Wednesday, October 6, 2010

Life Shout Out – Cinta Selepas Kahwin?

      Muzam, kawan baik dan jiran aku dari kecik. Kenduri kawin dia pun aku tak pegi... Ya Allah.

                                         Rohaidah kawanku

Zaman skang kita dah boleh tengok ramai teruna dan dara yang memilih untuk berkahwin pada usia 25 tahun ke atas. Ataupun lagi kritikal usia 30 tahun ke atas ( Up lagi skit! ). Apsal eh? Muka tak lawa? Duit tak cukup? Nak tumpu pada karier? Nak beli umah dulu? Mak tak bagi kawin? Awek atau balak lama menyumpah bujang sampai ke mati? Macam – macam la korang ni…

Jawapan yang paling glemer yang aku slalu dengar mutakhir ni adalah “ belum ada jodoh “. Err… Honestly aku pun selalu gak bagi jawapan  tu kat makcik – makcik gedik tudung biru kat kenduri kawin ( Perasan flower girl diorang ni ) yang sebok tanya aku soalan ‘ cepuk cemas ‘ tu. Dan bila aku bagi jawapan tu, diorang akan offer ntah mana – mana gadis sunti untuk disunting jadi isteri. Dah macam agen carik jodoh la plak.  Padahal anak diorang sendiri tak kawin – kawin lagi. Adeh! Kain sendiri takmo jaga, gelabah tarik – tarik kain orang lain pulak… Pehal ko makcik?

Korang ada pengalaman kawin dulu baru bercinta ke? Cuba share skit. Aku tengok zaman – zaman dulu tu punyalah senang nak kawin. Takyah pernah jumpa pun tau – tau je dah kene kahwin. Pastu buat muka melopong dan blur apsal nak kena kawin dengan orang kita tak pernah jumpa. Rupanya mak bapak  die dah tolong settingkan jodoh dan tunangkan sejak dari dalam perut. Wattefak? Sungguh sadis.

Personal opinion, aku rasa aku tak boleh la nak cinta – cinta lepas kahwin ni. Maybe betul ada orang kata ada manisnya cinta selepas kawin ni tapi tu diorang kan? Maybe manisnya datang dengan restu mak bapak. Alhamdulillah la kalau camtu. Lain orang lain la efeknya kut… Ntah – ntah aku ni kawin pun tak sempat…

Sempena musim kawin – kawin ni, aku nak ucap tahniah kat Rohaidah, kawan sekolah rendah aku yang suka belai – belai rambut aku time aku buat – buat tido kat kelas Math. Moga berbahagia hendaknya hingga ke anak cucu. Sori takleh nak datang kenduri kawin ko weh. Ada event lain kene pegi. Sori sangat – sangat.

Be good guys.

-        - E . I . j . I -  

Hati – hati berjalan. Pandang kiri kanan. Jangan sampai bangkitkan naga.

2 comments:

Anonymous said...

hang bila nak kawin eiji? aku nak jadi makcik tudung biru sekejap. hahah

3viL X eIjI said...

salam

ko pun nak kene sembur macam makcik tudung biru jugak ke pakker? Haha!

klu umo panjang kawin la.. ;-)

bloG BudDieS