Monday, December 28, 2009

oFfIcE sHoUtOuT – AkU tErImA NiKaHnYa… ( PaRt 2 )


Hari yang bahagia disambut girang. Selawat dan salam memecah ruang. Paluan kompang menyentak gegendang. Sanak saudara yang jauh dan dekat dah sibuk bertandang. Riuh – rendah jelas berkumandang. Lembu dan kambing dah mula tumbang. Menjadi santapan lazat cemerlang. Jiran tetangga melantak kenyang. Mak dan bapak tersenyum riang. Sahabat handai gelak memanjang. X girlfriend mengucap panjang. X boyfriend bermuka bengang. Kekasih hati dah jadi milik orang. Kerna lambat masuk meminang. Apa nak buat sekarang? Isytihar perang? Jadi Paelang? Berlagak garang? Mintak hutang? Takkan nak terajang? Tumbuk dan lempang? Gigit dan tendang? Tusuk keris dan pedang? Pada pankreas suami insan tersayang? Supaya di hati terasa tenang? Menjadi formula fikiran lapang? Dari jauh hanya memandang. Di atas pelamin disanding sepasang… Malang… Malang…

Satu pagi di ofis…

Kak Sariah (KS) : Hah! Apsal ko datang keje lambat? Jam loceng ko abis bateri ke? Bukan jam loceng ko pakai bateri cas ke? Apsal muka ko kusam dan layu je ni? Kurang vitamin C eh? Ko clash dengan girlfriend ko kan? ( Alamak! Datang dah broadband bergerak berkelajuan tinggi ni. Banyak gila soalan lak tu! Adus! Mana satu nak jawab ni… Takpe – takpe. Layan jelah jap.. )

Aku : Iskh! Mulut akak ni celupar betul la. Saya penat dan exhausted la kak. Kalau nak cari pasal dengan saya esok kan ada… ( Bagi jawapan biadap skit. Mintak – mintak diam la minah ni… Baru ko tau sapa aku… )

KS : Kan akak tanya je… Penat jadah apa hari Isnin. Ko main polo air ke smalam?

Aku : Jangan la la ngok sangat akak oiii… Kan banyak gila jemputan kahwin sekarang ni. Nak taknak kena la pegi. Kang tak pegi ada je orang bising – bising. Berdarah telinga saya ni kene bebel.

KS : Laaa… Yeke? Orang lain yang kahwin ko plak yang penat? Tak relevan langsung!

Aku : Kalau satu je kenduri kahwin takpe kak. Ni satu hari lebih dari 10 jemputan! Tak terkejar saya…

KS : Siannya ko. Pegi yang mampu je dahlah… Yang poyo – poyo pegi semua tu buat apa? Nak ngorat pengantin pompuan ke? Ubah la skit perangai buruk lagi nista tu. Agak – agak la ko ni pun…

Aku : Hish! Kalau sehari tak merepek boleh tak? Kalau ikutkan saya, haram satu kenduri pun saya taknak pegi kak. Tapi abah saya tu kuat membebel. Dia kata kalau saya tak pegi kenduri kahwin, nanti time saya kahwin takde sape lak nak pegi. Terbaekkk punya ugut! Mulut orang tua tu capoi gak kengkadang. Nak taknak menjunjung perintah jela… Kalau tak kena sula nanti…

KS : Kira tak ikhlas sangat la pegi kenduri kawin ni? Tapi betul gak kata dia tu… Ko pun satu hal. Kuat sangat melawan. Rilek – rilek dah la…

Aku : Besa la kak. Cucu Puteri Gunung Ledang la katakan. Kena la kuat melawan skit… Ahaha.

KS : Tapi kalau ikutkan akak pun akak malas nak pegi kenduri kahwin. Leceh! Akak ni kan…

Aku : Pulak!! Pesal? Patut la masa akak kahwin tu orang tak ramai datang. Ahaha!

