THE SPIRITS
THE BANNER
Aku pun ada???
Afik, Wanbai dan aku. Masing - masing dah hilang suara. Tapi dara masih ada...
Di kala pasukan bolasepak negara menghadapi pelbagai asakan ujian getir dan penghinaan yang tidak berkesudahan akibat prestasi yang tidak menentu, di manakah kita sebagai rakyat Malaysia ? Adakah kita hanya rakyat yang tau mengutuk sahabat – sahabat Harimau Malaya kita yang berjuang 90++ minit di tengah padang tak pandai main bola padahal kita ni main futsal 2x je seminggu kat Sport Planet Subang pastu berlagak bagus sebab pakai kasut futsal berjenama Nike yang dibeli hasil penjimatan gaji selama sebulan? Ada kah kita ni mangkuk yang hanya tahu mencaci maki sahabat – sahabat kita di tengah padang tu makan gaji buta padahal ada di antara kita yang curik – curik lunch time brea kfast dan tido time office hour? Ada k ah kita ni plastik sampah yang tau menghina Skuad Bolasepak Negara pancit dalam game padahal kita ni tau naik eskelator je sampai ofis? Pehal kita ni weh???!!!
Muncul satu kesedaran jatidiri sebagai seorang anak Malaysia pada 2007. Pedulikan semua mangkuk hayun yang memperkudakan negara tercinta sebagai platform kekayaan duniawi. Pegi mampus semua parti – parti politik yang kononnya mempunyai nawaitu agung dan agenda suci tersendiri. Lantakkan semua isu perkauman sempit yang dijunjung hingga ke mati. Sorakan akan menjadi bukti.
Mereka bukan Ultraman. Mereka bukan Ultra Seven. Mereka bukan Ultra Dash. Tentu sekali mereka bukan Ultra Lembayung. Mereka adalah ULTRAS MALAYA.
Ultras Malaya adalah satu suara yang bertindak sebagai benteng pertahanan Skuad Bolasepak Negara. Sokongan yang tidak berbelah bagi diberikan hatta nyawa bercerai badan sekalipun. Tetap bersorak riang walaupun isteri dan awek tersayang suruh balik tengok TV LCD 42 inci kat rumah. Sanggup memakai jersi Malaysia 4 hari berturut – turut walaupun mesin basuh kat rumah lebih mahal dari Proton Inspira baru. Menjunjung maruah Skuad Bolasepak Negara biarpun rakyat Malaysia yang lain masih bodoh menghina mutu bolasepak Negara berdasarkan laporan media yang tidak telus.
Terdiri dari pelbagai lapisan masyarakat, sorakan Ultras Malaya mampu menggegar dan mengoncang stadium serta memecah lampu – lampu limpah kedai mamak seperti yang terjadi kat Restoran HAKIM Seksyen 7 semasa perlawanan Malaysia VS China dalam Sukan Asia Sabtu lepas. Kalah menang menjadi soal kedua. Yang penting, sorakan semangat untuk negara tidak akan pernah padam.
So, korang bersedia? Sebelum sokong mana – mana pasukan EPL atau La Liga, letakkan sedikit hati korang pada Skuad Negara. Cintakan negara dan cintakan kerajaan adalah 2 benda berbeza. Belajar mengambil tahu tentang perkembangan dan situasi sebenar skuad bolasepak negara. Ianya memang mengambil masa tapi ianya sangat – sangat berbaloi.
Untuk skuad bolasepak negara tercinta…
- E . i . j . I –
Kau di sana , aku di sini… Kita semua saudara.
Tribute to Wanbai, Afik, Izzat, Lekir, Syed, Iwan dan skuad Ultras Malaya
p/s : Geng – geng Ultras akan dijemput khas memeriahkan suasana time aku ada tournament silat. Haha! Aku lanje korang Air Asam Jawa satu jag. Pandai – pandai la korang kongsi. Kahkahkah!
No comments:
Post a Comment