Friday, August 7, 2009

PaRt SpeCiAl EpIsOd 4 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg






Indah Syurga Membuka Mata

Abes je borak – borak kosong dan minum – minum untuk menghilangkan penat lelah durjana kitorang pun terus naik ke pejabat Gayong untuk menghabiskan saki baki sesi menghias pejabat untuk mentransformasikan pejabat supaya kelihatan menarik dan ceria. Pengalaman aku sebagai Ketua Kebersihan bersampin khas semasa di sekolah rendah agama menjadikan kerja menghias ni mudah dan efisien.

Hari sudah menjelang subuh. Kitorang a.k.a Pasukan Penghias Pejabat dah tak larat meneruskan kerja – kerja menghias. Kak Ila a.k.a Akak Pengurusan dengan murah hati memberikan kitorang kebenaran untuk tidur di homestay sebab gusar dan bimbang kitorang akan menyepahkan pejabat yang telah dikemas. Abes je packing – packing barang untuk ke homestay, aku sempat memandang ke arah cikgu Amin Hamzah yang masih tidak kelihatan mengantuk berborak dengan cikgu Azizan dan bro Saiful Hakim… Ralit sangat nampaknya.

Perjalanan kitorang ke homestay mengambil masa lebih kurang 20 minit dengan menggunakan Kancil Turbo Fidzrul (Dia kata dengan aku dia pinjam keta ni kat senior dia… Ntahlah). Sesampainya kitorang kat homestay, masing – masing menunjukkan rasa kagum sebab rumah homestay ni memiliki serba - serbi kelengkapan dan gadget. Tanpa terus membuang masa, aku, Amir a.k.a Abg Kuarantin dan Fidzrul a.k.a Abg Jurus Wajib terus me’reserve’ bilik yang terbaik untuk diduduki. Selaku insan yang lebih senior, kitorang mampu dan berhak menggunakan kuasa veto untuk mengawal keadaan.

Akibat boring, aku pun bukak la laptop untuk menonton movie. Aku jugak ditemani oleh bebudak junior UTP yang boring akibat saluran TV yang bercelaru kat homestay tu (Harap TV je besar gedabak!) Masing – masing pun kusyuk la tengok citer SAW 4 yang aku pasang. Kegilaan menengok movie diteruskan hingga ke awal pagi sehinggalah…

Bersambung lagi…

Niatku Sentiasa Mendahului Gerakku

2 comments:

Anonymous said...

citer saw 4 ker atau citer "saw" len. hahhaahahahahaha

3viL X eIjI said...

Citer saw la weh..
blaja bunuh2 org..
ahaha..

bloG BudDieS