Thursday, July 30, 2009
PaRt SpeCiAl EpIsOd 3 : Di MaNa SeMuAnYa BeRmUlA, MaRtIaL aRt TeRuLuNg
Berdepan Apit Jinjang Mahaguru Terulung
Tiba – tiba, datang sebuah kereta Proton Saga yang memecut pantas dari sebelah kanan jalanraya dan berhenti tepat di depan Aku dan Amir a.k.a Abang Kuarantin akibat tekanan brek kaki yang padu dan sekata. Seperti macam dah kenal lama, kelihatan seorang lelaki berpangkat abang dan seorang wanita berkaca mata berwajah mesra berpangkat kakak tanpa rasa gundah gelisah mengajak kitorang masuk ke dalam kereta Proton Saga tersebut. Itulah Abg Man dan Kak Ila, individu - individu yang diberi amanah besar untuk menjalankan Majlis Mandi Minyak esok hari.
Kak Ila dan Abg Man a.k.a Driver Proton Saga membawa aku dan Amir ke pejabat PSSGM di Simpang Pulai. Reaksi pertama aku bila sampai ke pejabat PSSGM ni adalah kaget, terkejut dan kagum yang amat sebab pejabat Gayong ni besar berkali – kali ganda daripada pejabat Gayong pusat di Jalan Semarak, KL. Kak Ila dengan rasa prihatin suruh aku dengan Amir rehat dulu. Hajat di hati suci ni memanglah nak rehat baring – baring pe sume tapi bila menengok Kak Ila, Abg Man dengan beberapa budak Gayong junior dari Universiti Teknologi Petronas (UTP) bz gile mengemas pejabat, tak sampai hati plak nak biarkan… So aku dengan Amir pun tolong apa yang patut.
Terlalu banyak keratan akhbar, sijil – sijil dan penghargaan di pejabat ni yang menunjukkan Silat Seni Gayong banyak mempengaruhi aktiviti – aktiviti warga Malaysia dari dulu hingga sekarang. Tapi apa yang lebih menarik perhatian aku adalah aku dapat bersua muka dengan insan terulung yang bertanggungjawab dalam membela maruah dan menegakkan Silat Seni Gayong di Perak, Ayahanda cikgu Amin bin Hamzah. Memula aku tak cam sangat muka beliau sebab beliau cukur misai (Muka nampak kurang bengis sikit. Ahahaha!). Aku salam cium sikit tangan beliau dan membiarkan beliau terus diurut oleh beberapa orang anak murid beliau yang aku tak berapa kenal. Seram sejuk weh masa salam dia… Meremang bulu tengkuk! Aura pendekar la katakan…
Aktiviti menghias permukaan dinding ofis diteruskan hingga ke lewat pagi bersama kengkawan Gayong UTP. Walaupun tak pernah jumpa tapi kitorang borak macam jiran sebelah umah. Nak sekeh – sekeh kepala pun takdehal. Walaupun penat dan letih, tapi disebabkan terlalu banyak benda yang nak diborak dan dikongsi, kitorang pun lepak la kat kedai mamak Karisma kat bawah pejabat Gayong ni. Minum – minum dulu…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment