengatakan yang dia adalah oran g yang agak berpengaruh di Brunei dan bermacam – macam lagi. Kitorang juga sempat berkongsi pandangan tentang politik negara masing – masing.
Namun ianya cuma seketika…
Ismail mengatakan dia dan isterinya sudah terkandas di Kota Kinabalu sejak 2 minggu yang lepas disebabkan begnya yang mengandungi duit, passport dan handphone sudah dicuri ketika membeli belah di Centre Po int. Dia sudah membuat laporan polis namun ianya hanya sia – sia belaka…
Sambil menitiskan air mata, dia juga mengatakan dia sudah meminta tolong dari kawan – kawan tapi semuanya sia – sia. Akibat kasihan, aku menawarkan laptop dan broadband aku supaya Ismail dapat menghubungi kawan – kawannya di Brunei namun beliau menolak… Eh? Ni dah pelik ni…
Disebabkan bajet aku pun agak kurang, aku tak mampu membantu dia dan isteri. Aku meminta supaya diorang tidur di surau airport supaya diorang lebih selesa namun sekali lagi dia menolak. Tadi pung – pang cerita pasal dugaan Allah la, cuba an la tapi nak tidur surau pun taknak? Aku dah start konfius…
Aku menutup laptop dan mengatakan kawan aku dah sampai. Aku terus suruh dia buat sembahyang hajat meminta pertolongan Allah di surau namun sekali lagi dia enggan. Dia kata dia dah banyak kali buat sembahyang hajat…. Pula k dah! Okla h Cik Mail… Saya kena gera k ni. Tak kisahlah apa pun…. Jaga diri baik – baik.
P/S : Apa pendapat korang eh?
- E . I . J . I –
U can lie to somebody anytime. U can lie to everybody sometimes. But u can’t lie to everybody everytime…
No comments:
Post a Comment