Wednesday, March 4, 2009

PaRt 12 NuAnG rEvEnGe – SiShA, SaNdaL dAn sEsAl. JaNgAn Nak CaRi PaSal





Setelah beberapa puluh minit menapak menuruni puncak Nuang dengan kecederaan deltoids dan metasarsal, kaki yang berlumuran darah jenis O angkara akar - akar kayu asli yang berusia ratusan tahun lamanya dan ditambah secukup rasa dengan sebelah kaki bersalut lumpur tidak bersandal, akhirnya aku a.k.a Eiji a.k.a Abg Nasi Mentah, Zack a.k.a Abg Tunangan Orang, Dobong a.k.a Abg Telur Goreng Berempah dan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai pun terserempak dengan puluhan bebudak pompuan ahli Kelab Kembara UITM berbaju biru muda air laut yang hangat dan rancak diperkatakan umum yang ditemani dan diawasi beberapa orang individu pelajar lelaki warga UITM yang mempunyai paras rupa yang agak bengis, ketat dan kontrol macho beberapa ratus meter dari Puncak Pengasih. Kitorang mula menyimpulkan bebudak Kelab Kembara UITM ni sukar didekati tapi ternyata 1st impression kitorang silap. Diorang cukup rileks dan agak friendly. Setelah diberi peluang untuk membela diri, ternyata muka bengis dan ketat diorang bukanlah disengajakan atau dibuat - buat. Ianya terhasil daripada adrenaline penat lelah mendaki ( Tak baik fikir bukan – bukan weh! ). Sori bebanyak…

Disebabkan faktor jalan mendaki yang agak sempit, penuh ranjau, berliku dan sukar, kitorang terpaksa mempraktikalkan sifat terpuji Mahmudah yang ke 8 iaitu bertolak ansur dan bergilir – gilir untuk memberikan laluan kepada bebudak UITM tersebut . Ketulusan hati dan nurani suci kitorang menggamit hati bebudak UITM tersebut untuk mengajukan soalan – soalan lisan berbentuk subjektif berkaitan kondisi pendakian ke Puncak Nuang. Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai jugak menggunakan kesempatan tersebut untuk menguji Communication Skill yang dituntut di Kolej PSDC cawangan Kuantan untuk membuat hubungan diplomatik 2 hala dengan ahli - ahli Kelab Kembara UITM tersebut. Niat baik kitorang untuk menolong disambut baik dan mesra. Manalah tahu.. Mungkin hari ni diorang susah kitorang boleh tolong. Esok – esok diorang susah kitorang boleh tolong tambah susahkan lagi…

Tatkala itu, kaki kiri aku yang berlumuran darah dan tidak bersandal menjadi perhatian bebudak pompuan UITM tersebut. Masing - masing berpandangan sesama sendiri dan membuat pelbagai andaian. Kondisi aku yang agak parah membuatkan diorang memikirkan baki pendakian ke puncak agak susah dan ekstrem. Dengan rileks aku menerangkan kepada diorang bahawasanya tak kiralah sesusah mana pun jalan mendaki, selagi ada iltizam yang tinggi dan jitu, insyallah boleh sampai ke puncak. Sejenak aku teringat bagaimana keadaan aku dan Dobong dicabar saban minggu oleh Adam a.k.a Abg RXZ Open dan Kapten Amin untuk mendaki Puncak Nuang. Kalau bukan disebabkan cercaan dan cabaran diorang, mungkin aku masih menghabiskan cuti hujung minggu dengan menjalani latihan silat intensif dan bermain Guitar Hero : World Tour di konsol permainan PS2 tanpa maruah dan harga diri. Dobong pulak mesti buang masa dengan main game GRID dalam bilik tanpa mempedulikan apa yang berlaku di sekitar beliau. Dengan menyematkan kata – kata aku di hati masing - masing, bebudak pompuan Kelab kembara UITM tersebut meneruskan pendakian ke Puncak Pengasih. Kitorang membawa hala tuju masing – masing…

Aku dan kengkawan Circle Of Trust meneruskan perjalanan turun ke Kem Lolo. Semangat untuk melayan sisha perasa anggur buatan tangan Afik a.k.a Abg SMS Tak Sampai di Kem Lolo menjadi teras kekuatan kaki untuk melangkah. Raja dan Kapten Amin entah di mana…

2 comments:

Anonymous said...

wah bagusnye panjat gunung.. dapat kuruskan abdomen dengan cepat skali...

3viL X eIjI said...

kahkah! mmg cepat kurus! tapi turun gunung makan tak hengat! pastu gemok balik.. wahkahkahkah!

bloG BudDieS