KS : Ko jangan biadap sangat dengan akak boleh tak? Dengar dulu…Duit minyak keta lagi nak pegi kenduri kahwin tu kurang – kurang RM50! Tak cukup dengan tu setiap kali datang kenduri kena bagi duit becek dalam sampul tu kat bapak pengantin. RM10 paling kurang! Pastu kena bagi hadiah kat pengantin lak tu! Hadiah paling cikai seterika. Bape hengget dah tu? Kalau dah 10 kenduri aku redah, tak ke koyak handbag Prada aku ni? Bangkrap…

Aku : Btul tu kak. Dalam Islam sebenarnya takde amalan bagi – bagi duit tu. Cukup dengan mendoakan kebahagiaan pengantin je. La ni benda tu dah jadi amalan plak… Kalau ikut hukum kenduri tu dibuat untuk menjamu tetamu yang datang dengan niat meramaikan dan memberkatkan majlis.

KS : Tau pun ko! Nasib baik ko tak ponteng sekolah agama dulu. Kenduri sape ko pegi smalam?

Aku : Kawan – kawan je kak. Yang rapat je saya pegi. Yang tak rapat sangat tu saya kirim SMS doa harian je la. Tapi rasa bersalah jugak la tak pegi…

KS : Ala… Diorang pun faham ko ada kenduri lain nak kena pegi. Ko bukan leh buat apa – apa pun.

Aku : Akak ada tengok Naruto?

KS : Naruto??? Hari Jumaat time Maghrib kan? Ninja rambut kuning tu? Yang suka bertukar jadik pompuan seksi tu? Yang ada Serigala Sembilan Ekor dalam badan dia tu kan? Akak selalu teman anak – anak tengok. Apa si Naruto tu suka cakap… Dattebayo!

Aku : ( Alamak! Salah soalan da. Lain aku tanya lain dia jawab…Takpe – takpe. Keadaan masih terkawal. Layan je…) Haa! Yang tu la! Kan dia ada jurus yang boleh jadi badan banyak – banyak tu. Alaa… Lupa la plak nama jurus tu…

KS : Ko ni! Tu pun taktau! Kage Bunshin No Jutsu la. Lain kali tengok Naruto tulis nama jurus dia tu!

Aku : ( Gila taksub minah ni…) Tak kisahlah nama apa pun jurus tu. Tapi kalau saya ada jurus tu, saya jadikan badan saya banyak – banyak. Pastu pegi suma kenduri tu. Haha! Yang belen – belen badan saya tu saya pegi la melancong ke, dating ke, main game ke… Mahsyuk!!!

KS : Hekeleh! Ko ni banyak berangan la… Kan ke cerita kartun je tu. Bawak – bawak la matang sikit… Umur bape da ko ni? Senang cita, pegi kenduri kahwin mana yang mampu je. Tak payah pegi semua. Tu pun nak kena ajar ke?

Aku : ( Huiks! Aku jugak yang kena balik… Adus.. Cilanat minah ni…) Yelah kak. Pasni saya tengok Astro Oasis layan Fadzilah Kamsah je. Ni borak – borak ni, keja akak dah siap ke belum? Year end report dah buat ke?

KS : Alaa… Report tu ko nak next week kan? Next week je la akak buat. Akak bz ni…

Aku : Pulak? Tadi seronok sangat ajak borak… Nampak macam tak bz pun.

KS : Ko Nampak je akak macam tak bz. Tapi akak ni bz sebenarnya. Hari kerja pun bz. Weekend lagilah bz… Iskh! Macam datin – datin la gak senang cita. Hehe! Masih comel kan akak gelak?

Aku : Yeke? Taktau la plak… Sampai camtu skali? Huiyo!! Weekend ni akak bz buat apa? Pegi mana?

