Friday, November 19, 2010

Silat Shout Out – Apa yang kau ada?

                                                     Aku dan  Ash Azhim KPTM Bangi


                                                     Kejohanan Silat terakhir aku. Mungkin...

                                            Aku dan Sepexx Syah UITM

Dengan kes – kes jenayah berprofail tinggi yang berlaku tanpa mengira waktu, usia dan tempat pada zaman Facebook dan Twitter ini, adakah kita fikir kita mampu mempertahankan diri dari segala onak dan pancaroba dunia? Tidak kira ada pistol Revolver beratus pucuk, pisau daging berpuluh kotak atau parang Brazil beribu bilah, kalau benda malang nak jadi, jadi la jugak. Tak mampu nak elak… Nak rasa diri tu power sangat kenapa?

Zaman Melayu dahulu kala, keris, pisau ataupun kerambit menjadi senjata wajib untuk dibawa ke mana – mana hatta ke tandas sekalipun. Tanpa mempedulikan muka yang dimiliki tidak sehensem mana, keris menjadi simbol keberanian dan persediaan menghadapi apa jua jenis bahaya. Segala penjahat – penjahat zaman itu juga tidak berani dan tidak mampu bongkak untuk menonjolkan kejahatan jika tidak kena pada tempatnya. Maka aman damailah zaman itu tanpa sebarang curiga. Begitulah adanya…

Pada zaman Samurai di Jepun dahulu juga, golongan Samurai akan membawa pedang ‘Katana’ ke mana – mana untuk keselamatan diri. Golongan petani pula membawa cangkul dan sabit sebagai insuran nyawa yang murni. Sesungguhnya pada zaman ini mempunyai senjata umpama membawa Tuhan di sisi dalam kehidupan sehari – sehari.

Namun zaman kini telah berubah. Penggunaan senjata hanya pada majlis raja sehari atau berkebun sayur kobis segar sahaja. Jika peraturan ini tidak dipatuhi maka melayanglah RM300 masuk ke kocek pihak berkuasa. Dengan larangan ini maka bermaharajalelah bebudak rempit motor pelbagai jenis dengan senjata mudah alih helmet ARC keras yang menjadi teman setia di kala malang menimpa. Sekali hempuk pasti rebah semestinya. Pada yang lebih advance pula akan membawa kayu baseball jenis Maple atau steering lock pelbagai guna.

“Habis tu? Yang skema – skema ubi macam kita ni camne bro? Nak pakai apa?”

Pengalaman sebagai backpackers dan pesilat mengajar aku untuk berpadu ability dengan alam. Segala elemen dunia adalah rakan. Namun setiap peluang harus digunakan dengan sebaiknya. Untuk pengetahuan semua aku sentiasa membawa charger handphone dan skipping rope ke mana – mana. Selain dari penggunaan rasmi, charger handphone dan skipping rope berfungsi sebagai sistem pertahanan diri yang utuh. Dengan libasan dan teknik jerutan yang betul kepada pihak musuh yang mengundang bala, ianya mampu menyelamatkan nyawa di kala malaikat maut di depan muka.

Namun semuanya datang dengan latihan. Pada pendapat aku, semua benda boleh dijadikan senjata. Kena la kreatif setiap masa. Jangan sempitkan fikiran. Jika terjumpa bahaya, selawat la dulu. Tenangkan diri. Insyallah… Everything will be ok.

The debt that all men pay

-         E . i . J . i –

Senjata utuh bagi orang mukmin itu adalah doa.

P/S : Keep training guys, Tournament just around the corner...

No comments:

bloG BudDieS