Wednesday, November 17, 2010

Life Shout Out – Kasi simbah sama dia? Jangan benak sangat…



                                       Tempat Lepak baru, aku dah muak lepak THE CASTLE

                                                Lorong Damai yang memberi kedamaian

                                                 Bodek hati bakal mak mertua pastu clash?

Aku dah muak! Bosan! Tak ceria! Dinihari kita dikejutberukkan oleh berita – berita hamjadah dan plastik seperti boyfriend mati kene bunuh pastu girlfriend plak hilang, girlfriend kena siram minyak hitam sebab mintak clash, boyfriend kena cepuk sebab takleh terima kenyataan awek dia nak kawin dengan jantan lain yang lebih kaya dan serius berlagak padahal taktau sembahyang, girlfriend kena simbah asid sebab selalu control cun time balik kerja kilang, boyfriend kena labi dengan abang awek dia sebab awek dia queen control dan macam – macam lagi kes gaduh boyfriend/ girlfriend yang tersebar luas di media Malaysia ni. Persoalannya, pehal yang kolot sangat cara pembalasan dendam tersebut? Bukankah ada cara yang lebih mudah dan simple serta memberi kesan yang lebih efektif?

“ PUKUL? TARIK RAMBUT? TIKAM ULU HATI? GELETEK SAMPAI MATI? “

Oh tidak sama sekali. Walaupun aku ada belajar silat serba sedikit namun kekerasan bukanlah penyelesaian mutlak kepada segala masalah berkenaan. Pengalaman menonton Crime Scene Investigation 11 musim tanpa henti sedikit sebanyak membantu. Terima kasih Horatio Caine dan Gil Grissom. Anda telah mengajar saya melakukan jenayah tanpa meninggalkan kesan… Haha! 

Memula sekali kalau korang nak settlekan benda – benda camni ( kalau korang ada la ) adalah korang kena pasrah dulu. Ingat Allah banyak – banyak dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Jadi setenang mungkin. Pada phase ni sembahyang 5 waktu amat – amat digalakkan tidak ditinggalkan. Ni penting sebagai makanan rohani. Pastu try carik girlfriend/boyfriend baru dulu dalam masa 2 – 3 minggu selepas clash. Try tengok camne dulu. Kalau tak boleh jugak kita masuk phase 2.

Apa phase 2 pulak? Pegi sejauh mungkin dari bayangan si dia! Kalau dia kerja kat Banting korang try carik kerja kat Ipoh. Kalau si dia kerja kat Melaka korang try carik kerja kat Johor. Dan kalau korang masih study di Universiti aku tak pernah galakkan korang tukar Universiti. Cukuplah dengan jadi low profile dan sikat rambut belah tepi agar tidak menarik perhatian si dia. Yang si dara plak bley try pakai baju – baju yang menutup aurat sepenuhnya untuk cool down low profile. Ngertik??? Bley buat tak?

“ Kalau tak boleh jugak camne Abang Eiji? Sayang pada si dia masih menebal dalam diri ini! Nak tido pun susah... “

Aku cadangkan korang pegi bercuti. Pegi camping lagi bagus. Buat benda – benda yang di luar kebiasaan korang. Jangan pergi bunuh orang sudah la. Lain la kalau korang dah selalu bunuh orang. Rilek – rilek suda... Buang semua perasaan benci pada si dia dengan cara bersatu dengan kehijauan alam sekitar. Time aku clash macam nak gila dulu ada ustaz suruh aku mandi dengan air kolah 7 surau yang berlainan. Korang leh try kalau nak… Takdehal punya! 

Abang Eiji, saya dah putus asa. Saya takkan mampu lupakan si dia… “

Palotak kao! Macam – macam cara dah buat pun tak jalan jugak? Adeh! Kalau dah tak boleh settle sangat jumpa la aku kat Jalan Damai Restoran Al Rawsha. Nanti aku akan bagi briefing phase terakhir. Sambil – sambil tu bley la layan sisha sedap gila kat situ. Jangan nangis – nangis depan aku… Pantang! Nanti orang – orang Arab kat situ fikir bebukan! Damn it!

" Eiji, Ko memandai bagi orang lain tips confront clash, tapi aku tengok time ko clash ko plak paling mental pecah. What's up with dat bro? "

" Err.... No komen... "


Pelamin anganmu akan musnah…

-          E . i . J . I –

Coldblooded. No mercy to you. Burn in hell

Tribute to adik Mashitah, Zamey dan kengkawan yang baru clash. Selamat berclash dengan sempurna.

No comments:

bloG BudDieS