KS : Kenduri kahwin la! Nak makan free.. Ada la dalam 3 – 4 jemputan…

Aku : Huh???? !@#$%^&**()!!!!!

p/s : Jangan borak – borak time ofis hour…

oFfIcE sHOuToUt – AkU tErImA NikAhNyA




Zaman skang ni jemputan kahwin tidak mengira hari dan waktu. Pantang je cuti mesti ada orang kahwin. Kadang – kadang aku rasa kemanisan majlis kahwin tu dah takde… Adakah pengantin – pengantin zaman ni memang tak sabar – sabar lagi nak memadu kasih? Ataupun memang dah takde masa yang sesuai untuk melangsungkan hari bahagia? Ataupun memang jodoh dan ketentuan memang tersurat camtu?

Hmmm…

Setiap orang ada pandangan masing – masing kan? Yang penting majlis kahwin tu berlangsung dengan sempurna dan tanpa cacat cela sepertimana yang dirancang sekian lama.

Tapi dalam keadaan semua orang sibuk nak kahwin – kahwin ni, harap – harapnya diorang betul – betul mengenali pasangan yang diorang nak kahwini tu. Kahwin bukanlah perkara yang boleh dibuat main – main. Bukan kerana rupa, darjat atau harta. Kan? Mengikut statistik sah yang aku dapat dari Dr Fadzilah Kamsah, negeri Selangor mencatatkan kes penceraian tertinggi iatu dengan 21600 kes diikuti rapat Kelantan dan Kedah. Hehehe… Aku siap bagi statistik tu. Maklumat kat sini suma legal… Takde tipu – tipu.

Bukan apa. Cuma nak ingatkan sebelum jadi apa – apa kan. Sebab sekarang ni aku tengok yang kahwin – kahwin ni suma student – student je. Muda – muda lagi. Grad pun belum! Masak nasik pun mentah. Baru start amik course engineering kat UIA je pun dah sibuk nak kahwin. Belum jadi engineer tu… Yang pompuan pun satu hal gak. Ada yang siap ugut – ugut mak bapak nak kahwin lari la, cinta sehidup semati la, jodoh satu dalam seribu dan banyak lagi alasan merepek yang aku dengar… Adus.

Kan Islam dah tetapkan. Kalau mampu, kahwinlah. Kalau tak mampu tangguh – tangguh la dulu. Tak luak mende pun. Benda – benda camni agak – agak kalau dah bebal otak nak fikir, balik la pada basic. Kententuan…

Lastly, pada kawan – kawan yang dah selamat melangsungkan majlis perkahwinan, tahniah dan syabas aku ucapkan. Layarilah bahtera bahagia bersama tanpa rahsia. Aku minta maaf sangat – sangat tak mampu nak memenuhi semua jemputan. Semoga kita semua beroleh keberkatan tanpa ada hijab darinya… Insyallah.

Tribute untuk Sahabat tersayang, Putry a.k.a Aida, Khairul Muzammil, sahabat baikku sejak lahir dan Umi Natrah, kawan seperjuangan sesilat Rohaida dan Faiz, Abang kawan baikku, Luqman Al Fared, member U ku, Fazurina @ Fay – Fay dan untukShahril Izwan @ Syahdu, kawan sekolahku,

Teruskanlah mencintai pasangan masing – masing sepertimana time korang kapel dulu. Ahahaha!

p/s : Alamak… Adik Cikgu Ariffin kahwin 31 Januari….

oFfIcE ShoUtOuT – CaLlInG AlL GaMErS





Semua orang boleh main permainan video a.k.a game. Tak kisahlah di platform mana, PS3 ke, Nintendo Wii ke, PC ke, hakikatnya di Malaysia, masih kurang orang yang menjadikan hobi bermain game @ Gaming sebagai satu perkara yang serius seterusnya menafikan ‘Gamers’ sebagai panggilan nama kedua. Setuju?

