Anwar Ibrahim
Dengan memperkenalkan diri sebagai harapan baru untuk Malaysia di kala rakyat marhaen tercari - cari pemimpin yang mampu membawa transformasi pentadbiran, sesungguhnya Dato Seri Anwar Ibrahim berada di landasan yang tepat untuk menjadi ' Messiah ' politik atau penyelamat.
Namun entah di mana silapnya, satu demi satu pemimpin yang kononnya bergelar kawan sehidup semati di sekeliling beliau mula meninggalkan beliau. Musuh pula mula mengatur strategi keji sepak terajang politik untuk melancarkan 'final death combo' terhadap beliau. Segalanya perlu dilakukan sebelum pilihanraya akan datang.
Mungkin Anwar Ibrahim terlalu menginginkan kerusi empuk PM di Putrajaya. Mungkin juga beliau ingin menghapuskan kepincangan sedia ada yang menjadi barah yang busuk dalam pentadbiran negara. Mungkin juga beliau mempunyai agenda sendiri... Segalanya mungkin.
Mahatma Gandhi, Che Guavara, Hang Jebat, Suu Kyi dan beberapa lagi pemimpin agung yang pernah wujud mempunyai pelbagai ujian sepanjangan perjuangan mereka. Ini fakta. Biarlah mati sebagai seorang pejuang. Selebihnya sejarah akan menjadi saksi.
The time is now. mind is set...
- e . I . j . i -
No comments:
Post a Comment