Ada sapa - sapa nak race?
Minum selepas training...
Aku dan Hamzah TLDM
Syafik dan Cikgu Ariffin
Ilmu adalah sesuatu yang tidak pernah tamat. Setiap hari yang kita lalui adalah sesuatu cabaran dalam menuntut ilmu. Jikalau kita mengikut 'flow' yang sepatutnya, setiap hari ada saja perkara untuk kita pelajari. Terpulang pada kita untuk menerima ilmu yang bagaimana...
Bagi aku, penerimaan ilmu datang pelbagai cara. Ia datang dalam cara formal dan tidak formal sama ada kita sedar ataupun tidak. Misalnya, jika kita pergi ke mana - mana pertandingan silat, terlalu banyak ilmu yang kita pelajari dengan hanya mendengar, melihat dan merasa.
Jika aku ke Kuantan sekalipun menuntut ilmu dengan Cikgu Ariffin, kadangkala dengan hanya mendengar beliau bercakap, terlalu banyak ilmu yang aku perolehi dan ini adalah pengalaman yang sangat - sangat berharga. Tu belum masuk bab bersilat lagi...
So?
Menuntut ilmu adalah benda yang manis. Ilmu yang percuma sangat - sangat sukar untuk dicari. Oleh itu janganlah malu untuk bertanya tentang sesuatu yang kita tidak tahu dan tidak faham. Tak rugi apa pun. Kan?
- e . I . j . I -
Minum di restoran Arab bukan sekadar penghilang dahaga
No comments:
Post a Comment