Di Negara – Negara maju seperti US dan Jepun, Gamers ni telah diangkat darjatnya sebagai insan yang berpengaruh. Sesetengah dari mereka dipanggal ‘Tensai’ atau Genius. Apa tidaknya, daripada menghabiskan masa melepak di shopping kompleks menghabiskan duit belanja awek main bowling, baik diorang duduk depan LCD TV atau monitor dan melepasi setiap level game yang sukar yang pada orang – orang normal, mustahil untuk diselesaikan. Tak ke genius namanya tu?

Di Negara – Negara luar juga, ada terbinanya sekolah untuk gamers – gamers ni. Diorang menghabiskan masa saban hari untuk melatih diri untuk menguasai permainan. Sebagai contoh, semua orang boleh main game PRO EVOLUTION SOCCER 2010 tapi kebenarannya berapa orang je yang boleh menghafal formasi lawan, menjangka strategi, mengatur gerak berbahaya dan yang penting MENANG setiap kali perlawanan…

So, pada sapa – sapa yang selalu marah adik – adik atau anak – anak sedara yang kuat main game tu, berilah galakan mana yang patut. Zaman dah berubah. Main game ni bukan lagi sekadar untuk menghabiskan masa tapi melatih dan mendidik diri supaya lebih bijak dan cekap menangani keadaan. Sebagai contoh, latihlah adik korang main game Red Alert 3, Command and Conquer ke… Yang penting jangan lupa semayang. Jadi haram la plak game tu kang.

- Tribute to Raja Syafiq on PES 2010 and Street Fighter 4, Dobong on Dirt, Amran and Epi on Guitar Hero, Akim on Dance – Dance Revolution, Lan and Kay on Red Alert, Bobey and Phatjo on CS and all the gamers… Keep gaming! -

p/s : Aku dah masuk Final Round Winning 11 2010 kat Uptown Shah Alam. Jumpa kat Grand Final 2 Januari nanti. Kita tengok sapa bawak balik hadiah RM12000 tu… Amin.

FoOtBaLl ShoUtOuT – ThE FaLleN GiAnTs




Dari korang suma sibuk layan Fesbuk, Frenster, Myspace dan macam – macam lagi ejen pembasuh minda Yahudi, baik korang rajinkan tangan korang menaip Espnstar.com dan bergembira kejap dengan kemenangan Manchester United malam tadi… Hahaha!

Macam biasa, permainan MU yang tak konsisten sebelum ni menerbitkan rasa gundah gulana. Lagi – lagi menentang pasukan Hull City yang sukar dijangka. Rasa konfiden untuk menang secara mudah lazimnya kini menjadi satu perkara yang terlarang. Nak taknak kena tengok dulu game ni macam mana… Cakap banyak tak guna…

Sorak gempita dari Epi dan Pejo dengan kemenangan Liverpool dan Arsenal terus memberi tekanan yang maha dahsyat. Kekalahan MU akan menjadi satu perkara yang amat – amat tidak diterima akal. Mulut kumat – kamit membaca doa penerang hati supaya pemain – pemain MU cekal dan tabah menghadapi Hull City, pasukan bawahan yang dijangka dan diminta untuk membuat kejutan seterusnya membuka peluang kepada pasukan – pasukan lain untuk memintas MU dan layak ke Champions League.

Kehilangan Ronaldo terus dirasai. Barisan tengah MU yang diterajui oleh Carrick dan Giggs kurang memberi kesan sepertimana yang dikehendaki. Sifat terlalu selamba ketika permainan berlangsung yang dimiliki Berbatov juga dikatakan menjadi salah satu punca MU tidak lagi mampu memberikan momentum permainan yang menarik sepertimana musim – musim yang lepas.

Nasib baik la ada Rooney yang rajin mengejar bola dan melakukan larian untuk mengkucar – kacirkan pihak lawan. Ternyata taktik itu berhasil. Seterusnya membawa MU pulang dengan 3 mata berharga dan masih tinggal 2 mata lagi untuk memintas Chelsea yang seri dengan Birmingham City. ( Yeke? Aku tak layan Chelsea… Sori… )

Musim ini, BPL menjanjikan sesuatu yang tidak ada pada liga lain iaitu saingan mata yang sengit. So teruskan sokongan korang pada pasukan pilihan korang… Hahaha!

p/s: Sian Liverpool takde dana nak beli player baru…

Wednesday, December 23, 2009

OfFiCe ShoUtOuT - SlAmAt PaNjAng UmUr SahAbAt..





Sahabat...

Di manakah kau ketika aku kena terajang di dada 2 - 3 das dengan Cikgu Arifin di atas mozek garaj umah beliau?

Di manakah kau ketika aku layan sisha dengan Pali di pantai Taman Gelora?

Di manakah kau ketika aku lepak kat The Castle Ampang dengan Circle Of Trust?

Di manakah kau ketika Aku lepak NZ Wangsa Maju tengok Barcelona kalahkan MU time Champions League?

Di manakah kau ketika aku buat rekod game Guitar Hero?

Di manakah kau ketika aku pegi ofis Gayong?

Di manakah kau ketika aku lepak MMU?

Di manakah kau ketika aku lepak dengan Abg Syam Char Kuey Tiow kat Shah Alam?

Memang btul apa yang kau fikir sahabat...

Kau selalu ada...

Takde hadiah untuk kau...

Tapi aku menadah tangan menabur seribu doa agar kau selalu dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur...

Agar kau akan selalu ada time MU kalahkan Liverpool.

Agar kau boleh leh slalu pecahkan rekod Guitar Hero yang aku buat.

Agar kau leh selalu buat Sisha time aku malas...

Yang paling penting... Kau ada..

Selamat Hari Lahir sahabat..

Mohd Nordin Bin Narawi a.k.a Eppy

p/s : Terima kasih sebab jadikan aku ketagih main Guitar Hero

Tuesday, December 22, 2009

hEaRt sHouToUt - loSt?



have you ever get awake in the middle of the night...
feeling lost and weak and you think you might...
regretting over some shit you know you can't fight...
timeless seconds crush you from the side...

do you love yourself?
i know you don't
will you hate yourself?
i know u won't

i know something you already know and see
that now im just everything that you want me to be
what's up with that? you wanna be free?
suck up that facts and leash out the reality

So just kill me then!
you want me to?
Wanna torture me then?
you know its not true
So what do you want from me?
its just you... And only you.

Shut up and see thru you
will you see me now?
i am you and you being me
if you cant see that so i'm sorry
its not lies, its destiny

you should have known
how many times you seek and take
the answers are just gonna crush and break
the decision are not for you to make

after all
we're just human...

words : me
sounds : me also

p/s : Aku buat lagu ni masa aku terjaga dari tido smalam n terus tengok cermin. Malam memang menjanjikan seribu erti pada sesapa yang mahu berfikir. Nauzubilillahiminzalik...

FoOtBaLl ShoUtOuT – ThE BiG 4? ShUt Up!


Semua orang tau Liverpool kalah 2 – 0 dengan pasukan tercorot liga, Portsmouth ( Betul ke aku eja ni? Lantaklah! ) hasil corak permainan yang tak bape nak pandai yang dipamerkan oleh Glen Johnson. Semua orang tau gak yang MU kena blasah dengan Fulham 3 – 0 ( Game ni aku tak sanggup nak tengok weh! Pedih mata! ). Chelsea plak bley seri dengan West Ham 1 – 1. So, kesimpulannya?

Aku bukan cam Nabil Raja Lawak yang akan suruh korang fikir sendiri… No! No! No! Jom kita rilex – rilex fikir secara logik sama - sama. Takde bias – bias kat sini… Nak sokong team membabi – buta pegi lepak tepi loji kumbahan…

BPL season ni agak cool dan seimbang. Macam Pejo cakap, gelaran ‘ Big 4 ‘ tu mungkin dah tak relevan. Team – team besar pun bley kalah dengan team bangang – bangang. Takde benda yang fix. Takde team yang superb.

At least perkembangan BPL ni bagus gak. Takdelah start – start season kita dah tau sapa yang menang liga. Baru thrill sikit tengok bola ni.

So kengkawan, reset balik position player korang kat Fantasy Football, setting balik betting untuk World Cup dan carik – carik balik jersi Spurs atau Aston Villa dalam almari korang tu… Ahahaha!

p/s: Cepat la masukkan David Villa dalam MU. Teruk finishing striker – striker MU ni.

Tuesday, December 15, 2009

OfFiCe ShoUtOuT - My BaD, My EnD






Motor. Satu kenderaan yang menjanjikan kepuasan. Di kala jem menjadi halangan, motor mudah menempuh perjalanan. Cilok - mencilok satu kemestian. Kadangkala mengundang pelbagai tohmahan. Motor hanya untuk si kelas bawahan. Prestij dan kelas tidak diperlukan. Rintik sang hujan menjadi lawan...

Apa masalahnya dengan naik motor hari Isnin? Kat mana - mana pun mesti jem punya! Orang yang ada keta Bentley Continental GT pun sure naik kenderaan awam time hari Isnin. So takde yang peliknya bagi pemilik - pemilik keta menaiki motor atas inisiatif genius mengelakkan kesesakan... Kan?

Straight to the point, Aku jatuh motor smalam. Di kala aku balik kerja menuju ke umah Epi untuk mempersiapkan diri membuka stall Sisha Terbaek di Shah Alam, aku tewas kepada rintik hujan nikmat yang diturunkan Illahi. Selekoh tajam highway Shah Alam yang meragut banyak mangsa kini menjadikan aku mangsa terbaru...

Skreeeeeetttttt!!!

Aku terseret lebih kurang 15 meter di permukaan jalan. Mulut tak berenti mengucap takbir. Tiba - tiba peristiwa silam terus flashback di kotak fikiran. Banyak lagi benda yang aku tak lakukan. Kahwin pun belum. Nak jumpa Cikgu Arifin pun tak sempat. Nak minta maaf pada orang tersayang pun masih...

Aku lantas menggunakan split second movement. Di kala kecemasan otak manusia mampu berfungsi 73 peratus lebih efektif. Kebarangkalian aku mengatasi situasi masih berpihak kepada aku biarpun maut di depan mata. Aku terus memusingkan motor 125 Z milik Jefri ke sisi jalan. Untuk 5 meter terakhir, badan aku berpusing - pusing di atas tar. Aku masih sempat memandang belakang dan lori Tiong Nam dari Pelabuhan bersedia menggilis badan aku kalau aku tak bangun...

Aku blur sekejap. Hujan rintik - rintik menambah pilu situasi. Aku mengucapkan syukur... Hari ni bukan hari terakhir untuk aku... Ya Allah. Terima kasih...

p/s: Terima kasih kepada insan bernama Ida yang prihatin. Allah je yang boleh balas semuanya...

Monday, December 14, 2009

OfFiCe ShoUtOuT - bOtAk? SaLaH kE???


Botak. Satu fesyen rambut yang selalu disalaherti. Stail yang dipropagandakan sebagai stail rambut budak - budak pusat serenti. Stail yang kononnya menjadi pilihan insan - insan yang patah hati. Kehilangan kekasih hati, girlfriend tersayang dibawa lari dan tiada wang untuk meniti hari...

Yeke?

Apa la salahnya botak pun. Ringan sikit kepala. Bila mandi pun sejuk je kepala kena air. Orang tak penah botak apa tau???

So, takyah la kutuk - kutuk orang botak ni. Macam la stail rambut pacak - pacak ni best sangat. Macam la rambut org botak ni takleh tumbuk balik. Kan? Ahahaha...

p/s : Kalau rasa ensem sangat pegi la botak...

bloG BudDieS